BAB 7

Drama Completed 460

APA nak kata. Itu ayat pertama yang Iman tuturkan bila aku tunjukkan
jari manis aku yang dah bersarung cincin. Dia orang bijak dan pandai.
Haruslah dia tahu apa yang aku maksudkan.
“Berapa lama ikat?” soal dia usai kami menunaikan solat hormat waktu
Subuh di dalam penerbangan.
“Lepas saya balik daripada trip kali ini, mama dengan papa kata terus
nak langsung.”
Berkerut dahi Iman terima jawapan aku. “Tak kenal dulu?” Nampak dia
bantah biarpun dalam bahasa yang begitu lembut.
Aku geleng. “Mama dan papa dah kenal.”
“Tak takut dia jahat?”
“Tak mungkinlah mama dengan papa saya nak serah saya dekat orang
jahat?” Ada ke dia punya anggapan gitu? Tak logik langsung.
“Beside, I trust my parents more than I trust myself,”sambung aku
separuh berbisik.
Iman nampak terkedu seketika. “Kalau gitu, awak nak kata awak tak
yakinlah dengan perasaan awak pada saya?” Dia menduga.
Perlahan-lahan, aku menafi. “I do trust my own feeling, Iman. But…”
Keluhan berat terlepas. Aku pandang ke luar tingkap di mana matahari
mula naik. Allah… terlalu indah apa yang sedang Kau hidangkan di depan
mata aku.
Nikmat ini tak semua orang dapat kecapi. Tapi aku, mama dan papa
sediakan segalanya. Malah sampai hari ni aku tak pernah ada kerja
tetap. Tapi, tetap hidup senang tanpa sebarang rungutan daripada mama
dan papa. Lantas, kenapa aku mahu kecewakan mama dan papa bila mereka
sentiasa menjaga hati aku?
“…saya milik parents saya, Iman,” jawab aku akhirnya. Airmata kembali
bergenang. Suasana dalam perut kapal terbang kelas pertama ini sepi.
Nampak ada yang dah lena dan ada yang sedang membaca.
“Betullah tu, Kejora . Saya pun tak ada apa nak kata bila benda ni
melibatkan orang tua, kan? Siapalah kita anak-anak nak kecewakan
permintaan orang tua.” Senyuman dia terlakar indah namun celanya tetap
ada. Tak sempurna seperti biasa.
Ayat Iman juga berbaur kecewa. Seperti dia lalui apa yang dah aku lalu.
“Patutnya, saya bawak awak jumpa keluarga saya dulu lagi. Sekarang ni…”
Dia sengih tawar dan menggeleng dengan mata yang kembali terpejam
seperti tak mahu berlaga pandang dengan aku lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience