7

Family Series 1372

Shaza dan seorang pelajar yang menegurnya tadi segera menuju ke padang sekolah. Mereka mencari-cari kelibat shakira di situ.

"Itu dia..! "

Teriak shaza sebaik melihat seorang pelajar bertudung sedang duduk di tengah-tengah padang.

Mereka berdua segera berlari ke arah pelajar itu. Wajah shaza masih beriak cemas sejak tadi. kata hatinya asyik menyoal.

'Itu kira ke? Apa dia kat buat kat tengah-tengah padang tu sorang-sorang? Apa may dah buat kat dia?' Dasar may! siaplah kau! Omel shaza.

" kira...!"

Panggil shaza dengan suara lembut lalu tangannya menyapu bahunya. Dia lantas bersuara.

"kau okey?apa kau buat kat sini? May ada apa-apakan kau?" Shaza terus memerhati dengan wajah sayu."

'Tudung shakira terbuka ke...kenapa dia tutup kepala macam tu? Diaorang tarik tudung dia?' omelnya lagi.

Krik..krik...krik..

Tiada balasan. Shaza bersuara lagi manakala pelajar yang bersama dia tadi hanya berdiri di sebelah dengan wajah tenang." kira...kau okey ke?Apasal senyap ja?"soalnya.

"Apa awak ni...tak sukalah....."

Shaza melatah tanpa disedari.

"Eh mak kau kelabu asap..!"

Dia terjatuh terduduk ke lantai saat melihat ke hadapan. Matanya melopong luas lalu berkata, "mak ai... Pondan rupanya!"

Lelaki di hadapannya berdiri dengan riak selamba, Tudung sekolah di tangannya digenggam.

Wajah pelajar lelaki yang tidak dikenali itu ditenung. Dia lengkap berpakaian sekolah perempuan. Berbaju kurung putih dan kain biru.

" kau buat apa hah..pakai tudung tutup kepala bagai... buat orang keliru ja! Dengan baju sekolah perempuan?" soal shaza dengan riak terkejut.

"Kau yang tiba-tiba datang sentuh- sentuh aku pa hal? Aku kena denda dengan cikgu la...datang lewat sekolah...sejak pagi tadi lagi... Ni ada dua minit lagi sebelum penderitaan ni berakhir. Kau tahu tak...panas ni. Aku malu diperlakukan sebegini"! teriak lelaki itu lalu menyapu air mata yang dibuat-buatnya di pipi.

'Erk! Totally pondan!'

" Tapi kesian ya kau kena denda pakai baju perempuan. Banyak bersabar ya !alang-alang dah ada tudung kenapa tak pakai sekali?!" kata shaza lagi dalam usikan.

"Aku memang nak pakai tapi panas terik...baik letak kat atas kepala..."

balas lelaki itu lalu dia berpura menangis kerana kata-kata shaza.

"Sorry la wei. Tapi kan... kau ada nampak seorang perempuan bertudung labuh tak kat padang ni?" Soal shaza lagi.

" Memang tak lah... Aku ada kat sini sejak tadi " balas lelaki itu dengan selamba.

"Okey..." Kata shaza lalu bingkas bangkit.

"Sori la bro..aku tak sengaja!" kata shaza lagi.

Lelaki itu hanya membalas dengan anggukan dan sambung menutup kepalanya lagi.

'Isyh...Minah ni salah bagi information pulak! 'Dia menoleh ke belakang untuk menegur pelajar perempuan yang mengikutinya tadi.

"kau bagi tau...."

Katanya terputus saat melihat di sebelahnya kosong.

'Apa ni? Mana perempuan tu pergi?!' Shaza menghadang sinaran matahari yang sedang menyuluhnya.

'Fuh...aku faham kenapa budak lelaki tu buat cam tu...memang panas gila...'

Wajah shakira menjengah kembali di ingatan.Hati menyoal

'kira mana kau ni?'.

*******************

"Kau okey?" Soal shayla pada shakira di sebelah.

Shakira menyapu air mata yang bergenang di kelopak mata.

" Aku okey!" balasnya.

"Penipu lah kau ni. Apa geng tu buat kat kau?" soal shayla lagi. Wajah shakira ditenung ketat.

'Malas nak ingat lagi!' ucap hati kira.

"Mana kau tahu aku kat sana?"soal shakira cuba mengalihkan topik perbualan.

"Shakira...jawab soalan aku tu!" Kata shayla dengan tegas. Dia memeluk tubuh dan memandang kira seperti dia sedang menyoal seorang penjenayah.

Shakira masih berjeda. Dia teringat kejadian yang baru menimpanya sebentar tadi.

-----------------

" Maafkan ana (aku)."

Shakira memeluk tubuh dan hanya merenung wajah shaza yang beriak sayu.

'Tengoklah nanti! 'Bisik hatinya.

"Aku nak pergi tandas dulu" kata kira.

"Aku teman yaa...kan kita nak pergi jalan yang sama, balik kelas kan!" kata shaza lalu hendak mengorak langkah

"Tak apa...kau balik je kelas terus. Aku nak cepat ni..." balas kira lalu melangkah pergi.

Shaza hanya mampu melihat langkah kira pergi. Dia pasrah diperlakukan sebegitu. Shaza menuju ke kelas tidak lama kemudian.

Kira melangkah masuk ke dalam tandas. Namun dia ditarik pergi tanpa sempat dia menahan,mulutnya dicekup ketat. kira tidak mampu berbuat apa-apa.

Dia ditolak rebah ke atas lantai di bilik tandas sebelah. kira cuba hendak bangkit namun dagunya dicengkam terlebih dahulu. Dagunya dicengkam kasar lalu didongak ke atas. Dua orang pelajar perempuan sedang merenungnya dengan pandangan tajam.

Pintu ditolak rapat dan dikunci.sebelum masuk mereka sudah memastikan tiada pelajar lelaki yang ada di dalam tandas itu.

Pelajar Perempuan itu lantas bersuara dengan suara sinis

"kau dah dapat amaran kan? Jangan ganggu may dan asyraf lagi. Mula-mula kau langgar asyraf untuk dekati dia dan kemudian kau dapat rapat dengan destiny kan? Ni amaran untuk kau. Kalau kau dekat dengan destiny atau ganggu mereka berdua lagi...siap kau! "

Shakira mengangguk-angguk faham. tubuh dia mengigil dalam ketakutan. Pelajar-pelajar perempuan itu bersuara lagi,

"Jangan kau berani bagitahu siapa-siapa atau nahas kau!"

Mereka tersenyum sinis lalu salah seorang pelajar perempuan itu tiba-tiba menghampiri kira dan menarik kasar tudung kira keluar dari kepalanya. Tudung itu dilempar ke atas lantai.

Sebelum beredar pergi, salah seorang dari mereka bersuara lagi,

"kami ni fan setia destiny... Ingat tuu..jangan berani cari pasal!"

Pintu dibuka kasar lalu dibiarkan terbuka. Kira bangkit perlahan dari baringan lalu perlahan-lahan mencapai tudung yang tidak jauh darinya. Tudungnya digenggam erat.

Air mata bergenang di bawah kelopak matanya. Kemudian mata terbuka.

'Mujur lantai ni tak basah dan kotor.'

Kira berasa lega melihat tudungnya masih dalam keadaan baik.

"Kau okey?" Soal shayla pada shakira di sebelah.

Ingatan tadi menghilang.

------------------

" Macam mana kau tahu aku ada kat sini?" Soal kira sebaik tersedar dari lamunan.

"Adalah...." balas shayla dengan malas.

'Aku dapat tahu lepas tengok lelaki pondan tu. Aku terfikir,semua tempat ada cctv melainkan tandas. kalau kawan kau tak jumpa kau kat semua tandas atau padang. Maksudnya kau mesti ada kat tandas lain. Tandas lelaki!'

"Ada pelajar perempuan ke?" Teguran dari belakang mengejutkan mereka berdua. Seorang pelajar lelaki sedang berdiri di hadapan pintu.

Tudung di tangan kira shayla rampas lalu ditutup kepala shakira.

Shayla mengerling ke belakang, "Maaf ya...salah masuk!", ujar shayla sambil tertunduk lalu dia memimpin kira yang ditutup seluruh kepala dan wajah keluar dari tandas itu.

Shayla membawa shakira ke tandas perempuan. Shakira menyarungkan semula tudungnya di kepala. Sebaik kemas dia tersenyum dan bersuara,

"Terima kasih shayla sebab tolong aku!"

Shayla masih berlagak tenang. Wajahnya bersahaja,

"kebetulan ja aku tolong kau... Aku tengok kau tak ada dalam kelas lepas balik dari dewan tertutup waktu lalu depan kelas. Aku juga ternampak shaza nampak resah kat tandas. Kebetulan pergi tandas tadi. Jadi, aku ikut dia senyap-senyap...saja...aku bosan.malas pergi dewan terbuka tu...Aku bukan minat pun destiny. Poyo ja lebih.."

Kira tersengih kecil mendengar kata-kata shayla.

Shayla bersuara lagi" kau senyum tu kira okey la kan... Aku pergi dulu!", kata shayla lalu berlalu pergi begitu sahaja.

Kira masih tersenyum sendiri.

'Rasanya ini kali pertama kami sembang baik-baik..kalau tak waktu kecik dulu selalu ja bertekak, Malah tak bercakap langsung lepas ayah meninggal. Aku gembira!'

"Kira!" Shaza sedang berdiri di luar pintu dengan wajah terkejut. Dia lantas mendekati shakira dan memeriksanya.

" Kau okey? Apa yang jadi? Kenapa aku cari kau merata tak jumpa? Tadi waktu keluar aku terserempak dengan seorang perempuan! Aku ada jumpa dia tadi...Dia buat apa kat kau? Cederakan kau?"
Soal shaza bertalu-talu.

Shakira hanya membalas dengan senyuman. Shaza memeluk tuhuh lalu bersuara lagi,

"Aku tanya kau soalan ni. Tapi satu pun kau tak jawab. Beritahu aku cepat!"

"Perempuan yang baru lalu keluar tadi...saudara tiri aku. Aku tak cerita sebab aku malas nak campur hal peribadi dengan sekolah. Dia baiklah... Dia yang tolong aku tadi!" kata kira bersahaja.

" Okey...tapi apa jadi kat kau? Apa yang saudara tiri kau tolong kau? Kau ada apa-apa ke?" soal shaza masih tidak berpuas hati dengan jawapan kira.

Wajah shaza kelihatan tegas.

kira mengenggam lengan kanannnya kuat. 'patutkah aku cerita kat shaza..atau senyapkan saja?!' hati berdesis.

"Kira"....! Teriak shaza dengan tegas.

Rasanya tak perlu!

Kira bersuara" dahlah... Tak ada apa-apa berlaku, jom pergi dewan. Kau nak jumpa haris kan?!"

Kira lantas menarik tangan shaza pergi. Tidak pula dia membantah dan hanya menurut langkahnya, namun riak wajahnya masih menunjukkan tenang.

'Aku tak tahu apa yang berlaku,tapi percayalah aku takkan berdiam diri kalau ada apa-apa berlaku pada kawan aku!' tegasnya di dalam hati.

TBC....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience