3 Mencari Kerja

Romance Completed 606745

HAZURA bersama Hafiz melangkah keluar dari dalam sebuah kereta Perodua Myvi berwarna hitam sebaik sahaja tiba di hadapan sebuah restoren. Air muka kedua-dua insan itu sudah tentu membawa maksud yang berbeza. Hafiz hanya meriak selamba manakala Hazura pula sudah mula menampakkan sisi bimbang dan serba salahnya.

"Kebetulan dah tengah hari dah ni, apa kata kita makan terus je?  Aku belanja." kata-kata yang diluahkan oleh Hafiz semakin membuatkan Hazura menjadi resah. Sekilas, Hafiz membawa matanya ke arah wajah Hazura. Dia tersenyum nipis.

"Eh, tak payahlah, Fiz.  Lagipun..."

"Ni yang aku tak suka ni.  Kerja kau asyik nak menolak je." Hafiz mula memasang enjin bebelannya. Sikap Hazura dari sisi itulah yang selalu sahaja membuatkan dia geram. Kadangkala rasa hendak pulas telinga pun ada, mujur hatinya sayang.

"Bukan menolak tapi..."

"Tapi apa?" Hafiz lantas menghentikan gerakan kaki. Dia bercekak pinggang lalu dengan sabar menanti ayat yang bakal meluncur keluar dari mulut Hazura itu.

"Tempat yang kau bawa aku ni macam...mewah sangat." ujar Hazura sekaligus menyatakan punca keresahannya sedari tadi. Dia tahu, niat Hafiz memang ikhlas dan baik, namun dia juga tidak mahu dianggap menyalahgunakan kebaikan lelaki itu. Untuk ketika ini, dia hanya ada Hafiz. Hanya Hafiz.

"Mewah tak mewah, aku tak kira.  Dah, jom." tangan Hazura ditarik tanpa peduli lagi. Dia tahu Hazura enggan memberi sulit kepadanya namun dia juga tahu, yang Hazura sudah lama menyekat perut sendiri. Hafiz tahu semua itu kerana dia kenal keperibadian Hazura walau sehebat mana pun lakonan wanita itu.

"Fiz, betul ke ni?"

"Betullah, wahai adikku Hazura.  Jangan risau, abangmu ini ada duit. Dah, jom..."

Namun, belum lagi sempat tiba di hadapan pintu masuk restoren itu Hazura kembali menarik tangannya sendiri. "Fiz, aku...minta maaf tau sebab selalu sangat menyusahkan kau." ucapnya perlahan sambil menunduk.

Tanpa sedar, air mata wanita itu mula menitis tatkala memikirkan nasib malang yang tidak sudah-sudah menimpa dirinya. Mujur ada Hafiz, jika tidak sudah pasti hidupnya seakan-akan tiada makna lagi. Dibuang orang tua, dibuang kawan juga dibuang suami.

"Tak susah langsung pun Haz. Aku ikhlas, jangan nangis. Aku sayangkan kau. Dah, jom." Hafiz mengucap perlahan sambil menepuk bahu insan di hadapannya ketika itu. "Jom..." lebih lembut nadanya dan kali ini Hazura akur. Air matanya laju dikesat sebelum mula memasang langkah untuk menyertai gerakan kaki Hafiz.

Wanita itu sebak, ketika dijamu oleh pemandangan indah dari dalam ruangan makan itu. Kelihatan terlalu eksklusif dan sudah pasti tidak sesuai untuk dirinya. Hazura, Hazura. Kenapalah kau selalu menyelit diri ke dalam keadaan yang sangat tidak sesuai dengan diri kau?

"Haz, kalau kau nak tahu, kat sinilah aku...kerja part time waktu malam." Hafiz mula berterus-terang. Kata-katanya langsung membuatkan Hazura memanggung wajah.

"Hahh? Kau...jadi selama ni, kau kerja part time kat sini? Patutlah selalu sangat sibuk.  Seronok tak kerja kat sini?" kali ini Hazura sudah mampu tersenyum nipis dan lega. Sekurang-kurangnya dia tahu yang Hafiz mempunyai sumber pendapatan. Patutlah lelaki itu mampu membeli kereta sendiri, biar tidak mewah namun itu lebih daripada mencukupi.

"Bolehlah.  Kalau kau nak tahu, orang-orang kaya je yang selalu makan kat sini.  Kalau nasib baik, adalah juga yang murah hati bagi tip kat kami ni." ujar Hafiz sambil tersenyum. Maksud di sebalik kata-katanya itu, bukan semua orang-orang atasan itu bakhil. Masih ada ramai lagi yang bermurah hati. Setiap manusia tidak sama, begitu juga hati mereka tidak kira setinggi atau sebawah mana pun darjat kehidupan mereka.

"Seronok juga kan? Ermmm, bos kau masih cari orang tak? Kalau masih...aku rasa aku pun nak." tiba-tiba terjentik akal pada otak wanita itu. Dia tahu, selepas ini dia pasti akan memerlukan lebih wang untuk membayar sewa rumah, belanja makan, tambang Grab juga kos pengajian. Mujur Hazura seorang yang sangat berjimat. Duit yang dikirimkan oleh ayahnya suatu ketika dahulu masih berbaki, juga kiriman daripada suaminya kini walau tidak sebanyak mana. Namun dia sedar, sampai bila dia akan bertahan dengan wang sebanyak itu.

Kini, Harun tidak lagi mengirimkan wang belanja kepada Hazura. Hanya kiriman RM300 yang diharap oleh wanita itu untuk menambah simpanannya setakat ini, namun sampai bila? Dia sendiri juga perlu berusaha, dia tahu!

"Tapi, macam mana pula dengan study kau nanti? Ayah dengan ibu kau setuju ke nanti?" soal Hafiz berangkai-rangkai dengan perasaan yang ragu-ragu.

"Janganlah bagitahu.  Aku kesiankan orang tua aku.  Pandailah aku aturkan jadual belajar dengan jadual kerja nanti, kau jangan risau. Tolonglah Fiz, aku nak sangat kerja."

"Betul ni? Kau kena ingat, dua dekat dua bulan lagi, final exam kau." sekali lagi Hafiz cuba memberi peringatan. Dia tidak mahu Hazura menjadi sepertinya. Dua kali mengulang peperiksaan.

"Betul, tolonglah.  Aku... perlukan kerja buat masa ni, tak kisah kerja apa sekalipun. Asal halal." ujar Hazura lagi dengan bersungguh-sungguh.

"Okay, kau duduk jap.  Aku pergi jumpa Kak Nana.  Dia supervisor kat sini.  Tunggu tau."

"Okay." Hazura mula bergerak untuk mengambil tempat duduk sambil asyik memerhatikan setiap sudut restoren mewah itu.  Memang betullah apa yang dikatakan oleh Hafiz, para pelanggan yang datang semuanya terlihat berjaya dan berkelas.  Hazura pantas meraup wajah. Sekali pagi dia merasa yang dirinya tidak layak untuk mengisi perut di tempat seperti itu. "Harap-harap dapat kerja ni, Ya Allah. Bantulah aku."

********

TUAN HAYRILL ISKANDAR menghela nafas panjang sambil terus memerhatikan segala perbuatan Rashida yang tak sudah-sudah membelek tubuh sendiri di hadapan cermin.  Tidak dinafikan, Rashida sememangnya memiliki bentuk potongan tubuh yang sangat cantik dan menggoda.  Pemilik mata yang melihat sudah pasti akan merasa angau, begitu juga Tuan Hayrill Iskandar sendiri.  Namun, keinginannya itu amatlah tidak mudah untuk dipenuhi.  Rashida bukanlah seorang isteri yang penurut malah Tuan Hayrill Iskandar sendiri yang seringkali mengikut telunjuknya dan beralah.  Namun semua itu bukanlah menjadi masalah yang besar buat diri lelaki itu kerana hatinya sudah terlalu sayang.

"You nak keluar lagi ke, Da?" lelaki itu menyoal perlahan.  Lantunan suaranya kedengaran tenang namun rasa hampa sudah tentu yang paling kuat dirasa ketika itu.  Sudah berminggu-minggu keinginannya sebagai seorang lelaki tidak dipenuhi, seksanya hanya dia yang tahu.

"Ya, i...balik lambat sikit tau.  You tahu kan, kawan i yang tinggal kat Paris tu nak balik ke sana esok.  So, kami semua nak habiskan masa panjang sikit dengan dia malam ni.  Nanti you tidur je dulu, k.  Tak payah tunggu i.  I tak sure i balik pukul berapa."

Perlahan-lahan Tuan Hayrill Iskandar mula bangkit lalu menapak mendekati posisi isterinya sebelum merayapkan tangannya pada pinggang wanita itu.  "Da, dah lama you tak..."

"Hayrill, i dah lambat dah ni.  Mana sempat nak layan you lagi." Rashida langsung menepis.  Penolakannya itu benar-benar membuatkan Tuan Hayrill Iskandar semakin merasa kecewa.  Sudahlah saat itu nafsunya benar-benar terusik dengan cara penampilan isterinya.

"Tak boleh ke you balik awal sikit?" soalnya lelaki itu dengan nada yang merendah.  Dia kenal Rashida seperti apa, jika semakin dibentak lalu semakin melawanlah dia. Sekali lagi tubuh isterinya cuba dipeluk dan untungnya dia berjaya.

"I tak pasti, Hayrill.  You...lepaskan i boleh tak? I rimaslah.  Nanti baju i ronyok pula. Isshh." Rashida menohok kejam sebelum beralih semakin jauh dari posisi suaminya kerana enggan lagi disentuh.  Apatah lagi, dia sememangnya sejenis yang berjual mahal.  Seorang wanita yang bernama Rashida hanya akan melayan suami jika ada yang dia mahukan daripada lelaki itu sahaja.

"Please Rashida.  I... nak you.  Please." Tuan Hayrill Iskandar mahu memasang langkah untuk mendekati posisi isterinya. Nafsu jantannya sudah terlalu kuat bergelojak ketika itu. Tiada apa yang dia inginkan selain Rashida.

"Apasal dengan you ni, Hayrill?! Makin tua, makin menjadi-jadi! Kawallah nafsu tu sikit! I rimaslah kalau you terus-terus bersikap macam ni!" wanita itu membentak nyaring.  Tidak peduli lagi jika ada insan lain yang mendengar kata-katanya. 

Melihat amukan isterinya, Tuan Hayrill Iskandar akhirnya mula mengalah.  Dia kembali beralih mendekati katil sebelum melabuhkan punggungnya di situ.  Namun, matanya tetap sahaja fokus dalam memerhatikan tingkah isterinya.

"Rashida, kita perlu berbincang.  I semakin susahlah nak duduk semeja, bercakap tenang dengan you.  Boleh tak you, kurangkan masa keluar dengan kawan-kawan you? I pun perlukan you, Rashida." sayu nadanya dilontarkan dengan harapan agar Rashida dapat mengerti dan berlembut hati.

"You nak bincang pasal apa lagi, Hayrill?"

"Pasal...a-nak.  Papa..."

Sunyi. Tuan Hayrill Iskandar hanya mampu membiarkan kata-katanya tergantung begitu sahaja ketika melihat riak ketat Rashida. Dia tidak sampai hati mahu meneruskan bicara kerana enggan wanita itu terluka untuk sekali lagi.

"Boleh tak you dengan orang tua you stop?  Stop bangkitkan isu bodoh tu lagi.  You tahu kan, Hayrill yang i ni belum bersedia? You juga yang kata you tak kisah pasal semua tu kan?" kian marak api marah dalam diri Rashida. Satu-satunya topik yang dia benci sungguh, kini dibawa kembali oleh mulut suaminya dan dia juga tahu, siapa yang mendesak lelaki itu.

"Tapi sampai bila, Rashida? You sedar tak yang umur you tu bukan semakin hari semakin muda, sayang?  I perlukan zuriat.  Keluarga i perlukan pewaris. Please..."

"Jadi sekarang ni, you nak kata yang i ni tua? Kalau macam tu, apa kata kalau you suruh je bini mentah you tu yang mengandung! You terus terang je dengan i, Hayrill.  You memang tak ikhlas sayangkan i.  Sebenarnya you suka kan, bini..."

"Sayang please.  I tak ada hati langsung dengan budak mentah dari kampung tu.  I hanya sayangkan you, sampai akhir nafas i.  Hanya you.  So please.  Jangan pertikaikan kesetiaan i pada you." tangan Rashida diraih. Tubuh wanita itu juga cuba dipeluk namun tidak kesampaian lantaran Rashida masih sahaja menepis kuat.

"Kalau you setia sangat, habis tu macam mana perempuan tu boleh ada sebilik dengan you? Half-naked lagi tu! You ingat i bodoh?" Rashida membentak sebal. Dengan wajah yang polos dan suci, dia terus melangkah mendekati sebuah meja untuk mencapai dompet milik Tuan Hayrill Iskandar untuk mencapai beberapa keping kad tanpa mempedulikan suaminya lagi. Mengambil segala milik lelaki itu semestinya sudah menjadi kebiasaan Rashida dan dia tahu, Tuan Hayrill Iskandar juga tidak pernah kisah malah segala kemahuannya seringkali diikuti baik oleh lelaki itu.

"I dah cakap kan, yang kami..."

"Diperangkap? You nak cakap tu kan? You ingat siapa yang nak sangat perangkap you, Hayrill? I tahu, you yang langgan pelacur tu kan sebab you dah tak tahan sangat? Maklumkan, lelaki buas macam you mana dapat tahan lama-lama!" Rashida tertawa sinis.

"Sayang, kalau pun i nak sangat, i cuma akan cari you. Tak pernah terlintas sikit pun dalam kepala otak i ni untuk sentuh perempuan lain, lagi-lagi perempuan berhingus asal kampung tu. Tak ada selera langsung!" Tuan Hayrill Iskandar menekan mati kata pendiriannya dan dia benar-benar memaksudkan kata-kata itu.

"Ye ke tak ada selera? Dahlah Hayrill, i nak jalan dah ni. Cakap you tu, satu pun tak boleh pakai!" tidak mahu membuang masa, Rashida terus mencapai beg tangannya sebelum dibawa pergi tanpa menoleh ke lain lagi.

"Rashida! Arghhh!" Tuan Hayrill Iskandar kembali mendudukkan diri di atas katil sambil meraup wajah dengan penuh. Bukannya mereka tidak biasa bertengkar, malah hari-hari hal yang sama sahaja berlaku. Namun sedikitpun rasa sayang Tuan Hayrill Iskandar tidak pernah luak terhadap isterinya. Oleh itu juga, dia tidak pernah menghalang Rashida menghabiskan masa di luar. Biarlah, asalkan wanita itu bahagia.

_
_ _
_

"Mana isteri kamu, Hayrill?" Puan Sharifah Hamnah menyoal sebaik sahaja melabuhkan punggung. Jarang sekali kerusi di sisi anak tirinya itu berpenghuni. Malah, dapat dikira kekerapannya dalam sebulan.

"Rashida keluar tadi, mama. Katanya..."

"Tak habis-habis keluar. Papa tak faham langsung dengan kamu ni, Hayrill. Bagus kamu ni je yang jadi isteri, dia tu jadi suami! Ikut sangat telunjuk bini!" Syed Ibrahim yang juga baru sahaja mendatangi meja makan langsung menyampuk.

"Padan muka abang! Nak sangat bela perempuan sombong tu. Riak, angkuh, berlagak!" Fatin bercurian ketawa sebelum menyisakan senyuman sinis pada wajahnya.

"Fatin, kalau orang tua tengah bercakap tu, boleh tak jangan menyampuk!" Puan Sharifah Hamnah terus menegur kerana tidak senang dengan kelancangan kata anak perempuannya. Bulat matanya dicerlungkan sebagai amaran kepada anak manja mereka itu.

"Papa...tengok mama ni!"

"Dah, dah. Sini, duduk dengan papa." dengan senyuman menang dan bangga, Fatin terus mendatangi sisi duduk Syed Ibrahim sambil meriak wajah yang manja. Tuan Hayrill Iskandar hanya mampu menjeling sahaja. Geram memang geram, namun rasa sayang terhadap adik bongsunya itu juga sangat dalam. Separah mana pun gadis itu memakinya, langsung tidak pernah disimpan di dalam hati kerana Tuan Hayrill Iskandar sememangnya seorang insan yang sangat penyabar dan kerana penyabar jugalah, dia selalu sahaja dipijak kepala oleh isterinya sendiri.

"Kamu dah mula bertindak ke Hayrill? Kamu dah cari..."

"Saya tak setujulah pa. Saya tak nak..."

"Kamu nak ke orang luar tahu pasal semua ni? Papa yang akan malu nanti, Hayrill. Bukan kamu!" Syed Ibrahim laju memotong, tegas dan tegang nadanya.

"Kenapa tu pa? Papa suruh abang cari siapa?" sekali lagi Fatin menyampuk, menyoal dengan rasa yang tidak sabar.

"Fatin!"

"Papa suruh abang kamu ni, cari...Hazura. Bawa Haz tinggal kat sini tapi abang kamu ni degil!" Syed Ibrahim berujar geram tanpa mempedulikan jelingan tajam isterinya. Saat itu juga Fatin terus membulatkan mata, sebelum tersenyum sinis.

"Apa? Abang nak suruh Hazura tinggal kat sini??" Puan Sharifah Hamnah terus menayang wajah tidak puas hati, dengan laju juga dia menggeleng. "Saya tak setuju. Saya tak setuju! Saya tak nak budak tu tinggal kat rumah ni, saya tak kira!" wanita tua itu juga bertutur tegas, menentang habis-habisan niat suaminya.

Tentangan Puan Sharifah Hamnah itu sedikit sebanyak membuatkan Tuan Hayrill Iskandar menarik nafas lega. Spontan juga senyumannya terukir khas untuk ibu tirinya itu. "Tengok, mama pun..."

"Papa tak kira, Hayrill! Ini arahan. Esok atau lusa, pastikan
Hazura ada kat sini! Kalau tak, papa sendiri yang akan cari dia!" lelaki berkuasa itu juga enggan mengalah, malah semakin tegang dan naik oktaf suaranya. Syed Ibrahim paling pantang ditentang, tidak kiralah walau ditentang oleh siapapun.

"Confirm bertambahlah maid kita lepas ni..." kata-kata licik Fatin membuatkan ketiga-tiga pasang mata itu terus teralih ke arahnya sebelum kesemua mereka mengakhiri perbalahan ringan itu dengan santapan malam yang jauh lebih mengenyangkan.

'Tak apa Haz, aku akan pertahankan kau. Jangan risau.' gumaman yang juga bersama senyuman licik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience