BAB 4

Drama Completed 373

“Ma,,Mak Su…Ma tak sedarkan diri…Mak Su, Ain takut…Ain takut Ma akan tinggalkan kami…” Air mataku tumpah. Macam ni sekali demam biasa yang Ma alami? Aku tak dengar apa yang di perkatakan oleh Ain lagi selapas itu, yang aku tahu Ma perlu di pindah kan ke Hospital Kota Bharu dengan segera. Rita , kuatkan semangat. Ma perlukan kami.

Aku keluar dari bilik, berjalan ke arah Mak Su yang sedang meletakkan ganggang telefon ke tempat asalnya. Dia mengelap air mata yang mengalir di pipi wajah kedutnya itu.. Mak Su…Aku menahan air mata ku daripada tumpah. Walaupun, dalam bilik tadi, air mataku mengalir tanpa henti.

“Mak Su…” panggil ku. Mak Su cepat-cepat mengelap air mata.

“Chik Ein telefon kan? Ma tak apa-apa kan?” tanyaku. Walaupun, aku tahu jawapannya, aku tetap ingin bertanya akan keadaan Ma ku. Mak Su mengeleng-geleng kepala.

“Rita jangan risau, Ma tak ada apa-apa. Pergilah sekolah, nanti petang lepas balik sekolah, kita pergi jaga Ma pulak.” Aku mengangguk. Aku segera bersalaman dengan Mak Su dan juga Atukku yang berada di muka pintu. Aku berjalan bersama Chik Da ke perhentian bas. Aku tahu keadaan Ma teruk. Kerana aku juga dengar perbualan Mak Su dan Atukku. Aku tahu selepas aku ke sekolah, mereka berdua akan menelefon saudara- maraku yang lain, yang tinggal jauh dari kami supaya segara pulang ke kampong, menemui Ma ku. Yang mungkin…yang mungkin pergi jauh. Aku menitiskan air mata. Ma. Jangan tinggalkan Rita , tetapi, aku yakin Ma tiada apa-apa. Aku berdoa supaya Allah tak akan pisahkan kami, aku dah kehilangan Abah, takkan aku kena kehilangan Ma juga? Ya Allah, selamatkan lah Ma ku...Aku tak sanggup kehilangan Ma lagi..cukuplah hanya Abah meninggalkan kami...

Persekolahan hari ini terasa hambar. Sikap ceria ku hilang. Kawan-kawan ku pelik. Tetapi aku tidak memberitahu apa-apa kepada mereka. Aku cuma ingin pulang. Pulang kerumah dan mengharapkan Ma ada di rumah. Aku rindukan Ma. Aku tak sanggup berjauhan dengan Ma. Seperti semalam, aku cepat-cepat pulang kerumah kerana Mak Su sudah berjanji mahu membawa ku ke Hospital Kota Bharu menjaga Ma sekiranya kesihatan Ma belum pulih. Aku heran Ma cuma demam, tetapi kenapa perlu ke di tahan di Wad Kecemasan.

Seperti yang aku jangkakan, Ma masih belum lagi pulang kerumah ketika aku melangkah mauk kedalam rumah. Aku cepat-cepat menyiapkan diri dan bergegas kerumah Mak Su ku. Kelihatan Atukku di tangga rumah Maksu. Mak Su dan suaminya, Pak Yeh jua ada di sana. Aku tahu topik yang di perbualkan mestilah mengenai diri Ma ku yang sedang sakit di hospital. Aku duduk di sebelah Atukku. Atuk mengusap-usap rambut ku.

"Adik mana, tuk?" Aku bertanya mengenai keadaan Adikku yang baru berusia lima tahun itu. Aku tahu adikku hanya tahu Ma ku di Hospital tapi dia tidak tahu keadaan ibuku. Kesian adikku.

"Ada..tidur dalam bilik kat umah Atuk. Penatlah tu. Tadi sibuk dok tanya Ma pergi mana." Aku menahan sebak di hati. Adik, ma masih di hospital. Aku masih boleh lagi menjawab pertanyaanya. tapi macam mana kalau sesuatu yanng buruk terjadi kepada diri Ma, apakah aku ada kekuatan untuk menerangkan kepada aikku itu?

"Rita ...Rita pergilah makan..Maksu dan masak..." ujar Maksu. Aku mengangguk perlahan walaupun aku tidak berasa lapar. Dari semalam lagi perutku tidak dapat menerima makanan. Aku cuma makan untuk menjaga perasaan Mak Su yang mempelawa ku.

"Baik, Mak Su. Rita nak pergi jengok adik sekejap..lepas tu, Rita makan lah..Err, Maksu, semalam Mak Su dan janji nak pergi jaga Ma ngan Rita kan?" tanyaku. Mak su segera mengangguk.

"Kita tunggu Chek In balik dulu. Lepas tu, giliran Maksu ngan Rita pula pergi ye?" Aku mengangguk. Cepatlah balik Chek In dan Chik Da. Biar Rita pula jaga Ma. Biar Rita pula yang menatap wajah Ma. Hati Rita tak tenteram selagi Rita tak jumpa Ma. Aku lantas berjalan ke umah Atukku. Menatap adikku. Aku mengusap-usap pipi adikku. Air mataku menitis. Adikku terjaga. Aku cepat-cepat mengesat air mataku.

"Kak, Ma mana? Kenapa kakak menangis ni?" tanya Adikku. Dia mengesat air mataku yang mengalir. Air mataku tambah mengalir.

"Tak ada apa-apalah. Ma ada kat Hospital. Nanti petang kakak nak pergi jaga Ma. Adik boleh ikut tapi budak-budak tak boleh kat sana lama-lama. Nanti Doktor cucuk ngan jarum. Bangunlah dik. Kakak lapar. Jom makan dengan kakak" Adikku mengangguk. Aku mengesat air mata yang mengalir lagi. Aku tersenyum memangdangnya. Aku segera memimpinnya ke dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience