BAB 7

Drama Series 677

"Balik lagi sekali mesti dah berdua tau Hana." Ibu senyum mengusik.

"Huh? Kebenda?" Berdua? Berduet? Ape nie.... blank.

Kimi disebelah menyambut. "Insya ALLAH... kalau ada rezeki..."

Huh?

"Weh, bangun ah. Dah taknak pergi kerja ke?" Hana melihat jam dinding sekilas. Tah hapa entah. Ada ke tidur lepas subuh? Dah la gap waktu syuruk dengan pergi kerja 45 minit je. Kimi digerakkan sekali. kemudian dia berpaling hendak melangkah.

Uik! Terasa aliran cas-cas elektrik menjalar ke dalam badan apabila tangannya di sambar.

"Hana, I need you…" Suara Kimi bagai mendayu di telinga. Hana menelan liur. Mengigau nama aku kot? Tapi ade ke mengigau sampai boleh sambar tangan orang?

Hana berpaling sambil tangannya mengungkai pegangan tangan Kimi. Nasib baik longgar. Dilihatnya mata Kimi masih terpejam rapat. Wah~ tak sangka mamat ni handsome kalau tak pakai spek mata. Dia mendekat. Tangannya mula naik, hendak menyentuh pipi Kimi.

Tiba-tiba Kimi membuka mata dan dengan satu gerakan yang pantas, Hana dah berada dalam pelukan Kimi, di atas katil.

"Wei, lepas ah!" Hana rimas. Gila ke apa? Aku dengan dia, tak ada jarak, atas katil, dia peluk aku? "Jerit karang!" Gertaknya.

"Jerit la." Kimi mengukir senyuman. Matanya dipejamkan. Eheh... seronok rupanya peluk isteri... Tangannya menyelak rambut Hana.

"Wei!" Hana dah meremang bulu roma. Irama jantung yang berdegup dah berantakan.

"Shhh... jangan bising." Kimi mengemaskan pelukan.

Masalah la mamat neh. "Kimi,, tak suka la!" Dia cuba memboloskan diri dari pelukan yang melemaskan itu.

Kimi buat dono.

"Kimi...!"

Ish! Kacau tol! Kimi merungkaikan. "Dah tu kau suka la aku tidur luar hari tu?" Mata Hana dipandangnya tajam.

Memang suka! Hana bangkit dari baring. "Dah tu kau fikir aku suka sangat la kahwin dengan kau?" tidak mahu mengalah. "Memang gila betul la!" Dia mengomel sendiri.

Kimi turut bangkit. "Ye! Aku fikir kau suka kahwin dengan aku. so what?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience