Suara gelak tawa dan musik dari ruang tamu hanya dibiarkan. Bukan sekali dua dia mendengar suara seperti itu. Apa pun yang berlaku di rumah itu, dia sudah terbiasa. Dia bersandar pada sandaran kerusi di ruangan dapur itu. Penat yang dirasakan sedikit demi sedikit dilepaskan. Kerja mencuci dan membersihkan tandas sudah selesai dengan jayanya.
Tandas di rumah itu akan dibersihkan olehnya dua kali seminggu. Rumah agak besar itu mempunyai tiga tandas, dua di bahagian atas dan satu di bawah. Biasanya, dia akan membersihkan di bahagian atas terlebih dahulu kemudian barulah di bahagian bawah.
“Amboi... santainya,” tegur satu suara dan membuatkan wanita itu berdiri laju apabila melihat kelibat madunya sedang bersandar pada dinding ruang dapur itu. Dari riak wajah, wanita itu dapat meneka bahawa si pemilik suara itu sedang mabuk. Di tambah lagi dengan bau arak yang sememangnya sudah menusuk ke dalam rongga hidung. Dia minum atau mandi arak ni?
“Cik Neldia... cik okay tak ni?” Tanya wanita itu lembut. 'Cik Neldia', itulah gelaran yang selalu dia sebut. Berani tak sebut perkataan 'cik', dapatlah tengok wanita itu naik hantu.
“Kau siapa nak panggil aku Neldia? Jijik telinga aku dengar, kau tahu? Panggil aku cik Neldia, Faham?! Kau tu orang asing bagi aku!” Itulah yang ayat yang keluar dari mulut seorang wanita bernama Ria Neldia. Ayat itu masih melekat dalam kepala.
“Nak saya hantar naik atas?” tanya wanita itu lagi.
“Kau perli aku ke, Hanis? Kau ingat, aku tak ada kaki nak jalan naik ke atas? Kau ingat aku tak pandai nak naik tangga, huh?!” nadanya semakin meninggi. Hanis menghela nafas. Niat dia baik saja, tapi kenapa perlu di anggap sebaliknya?
“Tak, saya cuma...”
“Cuma apa? Aku tahu, mesti kau ada niat jahat dekat aku, kan?” kata Neldia sambil tertawa kecil. “Aku tak akan biarkan kau hancurkan aku, dasar miskin!” sambungnya lagi.
“Astagafirullahalazim, saya betul-betul tak ada niat macam tu. Saya cuma nak tolong awak...maksud saya, cik Neldia.” balasnya sungguh-sungguh.
“Tak payah tunjuk baik depan aku! Kulit aku jijik disentuh oleh tangan kau yang kotor! Buat kerja, jangan duduk, buang masa! Bodoh..” ujarnya.
Dia membalik tubuh ingin berjalan keluar. Tangan kirinya memegang kepala yang semakin pusing. Baru sahaja ingin melangkah kali ketiga, Neldia hilang keseimbangan badan terjatuh menyembah lantai. Dia merintih kesakitan. Hanis yang tidak sampai hati itu terus mendapatkannya.
“Tak payah sentuh akulah, bodoh!” marahnya. Tubuh Hanis di sampingnya itu di tolak kasar. Begitu dia jijik saat wanita itu mendekatinya.
“Kenapa ni? Hanis! Kau buat apa dengan Neldia?” tanya puan Kartini yang baru saja muncul dari ruang tamu. Wanita separuh abad itu segera mendapatkan Neldia, menantu kesayangannya. Terkebil-kebil wanita bernama Hanis melihat puan Kartini.
Puan Kartini adalah ibu saudara sekali gus ibu mentuanya. Dialah yang memungut Hanis sewaktu kedua ibu bapanya telah tiada. Wanita itu juga berubah setelah mendapat menantu yang baharu. Semua disebabkan oleh harta. Ibu dengan anak sama sahaja, gilakan harta!
“Kau dah bisu ke, Hanis? Aku tanya, apa kau buat dekat menantu aku ni?!” jerkahnya. Matanya kini tepat memandang wajah Hanis. Tajam, sama seperti harimau yang sedang menunggu mangsa untuk di terkam.
“Cik Neldia tadi jatuh. Jadi, saya nak tolong tapi, cik Neldia marah,” luah Hanis.
“Alasan! Pergi sana, kemas ruang tamu. Pastikan bersih sebelum Aidil pulang,” arah puan Kartini. Hanis bergegas ke ruang tamu. Sempat dia melirik ke arah Neldia tadi. Ada senyuman sinis di hujung bibirnya.
Botol-botol arak yang berada di atas meja itu di kutip satu per satu. Lantai yang berselerak dengan sisa makanan dan juga tumpahan air dibersihkan. Itu juga salah satu kerjanya di setiap hujung bulan. Kali ini, kira cepat hendak di kemas kerana hanya Neldia saja yang minum. Biasanya, Neldia akan membawa rakan-rakannya sekali. Di situlah satu ruang tamu bersepah.
“Kalau nak stay lama dekat sini, jaga sikap kau dengan Neldia, faham?” Tiba-tiba sahaja suara puan Kartini mengasak kupingnya. Kedua bebola mata bergerak mengikut rentak puan Kartini yang kini sudah melabuhkan punggung di atas sofa.
“Kau tahu kan, Aidil sayangkan Neldia. Bila-bila masa saja kau boleh di tendang keluar dari rumah ni. Aku tak boleh nak buat apa kalau benda tu terjadi. Aku tengok jelah kau mengangkat beg kau keluar dari sini,” tambahnya lagi setelah lama berdiam. Dia tertawa sinis di hujung ayat.
Hanis sekadar angguk lalu menyambung kerjanya semula. Hanya jawapan itu sahaja cukup selamat. Kalau lebih-lebih, tak fasal-fasal tidur salam stor pula dia malam ni.
Tidak lama kemudian, Aidil kembali pulang. Tergesa-gesa wanita itu menyediakan kopi O untuknya. Gelas yang berisi air kopi itu cepat-cepat di bawa keluar. Kalau lambat, menyeringai pula mamat singa itu. Malang tidak berbau. Entah macam makhluk mana yang dilaggarnya dan membuat gelas itu jatuh berkecai menghempas lantai rumah.
Puan Kartini menghampiri. Api kemarahan jelas terpancar di wajahnya saat melihat pecahan gelas tersebut.
“Apa kau buat ni, Hanis?! Habis gelas aku pecah! Kau tahu tak benda ni mahal?! Kau buat kerja macam mana, huh?” Api kemarahan dilepaskan serta merta. Habis di tunjal kepala Hanis bertubi-tubi. Hanis sudah bergelut dengan tangisan dan ketakutan.
“Saya...tak sengaja...” balasnya berbaur esakan.
“Itu ajelah alasan kau! Hidup kau ni suka sangat menyusahkan orang! Sama saja dengan mak dan ayah kau! Menyesal aku kutip kau dulu. Sebaiknya aku biar je kau mati ikut dengan keluarga kau! Tak habis-habis menyusahkan aku!”
Kata-kata puan Kartini bagai menusuk dan menikam berkali-kali hatinya saat itu. Perlukah kata-kata itu dikeluarkan hanya kerana kesalahan tidak sengaja pecahkan gelas? Dia tidak tahu betapa sakit yang wanita itu rasakan.
“Ibu... biar Aidil je yang selesaikan. Ibu naik ke atas, rehat ya.” kata Aidil yang baru muncul itu. Dia sudah tidak tahan mendengar pekikan yang berlaku itu. Rasa nak gila saja dirinya hari itu. Baik di rumah mahupun pejabat sama saja, keduanya datangkan emosi.
“Mama nak kamu kurung dia dalam stor, faham?” pesan puan Kartini sebelum melangkah naik. Aidil mengangguk.
“Kau ni... ikut aku!” dengan kasar dia menarik rambut Hanis hingga ke stor penyimpanan. Jeritan dari wanita itu langsung tidak diambil peduli. Pintu stor itu di buka lalu menolak masuk tubuh Hanis seakan-akan barang yang tidak berguna. Pintu itu di kunci.
“Awak...tolong..lepaskan..saya. Janganlah kunci saya dekat sini lagi. Awak, awak!”
“Diamlah bodoh! Tempat kau memang dekat situ!” balas Aidil dan berlalu pergi.
Hanis hanya menangis semahunya. Cukup sakit diperlakukan sebegitu ditambah pula dengan kata-kata puan Kartini tadi. Hina sangatkah dirinya? Begitu tidak berharga dirinya di dunia ini. Dunia ini tidak adil baginya!
***
Happy reading ><
Share this novel