Bab 9

Action Series 9408

Taufiq sudah 3 jam memandu, langit juga sudah semakin gelap. Anna yang penat membaca laporan audit sudah tertidur sambil tangannya memegang fail berwarna hitam yang memang di bawa dari pejabat.
Setengah jam Taufiq berpusing di kawasan yang sama untuk mencari hotel yang selesa untuk Anna berehat akhirnya dia berhenti di tepi jalan kerana penat memandu. Anna terbangun dari lenanya.
“Dah sampai ke?”
Soal Anna yang masih mamai.
“Belum, abang tak biasa dengan tempat ni, tak jumpa hotel yang sesuai.”
Kata Taufiq lemah, dia sudah berasa penat.
Anna mengeliat dan mula membetulkan tempat duduknya
“Mari Anna pula drive. Abang nak hotel berapa bintang?”
“Kalau boleh 5 bintang.”
Anna memandang Taufiq dingin.
“kalau itu yang abang nak. Okay.”
Kata Anna kemudian membuka pintu kereta untuk menukar tempat duduk dengan Taufiq.
20 minit memandu sahaja Anna sudah jumpa hotel yang Taufiq mahukan. Taufiq tersengih lebar manakala Anna memandangnya bengang.
“Anna jangan risau, abang akan belanja sambil mengeluarkan kad kredit dia. Anna mengelengkan kepalanya.
“Anna akan bayar, kita tak boleh biar pak cik tahu tentang ni.”
Kata Anna bengang.
“lambat laun dia akan tahu jugakan?”
“Memanglah, tapi bukan sekarang!”
Kata Anna bengang. Taufiq ketawa. Seronok melihat riak wajah Anna yang sedang bengang.
“Okay, okay, jom.”
Kata Taufiq lalu membuka pintu kereta. Sebaik sahaja Anna keluar dari kereta terdapat seorang pekerja hotel yang menyambutnya dan mmenghulurkan tangan untuk menerima kunci kereta dari Anna. Anna tanpa berfikir panjang dan terus memberi kunci kereta kepada staff hotel itu. Anna memusingkan tubuhnya dan lihat seorang lagi staff sedang mengangkat beg pakaian mereka dan Taufiq pula sedang membuka dompetnya untuk memberi tip kepada staff hotel yang menyambut mereka. Anna terus naik ke lobi hotel untuk mendaftar kemasukkan mereka.

XXXXXXXXXX

Anna mengetuk pintu bilik Taufiq dengan kuat. Sudah 30 minit dia cuba mengejutkan Taufiq tetapi gagal.
“Orang tua ni tak solat subuh ke?”
Bebel Anna bengang. Disebabkan dia sudah penat, akhirnya Anna kembali masuk ke dalam bilik hotelnya dan mencapai baju yang akan di pakai ke cawangan syarikat Hikayat yang berada di Melaka ini.
Anna tidak kisah akan pakaian ketika bekerja kerana syarikat dia bekerja sekarang ini tidak kisah akan etika pemakaian kecuali ada mesyuarat penting dan perlu berjumpa dengan orang luar. Jika hanya pekerja biasa yang duduk di pejabat pakai kain batik pun boleh juga.
Setelah Anna memilih pakaian apa yang mahu di pakai, dia mengambil kesempatan untuk baring semula di atas tilam yang empuk. Tanpa dia sedari, dia akhirnya tertidur kerana kebosanan.
3 jam Anna tertidur sebelum telefonnya berbunyi. Anna mengabaikan malas untuk mengangkat kerana dirinya yang masih mamai.
Tidak lama kemudian dia terdengar pintu biliknya di ketuk.
“Anna! Bangun kata nak gerak selepas subuh, ni dah dekat pukul 10 ni.”
Jerit Taufiq. Anna ketawa kecil. Dia kemudian bangun dan membuka pintu biliknya. Taufiq masuk dan membiarkan pintu bilik terbuka.
Anna kembali baring di atas tilam
“Anna dah kejut abang tadi. Tapi abang tak dengar. Jadi Anna tidurlah.”
Bebel Anna perlahan. Taufiq tersengih.
“Iya lah. Sorry. Abang tidur lewat semalam. So bila kita nak gerak ni?”
Tanya Taufiq. Anna memandang keluar tingkap termenung buat seketika.
“Kita gerak dalam 15 minit. Abang keluar dulu, Anna nak bersiap kejap.”
“Okay, abang tunggu Anna dekat lobi.”
Kata Taufiq kemudian berlalu keluar dari bilik Anna. Anna kemudian mengambil tuala dan melangkah ke tandas untuk menyegarkan diri.
Tepat 15 minit kemudian Anna sudah tiba di lobi, dia menghampiri Taufiq yang sedang duduk di sofa.
“Ya papa. Taufiq ambil cuti 2-3 hari. Memandangkan Anna pun cuti jadi Taufiq pun ambil peluang untuk cuti juga.”
Kata Taufiq pada Hikayat. Dia menghubungi anaknya setelah perasan yang anaknya tidak pulang ke rumah malam itu.
“Ya, apa-apa Taufiq call papa lah. Jangan risau. Okay bye!”
Kemudian Taufiq segera mematikan talian apabila melihat Anna sudah tiba di lobi.
“Ready?”
Soal Anna tegas sambil di tangannya memegang fail berwarna hitam.
“Anna masih tak cerita lagi dekat abang kenapa Anna nak melawat cawangan dekat Melaka ni.”
Tanya Taufiq. Anna tersenyum kecil, mereka kemudian masuk ke dalam kereta. Taufiq yang akan memandu hingga ke syarikat tersebut.
“Sebab abang nak hotel 5 bintang, perjalanan yang dari 20 minit dah jadi 1 jam, so silakan memandu ya, sambil tu Anna akan bercerita.”
Kata Anna menyindir. Taufiq ketawa kecil. Tanpa bercakap banyak dia memulakan pemanduan mereka.

XXXXXXXXXX

“Dah berapa lama abang tak melawat pejabat dekat sini?”
Soal Anna.
“Dah lama sangat abang tak datang, papa dengan Sarah pun dah lama tak datang. Sebab kita dah tugaskan orang untuk jaga dan akan lapor setiap perkembangan semasa cawangan Melaka ni.”
“Okay, jadi sekarang ni abang dan yang lain check tak audit tahunan cawangan ni?”
Soal Anna perlahan seperti ingin menguji Taufiq.
“Periksa, ada sedikit kemerosotan dari segi sales tapi PIC yang jaga dah jelaskan kenapa sales menurun.”
Anna tersenyum sinis.
“Kalau Anna cakap penurunan sales tu banyak dan bukan sedikit macam mana?”
Taufiq mengerutkan dahi.
“Selain daripada penurunan sales, staff juga semakin berkurang. Daripada 500 orang staff kini hanya tinggal 132 staff. Abang sedar tak tentang tu?”
Taufiq terdiam. Wajahnya bertukar pucat.
“Syarikat besar mana boleh ada pekerja banyak tu je..”
Bebel Taufiq perlahan.
“Dan, menurut siasatan Anna.. Syarikat yang nak bekerjasama dengan cawangan di sini, kerap dan hampir 90 peratus mereka batalkan kerjasama mereka dengan kita. Abang tak rasa ada sesuatu yang pelik ke?”
“Apa alasan mereka batalkan kerjasama mereka?”
Soal Taufiq. Dia mula berasa gelisah. Kes Fatimah yang disangkakan kecil rupanya teruk tanpa mereka sedari.
“Anna tak berani nak cakap. Sebab tu Anna minta abang ikut Anna.”
Kata Anna dengan nada serius.
Taufiq menekan pedal minyak dengan kuat, tidak sabar untuk tiba ke destinasi yang ditujunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience