3

Drama Series 10105

SUASANA rumah Melly tegang. Semua barang yang ada di dalam rumah dibuang keluar. Walaupun dipujuk dia tidak mengendahkannya.

“Dany! Kau tak patut malukan dia.”

“Malu dia kau sibuk. Dia sendiri yang tak reti malu boleh pula. Hey perempuan! Pasang telinga... aku halalkan semua duit aku yang kau kikis selama kita kenal.”

“Dany, please I masih cintakan you.”

“Ceh, cinta konon! Taik kucing... kau cinta duit aku bukan aku. Ingat aku tak tahu.”

Melly memaut lengan Daniel dengan harapan Daniel memaafkannya. Sangkaannya meleset apabila tubuhnya ditolak hingga dirinya tersungkur di kaki Zack.

Jauh di sudut hati Daniel sekarang dia mula terasa benci dan jijik saat Melly menyentuhnya. Apa lagi selepas kejadian tempoh hari.

“Kau jangan sampai aku datang sendiri rumah orang tua kau bagitahu mereka kau menyundal dengan jantan lain.”

“Dany... please. Maafkan I.”

“Diam! Aku tak nak dengar.”

Selesai sahaja semua barang milik Melly dilempar keluar, Daniel menutup pintu rumahnya. Mangga rumah itu juga ditukar. Rayuan Melly langsung tidak dihiraukan.

“Zack tolong I halang Dany!”

Daniel menyarung helmet dan menghidupkan enjin motor. Dia memekakkan telinga dan matanya saat Melly merayu dan menarik bajunya.

“Jangan berani kau tunjukkan muka kau lagi Melly. Antara kau dengan aku dah habis. Finish. Ummi dengan abah pun dah pergi rumah putuskan hubungan kita. Tiada sikit pun sisa cinta kau tertinggal dalam hati aku. Faham tak? Pergi cari monyet tu, suruh dia bela kau!”

“Dany, sabar. Jangan jerit-jerit. Jiran tengok beb.”

“Arghh, biar orang tengok! Biar perempuan gila ni tanggung malu dengan apa yang dia buat.”

“Dany!”

“Berambus, aku nak kunci pagar!”

*
Keesokan harinya emosi ceria Daniel musnah akibat menapak beberapa meter di awal pagi menuju ke kedai Kak Asya. Semuanya hanya disebabkan tempat letak motornya telah diambil orang lain.

“Akak... kak Asya. Oii, mana kau kak!”

“Akak kat sini Dany. Suka jerit macam orang hilang anak.”

“Anak tekak ada lagi terletak. Akak, kenapa biarkan motor tu park kat tempat Dany?”

“Alahai, bukan kau ke? Akak ingat motor kau. Baru akak nak call Dany belikan akak capati mamak hujung sana. Selalu kau lepak dengan Zack pagi-pagi sebelum masuk sini.”

Helmet kesayangannya diletakkan di atas kaunter dengan kasar. Wajah pekerja kakaknya dijeling sekilas sebelum Daniel menghampiri kakaknya. Topi di mannequin ditarik dan diletakkan di kepalanya. Sedikit gaya dilakukan seakan model di hadapan cermin sambil tersengih sendirian.

“Nak jadi model?”

“Hoi, memang tak kak oii! Lambat lagi. Akak, walaupun adik akak di kategorikan kacak terlajak, dia tak akan bagi free orang tengok.”

“Amboi, berlagaknya. Hei, dengar sini! Muka kau tu ciptaan Tuhan. Kalau betul kacak kenapa Melly curang dengan kau!”

Berdesing gegendang telinga Daniel mendengar suara kak Asya memerlinya. Tepat dan padu hingga menusuk ke dalam jantung dan sanubari.

“Asal diam, kalah?”

Topi di kepala adiknya ditarik. Sengaja Asya menolak adiknya menggunakan punggungnya supaya ke tepi.

“Siot la kau kak. Kau sengaja nak bahan aku?”

“Mana ada bahan. Kenyataan.”

“Dia tu yang tak layak jadi adik ipar akak dan menantu rumah kita. Sumpah aku menyesal kenal dia.”

Bunyi motor di luar menghentikan perbualan Daniel dan kakaknya. Daniel berlari meninggalkan Kak Asya. Jauh sudut hati terasa ingin tahu siapakah gerangan pemilik motor itu?

“Hisyh, tak nampak pula mukanya. Bawa girlfriend... patutlah. Kau berani sungguh curi park harian aku.”

Daniel tersentak apabila terasa bahunya ditepuk orang. Laju tangannya memukul kakaknya. Sedetik kemudian Daniel tersedar.

“Itu dapat dia. Dah kena pukul free. Sorry kak.” Badan kakaknya digosok lembut dengan rasa bersalah.

“Apa yang kau tengok? Motor dah tak ada bunyi yang tinggal. Kenal ke orang tu?” usik Asya disertai ketawa nakal.

“Tengok. Mana tahu anak Dato... boleh mengorat dapatkan apa yang patut. Kak, motor saya ni limited.”

“Ceh, podah! Inai dulu bukan anak Dato? Kenapa tak tackle masa belajar sama-sama? Limited ke laminate ada akak hairan!”

“Eh, mak oii orang tua ni! Ikutkan hati nak aku gulai-gulai dia ni.” Sakit pula hatinya dengan perangai kakaknya suka perli dan mengutuknya terang-terangan.

“Kau ni Dany... kenapa tak ikut ummi jumpa ibu kelmarin?”

Kelmarin, engkau masih ada di sini
Bersamaku menikmati rasa ini...

Asya menjeling adiknya sedang menyanyi. Kakinya tiba-tiba ringan menyepak betis Daniel.

“Akak serius kau pergi bantai menyanyi.”

“Seganlah. Nanti dia buka zaman kita tengah berhingus. Lepas dah siap bahan pergi bantai gelak-gelak. Malu doh.”

“Sengal kau dik. Orang kata itu namanya kenangan.”

“Kak, kau tahu cerita aku lagi bertimbun daripada kau.”

“Siapa suruh kau menggedik dulu. Padanlah muka. Dany... rumah ibu mana ada orang.”

“Eleh, kata orang paku bersepah-sepah. Akak pula kenapa tak pergi? Sembang dengan ummi abah beria. Rindulah, lama tak jumpa... alih-alih dia pun tak pergi.”

“Akak lain, ada emergency. Akak memang nak sangat ke sana. Lagipun lama dah rasanya akak tak jumpa Kak Long.”

“Kak Long? Akak kata ibu sorang?”

Entah mengapa hatinya berdebar apabila Kak Asya menyebut perkataan Kak Long. Wajah Kak Long mula melintasi kotak fikirannya sekarang.

“Memanglah tapi ummi bagitahu akak malam tu Along ada rumah.”

Daniel mengukir senyuman meleret. Wajah Along melintasi ruang fikirannya seketika. Gadis rambut mengurai, putih dan mempunyai rupa yang sempurna yang begitu sayangkan dirinya satu ketika dahulu. Tangannya laju membantu akaknya mengemas meja yang berselerak. Matanya memandang kad nama di atas meja. Suasana sunyi seketika tanpa bicara.

Kak, nak saya hantar ke tidak?!

“Sekejap!”

Daniel hanya membuang pandangannya ke sekeliling butik. Wajahnya mengetat sebaik sahaja bersendirian menyebabkan pekerja kakaknya mengelak daripada memandang wajahnya.

“Nah!”

Asya meletakkan beberapa sampul surat di hadapan adiknya yang sedang mengelamun.

“Duit?”

“Jangan mengada boleh! Buat dulu. Pastikan bercop salinan warna pink dan biru ni. Orang pejabat selalu call akak tanya kertas tu.”

“Siap bos. Jumpa lagi Madam Asya sayang. Love you.”

“Hmm... love you too boyfriend kecil Along.”

“Walawei... kau kak.”
~

××
Tugas yang Daniel terima daripada kakaknya selama ini bukanlah satu tugas yang mudah. Walaupun hampir dua tahun dia lakukan semua ini tanpa pengetahuan ummi dan babah, masih ada lagi sesetengah kedai langsung tidak benarkan Daniel masuk ke dalam premis.

Bagi Daniel itu bukan penghalang kerjanya. Biarlah mereka hanya mengenalnya sebagai budak penghantar dokumen daripada mereka tahu siapa Daniel yang sebenarnya.

“Akhirnya, sampai juga aku. 25minit Dany sebelum kau bertembung dengan orang tak sepatutnya,” gumam Daniel.

Anak tangga menjadi pilihan Daniel apabila ruangan lif dipenuhi pekerja di pejabat ini. Beg galas diletakkan di atas kaunter demi memudahkan kerjanya mengeluarkan 10sampul surat dari 10 kedai.

“Petang dik D. Tak jem jalan hari ni?”

“Boleh tahan, tapi saya dah biasa kak. Nah report.”

Sungguh hatinya bimbang jika dirinya terserempak dengan bos besar di pejabat ini. Sesekali Daniel menjeling jam ditangannya. Penantianya berakhir apabila kakak tadi muncul semula di hadapannya serta menyerahkan kertas yang sudah dicop dan ditanda tangan.

“Cantik, thanks kak. Jumpa lagi.”

“Kirim salam bos awak D.”

Daniel hanya mengangkat tangan sebagai isyarat mendengar pesanannya. Langkahnya dilajukan demi mengejar masa.

××
Danies melabuhkan punggung di kerusi Adel. Matanya meliar memandang gambar lukisan di dinding ruang pejabat Adel. Bunyi pintu bilik terbuka dan derapan tapak kaki rakannya masuk langsung tidak diendahkan.

“Adel, kau tahu tak? Puan Hanan minta aku ajar CEO baru tu buat kerja. Kau bayangkan... dengar cerita dia pemalas. Sloth pun tak seteruk anak dia. Ramai kata anak bos tu masuk pejabat Cuma 25minit lepas tu dia hilang. Bayangkan macam mana aku nak handle mamat tu?”

Panjang lebar Danies membebel namun entah mengapa dia rasakan seperti sedang membebel dengan lukisan. Danies bangun dalam keadaan marah. Pemegang kerusi ditepuk kuat tanda marah. Danies memalingkan wajahnya mahu memarahi Adel.

Danies terkesima. Riak wajahnya berubah. Bukan Adel di hadapannya. Membutang matanya melihat seorang lelaki kacak dan segak tersenyum ke arahnya. Danies kaku manakala bibir mungil dikemam. Air liur diteguk payah saat jantungnya mula berdegup laju.

“Apa yang aku bebel tadi dengan mamat ni?”

“Adelia mana?”

Soalan lelaki itu tidak dijawab menyebabkan lelaki itu melambai tangannya di wajah Danies. Sedetik dia tersentak apabila lelaki itu menjentik hidungnya.

“Maaf, apa tadi?”

“Aku tanya kau Ad....”

“Mus, lama dah sampai? Sorry Mus, aku ada hal tadi.”

Adel menghampiri mereka dan memeluk Mus selepas bersalaman. Tindakan Adel menyebabkan Danies menekup mulutnya terkejut. Adel dengan mudah memeluk Mus tanpa rasa segan silu.

“Danies kenalkan abang sepupu aku Mus. Abang, ini dia Dani yang Adel selalu cerita pada abang.”

Terjongket kening Danies rasa teruja. Sungguh dia tidak percaya Adel mempunyai abang sebegini segak dan kacak hingga mampu menggetarkan nafsunya.

“Hai, Dani. Tak sangka betul dapat juga abang jumpa awak.”

Senyumannya dikemam. Lidahnya kelu. Wajahnya jangan ditanya. Sudah membahang seperti baru lepas berjemur di bawah sinar matahari terik.

“Dani! Kenapa jadi patung cendana pula. Dulu bukan main beria kau nak jumpa abang tiri aku?”

“Dia malu Adel. Tapi abang tak kisah pun. Abang dah dengar suara dia merungut marahkan anak bos korang. Boleh tahan.”

“Eh, mana ada! Adel, aku keluar dulu. Aku kena turun tengok mesin,” dalih Danies.

Adel memandang Danies melintasi mereka. Rakannya keluar dari ruang pejabat dalam keadaan tergesa-gesa. Apa yang pasti dia tidak faham dengan perangai rakannya berubah menjadi seorang yang pemalu.

“Apa hal minah sorang ni? Salah makan ubat ke pagi tadi?” keluh Adel.

Danies beredar meninggalkan mereka dalam keadaan menunduk. Mulutnya terkumat-kamit merungut. Nasibnya kali ini tidak menyebelahi Danies. Dia sekali lagi diduga apabila secara tidak sengaja telah merempuh pintu pejabat.

Tindakan Danies menyebabkan Adel dan Mus tersentak dan mengaduh kesakitan.

“Dani! Kau okey?”

Mus terkebil-kebil memandang Danies di pintu. Senyuman senget terukir di bibirnya rasa terhibur.

Adel cuba menghampiri Danies namun begitu rakannya lebih pantas membuka pintu dan beredar dari biliknya tanpa bicara.

Danies menggosok dahinya terasa sakit. Tuhan sahaja tahu betapa malunya dia ketika terhantuk pintu kaca di depan Mus. Malangnya tidak habis di situ, dia bertembung pula dengan seorang lelaki sedang mengangkat kotak keluar dari lif.

“Maaf, maaf. Saya tak sengaja,” balas Danies.

“Maaf, maaf! Kau tahu tak berat!” tengking lelaki itu.

“Minta maaf pun kena marah?” bebel Danies.

Tanpa sengaja tangannya tersentuh tangan lelaki disebalik kotak itu ketika cuba membantulePantas Danies mengalihkan tangannya dan berlari masuk ke dalam lif. Bunyi kotak jatuh ke lantai membuatkan tubuhnya tersentak.

“Astagfirullah, jahatnya aku tak tolong dia,” gunam Danies sendirian di dalam lif.

“Kepala otak dia jatuhkan barang terus lari!” Maki Daniel.

Maaf lambat update 25minit.. Semoga terhibur dengan coretan win

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience