BAB 8

Romance Completed 67139

     "SO, siapa Aris Hazryn? Kaitan dia dengan Dani?"  Soal Aiden, kening nipisnya diangkat sedikit. Kakinya disilangkan. Jari jemarinya bermain-main dengan pen di atas riba.

Matanya sempat mendarat pada kesan lebam di wajah Irsyad. Sekali imbas sahaja dia sudah tahu bahwa bodyguard peribadinya itu dipukul teruk semalam.

Menandakan Aris Hazryn bukanlah calang-calang orang jika Irsyad sendiri kalah berlawan dengannya. Aiden diam masih membuat spekulasi sendiri. Dia menunggu jawapan daripada Irsyad.

Irsyad yang sedari tadi menunduk merenung lantai mengangkat wajah apabila disoal oleh Aiden. Dia menelan air liur. Tubuhnya ditegakkan sebelum bertentang mata dengan Aiden. Dia berdehem perlahan.

Aiden yang menyedari perubahan tingkah laku Irsyad dapat mengagak bahawa ada sesuatu yang tak kena. Dia hanya beriak tenang.

"Sebenarnya, Tuan... there's nothing about him. Absolutely nothing. He doesn't have any record at all." 

Maklum Irsyad, lalu dia kembali menundukkan kepala. Menunggu arahan yang seterusnya.

Jawapan yang diberikan oleh Irsyad sudah cukup membuktikan apa yang difikirkan oleh Aiden adalah benar. Jadi betullah Aris Hazryn bukan orang yang biasa-biasa sahaja.

Tapi itu tidak bermakna dia boleh cari pasal dengan Aiden.

Nobody mess with him and still alive the next day.

"Kalau tak boleh cari dia, how about use some bait untuk panggil dia keluar?"

Cadang Aiden bersama senyuman penuh makna. Riak wajahnya sudah menunjukkan ada sesuatu yang dirancang dengan rapi di dalam kepalanya.

"Maksud Tuan? Siapa umpan yang Tuan cuba maksudkan?" Tanya Irsyad tak faham dengan rancangan Aiden. Dahinya dikerutkan.

"Still remember Aris nak kita stay away from Adara? And the fact Dani yang upah dia. Nampaknya bagi aku Aris tu bodyguard baru Adara yang diupah oleh bekas tunang dia sendiri. So, what I'm trying to say here is..."

"Jadikan Adara as the bait? So, Aris akan muncul and at last kita dapat jejak Dani daripada dia?"

Sambung Irsyad mula faham apa yang cuba dimaksudkan oleh Aiden. Aiden menepuk tangan dengan kepalanya dianggukan beberapa kali.

"Yes." Jawab Aiden mengiyakan kata-kata Irsyad tadi. Dia sudah bangkit berdiri dari tempat duduknya. Irsyad mengangguk tanda faham. Tangan diletakkan pada dada sebelum menunduk kepada Aiden.

"But remember, never ever hurt her. Understood?"

Arah Aiden kepada Irsyad dengan riak wajah yang serius. Tiada lagi nada bermain-main seperti tadi. Senyumannya juga hilang begitu saja.

"Faham, Tuan." Balas Irsyad kembali. Aiden senyum puas hati. Lantas, dia mencampakkan kunci kereta kepada Irsyad tanpa amaran.

"Drive, aku malas. Papa suruh aku join meeting hari ni." Ucap Aiden lalu berlalu pergi dari situ untuk tunggu di dalam kereta.

Irsyad segera mengekori langkah Aiden tanpa banyak tanya. Sudah sedia maklum dengan perangai Aiden yang cukup tidak suka diarah-arahkan oleh sesiapa. Lebih-lebih lagi oleh papanya sendiri.

Amaran Aiden sebentar tadi untuk tidak mencederakan Adara kembali di dalam fikiran Irsyad. Irsyad hanya akur kerana dia memang dilatih sebegitu.

Never hurt woman.

Perkara itulah yang diingatkan oleh Aiden kepada setiap seorang anak buahnya. Atau lebih tepat lagi, prinsip Aiden sehingga hari ini. Yang membuatkan dia menjadi Aiden yang sekarang.

Angel like face, devil thought?

That's him, the one and only

Aiden Zharif.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

     “NEK, jangan banyak gerak tau. Nek kena rehat banyak-banyak. Baru boleh sihat macam dulu.”  Pujuk Adara mengambil tempat disebelah Nek Kalsum. Tangan Nek Kalsum diusap lembut.

“Ara, nenek ni kuat lagi. Ara tu. Ara okay ke sayang? Iqbal ada call?” Tanya Nek Kalsum, risau dengan keadaan Adara sekarang.

Adara mengeleng kepala. Dia mengukir senyuman nipis. Tak mahu Nek Kalsum merisaukan dirinya pula memandangkan kesihatan Nek Kalsum yang masih belum stabil.

“Ara okay je Nek. Iqbal sibuklah tu tak sempat nak call Ara. Lagipun dia kan selalu sibuk. Mana tahu dia tak datang semalam sebab ada urusan tapi tak sempat bagitahu Ara kan?”

Ucap Adara yang cuba menyedapkan hati sendiri sebenarnya. Takkanlah Iqbal terlupa majlis pertunangan mereka? Terlalu mustahil untuk perkara tu berlaku.

Dah tu takkan amnesia pulak? Takpun ada penyakit Alzheimer tapi Iqbal rahsiakan perkara tu daripada dia sendiri.

Nonsense!

"Ara... Ara... oi!" Panggil Adila geram. Ada jugak yang kena sekeh kepala nanti. Baru kena tinggal tunang dah pekak.

"Eh Dila, mana nenek?" Jawab Adara pelik apabila menyedari Nek Kalsum sudah tiada disebelah dia tadi. Kini yang ada ialah Adila.

"Tu la kau. Duk fikir pasal Iqbal la kan sampai tak perasan nenek pergi tandas tadi. Haih Ara dah dah la tu. Terima kenyataan yang dia tinggalkan kau. Tak payah cari dia lagi. Baik kau cari yang baru."

Usik Adila tak mahu Adara bersedih lagi. Biarlah yang lepas menjadi perkara yang lepas. Dia tak nak Adara dikecewakan sekali lagi.

"Ish kau ni. Ingat sesenang tu je ke aku nak lupakan dia? Lima tahun Dila. Lima tahun aku bercinta dengan Iqbal. Lepas tu sekarang tiba-tiba dia tinggalkan aku tanpa sebab. Aku dapat rasa ada udang di sebalik batu ni. Semua yang jadi mesti ada sebab." Balas Adara cuba menyakinkan Adila bahwa Iqbal tidak bersalah dalam hal ni.

Adila mengeleng kepala. Tak tahu nak cakap apa lagi. Walaupun ada benarnya juga kata-kata Adara, Adila tetap teguh dengan pendirian dia.

"Macam yang kau cakap Ara, semua ni jadi mesti ada sebab. Mana tahu kan pertunangan kau ni batal sebab Tuhan tu nak tunjuk yang ada orang yang lebih baik daripada Iqbal dekat luar sana. Kita tak tahu." Selamba Adila membalas. Bahunya siap diangkat.

Adara terdiam. Kata-kata Adila benar-benar membuatkan dia terfikir. Adila yang menjadi pemerhati menjulingkan mata. Entah sampai bila Adara tu nak sedarnya pun tak tahulah.

"Dah, tak payah nak termenung terkenang masa depan sangat. Pergi kerja cepat. Hari ni ada meeting kau tahu tak? Dah pergi kerja sana." Halau Adila menolak tubuh Adara ke dalam bilik untuk bersiap.

"Eh, dah tu kenapa kau tak bersiap lagi? Aku ambik cuti emergency leave lah hari ni, Dila." Rungut Adara tak puas hati apabila hari cutinya diganggu hari ni.

Ingat senang ke nak dapat cuti hah?

"Jangan nak merepek. Yang ambik cuti tu aku bukan kaulah Ara. Kan kau sendiri yang mintak tolong aku jaga nenek hari ni. Sebab kau nak cari Encik tunang kesayangan kau tu."

Ucap Adila cuba mengingatkan Adara kembali. Perempuan tu memang, banyak makan semut agaknya asyik terlupa je kerja. Adila sudah mencekak pinggang.

Adara menepuk dahi. Matanya mengerling ke arah jam dinding. Dia menutup mulut akibat terlalu terkejut yang dia hanya ada kurang daripada 15 minit untuk bersiap ke tempat kerja!

"Kenapa kau tak ingatkan aku awal-awal, Dila!"

Marah Adara yang sudah berlari masuk ke dalam bilik air. Tangan Adila sempat menjadi sasaran Adara. Adila mendesis kesakitan. Tak guna punya kawan!

"Adara Qalyssa! Siap kau nanti!"

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

        “AKU pergi dulu. Apa-apa nanti call aku tau!" Pesan Adara kelam kabut keluar dari rumah. Adila hanya mampu melihat kawannya sengsara. Nak tolong tak mampu la katakan.

"Ya ya. Hati-hati woi." Balas Adila kembali. Dia mengeleng kepala mengenang nasib Adara. Bukan dia tak tahu Adara menangis semalam dalam diam. Nampak saja Adara tu kuat tapi ada masanya juga dia lemah.

Siapa je tak sedih kena tinggal dengan tunang kau yang bercinta lima tahun lamanya? Cuba cakap siapa yang tak sedih.

Orang yang baru bercinta lima hari tapi putus pun boleh frust menonggeng. Inikan lagi lima tahun. Silap langkah sampai bunuh diri.

Tapi alhamdulilah Adila masih tahu yang Adara takkan buat perkara sebegitu. Dia dah cukup kenal dengan Adara.

"Eh, Dila! Ara mana?" Tegur Mak Esah tiba-tiba. Leher wanita tua itu dipanjangkan cuba mencari keberadaan Adara.

Adila mempamerkan senyuman palsu. Sudah tahu motif jiran Adara yang terlebih ramah itu.  Ingat dia tak tahu Mak Esah yang mulakan gosip Adara kena tinggal dengan Iqbal semalam?

"Eh, Mak Esah. Kenapa cari Ara? Dia pergi kerjalah. Takkan nak duduk menganggur dekat rumah macam Karina tu kan?" Sedas perlian itu diberikan kepada Mak Esah. Adila tayang senyuman yang menampakkan sebaris giginya yang putih.

Mak Esah memasamkan wajah. Tak suka apabila anak perempuannya direndah-rendahkan sebegitu. Lebih-lebih lagi apabila dibandingkan dengan Adara.

"Lah Ara pergi kerja ke? Mak Esah ingatkan dia cari tunang dia yang hilang tu. Yelah kan kena tinggal semalam. Buat malu dengan orang sebab kena tinggal macam tu je. Dengar cerita lima tahun ya diaorang bercinta?" Tanya Mak Esah pura pura tak tahu.

Adila menarik nafas panjang. Sabar. Sabar. Berkali kali Adila mengulang ayat yang sama. Bibirnya masih mengukir senyuman plastik. Mujurlah Adara sudah pergi ke kerja. Tak adalah Adara perlu dengar semua benda ni.

"Itulah tak ada jodoh agaknya. Tapi tak apalah sekurangnya Adara tu pernah merasa bertunang. Karina tu sampai bila nak membujang, Mak Esah? Tak ada siapa ke masuk meminang? Dahla menganggur makan pakai minum pun Mak Esah yang tanggung kan. Ke tak ada orang nak dia?" Serang Adila tersenyum lebar.

"Hmmm, nantilah kita sembang lagi ya Dila. Mak Esah ada banyak lagi kerja nak buat ni. Pergi dulu." Ucap Mak Esah yang sudah jelas menahan geram. Adila tahan tawa di dalam hati.

"Baguslah. Baik buat kerja daripada duduk jaga tepi kain orang." Gumam Adila sendirian lalu masuk ke dalam rumah dengan puas hati.

Baru dia kenal Adila siapa. Ini Adila Qayrina lah bukan Adara Qalyssa!

Adara yang sedang sibuk memandu tersedak secara tiba-tiba. Entah siapa pulak yang sebut sebut nama dia pagi buta ni.

Dengan matanya yang masih fokus di jalan raya, sebelah tangannya mencapai botol air disebelah. Manakala sebelah tangannya lagi kekal pada stereng kereta.

Belum sempat dia melegakan tekaknya yang terasa perit, kereta hitam di hadapannya berhenti secara tiba-tiba. Membuatkan Adara terpaksa brek mengejut. Habis basah pakaiannya disimbah oleh air minumannya sendiri.

Adara menahan geram kepada pemilik kereta tadi. Di dalam hatinya sudah menyumpah seranah. Dia menghafal plat kereta dan mengenal pasti model kereta tersebut dahulu.

Dia tak terlalu mahir dengan jenama kereta. Tetapi kereta di hadapannya itu sudah jelas lagi nyata adalah Mercedes Benz.

Setakat kereta mahal tak reti bagi signal tak ada guna jugak. Haih. Adara kerling jam di tangan. Lagi beberapa minit saja lagi dia lewat ke meeting penting pada hari ini.

Malas mahu ambil kisah tentang kereta hitan tersebut, Adara menekan pedal minyak mahu memandu melepasi kereta itu tadi. Boleh juga dia tengok pemilik wajah pemandu yang tak berhemah tu nanti.

Malangnya niat Adara tak kesampaian apabila kereta tersebut secara tiba-tiba menghalang laluan Adara. Adara mengerutkan muka tanda tak puas hati.

Mentang-mentang jalan yang mereka berada sekarang adalah jalan yang sunyi. Boleh pulak mercedes tu buat jalan ni macam bapak dia punya!

Pin! Pin! Pin!

Hon dibunyikan oleh Adara cuba menyuruh kereta tersebut ke tepi. Tahu tak dia dah lambat sekarang ni? Adara menyedari ada sebuah lagi kereta di belakangnya melalui cermin kereta.

Sekarang dia tersepit antara dua kereta tersebut. Ha baguslah. Memang bagus pun. Adara menghantukkan kepala pada stereng kereta beberapa kali.

Apa nasib dia hari ni?

Tangannya mencapai pintu kereta. Sudah berura-ura untuk keluar. Nak tunggu kereta depan tu bergerak memang sampai kiamat pun belum tentu kot. Kena suruh baru gerak agaknya.

Klik!

Kedengaran pintu kereta sudah dibuka dari dalam oleh Adara. Tak lama kemudian kelihatan seorang lelaki bersut hitam keluar dari Mercedes tadi. Adara masih mahu meneruskan niatnya.

Pintu kereta dibuka. Baru saja dia melangkahkan kaki, secara tiba-tiba pintu keretanya ditolak orang seseorang membuatkan dia segera menarik kaki kembali ke dalam.

Gila ke! Nasib baik kaki dia tak tersepit tadi. Kalau tidak mahu tempang dia berjalan masuk office nanti. Cermin kereta diturunkan. Matanya mencari gerangan tersebut.

"Jangan keluar, stay dalam kereta."

Arah suatu suara membuatkan Adara menoleh ke arah suara itu berada. Sebuah figura berhoodie kelabu kini ada dalam pandangan Adara.

Sebaris nama terlintas di fikiran Adara ketika itu apabila pandangannya tertancap pada figura berhoodie tersebut.

"Aris?"

Secara automatik, mulutnya menyebut nama itu tanpa dia sendiri sedar. Serta-merta, lelaki tadi menoleh ke belakang.

Cap hoodie diturunkan daripada kepala.
Menunjukkan wajahnya sepenuhnya kepada Adara.

“Yes, did you call me Adara?"

See you tomorrow on next chapter!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience