BAB 4

Romance Completed 4031

Pelbagai aktiviti dilakukan oleh Amirul bagi menaikkan semula namanya. Dia cuba mencari rezeki dengan membuat persembahan pentas di Fun Fair. Dia juga melibatkan dirinya dalam semua aktiviti hiburan yang dianjurkan untuk selebriti. Walaupun setiap yang dilakukannya tidak membuahkan hasil, Amirul tidak mengalah. Dia teruskan juga perjuangannya kerana Rania sentiasa menemaninya di sisi.

Melihatkan kerjaya Amirul sudah berada di tahap kehancuran, Rania mula membuka rahsianya. Dia menceritakan kesemuanya kepada Amirul. Ayahnya adalah punca di sebalik semua yang terjadi. Amirul benar-benar terkejut. Dia sama sekali tidak menyangka bahawa kerjayanya musnah adalah angkara ayah Rania. Dia benar-benar kehilangan kata-kata.

“Maafkan I Amirul. I tak sangka papa I akan buat macam tu. I ingat dia akan beralah bila I tetap dengan keputusan I. Ternyata I silap. Dia benar-benar tak boleh terima hubungan kita.” Ujar Rania dalam esak tangisnya. Air matanya yang jatuh mengalir di pipi dibiarkan sahaja. Tangannya mengenggam erat tangan Amirul. Namun Amirul masih tetap diam seribu bahasa. Tiada sebarang reaksi.

“Jika hubungan kita ni hanya akan membawa kedukaan dalam hidup U, lebih baik kita berpisah. I tak sanggup tengok hidup U macam ni. Seolah-olah I ni membawa malang dalam hidup U sahaja.” Luah Rania sambil melepaskan genggaman tanggannya. Amirul tersentak dengan keputusan Rania yang mendadak itu. Dia cuba mencari kepastian dalam kata-kata yang baru sahaja dilafazkan itu. Adakah Rania benar-benar nekad untuk meninggalkannya. Amirul tertunduk lemah.

“Kerjaya I dah hilang dan sekarang U nak pergi tinggalkan I?” Lemah kedengaran nada suara Amirul. Dia mengakat mukanya. Memandang lembut wajah Rania.

“Rania, kerjaya yang musnah boleh dibina semula. Boleh dicipta semula kegemilangannya. Tapi cinta yang hilang sangat sukar untuk dicari semula. Sukar untuk dicipta semula. Jangan tinggalkan I Rania. Tak mungkin I dapat cari cinta seperti ini lagi. Please Rania.” Amirul mencapai semula tangan Rania. Dia mengenggam erat tangan Rania. Dalam esakan, Rania mengangguk berulang kali. Dia berjanji tidak akan meninggalkan Amirul.

“Aku nak kahwin lari dengan dia.” Shafie terkesima. Rania yang tergesa-gesa mahu berjumpa dengannya pada malam itu hanya untuk memberitahu keputusan yang telah dibuat olehnya yang dia mahu kahwin lari dengan Amirul!. Ternyata Rania telah kemaruk cinta sehingga tidak dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.

“Fikir masak-masak Nia. Kau bawa maruah keluarga bersama kau. Jangan sampai ayah kau terima padah kesan dari tindakan kau ni.” Pujuk Shafie. Tetapi Rania tidak termakan dengan kata-kata nasihat Shafie. Rania sememangnya sudah nekad untuk lari bersama dengan Amirul. Melihatkan kesungguhan Rania, Shafie terus menghubungi Amirul. Dia cuba menasihati Amirul supaya memujuk Rania tetapi Amirul juga seakan sudah mati akal. Bagi mereka, kahwin lari adalah satu-satunya jalan untuk menyatukan cinta mereka. Akhirnya Shafie mengalah dengan keputusan Rania dan Amirul. Mereka berdua telah merancang untuk meninggalkan Malaysia dan berkahwin di luar negara.

“Aku tak membantah apa yang korang nak buat sebab korang berdua dah besar. Korang dah tahu bezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Tapi ia tak bermakna aku setuju dengan tindakan korang ni. So, kalau korang nak teruskan juga, kau uruskanlah semuanya sendiri. Aku tak akan masuk campur. Pandai-pandailah kau bagitau papa kau.” Keras nada suara Shafie. Lalu dia terus masuk ke dalam rumah dan meninggalkan Rania seorang diri di halaman rumahnya. Dia menutup pintu dan terus mengunci pintu rumahnya. Dia benar-benar kecewa dengan Rania. Rania dan Amirul seperti sudah hilang pedoman. Cinta telah membutakan hati mereka.

Jam sudah menunjukkan pukul 8.30 malam. Rania segera mengemas beg pakaiannya. Dia hanya membawa barangan keperluan yang penting sahaja. Dia tidak mahu terlambat kerana Amirul akan menunggunya di KLIA pada jam 10.00 malam. Mereka merancang untuk ke Australia. Lebih kurang jam 10.15 malam, Rania telah tiba di KLIA. Dia segera mencari Amirul di sekitar pintu gate A. Berulang kali juga dia cuba menghubungi telefon Amirul, tapi tiada jawapan. Mungkin keadaan sekitarnya bising sebab tu dia tak dengar bunyi deringan telefon. Fikir Rania. Ketika dia sedang mundar-mandir mencari Amirul, dia terserempak dengan Shafie. Rania hanya memandang sahaja Shafie yang kelihatan seperti orang yang sedang keletihan akibat penat berlari. Untuk seketika mereka hanya berbalas pandangan sahaja.

“Aku takkan ubah keputusan aku. Jangan halang aku.” Tegas Rania dan dia segera berpaling untuk mencari Amirul semula.

“Aku datang bukan untuk menghalang kau. Tapi untuk memberitahu yang papa kau sedang sakit sebab kena serangan jantung. Dia di hospital sekarang ni.” Rania berhenti melangkah. Dia berpaling memandang Shafie. Cuba mencari kebenaran dalam kata-kata Shafie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience