BAB 38

Romance Completed 67139

             “DILA, nampak tak Aiden mana?” Tanya Adara apabila menyedari ketiadaan suaminya selepas mereka bersarapan bersama pagi tadi. Naik hairan dia dibuatnya. Adila angkat bahu.

“Tak tahu. Suami kau bukan suami aku.” Tak semena-mena, tangan Adila ditampar Adara. Adila segera menyapu tangannya yang terasa kebas dek kerana pukulan daripada Adara.

“Ish, sakitlah! Mana aku tahu.”

“Ni kenapa bising-bising ni?”

Suara Nek Kalsum menegur mereka. Adila pantas mendapatkan Nek Kalsum mahu mengadu perbuatan Adara. Adara memasamkan wajah. Mata menjeling Adila yang menjelir lidah kepadanya.

“Tak ada apa lah nek. Nenek nampak Aiden tak?” Soal Adara ingin tahu. Mata masih diliarkan pada segenap ruangan rumah agam milik suaminya.

“Nenek tak nampak pulak Aiden tadi. Dia tak bagitahu Ara ke dia nak pergi mana?” Adara menggeleng kepala. Aiden langsung tak cakap apa-apa. Kelibat Ersyad yang selalu di situ pun tiada. Apatah lagi Aryan dan Dayyan.

“Ara, cari Leo ke?” Tegur Puan Rossa yang kebetulan mahu pergi ke dapur. Adara mengangguk kecil sebagai balasan.

“Leo ada dekat luar dengan Arrez. Tengah bersembang pasal apa pun mama tak tahu.” Maklum Puan Rossa.

“Oh okay, Ara nak jumpa Aiden kejap. Nanti Ara datang balik tolong mama masak.” Adara tersenyum kepada mertuanya sebelum meminta diri. Puan Rossa hanya membalas dengan anggukan.

“Biar Dila tolong aunt masak. Ara tu bukan percaya. Kata aje kejap jumpa Aiden. Padahal sampai esok pun tak habis tu. ” Adila menolong Puan Rossa mengeluarkan barangan basah. Puan Rossa tersenyum kecil mendengar kata Adila.

“Dila, ya Allah apa pulak kata macam tu. Haih, budak bertuah ni.” Nek Kalsum menggeleng kepala. Bertuah sungguh!

“Tak apalah Kak Sum, biasalah tu budak-budak. Rossa faham.” Puan Rossa mengukir senyuman lebar. Sudah lama mengimpikan keadaan keluarga kecilnya sebegini.

Adara mengorak langkah ke luar rumah. Halaman rumah Aiden yang luas kini berada di dalam pandangan Adara. Dia melirik pada dua buah figura yang sedang duduk berdekatan dengan gazebo di halaman rumah tersebut.

Lantas, kaki diatur menuju ke situ. Aiden yang sedang berbincang sesuatu dengan Arrez menoleh ke belakang apabila mendengar langkah seseorang. Bibirnya dijungkitkan mengukir senyuman kepada Adara.

“Penat orang cari tahu tak?” Rungut Adara menumbuk lembut lengan suaminya. Dia melemparkan senyuman kepada Arrez. Arrez membalas kembali senyuman tersebut.

“Aiden, aku pergi dulu.” Ucap Arrez bingkas bangun dari duduknya. Mahu memberikan privasi kepada Aiden dan Adara. Aiden mengangguk saja sebagai balasan.

“Bye, Arrez.” Sapa Adara sopan. Tak mahu kelihatan biadab. Arrez hanya membalas dengan senyuman sebelum beredar dari situ.

“Stop smiling like that, woman.” Aiden menarik kerusi untuk Adara duduk. Riak wajah Aiden yang tadi ceria kini berubah. Bukan dia tak nampak Arrez dan isterinya saling berbalas senyuman tadi. Adara menurut saja kata suaminya.

“Lah kenapa? Senyum tu kan sedekah, abang.” Adara menegur Aiden. Lagipun tugas dia sebagai seorang isteri untuk menegur Aiden. Selama ini dia senyum Aiden okay je.

“I didn't say it's wrong to smile, love. But, don't smile to any man. Aku tak suka.” Nada Aiden bertukar menjadi serius. Riak wajahnya jelas menunjukkan dia tak suka dengan perbuatan Adara kepada Arrez tadi. Adara tahan senyum.

“Did you smell something, Aiden?” Adara tersengih kerang pada suaminya. Aiden mengerutkan wajah.

“What, Adara Qalyssa?” Aiden mencuit hidung Adara. Dia sempat mencium bau bajunya. Tapi tiada ada apa yang pelik. Adara tahan gelak lagi.

“I smell someone's jealousy from here.” Adara melepaskan tawanya apabila melihat telinga Aiden yang memerah. Bukan selalu. Aiden memegang tubuh Adara. Risau isterinya terjatuh dari kerusi kerana galak mentertawakan dia.

“I'm not jealous, woman.” Adara meredakan tawanya. Dia memandang Aiden dengan senyuman mengejek. Dah cemburu tak nak mengaku. Perlahan-lahan, dia naik duduk di atas riba Aiden.

“Mengakulah cepat. Jealous aren't you?”

“No, I'm not.”

“Yes, you're.”

“I hate sharing what's mine, Adara. Especially my woman. That's it.”

Adara senyum lebar mendengar jawapan Aiden. Tubuh suaminya dipeluk erat seperti tak mahu lepas. Aiden hanya membalas kembali pelukan isterinya walaupun pelik dengan tindakan Adara.

“Are you alright, love?” Adara mengangguk laju. Kedua-dua belah pipi Aiden dicium. Adara tersenyum lebar. Entah kenapa tiba-tiba rasa nak buat macam tu. Dah nak period kot.

“Abang sembang apa dengan Arrez?” Tanya Adara ingin tahu. Nampak macam serius sahaja perkara yang dibincangkan oleh mereka berdua. Aiden diam seketika. Tangannya yang mengusap belakang badan Adara turut jeda.

“Iqbal. Abang nak jumpa, Iqbal.” Adara tersentak. Melihat reaksi Adara, Aiden mengelus lembut wajah isterinya. Mahu memujuk Adara.

“Tapi, dia cuba bunuh abang. Macam mana kalau dia-”

“Hey, it's okay love. It's okay. Don't worry. I'll be alright. We. We will be alright, abang janji.”

Aiden meniup lembut ubun-ubun Adara sebelum mencium lama permukaan dahi licin milik isterinya. Adara memeluk Aiden. Patutlah hatinya terasa bagai tak kena.

“Tolong jangan perkara yang sama jadi sekali lagi. Janji dengan sayang, abang balik. Selamat. Hidup. Janji?” Adara merenung ke dalam mata Aiden mahukan kepastian. Di dalam kepalanya masih terbayangkan kejadian lepas terjadi kepada Aiden membuatkan dia takut.

“Janji. I will keep our promise, sweetheart.”

???????•°?°•?? ??????

    “TUAN Muda, semua dah siap.” Ucap Ersyad mendekati Aiden. Adara memegang tangan Aiden dengan erat. Aiden mengenggam tangan Adara. Kekura tangan isterinya diusap lembut.

“Aku masuk kereta dulu.” Ujar Aryan kepada Aiden. Dia yang akan menemani Aiden bertemu dengan Iqbal pada hari ini. Dayyan dan Arrez sudah keluar melakukan tugasan yang diberikan Aiden semalam kepada mereka.

“Abang,” Panggil Adara menarik tangan Aiden. Mata sudah melirik kepada Aiden. Aiden mengukir senyuman tawar. Tanpa banyak kata, tangan didepakan. Menunggu Adara memeluk dirinya.

Adara mula beremosi. Batang leher Aiden dipaut. Wajah disembamkan pada ceruk leher suaminya. Tubir mata mula rasa hangat ingin mengalirkan air mata. Sah, dia dah nak datang bulan. Emosional sangat.

“Adara sayang abang.” Gumam Adara perlahan. Aiden menepuk lembut belakang Adara memujuk isterinya. Sisi kepala dicium penuh kasih.

“Abang lagi sayangkan, sayang.”

Aiden mengangkat wajah Adara. Dahi mereka disatukan. Hidung mancung Aiden dilagakan pada hidung Adara. Satu ciuman dihadiahkan pada bibir isterinya sekilas.

“Don't cry, love. Nothing will happens to me. Neither you. We will meet again, I promise.” 

Aiden menyakinkan Adara. Semuanya sudah dirancang dengan teliti. Semua akan berjalan lancar seperti yang diharapkan. Tiada lagi helah seperti dulu.

“Duduk dengan mama, okay? Nenek dengan Adila ada. Ersyad pun ada. Don't worry about me. I will protect myself. And I will protect you from a far, hun.”

Aiden mengesat air mata Adara yang sedikit mengalir. Tak suka melihat wanita kesayangannya menangis. Adara mengganguk kecil. Mempercayai kata-kata Aiden. Walaupun hatinya mengatakan yang sebaliknya.

“Remember, I love you more than anything. So, no matter what happens I will find you, precious.”

Ucap Aiden memaksudkan setiap kata-katanya.  Dia sedar segala kerisauan Adara di sebalik mata isterinya.

Eyes never lies.

“Sayang percaya abang. Sayang tunggu abang balik.” Adara mengukir senyuman nipis pada Aiden. Mungkin tiada apa yang perlu dirisaukan. Aiden turut tersenyum.

“That's my girl. Wait for me. I'll be back. Love you.” Pipi Adara dicium Aiden sebelum dia memboloskan ke dalam kereta bersama Aryan di dalamnya. Adara tak lepas memandang Aiden.

“Jangan risau, Ara. Leo okay. Mama percaya Leo.” Puan Rossa memeluk sisi tubuh Adara. Bahu Adara digosok lembut. Adara terpujuk dengan kata mertuanya. Mereka berdua menghantar pemergian Aiden dengan pandangan.

Tak lama selepas itu, kereta yang dinaiki Aiden hilang dari pandangan. Tiada apa yang berlaku. Tiada letupan. Tiada kematian. Tiada apa-apa yang terjadi. Adara melepaskan nafas lega.

“Jom, masuk.”Ajak Puan Rossa. Adara menggeleng menolak lembut. Dia mahu duduk di luar sekejap. Hatinya masih tak tenang sebenarnya.

“Mama masuklah dulu, Ara nak duduk luar kejap. Nanti Ara masuk.” Puan Rossa mengangguk tanda faham. Bibir mengukir senyuman.

“Jangan lama-lama dekat luar tau. Risau mama dengan nenek nanti. Nak mama panggilkan Dila teman?”Adara menggeleng tanda tak mengapa. Puan Rossa hanya mengikut kehendak Adara. Tak mahu memaksa.

“Okay, mama masuk dulu. Nak apa-apa mama dekat dalam.” Ucap Puan Rossa sebelum pergi. Adara hanya membalas dengan anggukan. Adara menoleh kepada Ersyad yang berada di situ.

“Ersyad, awak masuklah dalam. Mana tahu nanti mama dengan Dila perlukan awak. Saya okay je dekat sini. ” Tegur Adara kepada Ersyad.

“Tapi saya kena teman Puan Muda. Arahan Tuan Muda Aiden sendiri.” Sopan saja Ersyad menjawab. Tak mahu dikatakan melawan arahan Adara. Tapi arahan Aiden lebih diutamakan.

“I will protect from a far, hun.”

Kata-kata Aiden tadi kembali bermain di dalam fikiran Adara. Dia tersenyum. Tahu Aiden selalu mengotakan janjinya. Semakin lega hatinya sekarang.

“Kalau macam tu, tak apa lah. Awak teman saya duduk sini je la eh.” Adara mengambil tempat di gazebo yang terletak di halaman rumah Aiden. Melihat tumbuhan menghijau membuatkan dia terasa tenang.

Ersyad hanya menurut tanpa banyak kata. Tugasnya untuk menjaga keselamatan Adara dan keluarga Aiden sudah merupakan tanggungjawab dia. Adara tersenyum pada Ersyad membuatkan Ersyad membalas kembali senyuman tersebut.

???????•°?°•?? ??????

       BUK! Satu tumbukan padu dilayangkan pada wajah Iqbal. Terteleng kepalanya ke tepi dek kerana tumbukan tersebut. Bibirnya sudah pecah. Iqbal menundukkan wajah. Sisi wajahnya kini terasa kebas.

“Itu makanan kau lepas apa kau buat dekat Aiden! Berani kau eh mintak nak jumpa dia. Lepas kau khianat dia, kau cuba nak bunuh dia, sekarang kau nak mintak nak jumpa Adara sekali? Sedar diri sikit kau tu, pengkhianat!” Marah Aryan tak dapat dibendung apabila diberi peluang berjumpa dengan Iqbal.

“Aku sedar apa aku buat. Jadi bagi aku peluang untuk betulkan semua ni. Aku tahu aku tak layak minta lebih dari ni lepas apa aku dah buat. Aku tahu. Tapi, tolonglah. Aku merayu. Bagi aku jumpa Aiden dengan Adara.” Rayu Iqbal dengan kesal. Dia tak ada niat yang tersembunyi. Dia cuma nak berjumpa Aiden dan Adara. Itu sahaja.

“Enough,” Suara Aiden mencelah perbualan antara Aryan dan Iqbal. Aryan memberi laluan kepada Aiden. Dia menjeling tajam ke arah Iqbal dengan penuh rasa benci.

“Aiden,”

“Leave us alone, Aryan.”

“But,”

“Leave, Aryan Qalish. Don't make me repeat myself.”

Aryan beredar dari situ dengan segera. Meninggalkan Aiden berdua sahaja bersama Iqbal. Iqbal merenung Aiden dihadapannya yang disangka mati di dalam letupan yang dirancangnya pada bulan lepas.

“Shocked? You looks like you see a ghost.” Aiden mengukir senyuman sinis. Wajah pucat Iqbal membuatkan hatinya terasa senang. Walaupun pada hakikatnya ingin sahaja dia menghentak kepala Iqbal pada meja sehingga putus.

“She isn't here. So stop looking for her. She's mine not yours.” Aiden mematikan senyuman. Matanya tajam memandang Iqbal yang seperti mencari seseorang. Iqbal sedar kenyataan itu. Adara milik Aiden. Bukan dia. Lagipun dia tahu Adara takkan datang berjumpa dia.

Apa lagi yang dia harapkan?

“Start talking. Don't waste my time.” Aiden menyilangkan tangan ke dada. Tak suka melihat Iqbal yang diam dari tadi.

“Aku mintak maaf.” Iqbal menundukkan kepala. Badannya turut ditundukkan sekali. Tiada rasa malu baginya untuk berbuat sebegitu kepada Aiden. Dia tahu salah dia.

“Aku mengaku apa yang aku dah buat. Aku mengaku aku yang cuba bunuh kau. Aku mengaku aku cuba rampas Adara daripada kau. Jadi aku nak mintak maaf walaupun perkara ni tak mengubah apa-apa.” Sambung Iqbal masih menunduk pada Aiden. Aiden memandang sepi ke arah Iqbal.

“Bangun.” Arah Aiden dengan nada yang selalu digunakan kepada anak-anak buahnya. Iqbal lantas mengangkat kepala. Dia tahu Aiden takkan maafkan dia tapi sekurang-kurangnya dia dah cuba.

“I don't need your apology. I need my answer.”

Aiden memandang Iqbal tanpa perasaan. Kata maaf itu langsung tak bermakna apa-apa pada dia. Biarkan yang lepas, lepas begitu sahaja. Tak perlu panjangkan lagi.

“Sorry is just a sorry without your action.
If you're really sorry, prove it. Action speaks louder than words, Iqbal Danial.”

Iqbal terdiam. Kata-kata Aiden betul-betul terkena tepat pada batang hidungnya. Aiden memandang lama ke arah Iqbal.

“Siapa King?” Iqbal memandang Aiden. Takut Aiden tak mempercayai kata-katanya nanti. Iqbal membuka mulut mahu bersuara.

“Aku tahu kau tak percayakan aku. Tapi, tolonglah percayakan aku kali ni. Kau percaya aku?” Aiden tak memberi jawapan. Dia hanya diam menunggu jawapan yang keluar daripada mulut Iqbal. Iqbal melepaskan keluhan berat.

“Malik. King is Malik. Ayah kau.”

???????•°?°•?? ??????

    “ERSYAD, boleh tolong ambilkan air tak? Panggilkan Adila sekali boleh?” Pinta Adara kepada Ersyad. Nak ambil sendiri tapi dia sedang menikmati pemandangan di hadapannya. Terasa berat pulak hati mahu pergi.

“Boleh, Puan Muda.” Ersyad membalas. Adara sempat berterima kasih kepada Ersyad. Dia kenbali menikmati pemandangan di hadapannya. Udara segar yang berada di luar dihirup Adara. Dia mengukir senyuman lebar.

Pin!

Bunyi hon kereta yang kuat kedengaran dari jauh. Adara mengerutkan wajah apabila mendengar bunyi tersebut. Leher sudah dipanjangkan mahu melihat keadaan di luar.

“Siapa pulak yang datang?” Gumam Adara sendirian. Dia mahu pergi tetapi anak-anak buah Aiden terlebih dahulu sudah pergi ke arah kereta yang tak dikenali oleh dia.

“Papa?” Adara mula hairan apabila melihat figura Tuan Malik yang keluar dari kereta tersebut. Kelihatan seorang anak buah Aiden menyambut kedatangan Malik. Tetapi tanpa disangka, lelaki itu ditembak oleh pembantu Tuan Malik.

Bang! Bang! Bang!

Adara tersentak. Dia menutup mulut terkejut dengan tindakan tersebut. Adara segera mencari tempat untuk bersembunyi. Jantung mula berdegup laju.

Bang! Bang! Bang!

Bunyi tembakan semakin kuat mendekati Adara. Adara menutup telinga. Tak mahu mendengar bunyi bising yang mahu memecah gegendang telinganya.

“Argh!” Jeritan suara Adila membuatkan Adara membulatkan mata. Dia segera keluar dari tempat persembunyiannya. Mata melilau mencari kelibat Adila.

“Dila! Dila!” Jerit Adara mahu mencari Adila. Kelibat Ersyad tidak kelihatan. Mayat anak buah Aiden bergelimpangan membuatkan Adara memejam mata. Tak sanggup melihat darah.

Tiba-tiba, bahu Adara ditepuk. Baru sahaja, Adara mahu menoleh. Sehelai kain ditekupkan pada mulutnya. Adara mula menjerit meminta tolong.

“Mmmh! Mmmh!”

Cecair kloroform yang diletakkan pada kain tersebut mula memberikan kesan. Jeritan suara Adara mula tenggelam. Matanya kini berubah kuyu. Wajah lelaki itu sempat dilihat Adara sebelum dia pengsan tak menyedarkan diri.

“I got you now, babygirl.”

???????•°?°•?? ??????

    Prang!

   Sebuah gelas kaca terjatuh daripada tangan Aiden tanpa sengaja. Aiden mula merasakan ada sesuatu yang tak kena. Aryan memandang Aiden mahukan kepastian.

“Kau okay tak?” Soal Aryan. Mereka berdua berada di dalam bilik peribadi Dayyan. Iqbal masih berada dalam bilik siasatan.

“Adara. Call Ersyad.” Arah Aiden sekilas. Dia bergerak menuju ke bilik siasatan mahu bertemu Iqbal semula. Aryan menurut arahan Aiden.

“Apa rancangan Malik?” Soal Aiden terus mahukan jawapan kepada Iqbal. Dia dapat mengagak seperti ada sesuatu yang berlaku tanpa pengetahuan dia.

“Dia nak Adara. Dia nak balas dendam.” Iqbal menjawab yakin. Itu yang dia dapat tahu sepanjang bekerja untuk King selama ini.

“What?” Soal Aiden tak percaya. Balas dendam? Untuk apa?

“Aiden!” Panggil Aryan dengan nafas yang tak teratur. Aiden menoleh ke arah Aryan. Iqbal turut melakukan perkara yang sama.

“Adara, kena culik!” Sambung Aryan. Terkejut dia apabila mendapat panggilan daripada Ersyad yang patah tangan bersama dua luka tembakan pada tubuhnya sewaktu mahu menyelamatkan Adila dan Adara.

Aiden mengetap rahang. Penumbuk dikepalkan pada sisi tubuh. Sedikit pun dia tak menyangka perkara ini akan berlaku. Iqbal berdiri menahan Aiden daripada pergi. Wajah berang Aiden ditatap Iqbal.

“Aku tahu Adara dekat mana. Consider this as my apology.”

Tak semena-mena, tubuh Iqbal ditolak kasar oleh Aiden pada dinding. Jelas kelihatan urat-urat pada leher Aiden.

“What are you waiting for? Tell me where's my wife, now!”

Updated! Selamat berbuka kesayangan's<3 Double update

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience