BAB 29: Muktamad!

Drama Series 28608

"AMNESIA?!! " pekik Fatin sambil tangannya memeluk meja doktor itu.

Pekikan Fatin yang kuat itu membuatkan doktor itu terkebelakang ke penyandar kerusinya itu. Mata doktor itu membulat sambil berkelip berkali-kali. Liurnya diteguk perlahan. Gementar melihat gelagat Fatin.

" Y-ya betul.." kata doktor itu sambil mengangguk-anggukan kepalanya.

Doktor itu mengeluarkan sapu tangan daripada koceknya kemudian mengelap peluh-peluh yang mengalir perlahan di permukaan dahinya. Matanya memandang ke bawah seolah-olah mengelak daripada bertembung mata dengan Fatin.

Fatin memandang tajam doktor yang diberi nama Hisham itu. Perlakuannya yang pelik menimbulkan tanda tanya di dalam hatinya. Dia seperti sedang menyembunyikan sesuatu daripada Fatin. Fatin membetulkan semula reaksi mukanya.

" Macam mana dia boleh hilang ingatan? Padahal waktu surgeri hari tu kata kecederaan tak serius. " tanya Fatin dengan muka yang serius.

Ternganga doktor Hisyam dibuatnya. Matanya meliar ke sana sini seperti sedang memikirkan sesuatu sebelum matanya terhenti semula ke arah Fatin yang sedang bermuka sinis. Doktor Hisyam menyengih kelat.

" Ya, memang betul kecederaan Encik Shahir tidak serius tetapi ini ialah kecederaan dalaman yang kami pun tidak pasti bagaimana boleh terjadi. Mungkin disebabkan kepalanya bergegar terlalu kuat menyebabkan kecederaan di otaknya dan sekaligus mencetuskan penyakit amnesia." terang doktor Hisyam.

Mata Fatin masih memandang tajam doktor Hisyam. Ya, semua yang dikatakan oleh doktor Hisyam benar namun entah kenapa hati Fatin merasakan yang keadaan Shahir tidak sepatutnya seteruk ini. Mungkin Fatin cuba untuk menafikan yang dialah penyebab Shahir cedera.

Fatin menghembus nafas perlahan. Badannya disandarkan ke penyandar kerusi sambil tangannya memeluk tubuhnya.

" Takpelah. Terima kasih doktor. Assalamualaikum." kata Fatin sambil tangannya bergerak mencapai beg tangannya sebelum berdiri. Wajah doktor Hisyam hanya dipandang sekilas sebelum kakinya menapak keluar daripada bilik itu.

Doktor Hisyam menjengah susuk tubuh Fatin yang semakin menghilang daripada tempat duduknya sebelum mengembus nafas lega. Badannya disandarkan ke penyandar sambil kepalanya didongakkan melihat cahaya lampu yang terang itu. Matanya terpaksa dikecilkan akibat cahaya lampu itu.

" Apalah yang kau dah suruh aku buat ni?" keluh Doktor Hisyam perlahan.

Matanya ditumpukan kepada kipas yang berpusing-pusing tidak berhenti di atas kepalanya. Sepertimana kepalanya berpusing memikirkan masalahnya yang baru itu. HAIHH!!!

FATIN kaku. Pintu wad yang berwarna coklat itu direnung lama. Perasaan takut mula menguasai dirinya. Jantung berdegup laju seakan-akan wujud sesuatu yang akan membahamnya di sebalik pintu ini. Bagaimana jika di sebalik pintu ini Shahir masih lagi orang yang sama? Shahir yang bengis dan tidak pernah memikirkan tentang orang lain. Shahir yang lama?

Fatin menarik nafas sedalam-dalamnya. Cuba untuk mengumpul dan menghimpunkan kesemua keberaniannya yang masih tersisa. Nafasnya dihembus kuat. Dia perlu menghadapinya. Dengan kekuatan yang ada, tangannya bergerak memulas perlahan tombol pintu wad tersebut sebelum menarik luas pintu itu.

Kelihatan Shahir sedang menikmati sarapan nya di atas katil. Fatin menutup pintu sebelum berjalan ke arah Shahir. Shahir memandangnya. Fatin menarik kerusi di sebelah katil Shahir dan melabuhkan punggungnya di kerusi itu.

Shahir seakan-akan telah beku. Matanya masih tidak beralih dari memandang Fatin. Baginya bagaikan seorang bidadari baru sahaja duduk di sebelahnya. Ya, dia tidak kenal wanita ini namun hatinya berdebar laju seakan dia amat mengenali insan di hadapannya ini.

Fatin menunduk sebentar sambil bermain-main tangannya. Takut. Suasana masih sunyi menimbulkan perasaan pelik di dalam diri Fatin. Mukanya diangkat perlahan. Hampir gugur jantungnya apabila melihat Shahir yang masih merenungnya tidak bergerak. Fatin memerhati muka Shahir, namun masih tiada reaksi. Pelik. Dia ni kene strok ke?

Tangan Fatin dibawa perlahan ke muka Shahir. Fatin tersenyum jahat dan dengan sepantas kilat merentap rambut yang terjuntai di sebelah ekor mata Shahir.

" Adoi! Sakitlah.." adu Shahir sambil mengusap-usap kepalanya.

Fatin ketawa terkekek-kekek apabila melihat Shahir mengerang kesakitan. Padan muka!! Siapa suruh tenung muka orang lama-lama?! Ujar hati Fatin, puas.

Shahir mengecilkan matanya sambil memandang Fatin. Terbakar hangus hatinya. Senang-senang mak datuk moyang perempuan ini je nak main tarik-tarik rambut orang!! Shahir mendengus sendiri.

Fatin tersengih jahat.

" Marah ke bang? Sorylah.. Itu pun dah dikira oklah saya tarik rambut. Kalau saya cucuk biji mata awak yang suka sangat tenung orang tu nanti.. tak pasal-pasal buta pula." ujar Fatin sambil tersenyum sinis.

Shahir mencebik, geram. Kalau diikutkan hati mahu saja dia menarik-narik pipi minah sampai tercabut. Sudahlah tembam, entah berapa banyak pau yang dia simpan di pipinya itupun tak tahu!

" Hei! Senang-senang je nak tarik rambut orang. Dahlah kita tak kenal dia.. Awk ni siapa sebenarnya sampai dah berani main tarik rambut saya?!" tanya Shahir sambil jari telunjuknya menunjuk-nunjuk ke arah Fatin.

Soalan itu mendiamkan Fatin. Shahir tidak mengenalinya. Bermakna dia boleh melepaskan diri dari Shahir. Namun patutkah? Patutkah dia menafikan yang dia ialah isteri Shahir setelah apa yang berlaku?

Fatin menarik nafas dalam. Matanya dibawa menentang kornea mata Shahir yang berwarna hitam itu. Tangannya dikepal ketat. Keputusan ini muktamad!

" Saya.....ialah isteri awak." kata Fatin.

Mata Shahir membulat. Suasana sunyi seketika. Fatin yakin ungkapan itulah yang sememangnya patut keluar daripada mulutnya.


Shahir kadang-kadang memang seseorang yang tidak bertimbang rasa namun pemilik tubuh di hadapannya ini jugalah yang menjadi gula, pemanis hari-hari Fatin selepas Papa pergi. Jadi dia ialah suami dan tetap suaminya sehingga hujung nyawanya.

NOKTAH !

BERSAMBUNG...

LAGU: I WANT YOU TO LOVE ME..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience