1

Romance Completed 72766

Duduk termenung didalam taman bunga sambil duduk menghadap tasik yang luas di depannya.

Perlahan-lahan jemarinya menyeka airmata yang masih lagi mengalir membasahi pipinya.

Masih segar terbayang dikatanya, apa yang berlaku diantara Adriana dan Zaf Zaquan.

Dia menerima panggilan dari Adriana memintanya agar mengambil assignment miliknya dekat rumah sewa milik Adriana.

" Kau datang ambik Assignment kau kat sini Hawa. Aku tak boleh nak bagi kau. Mungkin aku tak masuk kelas hari ni. " Kata Adriana.

" La, Yeke. Cuba kau bagitahu aku awal-awal. Ni aku kena patah balik ke rumah kau pulak. " Kata Hawa.

" Sorry sangat-sangat. " Kata Adriana.

Tanpa mengesyaki apa-apa. Hawa pun pergi ke rumah sewa Adriana. Dan apa yang membuatkan dia terhenti didepan pintu adalah, dia mendengar seperti suara seorang lelaki yang amat dikenalinya.

Hawa menekan lonceng rumah Adriana. Tambah mengejutkannya lagi apabila Zaquan yang membuka pintu rumah Adriana dalam keadaan tidak berbaju.

" Astaghfirullah Al-Azim. " Hawa mengucap panjang.

" Hh-hawa. " Tergagap-gagap Zaquan apabila melihat Hawa menutup matanya dengan telapak tangannya dari melihat aurat si lelaki.

" Maaf. Saya nak ambil assignment saya dekat Adriana. " Kata Hawa.

" Laa. Kenapa You tak bagitahu Hawa dah sampai. " Kata Adriana.

" Apa semua ni You? " Tanya Zaquan.

" What? " Tanya Adriana pula.

" Kenapa awak Call Hawa suruh datang kesini? Sebab nak bagitahu dia kecurangan saya ke? " Tanya Zaquan.

" Yang You marah tak tentu pasal ni kenapa? " Tanya Adriana.

" Mana Assignment aku Ana? Aku nak cepat. Taknak lambat. Kau tahu kan Pagi ni kelas apa? Aku taknak kena denda oleh Profesor Liew. " Kata Hawa lagi.

" Nah. Thanks tau sudi pinjamkan aku. " Kata Adriana.

" Okey. Assalamualaikum. " Kata Hawa lalu beredar dari sana.

" Hawa Zulaikha!!! Stop!!! " Teriak Zaquan cuba nak memberitahu apa yang terjadi.

Namun Hawa tak peduli dan melangkah laju meninggalkan rumah itu.

Sampai didalam keretanya, dia menangis semahunya. Lelaki yang selama ni menjaga dirinya, kini mengkhianati dengan sangat mudah.

" Ya Allah, Kau bantu kuatkan aku Ya Allah. " Kata Hawa.

Dia membawa keretanya hinggalah dia sampai di Taman bunga dan duduk berdepan tasik luas itu.

" Kat mana silap aku sebenarnya? " Tanya Hawa.

" Aku dah buat apa yang dia suruh. Aku tak pernah bantah apa yang dia kata. Tapi ni balasan dia atas ketulusan aku? " Kata Hawa.

" How dare you Zaquan. Aku takkan balas apa ya g kau buat pada aku, biar Allah yang membalas sakit hati aku. " Kata Hawa.

Telefonnya berdering nyaring menandakan ada panggilan masuk. Dia melihat nama Mastura tertera di screen telefonnya lalu dia menyeret butang hijau.

" Assalamualaikum. " Sapa Hawa.

" Waalaikumsalam, Sorry Hawa ganggu kau. Kau tak masuk kelas ke? " Tanya Mastura.

" Masuk Mas. Tapi aku lewat sikit. " Kata Hawa.

" Take your time dear. Lagipun hari ni Prof. Liew takde. " Kata Mastura.

" Laa ye ke. " Tanya Hawa.

" Haah. Ada emergency. " Kata Mastura.

" Okey. Thanks tau bagitahu aku. " Kata Hawa.

" No problem Dear. Jangan lambat tau. " Kata Mastura.

" Okey Beb. " Kata Hawa lalu menamatkan panggilan.

Akhirnya dia bangun dan melangkah menuju ke keretanya. Tak guna dia menangisi apa yang terjadi pada dirinya.

" Mungkin betul, dia bukan jodoh terbaik buat aku. Terima kasih Allah, sebab Kau tunjukkan aku siapa Zaquan sebenarnya. " Kata Hawa.

" Lepas ni aku nak fokus belajar. Aku nak lulus dalam final exam 5 bulan lagi. Aku nak bawak Atok dan Nenek keluar dari kemiskinan. Itu janji aku. " Kata Hawa.

Sampai didalam kampus, tak sengaja dia melanggar bahu seseorang yang tinggi sedikit dari tubuhnya.

" Maaf Cik, saya salah tak nampak cik tadi. " Kata lelaki itu.

" Takpe. " Kata Hawa lalu mengutip beberapa fail yang bertabur dilantai akibat pelanggaran tadi.

" Maaf, silap saya juga, kuat melamun sambil berjalan. " Kata Hawa menunduk sedikit tubuhnya tanda hormat dan maaf.

Hawa berlalueninggalkan lelaki itu yang masih leka memerhatikannya.

" Aku akan pastikan, Kau jadi milik aku gadis misteri. " Kata Zaf Yussuf yang melihat gadis bertudung labuh dan berniqab.

" Pagi Prof. " Sapa mahasiswa lelaki yang melintasinya.

" Pagi. " Balas Yussuf. Dia kembali melangkah ke biliknya dan mengambil beberapa buku untuk dibawa masuk kedalam dewan mengajar sekejap lagi.

Dia menggantikan kelas Prof. Liew subjek Multimedia. Dia akan mengajar kelas Prof. Liew dengan menerapkan Grafik dan Teknologi Multimedia.

Hawa yang baru disisi Mastura dikejutkan oleh kedatangan Adriana dan Zaquan.

" Wohooo!!!!! " Semua yang berada dalam dewan kuliah bersorak melihat Pasangan itu masuk.

" Hawa? Aku tak mimpi kan? " Tanya Mastura.

" Hmmm. " Balas Hawa dengan gelengan.

" Tt-tapi? " Gagap Mastura menuturkannya.

" Dah lah. Tak payah Bahas soal mereka lagi. " Kata Hawa.

Zaquan tepat melihat Hawa yang langsung tidak melihat ke arahnya dan Adriana.

Yussuf masuk dan melihat adiknya Zaquan sedang berdiri bersama seorang perempuan.

" Herrmm. " Yussuf berdehem lalu mengejutkan Zaquan dan Adriana.

Berkerut seribu dahi Zaquan apabila melihat wajah Abangnya kini berada diatas stage didepan kawan-kawan nya.

Tak disangka, Yussuf melihat gadis yang dengannya terserempak tadi ada didalam kelasnya kini.

Mata saling berpandangan. Hawa menganggukkan sedikit kepalanya tanda hormat.

" Assalamualaikum semua. Saya Profesor Zaf Yussuf Bin Zaf Raihan. Saya akan menggantikan tempat Prof. Liew dalam bulan ni. " Kata Yussuf.

" Abang you ke? " Tanya Adriana.

" Ye. " Balas Zaquan sepatah.

" Hensemnya. Berapa umur dia? " Tanya Adriana lagi.

" 38 tahun. " Kata Zaquan.

" Masih muda. Abang You ni my test lah You. Hensem, Macho, Ada janggut sikit. Eee rasa nak terkam. " Kata Adriana.

" Kenapa dengan I? Tak sehensem Abang I tu ke? " Tanya Zaquan.

" I gurau lah You. Kuat sentap ek You ni. " Kata Adriana.

Kelas bermula. Namun sukar untuk Hawa fokus apabila Zaquan dan Adriana duduk disisi nya.

" Yang pakai niqab tu, boleh bagitahu saya, apa itu Multimedia? " Tanya Yussuf.

Hawa yang tahu dirinya yang dimaksudkan oleh Profesornya berdiri dan melangkah kedepan dimana Yusuf berada.

" Perkataan 'multimedia adalah gabungan dua perkataan iaitu 'multi' yang merujuk kepada maksud banyak atau pelbagai, manakala media merujuk kepada 'medium atau alat atau bahan. " Kata Hawa sambil memandang teman-teman nya.

" Good. Selain itu, ada maksud lain tak? " Tanya Yussuf lagi.

" Ada. Multimedia juga boleh merujuk kepada penggunaan teknologi komputer untuk mencipta, menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia. " Kata Hawa lagi.

" Tepat sekali. Ada berapa Multimedia yang awak tahu? " Tanya Yussuf lagi.

" Dua Prof. " Balas Hawa.

" Nyatakan nama dia. " Kata Yussuf.

" Pertama Multimedia linear atau multimedia persembahan
Iaitu persembahan yang tidak dikawal. Multimedia jenis ini digunakan untuk persembahan dalam pengajaran dan pembelajaran atau multimedia korporat. " Kata Hawa.

" Yang kedua? " Tanya Yussuf.

" Yang Kedua, Multimedia Interaktif
Iaitu melalui persembahan multimedia interaktif, pelanggan dapat menerokai dan berinteraksi melalui butang kawalan, teks utama dan hot spot. " Kata Hawa.

" Berikan tepukan untuk sahabat kamu, err siapa nama? " Tanya Yussuf.

" Hawa Zulaikha. " Kata Hawa.

" Berikan tepukan buat Zulaikha. " Kata Yussuf.

Tepukan guruh diberikan pada Hawa. Dia dibenarkan naik semula ke tempatnya. Pembelajaran diteruskan lagi hinggalah waktu tamat.

Yussuf melangkah keluar dengan perasaan yang tak dapat nak diungkap oleh kata-kata.

Share this novel

Syahril@NovelPlus
2024-01-10 16:08:07 

test


NovelPlus Premium

The best ads free experience