KLANG!!
Pisau berkilat dijatuhkan. Bunyi berlaga dengan cermin yang pecah disebelah nya.
"Urgghh, I can't do it" tangan yang dilekapkan ke dinding dilepaskannya. Selama ini dia melakukannya dengan mudah tetapi entah kali ini dia teragak agak. Matanya memandang mangsa yang sedang menutup mata dengan mulut yang berkumat kamit. Telinga difokuskan lagi supaya dapat menangkap apa yang dikatakan oleh si mangsa.
Setelah pasti, air mukanya berubah. Hatinya sedikit gentar mendengarkan perkataan itu. Dia pasti dia tidak salah mendengarnya.
Lelaki itu memandang sekeliling. Setelah dipastikan tiada sesiapa disitu, dia menarik tangan Sara yang masih termanggu sendirian.
Dia berlari ke keretanya di hujung lorong. Walaupun tangannya sedang dicengkam kuat, Sara masih termanggu.
Sungguh, dia tak faham apa yang berlaku sekarang. Otaknya berselirat. Persoalannya kenapa ada orang nak bunuh dia?
PINTU ditolak kasar. Seorang lelaki berlari ke arahnya.
"Boss, sie ist weg" lapor lelaki itu. Berita yang diterima Muka tidak dihadapkan ke tuannya. Kerana dia tahu, jika dia melakukan demikian, maka tamatlah riwayatnya.
( Bos, dia menghilang)
Pistol terus dicapai lalu diangkat sehingga ke kepala lelaki yang melaporkannya.
"Soll ich dich jetzt töten? Are you want me to kill you? If you don't want to die, go find her! Hishh, don't you know that?" pistol diselitkan kembali di celah baju. Dia tahu dia perlu bertenang, kalau tidak satu kerja pun tak siap.
"Aber auch der Boss, der Mörder, ist verschwunden..." suaranya tersekat sekat. Dia takut dirinya menjadi mangsa tuannya.
(Tetapi bos, pembunuh upahan pun menghilang.)
Bang!!!
Manusia yang tadinya melutut sudah bertukar menjadi jasad yang terbaring di tanah.
"Beende diese Leiche" satu arahan diberikan.
( Selesaikan mayat ni)
Kehilangan mangsa yang diburu memang menyusahkan. Tapi kalau pemangsa pun hilang itu memang nak cari mati!
Share this novel