Sukar

Poetry Series 2151

Aku tahu fasa paling sukar adalah ; melupakan.
Ya, melupakan apa yang terbiasa ada dengan kau.
Sakit tu tak payah cerita lah, tak ada satu kata pun mampu kau gambarkan.

Tapi ,
Bertahanlah untuk sehari lagi.
Semoga kau bangkit esok, tiada lagi rasa yang perlu kau tampung.

Beri dia kemaafan, Redhakan segalanya.
Tak mudah tapi tak susah. Itulah untuk kau tenang.
Aku tahu SUKAR. Tapi cubalah.

Ada yang lain lebih menghargai kau, percayalah.
Lama ataupun sekejap kau bersama dia, kalau takdir kau cuma setakat itu, maka turutkan saja.

DIA kadang hadirkan apa yang sebenarnya hak milik kau dalam cara yang kau tak terduga. Perhatikan sekeliling, mulalah menghargai. Cuba perkara baru, memang tak sama kalau kau bandingkan segalanya. Tenang, ambil masa. Aku yakin kau boleh.

Diri kau itu punya seribu satu alasan untuk BAHAGIA. Biar kau kecundang sekali ini. Hidup ini tentang kau mengenal dan menghargai apa yang sudi mengenal dan menghargai erti hidup bersama kau.

Cukup ini sedih kali terakhir. Senyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience