BAB 8

Mystery & Detective Completed 12501

DUA waktu terakhir sebelum balik, kelas tingkatan empat Sains Sosial di minta masuk ke dalam bengkel Kemahiran Hidup.

"Bosannya.." Kata Chi Woon lembut.

"Mesti mengantuk gila wei." Sampuk Ilman pula dari belakang.

"Samalah. Aku ni pantang kalau masa-masa akhir kena pergi sana. Aku tak dengar apa yang cikgu cakap." Mieza pula berkata lantang.

"Ea?" Ajuk Chi Woon pula.

"Kau apasal?" Tanya Mieza kepada Chi Woon marah.

"Takdalah.. You tu kalau duduk depan sekali dekat dengan cikgu pun you still tak dengar punya.." Pelajar Cina itu menyakat.

Terjegil biji mata Mieza mendengar kata-kata nista yang tidak benar. "Apa pulak!"

"Hish.. korang ni kan, bising tau tak. Jalan tu jalan jelah. Ni membebel macam mak nenek, jalan macam kura-kura." Selamba badak sumbu Rayyana menyelit di antara mereka.

"Amboi.. Kau ni Rayy, memang tak sayangkan mulutkan." Ilman menundung jarinya kepada Rayyana.

Pantas mulut Rayyana bekerja hendak menggigit jari runcing milik Ilman. Nasib baik pelajar lelaki itu sempat menarik semula tangannya. Kalau tidak.. tentunya putus di gigit oleh Rayyana. Dah kudung..

"Ha.. ha.. tahu hah you takut dengan si Rayy ni." Chi Woon berkata.

Langkahnya di perlahankan lagi menunggu Ainul Batrisyah yang di tinggalkan di belakang oleh Rayyana di hadapan.

Gadis itu hanya hanya tersenyum melihat keletah kawan-kawan sekelasnya. Macam-macam ragam dan perangai yang mencuit hati.

"Ainul, you.. kenapa jalanslow sangat? Kita sudah jauh sedikit dari mereka semua." Chi Woon bertanya ketika mereka seiringan berjalan.

"Tak pelah Chi Woon. Saya kan pelajar baru. Saya belum puas menikmati kesegaran angin di sini." Jawab Ainul Batrisyah ikhlas. Meleret senyumannya memandang sekeliling.

"Eh, Ainul. Mana ada orang yang menikmati kesegaran angin? Udaralah.." Chi Woon membetulkan ayat Ainul Batrsiyah.

Gadis iu tersipu-sipu malu kerana kealpaannya dalam penggunaan ayat yang betul. "Ops, sorry.."

"Tak mengapa.." Balas Chi Woon ramah.

"Jomlah kita cepatkan jalan, mereka sudah meninggalkan kita tu." Muncung Chi Woon di halakan kepada kumpulan Rayyana di depan.

Langkah Chi Woon di perkemaskan di ikuti dengan Ainul Batrisyah di belakang. Namun begitu, gadis itu tetap jua ketinggalan di belakang bila dia mulai leka memandang taman botani yang di khaskan di bawah.

"Dari atas ni nampak lagi cantik." Kata Ainul Batrisyah sendiri.

Dia leka dalam menikmati kecantikan taman botani itu sehinggalah dia tersalah masuk ke makmal.

Pintu bilik makmal di buka dan di tutup semula oleh angin. Bunyi 'bedegang' di dalam bilik sunyi itu mengganggu fokus pelajar di dalam makmal berkenaan.

Ainul Batrisyah tergamam. Juga dengan pelajar di dalam makmal dan guru di situ. Nampaknya dia dah silap masuk.

"Er.." Suaranya hilang untuk berkata.

Malunya dia bila semua mata di situ memandangnya pelik. Tetapi yang makin pelik, kenapa kakinya seperti kena paku? Susah hendak bergerak mahupun melangkah keluar.

"Awak cari apa dekat sini?" Soal Cikgu Raja Nurul Huda kepada Ainul Batrisyah.

"Saya.. ehem! Maaf cikgu. Saya tersilap masuk makmal." Dengan perasaan malu yang datang bertalu-talu, terpaksa jugalah Ainul Batrisyah berkata benar.

"Silap masuk makmal?" Soal Cikgu Raja Nurul Huda semula dengan dahi berkerut.

"Er.. ye cikgu.." Jawab Ainul Batrisyah lemah.

Kepalanya di tundukkan ke bawah. Tak sanggup rasanya dia mengangkat wajah memandang pelajar senior di dalam makmal sains ini. Rasanya macam nak pusingkan leher ni supaya wajahnya berada di bahagian belakang.

"Sekarang awak masa apa?" Tanya Cikgu Raja Nurul Huda lagi.

"Subjek Seni cikgu. Tapi.. Cikgu Tajul minta kami semua masuk ke bengkel Kemahiran Hidup." Jujur jawapan yang di berikan oleh Ainul Batrisyah.

Cikgu Raja Nurul Huda bangun dari kerusinya dan datang mendekat dengan Ainul Batrisyah. Pelajar perempuan itu di pandang dari atas ke bawah.

Dari segi pemakaian anak tudung sehinggalah ke tapak kasut, semuanya di teliti dengan baik oleh cikgu itu. Mengundangkan rasa debaran yang lain macam di hati Ainul Batrisyah itu sendiri.

"Perkenalkan diri kamu kepada mereka semua." Arahan yang di terima sebentar tadi benar-benar memecahkan hempedu Ainul Batrisyah.

Dia sudah cukup malu kerana salah masuk bilik makmal. Ini pula arahan cikgu suruh dia memperkenalkan diri di khalayak pelajar senior ni? Oh mengapa...

"Saya suruh awak memperkenalkan diri awak kepada pelajar saya. Kenapa awak diam?" Suara Cikgu Raja Nurul Huda masuk ke gegendang telinganya terus turun ke hati dan naik semula ke mata. Nak menangis...

"Saya.. Ainul Batrisyah.." Perlahan suara Ainul Batrisyah ke udara. Rasanya suara dia tersekat di skala 0.01 cm di anak tekak ni.

Cikgu raja Nurul Huda menyilangkan kedua belah tangannya. Kemudian dia menyandar ke dinding sambil memberi isyarat kepada Ainul Batrisyah bagi meneruskan sesi sua kenal dengan pelajar senior di kelasnya.

"Ehem!" Satu suara batuk yang di buat-buat oleh pelajar senior menarik perhatian Ainul Batrisyah dan juga Cikgu Raja Nurul Huda.

Ainul Batrisyah mengangkat wajah memandang pelajar itu. Pelajar perempuan yang duduknya paling belakang sekali di dalam makmal ini.

"Kau duduk dekat mana?" Soal kakak senior yang tak memperkenalkan diri itu.

"Saya.. duduk dengan makcik saya. Dekat Taman Masai Ria." Jawab Ainul Batrisyah yang nampak jujur sekali.

"Awak.. awak.. dah ada pakwe belum?" Satu lagi suara sumbangdari pelajar lelaki yang datang menyakat sampai terasa senak perutnya hendak bernafas dengan normal.

"Boooo..." Satu kelas bising dengan pertanyaan nakal pelajar lelaki tadi.

"Eleh. Apa! Salah ke aku nakkan kepastian dari dia..?" Selamba kelakuan pelajar lelaki itu terus berdiri dan menghulur tangan ke arah Ainul Batrisyah.

Makin malu berbekam-bekam muka Ainul Batrisyah menahan rasa. Cikgu Raja Nurul Huda pula memandangnya terus tanpa kerdipan mata. Apakah..?

Selang beberapa minit kemudian, pintu bilik makmal sains itu di ketuk. Terpacul muka Rayyana di depan pintu. Ainul Batrisyah mampu menarik nafas lega. Sepertinya dia baru lepas dari ikatan pada leher sampaikan dia susah hendak bernafas lega.

"Ye Rayy? Ada apa awak masuk ke kelas saya? Nak belajar sains juga ke dengan dia orang semua ni?" Pertanyaan pertama yang terpacul dari mulut Cikgu Raja Nurul Huda kepada Rayyana yang buat muka tak tahu malu berdiri sebelah Ainul Batrisyah.

"Eh, mana ada. Ha.. ha.. ha.. Apalah cikgu ni. Saya ni budak form 4, ada ke patut nak belajar silibes tingkatan lima? Pecah kepala otak saya ni. Hi.. hi.. hi.." Rayyana menjawab penuh dengan semangat gelak ketawa yang di buat-buat.

"Oh ye. Tak mengapa kalau kamu pun nak turut serta dengan mereka. Saya lebih mengalu-alukan kedatangan awak dan kawan awak ni. Dari tadi diam macam orang bisu!" Tajam panahan mata dari Cikgu Raja Nurul Huda merenung Ainul Batrisyah yang memandang bawah.

"Cikgu.. dia ni pelajar baru dekat sini. Belum berapa fasih dengan bahasa orang-orang dekat sekolah ni. Faham-faham jelah.." Ainul Batrisyah memandang Rayyana dengan perasaan geram.

"Apa yang awak merepek ni Rayy? Hormat sikit, dia tu cikgu." Bisik Ainul Batrisyah kepada Rayyana.

"Peduli apa aku." Sahut Rayyana selamba.

Terjegil anak mata Ainul Batrsiyah mendengar kata-kata Rayyana itu. Memang tak patut kalau anak murid sesedap mulut menyindir guru yang mengejarnya. Tak patut..

"Apa maksud kata-kata awak tu Cik Rayyana Maisarah?" Sekali lagi Cikgu Raja Nurul Huda bangun dari kerusinya.

Selangkah dia datang mendekat pada Rayyana yang berdiri tanpa terkutik perasaan takut di dalam dada tatkala berhadapan dengan Cikgu Raja Nurul Huda.

"Yelah.. maksud saya tu, dalam sekolah ni ada beberapa kategori manusia dan juga orang. Salah satunya, pandang badi setiap masa dekat semua manusia di sekolah ni. Tak kiralah manusia tu pelajar yang buat salah ke, tidak ke, memang dia akan pandang badi semacam. Pelik kan cikgu kategori orang macam ni." Jelas Rayyana panjang.

Ainul Batrisyah mengetip bibirnya. Risau pula kalau cikgu ni akan naik angin dan marah mereka. Pasti denda sedang menanti mereka berdua.

"Apa awak cakapkan ni Rayy!!" Jerit Cikgu raja Nurul Huda.

Semua pelajar menutup telinga, tak sanggup rasanya hendak mendengar jeritan maut dari cikgu itu.

Rayyana masih selamba tersenyum kambing sedangkan Ainul Batrisyah pula sudah kecut perut ketakutan.

Berombak dada Cikgu Raja Nurul Huda menahan geram dengan keletah Rayyana. Dapat di dengari hembusan nafasnya yang tidak normal keluar dari rongga pernafasan. Rayyana tersenyum lebar.

"Get out. I said get out!" Fuh.. kali ni berjaya juga Rayyana kenakan Cikgu Raja Nurul Huda itu. Dia tersenyum gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience