Chapter 46

Romance Completed 35261

Iskandar Faiz memandu kereta dengan had laju 150km/j. Kedatangan Wahidah Tiara di pejabat tadi menyebabkan kehilangan moodnya. Pagi tadi moodnya gembira apatah lagi layanan isterinya yang penuh kasih sayang dan cintanya. Tetapi, sekarang moodnya telah berubah. Tiada lagi mood gembira. Mood marah dan menyesal sudah mengambil alih mood gembira. Marah kerana kelakuan Wahidah Tiara yang melampau. Menyesal kerana disebabkan dirinya Sofia Amelia telah dituduh dan dimalukan di hadapan semua.

Sofia Amelia dari tadi tidak bercakap. Hanya diam membisu. Tuduhan Wahidah Tiara masih lagi segar di kotak fikiran. Sampaikan dirinya dituduh telah ditiduri dengan lelaki lain. Sofia Amelia mengaku dia memang kurang ajar, tidak melayan orang lain dengan baik. Tetapi dia bukan seorang wanita yang tidak mempunyai harga diri, tidak mempunyai maruah.

“Sayang.” Iskandar Faiz memulakan perbicaraan. Dia tidak mahu isterinya berfikir yang bukan-bukan.

“Hmm.” hanya itu Sofia Amelia membalas.

“Marahkan abang ke?”

“Mana ada. Tak ada lah.” jawab Sofia Amelia. Mata masih lagi memandang pemandangan luar.

“Kalau tak marah, kenapa tak pandang muka abang? Abang tak handsome ke?” Iskandar Faiz cuba berseloroh supaya menukarkan suasana dingin.

“Siapa cakap abang handsome?” soal Sofia Amelia. Sofia Amelia tahu suaminya cuba untuk tidak mengingati apa sudah berlaku tadi.

“Kenapa? Abang tak handsome ke? Abang hotstuff dulu kat uni tahu.” kata Iskandar Faiz. Keretanya dihentikan sekejap kerana lampu isyarat telah bertukar kepada warna merah. Sempat mengerling muka di cermin belakang.

Sofia Amelia menahan tawa tengok gaya suaminya yang sibuk menatap muka sendiri. Begitu terkesan Iskandar Faiz dengan apa yang dikata oleh isterinya. Pertukaran lampu merah ke lampu hijau tidak perasan oleh Iskandar Faiz.

“Abang, can you focus on driving? Lampu dah tukar jadi hijau. Boleh tak tekan pedal minyak? Nasib baik tak ada kereta kat belakang kita. Kalau ada dah pasti kena horn.” geram Sofia Amelia.

“Sorry.” sengih Iskandar Faiz dan menekal pedal minyak.


********************************

Pemandangan laut menenangkan jiwa Wina. Sehingga kini tidak dapat terima bahawa dia sudah ada kekasih.

“Wina.” muncul Amir di sebelah dengan ice cream cornato.

“Kenapa Amir?”

“Can I sit here?” tanya Amir sambil menunjukkan tempat kosong sebelah Wina.

“Boleh.” balas Wina dengan perlahan.

“Nak aiskrim?”

“Nak, tapi awak beli satu je ke?” tanya Wina. Hanya satu aiskrim di tangan Amir.

“Apa masalah? Kita kongsi satu. Dah kita nak kongsi hidup kita juga nanti kan.” bisik Amir romantik.

“Jangan mengada eh Amirul Nasruddin! Kita belum kahwin lagi.” ujar Wina dengan nada tegas. Makin pelik dengan perangai Amir yang baru itu.

“Mana ada saya mengada?”

“Suruh share satu aiskrim. Bukan mengada ke itu?” tanya Wina sambil memeluk badan.

“No!”

“Malas saya nak cakap dengan awak. Biar saya je pergi beli.” rungut Wina dan berdiri.

Belum sempat Wina mengatur langkah untuk membeli aiskrim, Amir terlebih dahulu menghalang Wina dengan memegang pergelangan tangan.

“Leave my hand Amir. Saya nak beli aiskrim. Tak akan saya nak tengok awak makan aiskrim seseorang. Saya pun rasa panas sangat. Tekak saya ni teringin nak makan aiskrim.” kata Wina lalu meronta untuk melepaskan tangannya.

“Apa? Teringin? Baru je kita couple, dah mengandung? Wah. Hebat betul saya kan.” usik Amir. Bulat mata Wina mendengar gurauan tak masuk akal Amir.

“Amir! Jangan nak merepek boleh? Kalau orang lain dengar, apa mereka fikir pasal saya?” mendengus Wina.

“Kenapa kita perlu fikirkan pasal apa orang lain akan fikir? Duduk dulu.” tutur Amir serius. Wina juga mengikut tanpa membantah. Tiada lagi nada gurau di suara Amir.

“Awak tanya kenapa kita kena fikir apa orang lain cakap?” ulang Wina.

“Yes. Kenapa kita kena dengar apa orang lain akan fikir? Apa mereka akan cakap nanti? Ingat pesanan saya, Wina. We are the owner of our life. Kita boleh minta pendapat orang lain. Itu bukan salah. Tapi tak semestinya apa orang cakap pasal diri kita adalah seratus peratus betul. Kita lebih tahu pasal diri kita. Kita kena hidup untuk diri kita, bukan untuk orang lain. So,just enjoy your life. Bukan semua orang akan fikir yang terbaik untuk kita. There are some who will feel unsatisfied and jealous of us. Kita tak mampu nak ubah perangai mereka. Tapi kita tak semestinya merasa rendah diri sekiranya ada orang kutuk kita. Faham?” panjang lebar Amir menasihati Wina.

“Amir, panjang karangan awak.” perli Wina. Tetapi betul apa yang dikatakan oleh Amir. Kita kena hidup untuk diri kita sendiri. Ini kehidupan kita, kita ada kuasa untuk merancang kehidupan kita. Selainnya di tangan maha pencipta. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, selainnya tuhan yang menentukan. Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita.

“No Wina. I am serious. Saya nak awak hidup untuk diri sendiri. Saya nak bakal isteri saya seorang yang kuat.”

Wina terkedu mendengar perkataan BAKAL ISTERI dari mulut Amir. Walaupun tadi Wina meragu-ragu dengan Amir, sekarang Wina dapat tahu memang serious Amir untuk bersatu dengan Wina.

“Nah.” Amir hulur aiskrim Sundae kepada Wina.

“Bila awak beli?”

“Saya dah beli tadi. I just want to tease you.”

Wina membuka penutup bekas aiskrim. Merasa sedikit aiskrim. Amir yang melihat gelagat Wina, berasa lucu. Mana tak lucunya? Wina makan aiskrim seperti budak kecil.

“Amir, saya nak tanya boleh?” Wina bersuara perlahan.

“Boleh.” jawab Amir sambil menikmati aiskrimnya.

“Awak betul-betul cinta saya ke atau awak cakap cintakan saya supaya awak boleh lupakan Sofi?” tanya Wina dengan berhati-hati. Risau Amir akan kecil hati dengannya.

Amir hanya bereaksi biasa. Tiada riak marah di wajah Amir. Mereka berdua diam sehinggalah Amir habis makan aiskrim. Tangan milik Wina dipegang kemas oleh Amir.

“See my eyes, Wina.” arah Amir.

Wina melihat anak mata Amir tanpa membantah. Mata mereka berdua bertembung. Masing-masing cuba membaca fikiran mereka.

“I am serious about our relationship. Memang betul saya cintakan Sofi. Tapi itu dulu. Sekarang sudah lain. Dia sudah kahwin. Dia hak Is. Sekarang sudah berbeza. Saya cintakan awak sepenuh hati saya, Wina. You are not my first love but I am sure you are my last love, Wina Elmira.” balas Amir dengan penuh bermakna. Dia betul-betul maksudkan apa yang dikata tadi.

Wina lebih yakin Amir mencintai dirinya sekarang, rasanya di awang-awangan sekarang.

“I Love You Wina Elmira.” ujar Amir dengan penuh romantik.

“I Love You Amirul Nasruddin.” balas Wina dengan malu.


*******************************

“Sayang, come.” ajak Iskandar Faiz.

“Kita kat mana ni?” soal Sofia Amelia. Rumah di hadapannya dilihat dengan penuh tanda soal.

“Turun dulu. Abang cakap rumah siapa.” balas Iskandar Faiz dan beralih ke pintu tempat duduk Sofia Amelia. Pintu kereta buka.

Iskandar Faiz membuka mangga pintu. Mata Sofia Amelia memerhatikan keadaan rumah itu.

“Rumah siapa ni?” bisik Sofia Amelia.

“Masuk sayang.” pelawa Iskandar Faiz.

Tanpa membantah Sofia Amelia masuk ke dalam rumah. Dia berasa kagum dengan perhiasaan rumahnya itu. Semua perhiasaan berkonsep inggeris. Cukup ringkas dan menawan. Kombinasi cat Maroon dan cream sangat cantik.

Iskandar Faiz menghampiri isterinya. Pintu rumahnya ditutup erat. Pinggang isterinya dipeluk dari arah belakang. Dagunya letak di bahu isteri. Sofia Amelia melihat susunan perabot di rumah itu. Tidak layan suaminya itu.

“Do you like this house, sayang?” menyoal Iskandar Faiz. Pipi Sofia Amelia dikucup berkali-kali.

“Cantik abang. I really love it. Rumah siapa ni?”

“Rumah kita lah.” jawab Iskandar Faiz. Pipi putih mulus isteri dicium lagi.

“Abang, are you serious? Bila abang beli rumah ni? Kenapa saya tak tahu?” bertubi-tubi soalan Sofia Amelia.

“Abang beli rumah ni setahun lepas. Baru habis renovated. Abang tahu rumah ni bukan macam rumah sayang. Tapi abang harap abang dapat memenuhi kehendak sayang.”

“Abang, saya tak kisah tentang rumah. Saya suka sangat rumah ni. Tak sangka suami saya ni pandai dalam bab hias rumah.” jawab Sofia Amelia ikhlas. Hatinya betul-betul gembira dengan Iskandar Faiz. Memang benar apa yang dikata oleh Rohani. Iskandar Faiz seorang yang berdikari. Selalu bekerja keras demi kehidupan sendiri. Seorang yang tidak suka menyusahkan orang lain.

“I love you sayang.” ucap Iskandar Faiz.

“Abang, saya minta maaf. Saya tahu saya orang ketiga dalam hidup abang. Disebabkan saya abang terpaksa kahwin dengan saya, lepaskan Tiara. I am really-really sorry.” Sofia Amelia meminta maaf. Matanya berair. Tunggu masa sahaja untuk air matanya gugur dari tubir mata.

“Sayang, listen here. Jangan fikir pasal benda lalu. Kita fikir pasal sekarang dan masa akan datang. There are many years to go. Pasal Tia, leave it. Itu soal jodoh. Dah saya dengan dia tak ada jodoh. Jodoh saya adalah sayang. So, we focus on us.” ujar Iskandar Faiz.

“I love you abang.” badan suami dipeluk kemas oleh Sofia Amelia.


********************************

Siang menjelma malam. Sofia Amelia mengemaskan pakaian yang baru sahaja digantung di dalam almari. Iskandar Faiz pula baru sahaja habis kerja di bilik bacaan.

“Sayang.” Iskandar Faiz mencari kelibat isterinya. Di manakah perginya isteri?

“Abang, I am in our room.” laung Sofia Amelia.

“Kenapa sayang tak tunggu abang? Abang boleh tolong sayang.” muncul Iskandar Faiz.

“Tak apalah abang. Dah siap pun.” balas Sofia Amelia sambil senyum.

Iskandar Faiz memerhatikan susunan baju di dalam almari. Perfect kerja isteri! Sofia Amelia sudah jadi isteri solehah.

“Pandai isteri abang.” puji Iskandar Faiz.

“Ingat Sofia Amelia ini siapa?”

“Sayang, can we?” berhenti Iskandar Faiz.

“Can we?” ulang Sofia Amelia.

“Can we start our life as husband and wife?” tanya Iskandar Faiz dengan perlahan.

“Should us have to start?” duga Sofia Amelia.

Berubah wajah Iskandar Faiz. Adakah dia terlalu cepat untuk memulakan kehidupan sebagai suami isteri seperti di luar sana. Sofia Amelia tahan ketawa. Tengok muka pucat suaminya.
Sofia Amelia mendekati suaminya.

“I am ready abang.” bisik Sofia Amelia di telinga Iskandar Faiz. Tanpa diduga bibir mereka bersatu. Bermulalah kehidupan suami isteri bersaksikan bulan dan bintang malam itu.


***************************

Sofia Amelia membuka mata perlahan. Terasa pedih di ari-arinya. Bergerak badannya sedikit. Lihat suaminya yang tidur lena. Tangan kanan mengusap pipi suaminya. Dulu tidak terlintas pun nak jadikan Iskandar Faiz sebagai suaminya. Dulu tidak hormat pun Iskandar Faiz. Apatah lagi nak mencintainya. Tetapi sekarang Iskandar Faiz adalah satu-satunya lelaki yang Sofia Amelia mencintai sepenuh nyawanya.

“Sayang, kenapa tak tidur lagi? Sakit ke?” soal Iskandar Faiz dalam suara serak.

“Err, sakit sikit.”

“Sakit mana? Biar abang tengok.” Iskandar Faiz bimbang.

“Tak, tak apa abang. Abang tidur je. Esok okay lah tu.” Sofia Amelia membantah. Malu dengan suaminya.

“Sayang, terima kasih sebab menjaga mahkota sayang selama ini untuk abang. Abang tahu sayang sakit. Abang minta maaf.” tutur Iskandar Faiz dan mencium dahi isterinya dengan penuh kasih sayang. Iskandar Faiz masih lagi ingat muka sakit isterinya semasa bersama.

“Abang, saya malulah.” merah muka Sofia Amelia.

“Apa pula marah-marah dengan abang? Abang sudah tengok semualah.” usik Iskandar Faiz.

“Abang, boleh sayang minta something?” tanya Sofia Amelia serba-salah.

“Apa dia sayang?”

“Boleh kita rancang tak ada anak sehingga saya habis belajar?” minta Sofia Amelia.

Iskandar Faiz diam sejenak. Kenapalah isteri tidak beritahu sebelum ini?

“Kenapa abang? Saya minta maaf kalau permintaan sayang nampak selfish.”

“Kenapa sayang tak cakap awal?” Iskandar Faiz bersuara.

“Kenapa abang?” soal Sofia Amelia pelik.

“Kalau sayang beritahu awal, abang boleh pakai protection tadi.” balas Iskandar Faiz.

“Apa? Abang tak pakai protection ke tadi?”

“Tak.” Iskandar Faiz menggeleng kepala.

“Alamak! Abang, sekarang ni masa subur saya.” ujar Sofia Amelia.

“Sayang…”

New chapter is here. Enjoy reading semua. Saya minta maaf sebab kebelakangan ini Kikki lambat update. Jangan lupa vote and comment. Nak tengok rumah Is dan Sofi tak? Kalau nak, boleh tengok di ig miz.kikki_novelplus :). Siapa belum follow, sila follow ye ;) stay safe everyone!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience