1 - Isteri tapi hamba

Romance Completed 45760

“Hoi perempuan malang!”

Suara lantangnya mulai kedengaran mengisi di segenap ruang, seiring dengan bunyi dentuman petir di langit. Masing-masing tidak kalah mengeluarkan isi yang terbuku di hati. Bunyi kedua itu sangat menggerunkan bagi wanita tersebut.

Seorang wanita berpakaian agak lusuh itu bergegas mendapatkan lelaki tersebut. Kakinya tepat berhenti melangkah tepat di hadapan lelaki yang sedang menunggu kelibatnya di situ. Wajahnya tidak berani di angkat. Dia lebih rela memandang lantai sampai mati daripada menatap wajah orang munafik. Boleh terkeluar biji mata di buatnya!

“Basuh baju-baju aku ni. Ingat, jangan guna mesin! Baju tu mahal. Kau jual diri pun tak dapat nak beli baju tu semua,” katanya dengan sinis sebaik sahaja beberapa helai pakaian itu dilontarkan tepat pada wajah wanita itu.

Apa istimewa baju itu sampai membawa-bawa soal maruah dirinya?

Panas telinga wanita itu mendengarnya. Entah syaitan apa yang sedang mengawal perasaan lelaki tersebut. Segera wanita itu beristighfar dalam hati, menahan diri untuk kekal tabah. Segala caci maki yang keluar dari mulut lelaki itu di telan dengan pelat. Bukan sahaja lelaki itu, ibu saudara dan si penyondol itu juga sama hebat mengeluarkan kata-kata pedas dari mulut.

“Kau dengar tak apa aku cakap?!” Nadanya yang tinggi membuat lamunan wanita itu bercempera. Laju kepala dianggukan sebagai jawapan. Baju-baju yang dilemparkan ke arahnya tadi di kutip satu per setu. Bertambah lagi kerjanya.

Pekerjaan membersihkan stor penyimpanan barang tidak berguna masih lagi tertangguh, datang pula pekerjaan yang tidak di undang ini. Apakah bini kedua lelaki itu tidak mempunyai tangan untuk membasuh baju ini? Menyedihkan!

Begitulah nasibnya setiap hari memakan hati, menahan diri dari segala kepiluan dan kesengsaraan. Ada kalanya, wanita itu sedikit bangga dengan dirinya kerana masih mampu bertahan walaupun sering di marah, di caci bahkan di hukum jika berbuat kesalahan sekelumit cuma. Hanya lambat seminit sahaja, dirinya terus di beri hukuman tidak makan satu hari. Di mana sifat berperikemanusiaan mereka?

Pekerjaan di rumah itu semua dia yang buat. Bagaimana dia hendak bekerja kalau kekurangan tenaga, bukan? Ah, itu semua tidak difikirkan oleh mereka. Yang mereka tahu adalah duit, makan dan tidur!

“Baby, kenapa bising-bising tu?” Muncul seorang wanita yang sebaya dengan dirinya. Tetapi, wanita itu lebih cantik dan juga kaya. Dia memiliki bentuk tubuh yang bagus. Dia seksi. Pasti mata para lelaki berlumba-lumba melihatnya. Tetapi sayang, akhlak wanita itu masih kurang bagus. Buktinya? Dialah yang merampas lelaki itu daripada wanita berpakaian lusuh ini. Disebabkan dia lelaki di hadapannya ini berubah kejam.

Wanita berpakaian lusuh ini merupakan isteri pertama kepada lelaki itu. Sejak wanita itu hidup sebatang kara, ibu saudara sebelah ayahnya telah mengambil dan menjaga dirinya. Di situlah ia menumpang kasih sehingga kini. Ketika berumur 23 tahun, ibu saudaranya itu memujuknya untuk berkahwin dengan anaknya, iaitu sepupunya sendiri. Tanpa berfikir panjang, wanita itu setuju sahaja kerana dalam diam, dia menyimpan perasaan suka terhadap sepupu lelakinya itu.

Pada awalnya, semua kelihatan baik dan harmoni saja. Namun, ia telah berubah setelah dua bulan berlalu. Sepupu atau suaminya itu telah menikah dengan perempuan lain yakni perempuan yang berada di hadapannya saat ini. Justeru, kenapa dirinya dipujuk berkahwin sedangkan lelaki itu juga berkahwin dengan yang lain? Apa fungsi dirinya? Sebagai seorang hambakah? Isteri tapi diperlakukan seperti hamba. Ah, sudah jelas!

“Kau buat apa lagi berdiri lama-lama dekat situ? kau nak goda laki aku ke? Sedarlah diri tu sikit, kau tu tak ada rupa, kaya pun tidak!” kata-katanya begitu pedas menusuk ke dalam atma wanita itu. Pandangan yang diberikan juga tajam.

“Saya...”

“Stop, stop! Aku tak nak dengar apa-apa dari kau. Tapi, kalau aku tahu kau goda Aidil, botak aku kerjakan kau. Jangan cabar aku, Hanis.”

“Cukuplah tu. Buang masa sayang je marahkan dia ni. Lagipun, siapa yang nak dengan orang malang macam dia ni? Jom, lebih baik kita enjoy!” Kata lelaki itu. Begitu mesra layanan yang diberikan kepada isteri keduanya. Sedangkan isteri pertama? jangan cakap!

“Ingat, kau dekat sini sekadar menumpang! Mana tahu kau lupa, kan? Dah, pergi sana. Habiskan semua kerja kau. Kalau tidak, aku bagi kau makanan kucing malam nanti!” Sinisnya.

Wanita berpakaian lusuh itu berlalu pergi setelah madunya itu melangkah naik bersama lelaki tersebut. Tipulah kalau dia tidak cemburu melihat kedua pasangan itu. Dia juga seorang wanita dan seorang isteri, yang memerlukan cinta dan kasih sayang dalam hidupnya.

Baginya, dia bukanlah wanita yang bertuah untuk merasai semua itu. Ia hanya tercipta di dalam sebuah mimpi dan juga angan-angan. Betullah kata-kata orang dalam rumah tu, dia merupakan wanita malang. Haih, malang betul nasib kau, Hanis!

Dia sangat berharap agar lelaki itu berubah seperti dahulu. Aidil yang dahulu cukup mesra dengan dirinya. Bisakah Aidil yang lama kembali? jika iya, lalu bagaimana dengan wanita yang bergelar madunya? Ah, cukup pusing untuk memikirkan.

Jujur saja, dia penat untuk menangis lagi. Terasa membazir setiap malam membuang tangisan. Tetapi, hanya tangisan yang dapat mengubati serba sedikit hatinya yang penuh dengan luka dan cakaran kehidupan yang pahit bagaikan hempedu.

Namun, dia terus memujuk hati agar terus bertabah untuk menjalani semuanya. Tapi, sampai bila? Pernah sekali dia nekad untuk melarikan diri, tetapi ikatan sebagai seorang isteri menjadi penghalangnya. Dia tidak mahu menjadi isteri yang derhaka kepada suami. Dia akan menunggu sampai talak dilafazkan ke atas dirinya.

'Kau dengar sini baik-baik, kau hidup dengan aku hanya sebatas kasihan saja. Akan tiba masanya aku akan menceraikan kau. Aku tidak sudi ada isteri macam kau. Tengoklah diri kau tu, anjing di luar sana pasti tertawa melihat engkau.'

Kata-kata itu keluar dari mulut Aidil sewaktu seminggu selepas dia berkahwin dengan wanita itu. Dari situ, mulalah segala persamaan yang dipandang buruk disamakan dengan diri Hanis. Itu adalah luka pertama yang timbul dalam jiwanya dan ia melekat sehingga kini. Bahkan boleh sampai ke masa depan!

Bila agaknya lafaz itu akan terkeluar dari mulut lelaki itu? Wanita itu menggeleng laju. Sampai ke situ dia fikirkan. Cepat-cepat dia mencuci baju tersebut lalu menyambung kerja yang lain pula.

***

Hi, bertemu kembali hehe. Cerita ni slow update tau, tengok pada kerajinan saya untuk menulis hehehe. Happy reading semua. Maaf kalau cerita ni pendek saja. Idea kering...tapi hati meronta-ronta nak menulis..haha Komenlah jika sudi <333

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience