"Hi abang Adam"
Zaarif dan Adam bertentangan mata.
Kemudian Adam senyum tawar.
"Macam mana best tak study dekat Jepun?" Soal Putri
Adam angguk.
"Putri teringin nak pergi tapi abang Zaarif ni ha,tak bagi!" Jeling Putri
"Suka hati aku la. Nak pergi tu guna duit mak bapak aku!" Kasar Zaarif.
"Kau duduk sini pun, dah kira untung apa?, sebab kau tak lama lagi nak masuk Uitm tu, mama papa aku yang tanggung kau. Bersyukur la sikit, kau tengok adik-adik bawah kau, kesian mereka tak dapat nak rasa. Tapi kau tak reti nak bersyukur! " kasar Zaarif lagi
"Aku rasa macam nak suruh mama papa aku tukar ambil adik kau je. Sopan pun sopan. Tak macam kau, gedik!" Kutuk Zaarif
Putri mendengus geram.
"Korang ni kan,dari kecil sampai ke besar selalu sangat bergaduh. Memang tak boleh tenang ke?" Tegur Adam
"Tak boleh!" Kasar Zaarif.
Terus saja Zaarif bangun dan menuju ke dapur. Adam memerhatikan Zaarif.
Putri mendekati Adam. Lengan Adam dipeluk.
"Putri, abang Adam ada hal. Gerak dulu" Adam cuba mengelak dari Putri.
"Alaa cepatnya nak balik" gedik Putri
"Eh tak boleh,dah lama dah duduk dekat sini"
Cepat-cepat Adam bangun dan keluar dari rumah tersebut.
Telefon dikeluarkan.
Adam
~ Aku cau lu.
Zaarif
~ tahu pun nak lari. Ingatkan nak tunggu melayan gedik dia tu.
Adam geleng kepala.
"Haish,tak sanggup aku nak layan" ujar Adam
Malam itu,Adam mula mengemas pakaian untuk mengikuti aktiviti Zaarif seperti yang dirancang petang tadi.
Tok! Tok!
Pintu bilik Adam diketuk.
"Masuk" suruh Adam
Pintu bilik Adam dibuka.
"Eh,mak"
Mak Adam senyum.
"Sibuk ka?"
"Eh,tak ada la. Saja kemas barang ni siap-siap. Lagi seminggu nak ikut Zaarif pergi Taiping. Ada aktiviti sikit"
"Ohhhh,nak pergi bersuka ria la ni?"
"Tak ada la mak"
Mereka diam sebentar.
"Adam,mak nak cakap sikit boleh?"
"Ada apa mak?"
"Adam tahu kan kita ni dari dulu lagi terhutang budi dengan keluarga Anuar. Jadi mak nak.."
"Nak apa mak?"
"Kalau Adam kahwin dengan Putri nak tak untuk balas jasa mereka?"
Adam tersentak!
"Apa mak ni? Adam kerja pun belum lagi,baru je habis study tak kan nak sara anak dara orang kot. Adam nak jamu diorang makan apa? Pasir?" Soal Adam dengan lemah lembut. Takut-takut hati maknya terguris.
"Mak bukannya apa, Si Putri tu terhegeh-hegeh nak kan kamu. ."
Adam diam.
"Adam belum bersedia nak galas tanggungjawab sebagai seorang suami mak. Bagi ekonomi kita kukuh dulu,baru Adam fikir nak kahwin. Tak kan kita nak bergantung pada keluarga uncle Anuar lagi? Dah la mereka tanggung pengajian Adam dengan Zaarif ke Jepun. Rasa tak selesa pula, kalau Adam minta bantuan mereka lagi sedangkan Adam dah ada PHD . Dah boleh kerja dah pun" terang Adam.
"Lagipun Putri tu baru habis SPM. Takkan la nak kahwin dengan dia. Nanti dah jadi isteri Adam, satu kebebasan pun tak ada . Mak pun tahu Putri tu macam mana kan?"
"Hmmm ye la. Ikut kamu la. Mak masuk tidur dulu ya"
Adam angguk tanda faham dan menghela nafas.
Lega!
Adam tu jadi kahwin dengan Putri ke nanti? Tahap gedik Putri tu macam mana? terlampau ka terkurang?
Share this novel