Bab 38

Action Series 6386

Dahi Darris berpeluh disebabkan sistem penghawa dingin rosak. Suhu malam ini juga terasa membahang. Walaupun kipas sudah dibuka, namun masih tidak mampu melawan kepanasan yang dirasakan.

Trit... trit...

Pandangan mata Darris teralih pada telefon bimbitnya yang tiba-tiba berbunyi.

'Hi Darris, I miss you.'

Nampak ayatnya ringkas namun boleh menimbulkan perbalahan dalam hubungannya dengan Amanda. Cepat-cepat mesej tersebut dipadam.

Darris kembali menghadap kerja-kerja yang bertaburan di hadapannya. Pesanan yang dihantar oleh Fazneeta lenyap sekelip mata sehinggalah sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi.

'Kenapa tak jawab? Darris, I rindukan you.'

Menggeletar tubuh Darris membaca mesej yang diterima. Hatinya dihumban rasa marah terhadap adik sepupunya. Sekali lagi mesej itu dipadam.

"Kenapa ni? Dari tadi saya tengok abang macam gelisah je."

Muncul Amanda dari belakang. Tangannya mendarat pada bahu Darris lalu dipicit dan diurut untuk mengurangkan regangan bahu.

"Ahh... I feel better."

"Kerja kuat sangat ni. Sedap tak?" penuh teratur sendi-sendi yang keras dilembutkan semula.

"Ahhh... kanan sikit. Emm... sedapnya kalau hari-hari ada orang urut." matanya terpejam rapat menikmati urutan yang diberikan isterinya.

"Hari-hari? Kalau macam tu abang kena bayar gaji lain ni."

"Berapa nak?"

"Satu jam RM 500."

"Ada special massage tak?" Darris melirik nakal ke wajah isterinya. Senyumannya membuatkan Amanda membeliakkan mata.

"Ada, malam sikit."

"Amboi sayang ni pun sama naik eh. Ulat bulu betul. Ni kenapa datang kacau abang buat kerja ni?" Darris memusingkan badan mencari wajah isterinya. Tangan Amanda ditarik dan tubuhnya dibiarkan di atas ribaan.

"Bosanlah..."

"Kalau bosan, sayang duduk sini." tangannya menepuk kerusi putih yang ada di sebelahnya.

"Nah... pakai earphone ni dengar lagu favourite abang."

Wajahmu mengingatkanku
dengan kekasihku dulu
wajahmu mengingatkanku
dengan masa laluku
Kekasih yang dulu hilang
kini dia telah kembali pulang
akan ku bawa dia terbang
damai bersama binatang

Lirik lagu yang sampai ke telinga Amanda membuatkan dadanya sesak. Kepala diangkat dan wajah Darris dipandang.

Sedar dengan renungannya itu, Darris pura-pura memandang lain. Dia ingin menyambung kerjanya tadi.

"Darris..."

Tidak sempat bicaranya diteruskan, ada satu mesej masuk ke telefon bimbit suaminya.

Fazneeta!

Pantas Darris merampas telefon bimbitnya dan dimasukkan ke dalam poket.

"Tak ada apa-apa."

"I'm not even asking."

Liur ditelan. Dia tertangkap sendiri. Mata melirikkan ke wajah Amanda yang berubah tegang.

"Siapa tu?" wajah Amanda serius.

"Tak... abang nak baca dulu."

"Kenapa saya tak boleh baca? Ada benda ke yang awak sorokkan dari saya ni?"

"Tak ada apa-apa sayang. Sumpah!"

"Buka sekarang depan saya. Kalau tak... saya larikan diri." rungutnya.

"Sayang..."

"Bagi saya baca dulu kalau awak betul-betul sayangkan saya. Ke ada benda yang awak nak sorokkan daripada saya? Hah?" jerkah Amanda kasar. Dia cuba ambil telefon bimbit yang sudah dimasukkan ke dalam poket.

"Ayra... please don't."

"Awak jangan berani tipu saya kalau tak nak saya naik gila."

Laju tangannya menekan skrin telefon. Hampir terlepas telefon itu tatkala matanya tertancap pada ayat yang dihantar oleh Fazneeta.

"Waw! Sekarang berani mesej pula. I rindukan you. Jangan seksa I macam ni? What the hell is happening right now?"

"Tolong jangan salah faham."

"No wonder lah tak nak bagi saya baca."

"Bukan macam tu, Ayra."

"Awak tipu saya!"

"Abang tak tipu Ayra pun. Pulangkan balik telefon abang tu." pinta Darris masih dengan nada baik.

"Never!"

"Aku kata pulangkan balik phone tu! Bagilah balik!" tengking Darris.

Telefon tersebut dirampas namun perebutan yang berlaku membuatkan alat penghubung itu jatuh berkecai di lantai.

"Puas? Puas hati sekarang? Eh perempuan ni memang menyusahkan aku betullah!"

Suara Darris yang meninggi membuatkan Amanda terkedu. Air matanya bertakung di pinggir mata. Darris meraup wajahnya kasar saat tersedar dengan keterlanjurannya.

"Sayang... I'm sorry." isterinya cuba didekati. Namun tapak tangan diangkat tinggi menghalang perbuatan Darris.

"Abang... abang tak sengaja buat Ayra macam ni." sungguh Darris rasa kesal.

"Disebabkan dia, awak mengamuk dengan saya."

"Abang minta maaf, sayang."

Kepala digelengkan. Dia bangun dan bergerak menuju ke bilik tidur. Air mata dikesat kasar.

Teresak-esak Amanda menangis di birai katil. Hatinya hancur dan pilu apabila sewenang-wenangnya Darris meninggikan suara hanya kerana perempuan yang tiada hubungan dengannya.

Jangan sampai aku serang kau, Neeta.

segalanya akan terlerai

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience