Bab 13

Romance Completed 207871

Pagi ni Intan pergi kerja menaiki motor yang Carlos ambil dari kedai semalam. Hm.. Jadi lah, terubat juga rindunya pada motor kesayangannya itu.

Apa khabarlah kedua-dua kenderaan itu, jangan Shira lupa nak hidupkan enjin sudahlah. Kalau kereta boleh lagi Shira gilir-gilir guna untuk pergi kerja tapi kalau motornya, memang hanya panas enjin sahajalah.

Shira takut nak bawa motor besar macam tu.. Hok aloh.. Rugi. Tapi kalau bonceng, laju je nak ikut.

Sebelum memulakan perjalanan, Intan memeriksa semual peralatan yang dibawa di dalam beg. Bimbang jika tertinggal. Manalah tau tiba-tiba perlu digunakan tapi terlupa bawa pula.

Setelah pintu pagar dikunci, Intan menunggang motorsikal menuju ke tempat kerja. Lagi sepuluh minit Intan sampai di hotel.

Selepas motor diparking, Intan menuju ke lift untuk naik ke atas. Belum sempat Intan sampai di pintu lift, terdengar suara seseorang yang Intan kenali. Cleine. Pagi-pagi dah sampai hotel. Awalnya.

"Petang ni macam biasa, pukul tiga. Bawa customer naik. Pastikan perempuan-perempuan tu sampai tepat pada masanya. Ingatkan pada Ray, jaga diaorang lebih sikit, jangan jadi macam hari tu. Ada pulak yang cuba nak larikan diri. Ingat murah ke? Sorang-sorang paling kurang pun 6K. Untung tak dapat, bala pulak yang datang nanti." panjang pesanan Cleine.

Intan yang bersembunyi di sebalik dinding memasang telinga.

"Baik Tuan, tapi yang di Bangsar tu macam mana, nak bawa sekali ke? Baru sampai pagi tadi" tanya satu suara.

"Yang baru sampai tu biar rehat dulu, touch up cantik-cantik. Esok baru start kerja. Ingat tu, jangan lupa" pesan Cleine.

Kedua-dua mereka hilang disebalik pintu lift.

"Oh.. Kat Bangsar ye salah satunya. Petang ni pukul tiga" kata Intan sendirian.

Sedang asyik bercakap sendiri terasa ada tangan menepuk bahunya. Terus tegak berdiri, helmet di tangan dipegang kemas, sudah bersedia untuk dijadikan senjata jika perlu.

Tangan itu sekali lagi menepuk bahu Intan. Tanpa buang masa Intan berpusing ke belakang sambil menghayun helmet.

"Oit! Apa kau ni, nak bunuh aku ke?" suara Aishah berbunyi.

Nasib baik Intan sempat menghentikan tangannya yang menghayun, jika tidak mau berdentum dengan kepala Aishah.

"Kau ni.. Dah kenapa buat macam tu. Tak boleh ke tegur elok-elok?" marah Intan. Dada diurut. Ingatkan orang-orang si Cleine tadi.

"Saya nampak kau terhendap-hendap tadi kat tepi ni, itu yang saya datang perlahan-lahan takut ganggu apa yang kau tengok" balas Aishah.

"Kau tengok apa?" soal Aishah lagi sambil kepala dijenguk ke arah yang Intan ditengok tadi. Tak ada apa-apa pun.. Dia tengok apa..

"Mana ada apa. Eh dah la. Lewat ni. Jom naik" balas Intan lalu tangan Aishah ditarik ke depan lift.

Butang ke atas ditekan. Tidak lama pintu terbuka. Kedua-dua mereka melolos masuk.

Aishah di sebelah masih memandang Intan dengan pandangan sesuatu.

"Kau ni dah kenapa, tengok macam tu" soal Intan dengan wajah masih tegak ke hadapan.

"Tak.. Kau nampak lain la tadi. Aura kau tu, tak macam biasa" jawab Aishah yang masih lagi memandang Intan.

"Aura apa pulak pagi-pagi ni.. Jangan mengarutlah" jawab Intan sambil menoleh sekilas.

"Betul.. Kau nampak macam.. macam.." kata Aishah sambil kepala didongak dan jari telunjuk mengetuk dagu, seperti sedang berfikir.

"Macam polis, ha.. Macam polis tengah nak menyiasat. Macam dalam tv tu" bulat mata Intan sebaik mendengar kata-kata Aishah.

"Jangan nak merepek la Ecah oi, polis apanya. Saya ni housekeeper je" balas Intan.

Ala... Lift ni lambat la pulak sampai. Lagi lama, lagi banyak pulak conclusion si Aishah karang. Jenuh pulak nak tepis.

"Eh, tapi kan.." kata Aishah lagi.

'Ting'

"Ha.. Dah sampai. Jom jom" laju Intan keluar dari lift tinggalkan Aishah.

"Betul lah, lagak dia tadi macam polis. Terasa auranya lain.." kata Aishah sendiri sebaik kaki melangkah keluar dari lift.

"Intan, tunggu la" laung Aishah yang mengejar Intan dari belakang. Laju betul perempuan ni berjalan.

Sebaik Intan siap menukar pakaian dan menyimpan beg di dalam lokar, Amira datang menghampiri.

"Intan" panggil Amira.

Tertoleh sekejap Intan pada Amira di sebelahnya.

"Ye, jap-jap. Simpan beg" kata Intan pada Amira yang menunggunya.

"Dah, jom" ajak Intan.

Intan dan Amira beriringan menuju ke lift. Ramai pulak pagi ni nak guna lift. Oh, ye la. Kan semalam terima dua bas. Lupa..

Banyak perhentian lift pagi ni. Intan dan Amira berada di bahagian belakang lift kerana mereka orang terakhir yang akan keluar.

'Ting'

Akhirnya, sampai juga.

"Intan, sorry tau sebab semalam" kata Amira sebaik keluar dari lift.

"Tak ada apalah" jawab Intan.

Kedua-dua mereka berhenti di hadapan bilik berkaca, dilihat Carlos sibuk dengan kerja-kerja di mejanya.

Tok tok tok

Pintu diketuk. Carlos mendongak sekejap sebelum menggamit keduanya masuk.

"Morning Carlos" ucap Amira.

"Morning Mira" balas Carlos.

"Hai pretty" Carlos menyapa Intan sambil senyum pada Intan.

Amira laju toleh Intan di sebelah apabila Carlos memanggilnya begitu.

"Hai Carlos" balas Intan dan senyuman tak serupa senyum di lemparkan pada Amira yang masih memandangnya. Tau sangat dengan pandangan tu.

"Saya dan Intan nak kemas pejabat Tuan Caden" kata Amira.

"Okey" balas Carlos sambil meneruskan kerjanya.

"Biasakan Carlos yang bukakan. Saya dan Intan tak ada password pintu tu" kata Amira.

Semasa Amira sampai di bilik rehat tadi, En Rahim telah memaklumkan mengenai perkara itu.

"Intan ada. Kan Intan" jawab Carlos selamba.

Kali ni mata Amira dah bulat memandang Intan. Tidak percaya. Biar betul.

"Eh, Intan ada password. Carlos bagi ke?" soal Amira tidak percaya.

"Nope. Not me. Tuan Caden" Carlos tolong jawabkan.

Lagi terkejut Amira.

Intan di sebelah dan tersengih-sengih tak tentu arah. Adoi.. Lepas ni banyak la soalan yang perlu dijawab ni.. Mesti punya lah..

"Kalau macam tu, kitaorang keluar dulu ye. Thanks Carlos" ucap Amira lalu beredar dari pejabat Carlos.

"Bye pretty. Kerja baik-baik" ucap Carlos pada Intan sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya itu.

Intan hanya mengangguk sahaja.

Sebaik keluar dari pejabat Carlos, mulut Amira tak berenti bertanya.

"Jap, jap, jap. Nanti saya jawab ye. Sekarang ni Mira pergi stor, saya bukakan pintu pejabat. Okey" kata Intan lalu memusingkan badan Amira supaya terus berjalan ke arah stor.

Membebel-bebel mulut Amira. Dah macam bertih jangung.

"Hm.. Semalam Caden cakap you are mine kan. Buat terkejut je. Ingat dia cakap aku milik dia" tersengih-sengih Intan depan pintu pejabat Caden.

"Kalau betul you are mine. Boleh ke?" satu suara berbisik di telingan Intan.

Nasib baik tak keluar segala silat, kuntau, karate. Kalau tidak naya, lebam biji mata.

"Tuan Caden ni dah kenapa. Buang tebiat?" marah Intan sambil urut dada.

Caden hanya diam kemudian dia menekan password pada pintu pejabatnya.

"Hish dia ni. Buat la macam tu. Silap hari bulan, memang makan penumbuk juga satu hari nanti" marah Intan lalu mengekori Caden masuk ke pejabatnya.

Pintu pejabat disendal dengan door stopper, tidak mahu kejadian semalam berulang lagi.

Intan kemudian masuk ke pejabat Tuan Caden sementara menunggu Amira. Tidak lama Amira masuk bersama peralatan mengemas.

Kerja mengemas pagi ni dapat dilakukan dengan cepat, mungkin kerana Amira ada bersama. Setelah itu Intan dan Amira menuju ke meja kerja. Dilihat Caden sedang sibuk dengan fail di depannya manakala Carlos yang berdiri di tepi meja memerhati apa yang ditulis Caden.

"Tuan Caden, ada apa-apa lagi tak, kalau tak ada apa-apa saya dan Intan nak ke bilik rehat Tuan pula" tanya Amira pada Caden yang masih fokus pada kerjanya.

"Nothing and thanks" ucap Caden dengan melepaskan pandangan sekilas pada Amira.

Intan dan Amira kemudian keluar dari pejabat Caden dan mengatur langkah ke bilik rehatnya. Pada waktu itu Carlos juga kebetulan keluar dari pejabat Caden. Pintu pejabat ditutup rapat dan Carlos terus melangkah ke pejabatnya.

"Carlos" panggil Amira yang sedang menolak troli.

Carlos berpaling dan menghentikan langkah.

"Ye, saya" jawab Carlos.

"Er.. Saya dan Intan nak masuk ke bilik rehat Tuan Caden." kata Amira.

"So?" tanya Carlos tapi pandangannya dihala pada Intan.

"Nak mintak bukakan pintu la" jawab Amira. Ish, macam tak biasa pulak Carlos ni.

"Intan kan ada.. Betul tak pretty" balas Carlos lalu berpusing semula dan melangkah ke pejabatnya.

Intan di sebelah dah serba salah.

"Eh, bilik rehat Tuan Caden pun kau ada password?" soal Amira tidak percaya.

Intan hanya mengangguk sahaja. Hilang suara nak berkata. Parah.. Parah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience