CHAP 29

Romance Series 74213

Anya tidak dapat melelapkan matanya sekarang, dia terlupa.. dia berada di mana sekarang, jika di rumah memang dia akan berpisah bilik dengan Bahr, tapi.. tidak di sini. Dia sekatil dengan Bahr. Dan Bahr merenungnya dari tadi.. tersenyum dan nafas Bahr terasa dekat dengan pipinya.

"Kenapa sayang? Tak selesa?" soal Bahr, dengan suara garaunya. Memang halal untuk dia lakukan apa yang dia mahu dalam fikirannya sekarang, dengan gaun tidur Anya yang menyesakkan nafasnya, namun.. dia tahu, memaksa bukan caranya. "Errr.. saya tidur bawahlah ye. Saya takut awak tak selesa." pinta Anya, entahlah kenapa dia yang gugup. Buat pertama kalinya, mana perginya sikap garangnya, hilang ditelan kesunyian dalam bilik hotel itu.

"Buat apa tidur lantai? Selesa lagi tidur atas ni. Anya takut ke? Abang tak buat apa pun lagi.. Walaupun Abang ada hak, kan?" soal Bahr. Makin gila Anya dibuatnya, "Dah. jom tidur, saya mengantuk." potong Anya. Dia tidak mahu Bahr meneruskan perbualan. "Kenapa Anya takut sangat ni, hurm??" soal Bahr terus menyentuh rambut Anya yang jatuh di dahi lantas mengucup lembut dahi Anya.

"Bahr..." meleret suara Anya, dia takut.. "Ye sayang.." makin rapat lagi badan Bahr ke arah Anya.. "Kita buat ringan-ringan je ni malam ye." bisik Bahr. "Apa??" terjerit Anya, tapi pantas pergerakkan Bahr mengunci mulut Anya, dengan mulutnya..
***
"Hai Becky.. long time no see." kata Zayhar. Becky terkedu dan terkejut.. "Zayhar! You kawan Anya kan dulu. Zayhar.." terkejut Becky melihat Zayhar di hadapan matanya. Terus Becky memandang Zahin.

"Zahin, awak dengan Zayhar? Apa hubungan?" soal Becky, masih terkejut. Dia ingat lelaki ni merupakan sahabat baik Anya sebelum Becky yang menggantikkan tempatnya. "Zayhar ni kira Abang angkat keluarga saya.. Welcome back Abang Zayhar.." kata Zahin. Zayhar hanya tersenyum. "Jadi, maksudnya selama ni.." belum sempat Becky meneruskan kata-katanya. "Zahin dulu pernah tengokkan Abang Zayhar gambar kita bercuti dekat Bali. Tu yang Abang terkejut nampak Anya." kata Zahin.

"Anya mana, Becky?" soal Zayhar. "Errr.. dia takde dekat sini sekarang, perihal dia khawin dengan Bahr harus dirahsiakan.. mereka tidak tahu siapa musuh dan siapa kawan sekarang. Kena berhati-hati. "Abang Zay jangan sedih tau. Anya dah.." belum sempat Zahin membuka mulut Becky terus menekup mulut Zahin. "Anya dah buka butik. Nanti saya jumpakan awak dengan dia ye. Awak berehat lah dulu Zayhar.. Saya nak balik lah, jom Zahin hantar saya balik." pintas Becky.
***
Anya diam dalam pelukan Bahr, tertidur. Bahr hanya tersenyum mengingatkan kembali perlakuan dia terhadap Anya. "Sorry Anya, Abang suka buli Anya kan. Kesian dia.. Tapi, abang taklah jahat sangat sampai nak paksa Anya pun. Teringat sejam yang lalu, hampir menangis Anya kerana dirinya.

"heyy, kenapa nangis ni?" soal Bahr. Anya diam sambil mengesat air matanya, "saya tahu awak ada hak itu.. tapi, please.. jangan paksa saya.. saya takut. Saya tahu ajaran agama, berdosa kalau saya tolak permintaan awak. Tapi... saya.. saya.." tersekat-sekat suara Anya. Bahr hanya tersenyum, "daa.. jangan nangis, Abang tak minta pun lah. Abang cuma nak peluk.. abang tak lebih-lebih pun." kata Bahr. Mood Anya malam ini sedikit boleh dikawal.

Bahr memerhati wajah Anya yang tidur nyenyak di pelukannya. "Abang masih berlakon yang Abang hilang ingatan untuk keselamatan sayang, sehingga kita tahu.. siapa yang nak Anya sebenarnya." kata Bahr. Dia mengucup sekali lagi dahi, pipi, dan mulut Anya kemudian dia tidur memeluk Anya.
***
"Kenapa awak tekup mulut saya tadi?" soal Zahin kepada Becky. "Pasal perkahwinan Anya dan Abang Bahr, better kita jangan bagitahu sesiapa."kata Becky. "Kenapa? Abang Zayhar kan kawan lama Anya, kawan baik mereka lagi tu. Kenapa tak boleh bagitahu?" soal Zahin, pelik.

"Kalau kau sayang Anya dan persahabatan kita. better jangan!" amaran Becky.
***
"Dia dah khawin!!!!!.." kata Sherry, menangis meraung dalam bilik, semua pasu dipecahkan di bilik itu. Ini tidak mungkin...

"I nak balik Malaysia! Now!!!" kata Sherry.

sorry lama tak update.. Killa take rest sebenarnya.. selepas ni Killa update What Dresscode For Today pula ye.. :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience