Bab 4 - Sakit

Romance Series 54592

Mummy!!

Danin menegur girang sebaik kelibat emak mertuanya kelihatan. Dicium dan dipeluk erat tubuh yang masih cantik bergaya itu. Bergoyang ke kiri dan kanan mummynya dek melayan tingkah Danin yang girang dalam dakapan erat mereka.

"Mummy I miss you so much! Mummy sihat? Daddy? Kak Melah? Rainbow ? Semua sihat?" Habis semua nama orang di rumah mummynya disebut.

"Alhamdulillah.. Mummy sihat. Semua pun sihat. They miss you a lot. Danin datang lah rumah, boleh melepas rindu."

"Ala.. tak sempat lah Mummy.. Busy.."

"Asyik busy je.."

"Hehehe.." Danin sengih kerang busuk.

"Menantu Mummy ni makin cantik. Ada boyfriend baru ke?"

"Haaa tu kan.. pesanan penaja..anda dilarang korek-korek rahsia hati saya. Biar kekal rahsia. Nanti kalau ada apa-apa, Danin hantar kad. Hihi." Mulut ditutup gedik.

Mummy senyum. Namun kelihatan jelas pudarnya. Danin perasan akan hal itu. Perlahan kekura ibu mertuanya disentuh. Bila mata mereka bertentangan, Danin menggeleng perlahan.

Dia tahu sangat apa yang sedang mengganggu sang ibu. Dia tahu. Berkali-kali menghadap situasi ini, dia dah masak sangat.

Tiada lagi ruang untuk mereka berbaik. Danin dah pergi jauh dari dirinya yang lama. Danin sekarang bukan lagi Danin yang dulu. Segalanya tentang Danin dulu, telah dilenyapkan dari dirinya kini, termasuk anak lelaki wanita itu, Tengku Tahir.

"Sebenarnya Mummy tertanya-tanya.. kenapa Danin tinggalkan Tahir? Danin cintakan dia kan? Kenapa pilih untuk berpisah? " Tanya wanita itu benar-benar masih belum move on dengan kisah rumah tangga anak menantunya.

Danin Tarik nafas panjang. Orang dah tutup buku lah.. kenapa bertanya lagi? Kepala tak gatal, digaru.

"Mummy tanyalah Tahir. Danin dah tak mahu cerita hal lama. Dah basi."

"Semalam Mummy mimpi Danin pregnant. You're happy with us, with Tahir. Danin pernah janji nak bagi Mummy cucu sepuluh orang kan? Why you choose to betray it?"

Danin terdiam. Dia menggenggam tangannya yang menggigil sendiri.

I am not the one who betrayed it. Pasak Danin dalam hati.

Dia tak mampu menutur kata melainkan senyum sahaja sebagai balasan pada kata-kata sayu si emak mertua masa lalunya.

I am not! Bukan aku yang memilih untuk mungkir pada janji. Impian dan harapan aku yang dimusnahkan dengan kejam.

**

Flashback

Danin pandang jarum jam. Sudah pukul dua pagi. Ke mana Tahir?

Seharian Danin sabar menunggu kemunculan suaminya. Mahu hubungi lelaki itu, nombornya sudah disekat. WhatsApp juga begitu. Hanya keluhan yang mampu Danin lepaskan. Tahir makin jauh. Mereka juga dah tidur asing. Lelaki itu dah pindah bilik lain.

Salah ke aku pregnant? Bukan aku yang rogol dia dan paksa hamilkan aku. Kenapa perlu aku dimarahi?

Kemarahan Tahir sangat luar biasa. Danin tak pernah lihat sisi Tahir yang begini. Danin cuba pujuk hati sendiri.

Juadah masakannya masih terhidang di atas meja makan. Hari ni Danin berniat nak raikan harijadi suaminya sekaligus nak berkongsi berita gembira tentang pembukaan kedua butik pengantin miliknya.

Sekali lagi jarum jam dikerling. Sudah terlalu lewat. Akur pada keadaan yang tak memihak padanya, Danin mula kemas kembali hidangannya.

Bunyi pintu dibuka dari luar buat Danin ukir senyum. Laju langkah kaki di bawa ke depan.

"Awak dah balik?"

"Tak ada soalan yang lebih bodoh dari tu ke? " Balas Tahir kasar bersama pandangan tak puas hati.

"Sorry.. " Perlahan suara Danin. Baju kot dipegangan Tahir ingin diraih tapi lelaki itu tiba-tiba bertukar baran. Ditarik kasar kot itu dan dilempar kuat ke sofa. Terkejut Danin.

"Boleh tak sekali je kau jangan sibuk hal aku? Apa yang cuba kau buktikan? Nak jadi isteri yang baik? Solehah? Lagi kau tahu aku tak suka kau, lagi suka kau menyakitkan hati aku. Aku balik lambat sebab tak nak tengok muka kau. Yang kau tercegat sini pagi buta ni kenapa?!"

"Saya.. saya tunggu awak."

"Tak payah! Semak je! Tepi! " Tubuh Danin ditolak ke tepi dan dia ingin berlalu ke bilik.

"Awak kejap! "

"Apa lagi? Kau tak reti tengok jam ke? Tak tahu orang balik kerja penat?! "
"Maafkan saya. Selamat hari lahir awak."

"Hei, mampus ke aku kalau tak dengar ucapan tu dari kau? Buang masa! "

"Tahir Please.. jangan layan saya macam ni. Saya janji lepas anak ni lahir saya pergi dari hidup awak. Tapi tolong.. jangan layan saya macam ni. Saya ada hati, Tahir."

"Kau je lah yang ada hati. Hati kau je lah, perasaan kau je lah yang orang kena faham, kena jaga. Habis aku? Kau rasa aku ada hati ke balik ke rumah ni? Tengok muka kau, nak hadap kenyataan ada anak dengan kau. Kau rasa aku ada hati untuk semua tu?"

Danin pandang ke tepi. Tak mampu melawan garangnya pandangan mata Tahir yang tajam menikamnya. Air mata sedaya boleh ditahan.

"Tak ada satu apa pun tentang awak yang saya tak peduli Tahir. Selamanya awak insan kesayangan saya. Sekecil hal pun saya peduli tentang awak. Kalau saya tahu awak dipaksa dan terseksa, saya takkan setuju dengan pernikahan ini Tahir. Seandainya awak jujur dari awal, saya takkan teruskannya."

"Ohhh.. macam tu.. tak cukup tunjuk baik depan Mummy.. sekarang nak tunjuk baik depan aku pulak. Hentikan lah lakonan kau tu. Muak!"

Danin tolak air mata di pipinya. Dia menapak ke arah suami.

"Awak cakap lah apa yang awak nak. Tapi saya ada satu permintaan saja. Last. Saya takkan minta apa-apa dah. Saya tahu awak tak sudi. Saya janji lepas ni saya balik rumah mama dan awak tak perlu sakit hati lagi tengok muka saya."

"Balik rumah mama dan buat kecoh?"

"Tahir.. kenapa teruk sangat saya di mata awak? "

"Sebab kau tak pernah elok lah perempuan! Dari kecil sampai besar asyik menyakitkan hati aku."

"What ever. I Just want to eat with you for the last time. Kali terakhir kita bersama celebrate birthday awak." Tangan Tahir dipimpin ke dapur. Laju lelaki itu menarik tangannya kembali. Tak suka disentuh. Danin makan hati.

Melihat hidangan makanan kegemarannya, muka Danin dipandang pula.

"Saya tak letak benda jahat dalam ni Tahir. Saya masak ikhlas untuk suami saya." Faham apa yang berada di fikiran suaminya laju Danin bersuara memintas.

"Kau makan lah seorang. Aku dah kenyang. Aku dah makan dengan 'dia'. "

"Rasa lah sikit. Penat saya masak. Nah.. jamah sikit je.. " Satu sudu disuakan ke mulut Tahir.

Terkejut Danin bila tangannya ditepis kuat. Terpelanting sudunya jatuh. Tergamam.

"Semak! Tak faham bahasa!"

Tengku Tahir berlalu ke depan, menggapai kunci kereta dan menghempas pintu kuat. Tak lama, kedengaran kereta dipandu keluar dari situ.

Air mata Danin jatuh lebat di pipi. Mencurah-curah bagai air hujan. Terketar tangannya mengambil sudu di lantai. Terduduk peluk lutut Danin menangis kehibaan. Sudu itu digenggam kuat. Tidak dilepaskan.

Arggghhhhhhh!! Jerit Danin kuat saking tak tertahan lagi sakitnya rasa di hati. Berbakul-bakul tangisannya tumpah untuk seorang Tahir malam itu.

**

Danin bergerak ke kiri dan kanan. Dia gelisah dalam tidurnya. Perut terasa sakit tak terperi. Handphone dicari. Pukul 5 pagi.

Makin lama perutnya terasa makin sakit. Rasa macam ditoreh, ditendang-tendang, dan dipulas dahsyat.

Menangis kesakitan Danin. Dahinya berpeluh hebat. Aircond yang terpasang tak mampu meredakan 'hangat' yang Danin rasakan. Merengkok kesakitan Danin.

Kenapa ni? Sakitnya..

Darah!

Tahir.. Telefon digenggam kuat. Nak Call suaminya, meminta tolong. Namun nombornya dah kena block. Nak panggil sampai tercabut anak tekak pun tak guna kerana lelaki itu tidak ada di rumah. Tahir langsung tidak pulang selepas berlalu pergi semalam.

Danin tak mahu mama dan mummynya tahu. Lalu.. tiada arah, Danin call panggilan kecemasan.

Air mata gugur lagi.

Sakitnya ya Allah.. Danin ketap bibir cuba istighfar dan meratip zikrullah. Berharap agar kesakitannya berkurang walaupun sedikit. Sakit sangat!

****

Share this novel

fauziah mohamad arof
2024-05-29 08:07:34 

camne nak dapatkan novel ni?

norsila
2024-05-17 16:36:15 

ni bilo nk smbung lah...


NovelPlus Premium

The best ads free experience