Syed Rayyan

Humor Series 496

Waktu bagaikan terhenti buat seketika bagi Rifqi. Saat pelajar baru itu menjejakkan kaki di dalam kelas, hati Rifqi mula resah. Jantungnya berdegup kencang. 

Apasal dia ada dekat sini?! jerit hati Rifqi. Pelajar baru itu masuk ke kelas dengan senyuman sinis yang agaknya sudah tertampal di mukanya yang berparut sejak berada di luar kelas lagi. Dia membuka mukadimah dengan mengenalkan dirinya sebagai Syed Rayyan kepada rakan kelas.

“Nama, Syed Rayyan. Dari Damansara.” Pelajar tersebut bersuara sambil memandang Rifqi dengan pandangan mengejek.

Perangai tak seindah nama desis Rifqi dengan geram. Puan Lim menunjukkan tempat duduk Rayyan. Rifqi bernasib baik kerana Rayyan ditempatkan disebelahnya. Hah, nasib baiklah sangat.

“Yo, lama tak jumpa kau, Rifqi. Mak Su sihat?” soal Rayyan dengan senyuman sinis yang masih tertampal di wajahnya.

“Apasal kau ada dekat sini?” soal Rifqo dengan kasar, menghiraukan soalan Rayyan.

“Cari engkau.” Jawabnya sepatah. Dengan hanya dua perkataan itu mampu membuatkan Rifqi terdiam seribu bahasa. Malah, perkara yang lepas mula menyelinap masuk ke dalam fikirannya. Parut yang terdapat di muka Rayyan atau lebih dikenali sebagai Rei dalam kalangan gengnya berpunca daripada pergaduhan mereka dahulu. 

Aktiviti pembelajaran dan pengajaran dimulakan. Sepanjang aktiviti kelas dijalankan, Rifqi langsung tidak mampu duduk dengan tenang seperti ada bisul di punggungnya. Keluhan berat dilepaskan, Mampuslah aku kali ni!

 “Aku tengok kau macam kenal je budak baru tu?” Soal Raid sambil meneguk 100 Plus yang berada di tangannya.

“Budak tu sepupu aku.” Jawabnya endah tak endah.

“Oh, patutlah dari tadi dia pandang kau. Tengok tu.” Jelas Raid sambil memuncungkan mulutnya ke arah belakang Rifqi. Rifqi menoleh ke belakang. Dengan sepantas kilat dia menoleh semula ke hadapan apabila melihat senyuman ‘aku-akan-seksa-kau-sampai-puas’ daripada Rayyan.

“Weh, dah lah tu. Mulai sekarang kau jangan cakap dengan aku pasal budak tu.” Dah lah budak tu sadis semacam. Sambungnya di dalam hati.

“Apasal, kau ada masalah ke dengan dia?” Giliran Faiz pula cuba mencucuk.

“Kan aku dah cakap. Jangan sebut pasal dia lagi. Aku tembak sekor-sekor karang. Mati dua ekor.” Jawab Rifqi dengan gurauan yang langsung tiada unsur humor. Tiba-tiba,

“Apasal kau tak nak cakap pasal aku dekat dorang? Apa salahnya, kita kan sepupu.” Meremang bulu roma Rifqi apabila Rayyan tiba-tiba muncul di sebelahnya. Rifqi cepat-cepat memikirkan alasan.

“Bukan apa, kau tak nampak ke aku tengah makan ni? Lepas ni lah baru aku cerita kat dorang dari A sampai Z.” Kata Rifqi dengan nada yang rendah. Eii, geramnya aku dengan jantan sekor ni!

“Sambunglah cepat.” Faiz bersuara sambil menggerakkan buah dammya itu.

“Sambung apa?”

“Kau kata tadi nak cerita pasal Rei tu.” Jawab Faiz sambil memakan buah dam Rifqi.

“Oh pasal tu...actually...sebenarnya...hm...entahlah.” buat seminit Rifqi hanya terdiam. Faiz memberikan sahabatnya masa untuk bercakap.

“Aku rasa aku boleh minta tolong dari kau sorang je. Ye lah, kau kan ada black belt dalam karate. Sebenaranya, Rei tu ada ugut aku. Dia kata kalau aku cuba buka cerita kat sesiapa, dia akan cari aku sampai ke lubang cacing. That means, he will kill me if he find out that I’ve already told you about this thing. Tu sebab buat aku takut nak bagi tahu perkara sebenar dekat kau.” Panjang lebar Rifqi bercakap dengan senafas. Faiz hanya mengangguk tanda faham.

“Buat apa kau nak takut? Bukan kau ada 3rd Dan dalam Taekwondo ke?” Kata Faiz tanpa mengalihkan pandangannya dari papan permainan tersebut.

“Eh...betul jugak. Tapi at least kau dah tahu pasal ni. Nanti kalau apa-apa jadi kat aku, boleh kau tolong back up kan,...kan?” Faiz mengangguk perlahan.

“Keyword: Kalau aku rajin.” Perkataan kalau ditekankan. “Aku tak nak masuk campur dalam hal kau.” Buah dam hitam melangkah dua buah dam putih.

“Siot arr kau.” Rifqi mendengus perlahan.

Kehadiran Rayyan atau Rei di kelas 4A langsung tidak disenangi seorang pelajar yang bernama Rifqi. Mukanya sahaja dapat mengingatkan semula kisah silamnya semasa berada di tingkatan dua. Masih segar diingatannya tentang kejadian dua tahun lepas di mana lahirnya arut dimuka Rayyan.

“Fiqi, tolong Mak Teh ambikkan kayu kat belakang rumah.” Jerit Mak Teh emak kepada Rayyan. Rifqi menuju ke belakang rumah tanpa berlengah lagi. Kayu apa yang Mak Teh nak tadi?

“Mak Teh nak kayu apa?” 

“Alaah, kayu yang segi empat panjang. Mak Teh nak buat sendal pintu dengan kayu tu.” Dia meneruskan pencariannya tanpa sebarang bicara. Hah, jumpa pun!

Tiba-tiba, bunyi yang datangnya dari sebalik semak samun itu membuatkan Rifqi cuak. Namun apakan daya, ‘curiosity kills the cat’ kan?

“Babi hutan?” perlahan dia berbisik. “Mengarut. Mana ada babi hutan dekat tengah bandar.” Dia cuba menenangkan jantungnya yang semakin kencang berdegup. Dia cuba mencelah dengan perlahan supaya tidak mengejutkan siapa dan apa yang berada di sabalik semak. Matanya terbuntang luas apabila melihat sepupunya sedang khayal dengan beberapa mat pit lain. Degupan jantung menjadi tak menentu. Baik blah sekarang. Kalau tak habis.

Namun sebaik sahaja dia pusing ke belakang untuk beredar, suara garau Rayyan yang sedang khayal mengejutkan Rifqi.

“Kau ingat aku buta?” tanpa berlengah lagi, dia membuka langkah seribu. Apa yang difikirkannya sekarang hanya untuk menyelamatkan diri. Namun, apa yang lebih mengerikan adalah apabila derapan tapak kaki yang laju mengikutnya dari belakang. Rayyan bukanlah calang-calang orang fizikalnya. Walaupun hanya 14 tahun, tingginya yang mencecah 175 sentimeter membuatkan dia kelihatan seperti raksasa macam dalam cerita fiksyen Ultraman.

Fikirannya dirasakan melayang apabila tubuhnya rebah ke tanah yang lembap. Tubuh besar yang berda di atasnya menghalang dia daripada melepaskan diri. Dengan senang badannya dipusingkan ke arah Rayyan yang sedang memegang kedua-dua belah tangan Rifqi dengan kuat. Rifqi mengetap giginya dengan kuat sehingga terasa ngilu di gusinya. Walaupun dalam keadaan khayal, Rayyan masih lagi mampu mengawal badannya. Dia menjeling tajam. Rayyan membalas dengan jegilan matanya yang tidak kurang samanya dengan Rifqi. Apa yang terlintas dalam fikirannya hanyalah untuk mencari jalan keluar daripada situasi yang dia berada sekarang.

“Kalau kau berani sebut satu benda pun kat sesiapa, aku sumpah aku akan bunuh kau walau dengan apa cara sekali pun.” Gertaknya cuba menakutkan Rifqi.

Apa yang dikatakan Rayyan dibiarkan begitu sahaja. Matanya meliar ke sekeliling kawasan untuk mencari apa yang boleh dibuat senjata. Alamak, mana pulak kayu yang Mak Teh nak tadi? Ni mesti terjatuh kat mana-mana. Dia mendengus. Hujung matanya ternampak serpihan kaca di dalam longkang. Hah! Dengan menggunakan sepenuh kudratnya, tubuh Rayyan ditolak dengan kuat. Mereka berdua mula bergelut. Pergelutan mereka berdua seperti alpha yang sedang berebut kawasan.

Walaupun fizikalnya masih bergelut, mentalnya cuba menenangkan dirinya yang semakin bertindak luar batasan. Dia cuba mengimbas kembali apa yang dipelajarinya dalam kelas mempertahankan diri. Dengan lafaz basmallah, dia membuka kuda-kudanya dan sepantas kilat lengan kiri baju dan bahagian siku kanan ditarik. Kakinya diangkat tinggi dan menghayun kakinya kebelakang sekuat mungkin ke arah lutut Rayyan yang masih terbuka. Hayunan itu berjaya menghumbankan Rayyan ke tanah. Serpihan kaca yang berada dalam longkang di ambil.

 Serpihan kaca itu cuba ditoreh ke muka lelaki itu. Perasaan yang bercampur baur membuatkan dia membuat sesuatu luar tindakan. Mujur dia sempat berhenti. Namun apa yang lebih menggerunkan apabila serpihan kaca itu berjaya mengoyakkan pipi Rayyan. Darah yang mengalir deras mengejutkan Rifqi dari mod anjing gila yang menyelubungi dirinya. Serpihan kaca yang sudah pun dicemari darah Rayyan di campakkan ke dalam semak. Matanya terbuntang luas. Turun naik nafasnya tak menentu. Apa yang kau dah buat, Ki?

Rifqi bingkas bangun. Rayyan yang masih terbaring mengerang kesakitan. Kesakitan yang terasa tidak berpenghunjung cuba ditahan. Dengan keadaan begitu, Rayyan hilang disebalik semak. Dia pula segera ke bilik air untuk menghilangkan kesan darah di tangannya.

“Kau pergi mana, Fiqi? Dari tadi Mak Teh mintak tolong sampai sekarang tak dapat jugak kayu tu.” Sergah Mak Teh dari dapur. Tangannya disorokkan kebelakang. Ish, nasib baik Mak Teh tak nampak. Kalau tak... bukannya apa, tapi dia cuma tidak mahu dituduh sebagai orang yang mencederakan anaknya sedangkan apa yang di buat itu hanya untuk mempertahankan dirinya. Tak salahkan? Kalau dia tak attack aku takkan counter attack. Dia cuba mempertahankan dirinya. Takkan Mak Teh tak tau yang anak dia tu mat pit? Ahh, lantaklah. Aku tak nak masuk campur lagi.

Reaksi Faiz membuatkan Rifqi mengeluh kasar. Dia hanya menunggu Faiz untuk memberi respons.

“Dia sekarang cucuk lagi?”

“Tak tau,” buah dam digerakkan. “tapi dari cari dia jegil aku hari tu macam ye.”

“Maybe dia dah berubah.”

“Tak tau. Tak nak ambik tau.” Rifqi menambah satu buah dam di atas buah dam yang lain. “Tapi satu je aju mintak tolong kau,” dia menutur perlahan. “Kalau dia attack aku, kau tolong back up. Sebab aku rasa dia bukan sorang je kat sini. Mesti ada mat pit yang lain.” 

“Bukan kau orang yang so called ‘anjing gila’ tu ke?” perkataan anjing gila ditekankan. Rifqi membungkam. Dahinya berkerut tanda menyampah. Mana dia tau?

“Yelah, anjing gila kalau dah kena pukul dengan orang ramai mati jugak dia.” Disebalik gelaran anjing gila itu lain pula ceritanya. Gelaran yang diberikan oleh pelajar sekolah lamanya dahulu. Tapi masalahnya,

“Mana kau tahu pasal anjing gila tu?” soalnya inginkan kepastian.

“Dah famous dekat sekolah.”

“Macam mana ada orang tahu?”

Faiz menjongket bahu. Ni yang aku musykil ni. Tak ada sesiapa yang tau melainkan budak sekolah lama aku dulu.’

“Dah lah,” Faiz bersuara, “peduli apa orang cakap. Yang penting sekarang kau buktikan kau bukan anjing gila macam apa yang orang cakap.” Rifqi mengangguk setuju.

“Hmm, betul jugak tu. Sebab sekarang ni aku dah berubah jadi kucing jinak.” Rifqi cuba melawak.

“Mengarut.” Faiz berkata tanpa mengalihkan pandangandari board permainan. Hampir kesemua dam Rifqi dimakan. “Dah. Aku menang.”

“Eh??” 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience