Flashback.....
"Hey... Can I ask you something? "
"You already ask..."
SLAP!
"Sakit la! Berhenti pukul aku boleh tak! "
"Alah... Pukul macam tu pun sakit? "
"Sini... Biar aku yang pukul kau. Sakit ke tak? "
"Eh-eh... Tak payah.. Aku okay. "
"What is it?Apa yang kau nak tanyakan tu? "
Remote control tv di capai lalu dia rendahkan volume suara tv sebelum bawa kakinya naik ataa sofa dan bersila menghadap Eden yang sedang duduk di sebelahnya.
"Beritahu aku...banyak-banyak pekerjaan kenapa bidang ni jugak yang kau pilih? Tak ada ke kerja yang lebih selamat dan tak libatkan nyawa? "
Eden palingkan kepala. Sambil buat funny padanya, Eden gerak bersila sebelah kaki lalu topang kepala dengan tangan yang disikukan atas head rest sofa. Pandang dia dengan kening berkerut judging.
"Kenapa kau tanya aku soalan tu? " tanya Eden memandang tepat ke matanya. Ada garis emosi dapat dikesan dari lirikan mata itu.
Buat seketika dia yang melirik akan renungan dalam yang diberikan Eden terdetik merasakan sesuatu di dalam hatinya. Perasaan yang membuatkan dia merasa lega dan gembira.
"Saja.. "balasnya sambil menjungkit bahu.
Buat seketika Eden tidak mengatakan apa-apa dan hanya menatapnya. Lantas hujung bibir itu terangkat.
"Ayah selalu cakap dekat aku. Hidup mati tu dah tetap. Tak kira apa yang kita buat tak kira dimana kita berada tua atau muda kaya atau miskin, kalau ianya sudah tercatit dalam buku takdir kita, bila sampai masanya untuk mati maka kita akan mati... Jika bukan masa untuk kita mati maka teruskan hidup tu sebaik mungkin.. " ujar Eden. "Aku pilih kerjanya sebab aku memang nak jadi seseorang yang dapat membantu dan melindungi keselamatan seseorang atau umum."
Dia yang dengar beri renungan penuh berminat setiap kali dengar Eden bercakap dengan serius. Entah kenapa kalau Eden serius ianya akan menggamit perhatiannya. "Kau tak menyesal kalau kau terkorban hanya untuk selamatkan seseorang seperti pain in the ass? "
"Siapa? Kau ke orang tu? "
"Isy...aku pulak. "
"Hahah... Memang betul kan? You are such pain in the ass to taking care of! "
"Kalau macam tu kenapa kau still kisah pasal aku dan jaga aku? "
Eden terpaku. Mata itu memandang dia ibarat boleh tembus ke jiwa dan raganya. "Saja." jawabnya dengan tiada perasaan tidak lama kemudian.
"Aku serius ni Eden!"
"Kalau aku cakap kau akan gelakkan aku.. "
"Tak... Aku janji aku takkan ketawakan kau. " ujarnya sambil mengangkat tangan bersumpah.
Eden melepaskan hela nafas panjang sebelum menguak anak rambut yang menutupi dahi ke belakang. Seakan gelisah akan sesuatu.
"Cepat la cakap."gesanya.
"Hish! Fine.."getus Eden dengan jengkel. Tapi tak lama renungan itu redup."Sebab aku kisah pasal kau okay. Suka...Peduli...sayang dan seangkatannya. Sebab tu kau selalu jadi keutamaan aku. Dan perasaan aku ni lebih dari seorang abang atau ahli keluarga. Puas hati sekarang? "
Dia yang dengar dah tersengih hendak ketawa. "Kau confess dekat aku ke ni? "
Eden buat muka menyampah. Dah agaknya. Davina tak pernah serius kalau bincang tentang perasaan dia. "What ever... "
"Kalau aku mintak kau berhenti dari libatkan diri dari semua ni? kau nak ke buat? "
"Kalau aku dah tak kerja kau nak sara aku seumur hidup kau ke macam tu? "
"Well...kalau itu buatkan kau selamat dan tak apa-apa aku okay je."
"Berlagak... Kau yang cakap eh....nanti kau salahkan aku , aku humban kau dalam swimming pool! "
End of flashback.....
Air mata jatuh menitis turun ke pipinya. Dirinya yang berada di penjuru bilik kurungan yang sepertinya di sebuah gudang lama atau pelabuhan terbiar. Davina tidak pasti dimana dia berada sekarang ini. Apa dia tahu dia terlalu takut dan hanya Eden saja yang bermain dalam fikirannya sekarang ini. Berharap yang Eden akan datang selamatkan dia sekali lagi!
GEDEGUNG!
Dengan kuat pintu besi bilik itu terbuka. Menyentak lamunan Davina.
Lelaki berbadan buffy jalan berderap-derap hingga bunyi pakaian dan seluar bergesek bergema dalam ruangan itu.
Lalu diikuti Spencer dari belakang. Lelaki tu dengan muka dingin tiada perasaan bersandar di dinding sebelah pintu.
Berasa gerun dengan kehadiran mereka di situ, Davina penjurukan dirinya lebih dalam di dinding itu.
"Kau sure nak kita orang belasah dia? " tanya lelaki buffy pertama kepada Spencer.
Davina membutang mata. Dia pandang takut akan Spencer sebaik mendengarnya. Belasah? Siapa?
"Ya... "Spencer beri satu anggukan kecil.
"Kenapa kau tak belasah dia sendiri? " tanya lelaki buffy kedua pula.
Dengusan mengejek lepas dari Spencer sejurus itu.
"Mana mungkin la aku nak belasah perempuan yang pernah aku sayang. Kerja gila namanya tu... Kau orang belasah kasi berlebam sikit berdarah sikit jadi la...sambil tu rakam video." kata Spencer.
Oleh kerana takut nak bersuara kerana tidak mahu provok mana-mana penyangak di situ, Davina ambil keputusan untuk mendiamkan diri sepanjang masa ini. Tapi selepas mendengar perbualan mereka, dia tak boleh sabar lagi.
"Spencer! Please... Jangan buat saya macam ni.. "
Mereka di situ berpaling. Davina yang dalam keadaan terikat kaki dan tangan itu di pandang dengan renungan tidak berminat.
"Sorry princess... I had to. Kalau kau nak salahkan seseorang. Salahkan lelaki yang dah serang orang aku dan bunub bapak aku... "kata Spencer sewaktu tolak dirinya dari dinding itu dan melangkah keluar dari bilik itu.
Sesaat itu Davina kalihkan matanya dari pintu ke dua orang lelaki buffy yang sedang berdiri di depannya.
"Tolong.... Jangan lakukannya. Saya merayu.. "minta Davina sambil menggeleng kepala dan kening berkerut risau.
Lelaki buffy pertama tidak dengar. Dia tanggalkan jaket dari badannya lalu di campak ke lantai.
"Sorry... Arahan tetap arahan. " kata lelaki buffy pertama sewaktu hayun penampar ke muka Davina tanpa belas kasihan.
PANG!
Terbaring Davina dekat lantai sesaat kemudian.
Lelaki buffy kedua keluarkan telefonnya dan mula merakam rakannya menyepak dan mengerjakan Davina sehingga pecah bibir tu dan darah mula keluar.
Share this novel
sial ko spencer...konon pernah syg...da tau davina x salah..eee...geramnya