Bab 1

Mystery & Detective Series 13964

|Sabtu, 3:15 pagi|

“Lepaslah!” Arif menarik bajunya yang ditarik kakaknya. Nafas mereka masing-masing laju dan mereka terdesak atas dua sebab yang berbeza.

“Jangan balik dulu!” jerkah kakaknya, Anisa, dengan nada marah. “Mak baru mati, takkan kau nak balik?!”

Arif terus menyentak bajunya lepas dari tangan Anisa, tetapi laju tangan Anisa mencapai mana-mana bahagian tubuh adiknya. Arif mengambil beberapa langkah kebelakang. “Aku dah urus semua hal pengebumian mak, apa lagi yang kau nak?!” soal Arif perlahan, hampir meninggikan suara.

“Kau memang tak kesiankan aku, kan? Aku jaga mak, tapi kau terus nak balik KL lepas uruskan jenazah mak?!”

Serabut, Arif menggeleng kepala, mengundur. “Aku balik sebab mak je. Mak dah takde, mak suruh aku terus hidup kalau dia dah takde!”

“Dah tu aku macam mana?!”

Terasa panas tekak Arif menahan marah. “Aku kena pergi sekarang.” ujar Arif, berlari anak keluar dari rumah dengan beg sandangnya yang disandang di sebelah bahunya.

Kring! Kring! Kring!

Kereta dihidupkan. Sambil keretanya dipandu keluar dari perkarangan rumah, Arif menjawab panggilan telefon yang diterimanya. “Hello?”

“Arif,”

“Ya, ya, aku tengah on the way nak ke KL ni.” laju keretanya menyelusuri jalan raya Sungai Haji Dorani. “Tofu macam mana?”

“Diorang dah bawak dia masuk untuk check.” Zulaiha diam seketika. “Tofu ada asma?”

Arif mengetap bibir, menahan sebak. “Bukan selalu. Aku tak expect dia kena asthma attack masa dengan kau,” ujar Arif dengan sedikit kekesalan. “Sorry,”

Zulaiha diam di hujung talian, tak tahu apa hendak dikatakan. Arif turut diam, mengambil nafas menenangkan diri. “Kau tengah drive?” soal Zulaiha.

“Ya, dalam sejam lebih aku sampai sana.” ujar Arif, tenang. “Maaf, aku tak berniat nak susahkan…”

“Arif,”

“Ya?”

“Kau tengah drive,”

“Sorry,” Arif mengangguk sendiri. “Aku call kau balik kejap lagi?”

“Hmm, hati-hati,”

Beep.

Arif letak telefonnya pada penyangkut telefon berhampiran tepi roda memandunya. Arahan menghala ke lokasi hospital haiwan dipapar pada skrin telefon. Dengan keadaan jalan yang lekang pada jam tiga pagi, Arif memecut pacuan empat rodanya ke ibu kota.

ARIF berlari anak masuk ke ruang menunggu. Zulaiha turut bangun melihat kehadiran Arif. “Tofu macam mana?” soal Arif, jelas khuatir.

“Ada,” jawab Zulaiha, tenang. “Doktor kata dah stabil, tapi sekarang tengah dalam pemantauan.” risau larut dari air muka Arif. Zulaiha kembali duduk di bangku kosong yang didudukinya sebentar tadi selama lebih satu jam. Arif turut duduk di sebelahnya.

“Sorry aku call kau time kau tengah sibuk uruskan jenazah arwah mak kau.”

Arif menggeleng perlahan. “Takpe. Semua dah selesai tiga hari lepas. Aku memang harap dapat emergency call.” Zulaiha menoleh memandangnya. “Maksud aku, bukan berita macam nilah…” jelas Arif, pilu mengenangkan nasib kucing kesayangannya.

“Kau okay?” kening Arif diangkat, pelik dengan soalan Zulaiha.

“Okay je, rasanya. Kenapa tanya? Yang sakit tu Tofu, bukan aku,”

“Tak,” mula Zulaiha. “Mak kau baru meninggal, tapi kau dah kena balik tinggalkan semua urusan dekat kampung sebab aku panik,”

Arif menggenggam-genggam kunci kereta dalam tangan. “Jangan risau,” ujar Arif. “Aku okay je. Arwah mak pun dah selamat kena urus. Dah takde sebab pun aku nak duduk kampung lama-lama. Kakak aku tak bagi balik,”

“Hmm,” mata Zulaiha memandang jubin hospital. “Kakak kau sorang je?”

“Taklah, dia ada dengan suami dia,” jawab Arif, malas. “Suami dia tak kerja,” Zulaiha mengangguk, faham. “Kau nak balik ke?”

“Hah?” Zulaiha terkejut dengan soalan Arif yang terlalu tiba-tiba. “Kenapa pulak?”

Arif terus menggeleng perlahan. “Takdelah, sebab sekarang dah nak pagi. Mesti kau tak tidur semalam sebab Tofu tiba-tiba semput, kan? Aku boleh hantar kau balik,”

“Eh, takpe,” Zulaiha menolak. “Aku boleh balik sendiri,”

“Bahaya la… Kau tu perempuan, bahaya drive pukul empat lima pagi sorang-sorang.” Zulaiha menjengil Arif.

“Dah tu budak macam kau elok la ada dekat luar malam-malam macam ni?” soal Zulaiha, nada mengusik. Arif tertawa kecil mendengar balasan Zulaiha. “Jangan risau, aku balik bila Tofu dah sihat.”

Arif tersenyum kecil. “Attached ke dengan Tofu?” Zulaiha bersilang lengan ke dada, memandang ke arah lain, menyorok wajahnya yang merah menahan malu. “Aku patut bayar kau sebab dah jaga si gedut tu lebih seminggu,”

“Eh, tak payah! Simpan je duit tu.” ujar Zulaiha, sedikit tegas. Arif menggeleng. Zulaiha turut menggeleng, melawan degil Arif. “Betul ni, aku ikhlas jaga Tofu.”

“Aku pun ikhlas nak bayar,”

“Aku cungkil telinga kau nanti,” ugut Zulaiha, bergurau. “Tak payah,”

Arif tersengih, ketawa kecil. “Yelah… Terima kasih,”

“Dulu, aku pernah bela kucing,”

“Oh?” Arif bersandar pada bangku. Minatnya mencanak.

“Tapi dah mati,” Zulaiha pandang Arif. “...kena racun…” senyumannya hilang dari wajah. Entah apa yang dia harapkan dari cerita Zulaiha, tapi bukan itu. Arif tak mampu berkata apa. “Tapi kucing aku dulu pun macam Tofu, clingy.” Zulaiha tersenyum kecil mengenang kucingnya. “Umur Tofu berapa?”

“Dia baru dua tahun. Aku kutip dia dekat tempat intern dulu.” senyum Arif pahit, masih berpegang dengan kematian kucing Zulaiha dalam minda.

“Maaf,” mereka dihampiri seorang kakitangan hospital haiwan tersebut.

“Ya?” bingkas kedua mereka bangun berhadap dengan doktor tersebut.

“Tofu dah stabil, dia dah boleh balik. Nanti staff akan hantar Tofu ke kaunter depan, ya?” senyum doktor perempuan tadi walaupun mulutnya ditutup pelitup muka. “Baik je dia tadi kena rawat.”

Sambil mereka berjalan menghala ke kaunter utama untuk membuat pembayaran, Zulaiha mengeluh kecil, mengantuk. “Penat?” soal Arif. Zulaiha mengangguk malas. “Kalau mengantuk, aku boleh hantarkan balik.

“Tak payahlah, nanti kereta aku siapa nak hantar balik? Aku boleh balik sendiri,” ujar Zulaiha, enggan menyusahkan Arif. “Pagi sikit ada dekat rumah tak?” soalnya, menyebabkan Arif keliru, hairan mengapa Zulaiha tiba-tiba bertanya tentang keberadaannya di rumah. Mungkin disebabkan kehairanan pada wajahnya terlalu ketara, Zulaiha menambah lagi. “Aku nak hantar barang Tofu,”

“Ada je, tapi baik aku pergi rumah kau je,”

“Tak payahlah, biar aku je hantar. Lagipun aku ada barang nak hantar pejabat. Kira sekali jalan jelah,” ujar Zulaiha, menolak rambutnya yang diwarnakan jingga.

“Hmm… Yelah, nanti aku hantar location.”

Zulaiha memberi thumbs up kepada Arif. “Alright. Anyway, aku balik dulu tau.”

“Hati-hati drive.”

“Hmm,” jawab Zulaiha, penat. “Jumpa nanti,” ujar Zulaiha sebelum mengorak langkah pergi, meninggalkan Arif sendiri di kaunter. Rambut jingga Zulaiha memukau untuknya memandang lama tanpa memutuskan pandangannya sehingga ngiauan Tofu di kaunter menarik perhatiannya.

“Tofu,”

ARIF menekan ibu jarinya sebelum masuk ke pejabat pagi Isnin itu.

Beep!

Pintu ditolak. Aroma kopi menyelusuri setiap sudut pejabat. Bunyi selakan kertas menusuk telinga. “Selamat pagi, oh, selamat pagi,” ucapnya kepada beberapa pekerja yang bermundar-mandir di pejabat dengan muka yang berpura-pura sibuk.

Tiba di mejanya, Arif ditegur dengan Mai, rakan rapat Zulaiha. “Lama betul cuti.” Arif yang sedang sibuk mengeluarkan telefonnya dari dalam beg, tersenyum.

“Mak aku meninggal, terpaksa cuti lama,” Mai terkejut, menutup mulut macam baru mengeluarkan bisa dari mulutnya.

“Lah, wei… Aku tak tau. Sorry for your loss, Rif,” ujar Mai, kini tangannya direhatkan di dadanya.

“Thanks,” ujar Arif, masih tersenyum manis.

“I thought mak you sakit like, tak sihat ke apa,” ujar Mai, bersimpati. “I’m really sorry, Arif,”

“It’s okay, no worry. Takdir, kan?” Arif terpandang waktu pada telefonnya. Jam hampir menunjukkan pukul sembilan pagi tetapi bayang Zulaiha masih tak kelihatan di mejanya di sebelah Mai. Arif memuncungkan bibirnya menghala pada meja Zulaiha. “Zulaiha tak masuk lagi ke?”

Mai menggeleng. “Entahlah, laptop dia tak bukak lagi ni,”

“Dia tak cakap apape ke?” soal Arif, melabuhkan punggung ke atas kerusinya.

“Takde pun. Maybe dia stuck dalam jem kut?” Arif terus membuka komputer riba, hendak melaksanakan tugasnya pada hari itu bila tiba-tiba datang pengerusi syarikat itu, Jacqueline.

“Everyone, may I have your attention? Just for a moment?” ujar Jacqueline. Semua yang berada di bahagian pejabat mengalih pandangan kepada Jacqueline, menunggu pengumuman darinya. “So, there’s a few things I need to announce,” mata Jacqueline beralih ke wajah Arif.

“So as far as I was alerted by the HR, Arif cuti seminggu sebab mak dia passed away during his emergency leave.” terus suasana di pejabat dipenuhi dengan suara-suara mengucap takziah kepada Arif. Dia cuma mengangguk kecil, segan dengan perhatian yang diterimanya. “Condolences go to him and his family.” ujar Jacqueline lagi.

“Thank you, terima kasih,” perlahan ujar Arif.

“Secondly, I received a terrible news regarding one of our best staff here in our department. Apparently, this morning, I took a call from Zulaiha’s sister, that Zulaiha had passed away on Saturday night. The cause was disclosed during the call.”

Berdesing.

Telinga Arif berdesing mendengar berita yang disampaikan oleh Jacqueline. Dia tak mampu nak menerima berita yang didengarnya. Zulaiha? Zulaiha yang berambut jingga yang baru dia jumpa Sabtu tadi? Zulaiha yang dia selalu ucapkan selamat pagi dan hati-hati ketika memandu? Zulaiha? Zulaiha???

Pandangan matanya kabur, sama seperti mindanya. Matanya berpaling memandang tarikh di bucu bawah kanan komputer ribanya.

|5th January 2026|

“Jacque, biar betul? You tak main-main, kan?” soal Mai, mungkin dia juga turut tidak dapat menerima realiti.

“I tak main-main isu mati, Mai. This is true. Surat mati pun dah sampai dekat email I. Zulaiha is no longer with us.” ujar Jacqueline, wajahnya sedih.

Hiba.

Suara tangisan Mai mula mengisi ruang telinga Arif. Dia pula masih keliru, masih tak mampu menerima kenyataan. Padahal dia baru sahaja berjumpa dengan Zulaiha. Masa Zulaiha hantar barang Tofu ke rumahnya pun, Zulaiha siap berkata “Jumpa Isnin nanti.”

Bukankah itu satu janji? Apa yang berlaku? Takdir di tangan Allah, tapi susah hendak dia telan berita itu. Ini semua terlalu tiba-tiba untuknya.

Desingan di telinganya semakin kuat, dicampur bising bunyi-bunyian pekerja yang sedang berbual-bual, terkejut dengan berita kematian Zulaiha yang terlalu tiba-tiba.

“Jacque, sahih ke berita ni? Macam mana dia…” Mai tak mampu menghabiskan ayatnya, tersedu. Arif, walaupun masih dalam keadaan tidak dapat menerima kenyataan, cuba menghulur tisu kepada Mai.

Jacqueline mengeluh kecil. Kepalanya diangguk perlahan. “Unfortunately, family dia tak disclose punca kematian dia. Diorang just mintak yang Muslim semua doakan untuk dia je,”

Arif terkedu. Matanya terpandang meja Zulaiha, berfokuskan patung kaca arnab. Beribu senario bermain di minda, memikirkan kemungkinan kematian Zulaiha. Memori mula bermain seperti siaran televisyen.

Di manakah dia tertinggal? Di mana dia terlepas pandang?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience