1 MALAMKITA

Romance Completed 259615

Aku berjalan tenang. Kakiku tetap perlahan melangkah ke cafe kecil, tempat aku bekerja sementara menunggu panggilan dari universiti yang aku mohon.

Ini kali pertama aku bekerja. Di awal 19 tahun setelah Makcik Stella meninggal dunia, tiada siapa lagi yang boleh sara diri aku sendiri kecuali aku.

Apa yang bermain di fikiran aku sekarang adalah belajar tinggi-tinggi walaupun hidup sempit dengan kewangan demi masa depan aku nanti. Kalau bukan aku yang mengubahnya, siapa lagi yang boleh ubah nasib miskin dan anak yang tidak mempunyai keluarga seperti aku ini.

Setelah sampai di depan cafe. Lagu yang aku pasang tadi dimatikan kemudian earphone aku tanggalkan dari kedua telingaku sebelum dimasukkan ke dalam beg sandangku yang buruk itu.

Bukannya tidak mahu beli baru, cuma tiada masa untuk bergaya. Lebih baik aku gunakan duit gaji aku untuk keperluan aku sahaja. Sudah miskin nak bergaya pula tapi poket kosong. Buat apa?

Nafas aku hembus 2 saat sebelum aku tolak pintu kaca cafe itu. Aini bergegas menyerahkan apron sesaat aku sampai di ruang dapur. Tidak dinafikan lagi, cafe hari ini benar-benar sibuk dan ramai pelanggan yang datang.

"Nella tolong aku tengokkan cupcake dekat oven tu" arah Aini. Kakiku terus bergerak ke arah oven. Selang dua minit menunggu, akhirnya mesin itu automatik mengeluarkan bunyi mengikut masa yang telah ditetapkan dari awal tadi.

'ting'

Aku bersiap sedia memakai sarung tangan tebal. Penutup oven aku buka kemudian aku keluarkan semua cupcake yang berjumlah 8 biji itu ke atas dulang panjang sebelum diberi kepada pekerja lain yang bertugas untuk mengambilnya.

'dringgg!!'

Aku ketepi sebentar, satu panggilan masuk ke telefon. Aku angkat tanpa berfikir panjang

'ni Cik Brunella ke?'

"Ye saya"

'kami dari pihak pengambilan pelajar Universiti Teknologi Nanyang meminta Cik Brunella datang untuk interview. Kami akan hantar mesej sebentar lagi, tolong isi untuk memudahkan pengambilan ye'

Bibirku melebar ke telinga sekaligus tangan naik menekup mulut. Aku diterima ke? Atau cuma percubaan sahaja.

"Betul ke kak?"

'ye betul, diminta Cik datang dihari kami tetapkan nanti. Apa-apa persoalan boleh kemukakan di whatsapp kami ye'

"Baiklah saya faham" aku mengangguk angguk sendiri. Setelah pemilik suara itu mematikan telefon. Mataku terus tertumpu ke depan. Dahiku berkerut seribu kehairanan.

Lelaki yang sama.

Lelaki yang sering memerhati aku dari sini. Apa yang dia mahu? Saat aku cuba untuk mengejar dia. Dia lari seperti angin, tapi bila aku pulang pada waktu malam. Giliran dia pula mengejar aku hingga ke rumah makcikku yang telah meninggal.

Telefon aku letak ke dalam poket semula. Aku berlari pantas ke pintu cafe kemudian aku melangkah keluar daripada cafe itu. Aku berpaling ke arah lelaki itu.

Wajahnya aku tidak nampak kerana ditutupi dengan helmet besar yang berwarna hitam gelap. Saat aku mula hampiri, lelaki itu kelam kabut menghidupkan motor.

"Kejap!!!" Jeritku kuat namun bunyi motornya sudah berdesup kuat sekaligus meninggalkan kawasan yang dia perhatikan aku dari cafe tadi.

Aku merengus kecil. Tangan aku genggam kemas. Siapa dia? Apa yang dia mahu dari aku? Apa sebab dia sentiasa ekori aku dan adakah kami saling mengenali? Tetapi seumur hidup aku.

Aku tidak pernah bercinta atau berkawan dengan lelaki. Jangan cakap lelaki je, perempuan pun tidak. Punya kawan lagilah tidak pernah. Apa niat dia berbuat seperti ini?

Sudah 2 bulan lelaki yang sama mengekori aku. Sampai aku jadi takut untuk pulang malam sedangkan shift kerjaku sampai 10 malam. Tambahan lagi aku cuma berjalan kaki dari cafe ke rumah dan dari rumah ke cafe semula.

"Siapa kau..?" Monologku sendiri. Cetus rasa ingin tahu, tiap kali aku kerja. Entah kenapa, aku sangat mengharapkan lelaki itu terus memerhati aku. Aku suka. Eh tidak! Aku tidak tahu kenapa dengan aku sebenarnya.

Cara dia pandang dan ekori aku sepanjang masa seolah dia mahu lindungi aku. Pernah terjadi suatu kejadian dimana aku hampir diragut. Aku mengejar lelaki yang meragut beg tangan aku di kawasan lorong sunyi.

Dapat aku lihat juga lelaki misteri itu turut mengekor dengan motorsikal miliknya. Lelaki misteri itu memang sedang mengejar orang yang sama seperti aku.

Sesampai di lorong yang sepi itu. Aku jadi aku terkilan, tergamam melihat si peragut itu sudah lemah terkulai di atas simen jalan raya. Wajahnya lebam kebiruan, bibirnya pecah seperti baru di belasah.

Kadangkala aku tertanya, lelaki itu ke yang belasah si peragut? Dia cuba untuk selamatkan aku. Tapi aku belum tahu apa maksud dan siapa dirinya. Malah aku juga tidak tahu apa niat dia sebenarnya.

-

Aku berjalan perlahan, nafas ditarik panjang kemudian dihembus perlahan sebelum aku memulas pintu bilik interview itu. Satu senyuman dipersembahkan kepada beberapa orang yang bertugas di sana.

"Sila duduk" jemput wanita yang berusia dalam lingkungan 30 an itu. Aku akur, kerusi di angkat bagi mengelakkan bunyi geseran yang bising kemudian aku melabuhkan punggung ke atas kerusi yang tersedia di depan.

"Saya Tina"

"Saya Brunella" kenalku semula

"Wah nama, takpernah saya dengar nama tu sebelum ni" aku sekadar ketawa segan. Aku tau orang akan cakap seperti itu bila tau nama pelik aku.

"Boleh panggil Nella. Orang selalu panggil" ramahku kemudian dia mengangguk sambil tersenyum lebar.

"Ic dan dokumen yang kami mahu, dah bawa?" Soal wanita itu kemudian aku mengangguk seraya dengan mengeluarkan ic daripada dompet dan dokumen yang diminta daripada fail.

"Ibu ayah awak tiada?" Soal wanita itu sambil mencari cari batang hidung seseorang mungkin orang yang dia maksudkan tadi

"Saya takde keluarga" balasku ringkas hingga senyuman wanita tua itu mati kemudian dia pasang muka simpati.

"Wakil keluarga? Tiada?"

"Takde"

"Em kalau macam tu, awak ke yang akan bayar semua biaya dekat sini? Awak ada duit?"

"Ada sikit-sikit lagipun sekarang saya kerja sambilan. Siang sampai ke malam kerja kak" jelasku sambil tersenyum tenang. Wanita itu tersenyum kecil, seolah dia kasihan pada aku. Tapi aku tidak meminta simpatinya.

Aku dan wanita itu menoleh serentak saat pintu bilik yang aku duduki itu dibuka oleh seseorang.

"Tina, kau dah uruskan kewa.." ayat lelaki itu tergantung, perkataan tergantung saat dia pandang aku yang sedang duduk. Lelaki itu berubah wajah, kenapa dengan wajah itu? Kenapa lelaki itu pandang aku seperti itu.

"Aisar?" Tegur Tina apabila lelaki itu tidak lepas merenung aku hingga aku jadi segan dengan pandangannya.

Dengan pantas aku tarik mata namun aku dapat lihat lelaki itu masih pandang aku malah dia tidak berganjak bergerak sedikitpun seolah baru disumpah seperti batu. Ditegur oleh Tina pun dia masih membisu.

"Aisar? Are u okay?" Tegur Tina sambil mengusap lengan lelaki itu lembut hingga lelaki itu tersedar dari lamunan. Aku pandang mereka berdua di depan, sakit pula hati ni tengok mereka berdua bersentuhan.

Lelaki itu mengelak, tangan Tina diturunkan perlahan hingga Tina berubah malu.

"Okaylah kau boleh balik kerja kau. Biar aku yang uruskan budak perempuan tu" lelaki itu berkata. Aku di situ terus terkejut, macam mana nak cakap? Apa nak cakap? Aku segan. Tidak pernah aku bercakap dengan lelaki secara semuka.

"Okay" balas Tina kemudian dia tinggalkan kami berdua. Pintu bilik itu ditutup perlahan. Lelaki tadi hampiri aku, dia duduk berhadapan dengan aku. Wajahnya jelas seperti terkejut.

Aku membulat mata apabila tangan aku yang berada di atas meja disentuhnya perlahan. Dengan pantas aku menarik tangan

"Excuse me?"

"Sorry" ucap lelaki itu ringkas. Ic dan dokumen aku diperiksa namun saat dia pandang kad pengenalan aku. Matanya terus membulat besar manakala dahinya berkerut seperti sedang hairankan sesuatu.

"Brunella? Nama u Brunella?" Kata lelaki itu kemudian aku angguk. Ada masalah ke? Ke nama itu terlalu pelik hingga dia soal seperti itu

"U tukar nama ke?" Soal lelaki itu hingga dahiku berkerut hairan. Apa pula lelaki ni mengarut?

"Excuse me?" Kad pengenalan aku tarik daripada tangannya. Barulah nak bagi orang tengok muka aku di kad pengenalan itu lama-lama sudahlah buruk.

"Tapi kenapa u tukar nama?"

"Ah? Tukar nama apa? Siapa yang tukar nama?" Soalan itu aku ajukan semula kepadanya. Lelaki itu memandang aku lama, selang beberapa minit dia menggeleng kepala tanda tidak apa-apa.

"Mari kita teruskan" kata lelaki itu kemudian aku anggup lagi sekali. Masih hairan dengan lelaki itu. Dia kenal aku ke? Kenapa dia pandang lain macam.

Aku mengangguk angguk mendengar setiap penjelasannya dari tentang pembayaran hinggalah cara kehidupan di asrama universiti nanti dan termasuklah hal-hal yang lain.

Tapi yang aku pelik kenapa dia asyik pandang aku? Ada yang pelik ke kat muka aku ni?

"Umur u dah 22 tahun tapi kenapa baru sambung study sekarang?" Soal lelaki itu tiba-tiba, satu keningnya dijongket naik.

"Ada masalah peribadi sikit, tapi sebenarnya memang dah lama nak sambung sini tapi permohonan i asyik kena tolak"

"Kena tolak?"

"Dah berapa kali kena tolak?"

"2"

"Tapi u boleh je sambung study dekat tempat lain bukan dekat sini je sebenarnya"

"Kalau dah minat, mestilah seseorang itu akan berusaha untuk dapatkan. Bukannya putus asa" jelasku hingga satu senyuman kecil terbit di bibir lelaki itu.

"I tak sangka yang u dah berubah"

"Ah?"

"Em nothing" balas lelaki itu ringkas. Tiba-tiba tangannya naik menghulur mendepa ke arah aku. Aku terpinga-pinga

"I Aisar Malik" kenalkan lelaki itu kepada aku sambil tersenyum manis.

Aku menunduk kepala sedikit sebelum aku angkat tanda hormat aku pada dia

"I Brunella, call me Nella" kenalku tanpa mempedulikan tangannya di depan. Aisar terus menarik tangannya jatuh, barangkali malu sebab aku tak sambut.

Berkenalan tidak semestinya harus bersalaman kerana itulah aku ganti dengan menunduk kepala tadi. Sekurangnya aku balas.

"I pergi dulu, terima kasih" aku minta diri. Saat aku mahu membuka pintu tiba-tiba pintu yang aku buka ditahan olehnya. Sekilas aku pandang dengan dahi yang berkerut.

"I hantar u boleh?"

"Excuse Sir, u are lecturer. Memalukan if orang lain nampak"

"Kalau i lecturer pun, tak boleh ke?"

"Bukan takboleh, cuma i tak suka dipandang pandang. Thank you untuk pelawaan lecturer. I hargai" balasku semula kemudian aku buka pintu dengan sekuat kudrat yang aku ada hingga dia tertolak ke tepi.

Aku keluar daripada bilik itu kemudian Aisar setia membuntuti hinggalah aku keluar daripada bangunan tersebut. Sengaja aku masuk ke kedai yang aku tidak ketahui untuk mengelak daripada kejaran lelaki itu.

Selang beberapa minit kemudian aku keluar. Lelaki tadi sudah tiada barulah aku mudah meneruskan langkah untuk pulang tanpa rasa takut lagi.

Bas seterusnya ke tempat tinggal aku, aku naik laju. Terpusu pusu aku ambil tempat duduk di tepi tingkap. Aku pandang ke tepi tingkap pemandangan luar aku pandang senang, senyuman aku kian mati apabila kelibat lelaki yang sering memerhatikan aku ada di tepi bas aku sekarang.

Dia pandang aku, begitu juga aku. Namun wajahnya aku tidak dapat cam bila dia memakai helmet yang berwarna hitam. Keseluruhan tubuhnya benar-benar tertutup. Namun bibirnya aku dapat lihat. Tidak senyum tidak juga marah.

Saat lampu isyarat hijau bertukar, serentak motornya dan bas yang aku naiki bergerak. Bunyi enjin motornya yang kuat membingitkan telinga aku. Budak motor ke dia ni?

Lepas lecturer gila yang mengejar sekarang lelaki misteri itu pula yang mengekori aku. Tapi kali ini lebih dekat, aku dapat lihat dirinya yang dekat padahal sebelum ini bila aku cuba dekati dia. Dia lari. Sekarang dia yang dekati aku tanpa mengelak.

Sedikit demi sedikit bas yang aku naik bergerak. Begitu juga dia ikuti padahal boleh saja dia jalan terus kerana dia menaiki motor.

'dia pandang aku ke?' getusku hairan. Dia tau aku tak mampu nak kejar dia sebab tu dia berani dekati aku.

Aku cuba tarik mata ke depan semula. Tak ke pelik kalau aku renung dia semula. Nanti dia perasan yang aku sedar dengan pandangannya selama ini.

"Jangan pandang Nella please" tekadku sendiri. Entah kenapa aku teringin sangat nak tengok dia. Nak kata suka, tak juga iya.

-

Nella terjaga, bunyi pancuran air yang jatuh ke lantai tandas didengarinya. Kerana itulah dia terjaga. Bimbang kalau dia lupa nak tutup pili air di tandas, tak pasal-pasal banjir rumah ni.

Pengikat rambut diambil kemudian diikat sanggul. Selimut yang membungkus tubuh Nella tadi diletak ke sebelah sebelum dia bangun daripada katil empuk kesayangannya.

Nella berkerut dahi. Bunyi air tadi dah berhenti. Lampu tandas pula terbuka. Siapa pula.

Saat pintu tandas itu dibuka. Nella mengundur beberapa langkah ke belakang. Ada orang di rumah dia.

Lelaki

"Siapa?"

"U siapa?" Soal Nella kemudian dia siap sedia mengambil sesuatu sebagai persediaan. Bimbang kalau itu perompak.

Lelaki itu menaikkan hoodienya ke kepala. Segala rambutnya tertutup. Wajahnya pula ditutup dengan pelitup wajah berwarna hitam.

"Apa u buat dekat rumah i?" Soal Nella tak puas hati bila dia tidak dapat sebarang jawapan daripada lelaki itu. Lelaki itu keluar daripada tandas, lampu tandas ditutup kemudian dia pandang Nella di depan.

"Answer me, who are you?" Soal Nella tegas. Kenapa lelaki itu diam.

Lelaki itu terus berjalan ke depan. Tidak dipedulikan soalan Nella tadi walaupun Nella ulang berkali-kali.

"Apa u buat dekat rumah i? Kenapa diam. Siapa u dan macam mana u boleh masuk" soal Nella bertubi-tubi hingga langkah lelaki itu mati. Dia kembali menoleh belakang serentak kaki berjalan ke arah Nella.

Nella mengundur ke belakang, kayu golf dibelakang diayun lagi ke arah lelaki itu namun belum sempat ia mendarat tiba-tiba ditahan tangkas oleh lelaki itu.

Nella membutang mata, jantungnya berdebar laju. Kuatnya lelaki itu sampai tangannya terasa nak patah bila dia cuba sedaya upaya untuk tolak kayu golf kepada lelaki itu.

Kayu golf dibuang ke tepi. Serentak itu bahu Nella terangkat kerana terkejut dengan bunyi hentakannya.

"Siapa u"

"Kenapa u tak kenal i"

"U buat i sedih sayang" Nella terkejut. Mata lelaki itu dipandang kemudian dia membulat mata. Lelaki itu lelaki yang sering mengejar dia. Macam mana dia boleh ada di sini.

"Shhh" lelaki itu meletakkan simbol senyap ke bibir Nella yang bergetar getar ketakutan.

"I akan datang balik, see u soon baby" bisik lelaki itu pada telinga Nella kemudian dia angkat baju yang Nella pakai ke atas sedikit lalu dibelai kulit pinggang Nella dengan lembut sekali.

Nella menolak, tangan lelaki itu ditepis pantas.

"Fuck u!" Carut Nella spontan namun carutan Nella menimbulkan tawa nakal lelaki itu. Tawa lelaki itu mati setelah 3 saat, dia kembali mendekati Nella, tapak tangan disandar ke dinding. Dikunci Nella di dalamnya.

"Keluar dari rumah i now!"

Rambut panjang Nella yang lurus diambil kemudian dia hidu dengan penuh aroma. Dalam samar-samar tanpa cahaya, Nella cuba untuk melihat wajah lelaki itu namun lelaki itu masih setia dengan memakai topeng wajah.

"I miss your smell darling" ucap lelaki itu dengan penuh mengoda. Baju Nella diangkat berani kemudian dibelai dengan manja. Kali ini dia menurunkan pelitup wajahnya, dia sorok muka ke leher Nella. Lagi sekali Nella tidak sempat menangkap wajahnya. Kenapa takut sangat nak tunjuk muka?

Cuping telinga Nella digigit perlahan tatkala satu tangannya cuba untuk menceroboh bahagian pentingnya.

"Too close" Nella menolak lelaki itu sekuat kudratnya namun tangannya ditahan kemudian dibawa ke atas. Lelaki itu makin galak mengodanya.

"Please..keluar" suara Nella menjadi perlahan. Kenapa dia terleka. Dia mahu juga tapi itu terlampau keterlaluan untuk dia yang masih dara

Nella tidak mampu menolak biarpun dia sudah tolak berkali-kali. Kenapa dengan lelaki itu. Tiba tiba datang mengusik benda yang tidak sepatutnya.

"I love you" ucap lelaki itu hingga Nella terkilan dengan ucapannya tadi. Baru jumpa dah jatuh cinta. Gila ke? Nella jadi diam sebentar, tiba-tiba terleka dengan godaan lelaki yang tidak dikenali itu.

Setiap belaian lelaki itu dibiarkan saja. Dia alpa, terleka dengan dunia nafsunya.

"U suka?" Soal lelaki itu nakal. Nella tersedar. Tangannya telah dilepaskan tadi tapi dia tidak sedar, melayan saja sedangkan dia tidak kenal.

Nella terpinga-pinga. Ya Tuhan apa yang dia buat tadi.

Dia cuba untuk pandang wajah lelaki itu, namun sepantas kilat lelaki itu menaikkan pelitup wajah semula. Tidak kesempatan Nella membaca wajah lelaki itu. Tadi dia terlampau leka.

"Kalau u suka, i boleh bagi" kata lelaki itu sambil membelai rambut panjang Nella namun Nella mengeleng serta merta.

"Keluar" arah Nella namun lelaki itu masih berdiri santai di depan. Leher putih Nella yang tersisa dengan airliurnya tadi, dilap dengan tangannya yang kasar. Nella menurunkan tangan lelaki itu dengan pantas.

"I lepaskan u untuk harini, kalau u datang lagi. I report polis" ugut Nella.

"Polis takkan ambik tindakan pun sayang" balas lelaki itu bersahaja. Nella berkerunyut dahi

"Apa maksud u ni?" Soal Nella hairan. Lelaki itu dekati Nella kemudian dia dekatkan mulutnya di telinga Nella. Dibisik sesuatu hingga membuatkan Nella tersentak saat mendengar ayat yang keluar daripada mulut lelaki itu

"Sebab u isteri i" Nella terkilan. Dicuba telan namun pahit dan berpasir, dia tidak faham.

Lelaki itu dipandang lama namun dia masih tidak mengerti. Siapa lelaki ini? Dia pernah kenal ke? Kenapa Lelaki itu kata benda-benda yang mengarut. Tapi kenapa kening lelaki itu seperti dia pernah nampak sebelum ini?

"Nanti i datang darling, i know u will miss me and semua belaian i tadi" ujar lelaki itu dengan penuh mengoda ditelinga Nella namun Nella mengundurkan diri ke belakang.

Nella mengangkat kepala. Bayang-bayang lelaki itu menghilang daripada rumah. Dia ditinggalkan sendiri, rumah itu kembali kosong. Sama seperti hatinya yang sekarang.

"Macam mana dia boleh masuk?" Nella kembali tertanya. Dia masih hairan. Setiap soalan yang dilemparkan tadi, satu pun tidak dibalas.

Nella ke tandas. Keadaan tandas itu dilihat, dia pergi ke arah kain mandi yang disidai di tepi. Basah.

"Dia mandi kat sini ke? Kenapa kain mandi aku basah?" Monolognya sendiri. Nella melihat dirinya di cermin pula, matanya membulat melihat merah merah yang ditinggalkan dilehernya.

"Shit" carutnya lagi sekali. Seolah itulah zikirnya dalam seharian ini. Geram aja mencarut, marah aja mencarut.

Share this novel

Cik Puan D
2021-04-07 20:22:16 

sape pulak isa nie....Makin suspen laaa.....


NovelPlus Premium

The best ads free experience