Bab 1

Romance Series 16573

“Kau ingat aku nak ke kahwin dengan kau hah?”
“Aku pun tak nak lah!”
“Dah kalau tak nak sukahati kau lah, yg lafaz akad nikah nanti aku bukan kau! Hahahaha”
“Gila lah!”
“Apa gaduh gaduh ni el, syad kamu ni kan dari kecik sampai ke besar memang macam anjing dengan kucing” menggeleng kepala Tok Ki.
“Kalau dah macam anjing dengan kucing kenapa atok nak juga satukan kami tok, el taknak lah tok huwaaa!!”
“Ehh kau je taknak..aku nak..” sambil tersenyum sinis Irsyad melemparkan senyuman plastiknya didepan atok & Ellya
“Haa tengok tu..Syad okay aje el..kamu tu yang mengada tak mahu..kamu nanti kena dengar juga cakap syad tu nanti dia dah jadi suami kamu..”
“El taknak tok..kenapa lah nenek buat wasiat macam ni tok..kenapa el juga yang kena”
“Itu nenek kamu yang tahu apa tujuannya..atok pun taktahu el..belum sempat atok bertanya dia sudah pergi el..” sayu Tok Ki menjawabnya..dia kini sungguh merindui isteri tercintanya itu..

Irsyad sudah mengumpul segala perancangannya untuk mengenakan Ellya apabila gadis itu menjadi isteri nya nanti.. seperti kertas kerja telah di dokumen kan satu per satu rancangannya..telah cantik tersusun.. ‘Game on Ellya Arisya’ desis hatinya sambil tersenyum..sedang asyik menyusun segalanya pintunya diketuk..

“Masuk”
“Hi Rayqal..” dengan lirikan manjanya siapa sahaja tidak tergoda..
“You buat apa kat sini Tania?” ‘Dia ni buat apa entah datang sini menyemak betul’ desis hati Irsyad Rayqal..
“I datang nak jumpa you lah sayang..” sambil tangannya ligat memegang tali leher milik Irsyad..
“Tapi i taknak jumpa you..boleh tak you keluar jangan kacau i” sempat Irsyad menarik tali lehernya yang sudah diamati oleh tangan Tania sebentar tadi
“Alah you ni.. kacau sikit pun tak boleh, sombong!” Jeling Tania namun dia masih tidak berganjak malah dia terus merapatkan mukanya ke muka Irsyad
“Apa ni Tania..please go! I said go! Or not i will call the security to take you out..listen here i dah nak kahwin okay please don’t even bother, there’s nothing between us anymore! Nothing! Dulu masa i tergila gilakan you, you reject i macam tu je. Now there’s no place for you in my heart Tania. You can go now”
“Fine Irsyad.. i will make sure if i takdapat you..nobody can!”
“Don’t be silly Tania!”
Irsyad menghantar Tania dengan jelingan tajam bukan dia tidak tahu Tania seorang yang tidak mudah mengalah, sudah 2tahun Tania mengejarnya dari dia mula kerja sehingga kini. Tetapi perasaannya terhadap gadis itu hanya kosong, kerana ketika dulu mereka belajar puas sudah Irsyad mengejar Tania untuk mendapatkan cintanya namun hampa, Tania lebih memilih lelaki ‘matsaleh’ ketika mereka belajar di London dulu.. sejak dari kejadian dia mendapat tahu akan hubungan Tania bersama lelaki tersebut Irsyad sudah nekad tidak akan sesekali membuka pintu hatinya terhadap perempuan..
namun.. balik sahaja dia ke Malaysia, ibu bapanya memberitahu bahawa dia perlu berkahwin dengan Ellya musuhnya sejak kecil. Namun dia tidak pernah membenci gadis itu..

“Woi apa termenung ni..tahu lah dah nak kahwin”
“Kau ni kalau ketuk pintu dulu takboleh ke? Memang nak terjerit pekik dekat ofis ni kan. Ni memang kat rumah pun kan?”
“Alaa kau ni sejak nak kahwin bertambah garang..tanjat boboi” gurau Arif merangkap kawan baik Irsyad
“Takpayah mengada..apa tujuan kau datang? Ada proposal baru nak kena sign ke?” Sengaja Irsyad menekankan tentang kerja iyelah bukan dia tidak tahu akan tujuan Arif ke bilik hanya lah untuk berbual dengannya.. tetapi Arif memang seorang yang cekap tentang konsep setiap kerja dan projek syarikat mereka..

“Hak ah..proposal dari department aku.. aku nak kau tengok dulu okay ke tak..kalau okay kita proceed mana tahu kau ada nak tambah apa-apa boleh aku edit before date line”
“Okay..bak sini aku tengok”
Arif memandang Irsyad bukan dia tidak tahu..mata Irsyad sahaja berada di depan kertas itu tetapi hatinya sudah jauh fikirkan hal lain.. namun dia diamkan sahaja.. kawan baiknya itu ialah CEO syarikat mereka, oleh kerana dia kawan baik Irsyad jadi Irsyad ambil dia berkerja sekali di syarikat bapa Irsyad ni..
Utama Holdings Sdn Bhd..
“Okay semua cun..aku sign jelah eh?” Suara Irsyad memecahkan suasana di bilik itu..
“Haa betul ke ni? Selalu kau banyak complain..itu salah ini salah..lain macamm”
“Mood aku tengah baik ni..kang aku banyak bantah kau jugak susah nak edit balik semua”
“Baik boss..terima kasih..” sengaja Arif menayangkan sebaris gigi dia yang putih itu..

Setelah waktu tengah hari.. Irsyad turun ke cafe syarikatnya.. dia sentiasa menjadi tumpuan pekerjanya oleh kerana rupa yang dia ada, Irsyad seorang yang tinggi lampai badannya yang tegap, tidak terlalu tough dan kurus sedang sedang sahaja mukanya bersih tanpa jambang mungkin kerana dia tidak suka akan jambang yang tumbuh..mukanya yang kacuk Arab itu acap kali menjadi tatapan pekerja pekerjanya.. oleh kerana Ayahnya orang pahang dan ibunya adalah kacukan Arab jadi tidak aneh jika dia mewarisi kacukan keturunannya itu..

“Afternoon Tuan..” tegur seorang pekerja di cafe sambil menunduk kepada Irsyad...
“Thank you” jawab Irsyad
Selesai mendapatkan tempatnya..dia memesan makanan.. sedang asyik makan dia terlihat seseorang di luar ofisnya, dia hanya memerhati lagak gadis itu..sempat juga dia tergelak akan tingkah laku gadis itu..

“Kau ni kan el..memang comel!” Sempat Irsyad mengeluarkan kata kata itu setelah melihat gadis yang sudah lencun oleh kerana hujan diluar ofisnya..

Selesai menghabiskan makanannya sempat Irsyad menoleh ke luar ‘eh mana pergi perempuan tu’ desis hatinya apabila melihat Ellya telah hilang dari pandangannya..
‘Ah takpala..pandai lah dia jaga diri..bukan budak kecik lagi. Tapi kenapa aku pulak rasa tak sedap ni’ laju langkah Irsyad untuk mencari Ellya..

‘Dah kenapa pulak menangis dia ni kat sini’

“Woi kau asal menangis kat sini.. kau cari apa”
Namun soalannya tidak di endahkan malah semakin kuat tangisan gadis itu..
“Eh eh aku salah cakap ke..sorry lah..cuba cerita kenapa ni..meh lah masuk ofis aku dulu kita cerita” sambil menanggal sutnya Irsyad menutup badan Ellya.
“Semua dah hilang..” perlahan suara Ellya
“Hilang apa?”
Hanya tangisan Ellya sahaja dia menjawab.. Irsyad menarik baju Ellya untuk mengikutinya..Ellya juga akur..

“Kita pergi ofis aku eh..kejap” sambil menekan butang lif Irsyad memerhati Ellya yang sudah mengigil kesejukan..

Mereka memasuki bilik Irsyad..Irsyad menekan alat kawalan jauh penghawa dingin dia menutup penghawa dingin nya supaya Ellya tidak kesejukan..

“Duduk” pinta Irsyad
Ellya hanya menurut arahan Irsyad
“Cerita kat aku kau kenapa siapa buat kau?”
“Semua barang aku hilang.. aku kena ragut tadi kat bus stop..” Sambil mengigil Ellya bercerita
“Kejap lagi kita report polis dah kau jangan menangis..nanti semua aku ganti bila kita kahwin” sempat Irsyad ingin mengenakan Ellya dengan menyebut ayat kahwin.
“Tak perlu..kalau setakat kau tolong aku tapi nak kenakan aku lagi tak payah lah..buat sakit hati je..aku nak balik” panas hati Ellya apabila Irsyad sengaja ingin menyakatnya..
“Hahaha k k aku gurau lah..sabar lah kejap aku inform PA aku jap aku hantar kau balik..kau parking mana kereta kau?”
“Kereta servis sebab tu aku naik bas je tadi..ni semua sebab kau..sebab atok suruh jumpa kau lah aku kena ragut tahu tak?!”
“Eh agak sikit eh..kau yg datang tak bagitahu..kau asal datang? atok suruh goda aku ke?” Menarik sungguh Irsyad apabila dapat mengenakan Ellya
“Otak kau..atok suruh aku dengan kau bincang lah apa lagi”

Untuk pengetahuan semua..Ellya ni anak yatim..ibu bapanya meninggal semasa dia berumur 5 tahun dan atok dan nenek lah yang menjaganya ketika itu.. dia sungguh sayang akan atok dan neneknya sehinga dia tidak sanggup utk kerja berjauhan dengan atoknya, takut nanti apa apa jadi pada atok senang katanya apabila dia dekat. Gadis yang berkelulusan degree ini sungguh bijak orangnya, walaupun hanya bekerja di sebuah syarikat kecil namun pencapaiannya sungguh menjadi pujian majikannya..dia yang mengambil jurusan Marketing..namun apabila dia bakal berkahwin dengan Irsyad dia perlu menukar tempat kerjanya ke syarikat bapa Irsyad kerana itu adalah permintaan atoknya dan dia sebagai isteri perlu berada di sisi suami kata atoknya.. Ellya seorang gadis bertubuh kecil, tetapi mempunyai kecantikannya tersendiri.. dia sering mengenakan tudung bawal , senang katanya tetapi ada juga dia mengenakan shawl jika dia rajin..

“Bincang ke kau yang saje nak datang sini?”
“Lantak kau lah.baik aku balik” Ellya yang malas melayan Irsyad, sengaja mengertak Irsyad..
“Okay okay nanti kita settle kan hal kau ni dulu lepastu baru bincang..kau cuti ke?”
“Hak ah aku ambik cuti..lagipun harini kan jumaat so nanti ahad aku balik lah aku tumpang rumah papa mama eh?”
“Haa yelah..mana lagi kau nak tumpang kalau bukan rumah kami”
Keluarga Irsyad sudah menjadi keluarga Ellya juga..

Mereka menuruni lif bersama pekerja Irsyad sudah berbisik..pasti mereka sudah menyangka bahawa itu adalah bakal isteri Irsyad kerana Irsyad tidak pernah melayan perempuan yang datang ke ofis nya mahupun Tania..

“Kau tunggu sini.. aku ambil kereta kejap”
“Yelah”
Sedang menunggu Irsyad mengambil kereta sempat Ellya memuji Irsyad ‘baik jugak kau kan..tapi itulah kenapa lah kau suka menyakitkan hati aku..haihh’

Di dalam kereta berdas das soalan yang keluar dari Irsyad..yang pasti mereka asyik bertikam lidah..

“Aku nak pink”
“Hijau!”
“Pink!!!”
“Okay pink & hijau”
“Eee apa kau ni nak campur dua warna tu pulak buruk lah..okay biar mama yang decide deal? Lagipun kita ni memang takboleh berbincang, dia jadi gaduh”
“Okay okayy.. “ Ellya menyerah kali ni.. pilihan tema majlis mereka yang mudah pun boleh jadi gaduh.. tetapi untuk tidak mengecewakan atoknya dia turutkan sahaja..

“Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam..eh anak mama dah balik El pun ada..wah tahu tahu je mama masak sedap harini..meh makan dulu” jemput Puan Hana
El terus menyalam wanita yang berumur lingkungan 40tahun itu

“Papa mana ma?” Soal Ellya
“Macam biasalah papa kamu tu..sentiasa dengan pokok bunga dia je..mama pulak jelous tau” Rajuk Pn Hana
“Ehh mana ada dengan pokok..sayang awak lain sayang pokok lain tau..” Sempat tangan En Zamarul mencuit pinggang Pn Hana
Lalu mereka semua yang berada di dapur gelak akan perlakuan ibu bapanya

“Kan best kita kahwin nanti bahagia macam tu” Irsyad berbisik ke telinga Ellya, hanya mereka berdua sahaja yang mendengar
“Berangan lah kau!”

“Papa sihat pa?”
“Alhamdulillah sihat orang tua jelah El, ni atok kat rumah sihat ke? Kenapa tak datang dengan atok sekali?”
“Tak pa..atok kerap jatuh sakit sekarang tapi masih degil..sakit orang tua katanya..dah memang ajak atok tapi atok kata nanti kebun baru atok tak ada siapa nak jaga..lagipun nak bincang hal perkahwinan kami pa..”
“Elok lah tu..sama aje atok dan papa kamu ni El sibuk dengan pokok kebunnya” Pn Hana menyampuk
“Kamu tengok Syad..El yang bersusah payah dari kampung berjumpa dengan kamu untuk bincangkan hal perkahwinan kamu..malu papa tau”
“Alaa pa..syad tak ada masa lagipun majlis kan lambat lagi..bila bila boleh je syad balik kampung pa..ambik cuti”
“Apa apa sajalah kamu syad..dah mari makan nanti kita bincang apa yang patut..”

“El..kau pergi tukar baju dulu, mandi nanti demam”
“Haa yelah”
“Papa mama..syad dengan el naik kejap nak salin pakaian..”
“Baiklah.”

Selesai sahaja makan Pn Hana telah mengajak Irsyad dan Ellya ke ruang tamu untuk berbincang soal majlis..sungguh dia tidak sabar kerana ini adalah majlis anak tunggalnya..pasti meriah

“Okay mama kitaorang nak mama decide warna tema untuk kitaorang” Laju Irsyad membuka kata
“Kenapa kamu berdua je tak decide? Mama ingat kamu dah fikir dah nak warna apa”
“Takboleh ma..lain jadinya..gaduh” Jawab Ellya
“Haihhh kamu ni kan..dah nak kahwin pun masih lagi nak bergaduh ya.”
“Papa taknak nanti kamu dah berkahwin pun kamu bergaduh ya..usaha lah untuk berbaik Syad,El kamu berdua dah besar bukan budak kecik lagi”
“Baik pa..” serentak Ellya & Irsyad menjawab
“Mama nak color pink lah..soft pink”
“Yayyy” Ellya sudah bersorak tanda kemenangan
“Time ni boleh lah kau menang..nanti dah kahwin jangan harap aku bagi kau menang” bisik Irsyad
“Eh kenapa kamu ni el..suka pulak”
“Yelah mama..tu warna pilihan el jugak..”
“Oh yeke..syad okay ke warna soft pink?”
“Syad ikut je mana mana ma..”
Dalam hati Irsyad sudah bermacam helah untuk dia kenakan Ellya sepanjang gadis itu berada di rumahnya..’kau siap eh..sekarang boleh lah kau nak suka..’
“Okay now proceed dengan tempat..mama fikir buat dekat Hotel kawan papa tu je..cantik tempatnya..”
“Tak mahal ke nanti ma?”
“Ish kamu ni el..kan semua perbelanjaan Irsyad yg tanggung & mama papa adalah sikit sponsor kamu tak perlu risau lah tentang kos” “betul tu ma..dia ni je yg kolot nk fikir duit semua tu..yelahhh dia kan mana nak kahwin pun dengan kita” sengaja Irsyad berlakon merajuk di depan mama dan papanya
“Kalau taknak kahwin takda nya aku kat sini bincang hal kita” ‘eh eh dia ni over pulak mintak simpati mama papa’ desis hati Ellya yang geli melihat perlakuan Irsyad yang mengada ngada terlebih.
“Dah dah kamu berdua ni kan..mama nak tengok dah kahwin nanti kamu berbaik..jangan sampai sebab kamu macam ni nanti bercerai berai pulak ye..mama papa taknak benda tu berlaku”
“Syad takkan ceraikan El sampai akhir hayat syad ma..itu janji Syad..kami akan cuba berbaik ya ma..tapi sekarang kami nak gaduh dulu nanti dah kahwin rindu pula nak bertikam lidah dengan dia ni” sambil mengenyitkan mata kepada Ellya sengaja Irsyad berkata begitu.

‘Rindu otak kau..aku ni yang makin sakit hati ada lah Irsyad oii.. kalau kau berbaik dengan aku mesti lagi jatuh hati aku kat kau tahu tak..tapi kau annoying macam ni pun dah berdegup hati sis oii’

Share this novel

kucing oyen
2021-04-11 22:58:33 

bab 1 time begaduh nk pilih baju calour tu lawak lah


NovelPlus Premium

The best ads free experience