Hari ini Pak Ahmad dipanggil oleh ketua dari Jabatan PDRM.Iaitu DSP Fairuz Mizan.Pak Ahmad akan ditugaskan ke suatu tempat di bandar besar Johor beberapa bulan lagi.
"Assalammualaikum Tuan,saya datang ingin melapor diri Tuan.Saya Inspektor Ahmad Bin Din akan melaksanakan Tugas dan Tanggungjawa b dengan adil Tuan...Tuan".Tabik Hormat diberi oleh Pak Ahmad kepada Ketuanya sebagai seorang anggota.
"Baik,saya di sini ingin menyampaikan amanah yang telah diberi kepada saya untuk Encik Ahmad.Beberapa bulan lagi kita akan ke bandar dan bertugas di sana untuk mengawal dan menjaga keselamatan VVIP yang akan disenaraikan tidak lama lagi".Jelas DSP Fairuz.
"Baik Tuan,arahan diterima Tuan.Terima Kasih Tuan".Sekali lagi Tabik Hormat diberi kepada Tuan DSP.
"Baik,terima kasih".Ucapan Terima Kasih diberi mengakhiri perjumpaan secara rahsia itu.
~~~~~~~~~~~~~~
Hadi yang ralit meneliti fail semakan pelajar itu terhenti tingkah laku
nya apabila seseorang yang dicarinya beberapa hari lalu melintas dihadapan.
"Iman,saya nak cakap dengan awak sekejap".Panggil Hadi yang tahan
Iman dari teruskan perjalanannya menuju ke kelas itu.
"Yes Prof,boleh saya bantu Prof ke ?".Soal Iman apabila lelaki itu menahannya tiba-tiba.
"Ah,saya nak tanya awak dah ada dalam group whatsapp tu ke belum ?".Soal Hadi yang tidak ada punca ingin menanyakan soalan.
"Ohh,dah..kan Prof dah masukkan saya dalam group tu..cuma Prof belum masukkan saya dalam hati Prof je..hihihi..".Gurau Iman dengan Hadi.Hadi tersenyum bahagia dengan gurauan Iman itu.kerana dia menyimpan sebuah perasaan terhadap gadis itu.
"Eh,boleh je kalau awak nak..bagi alamat rumah saya hantar rombongan".Jawab Hadi teruja.
"Eh,taklah Prof..saya gurau je".Nyata Iman tentang gurauanya itu.
"Tapi kalau betul-betul apa salahnya kan ?".Soal Hadi cuba masuk perangkap.Iman sudah tidak selesa dengan lelaki itu.Tidak dia sangka gurauannya itu diambil serius oleh Hadi.
"Ahh,Prof saya ada kelas ni..saya pergi dulu ye..assalammualaikum".
Salam diberi dan Iman terus berlalu dari situ.Kalau makin dilayan makin menjadilah Profnya itu.
Hadi memerhatikan kepergian Iman itu dari belakang.Dia tersenyum melihat gadis itu.Dia menyimpan perasaan terhadap gadis itu.Dan dia sedang usahakan sesuatu buat gadis itu.
~~~~~~~~~~~~~~
Pada pagi ini Tuan Faizal berpakaian kasual ke F.I. Empire.Dia mengam
bil keputusan untuk tidak terlalu lama berada di pejabatnya.Sesampai sahaja dia di tingkat tempat dia bekerja,dia melihat ada sepasang mata yang melihatnya dari jauh.
"Tuan..Tuan..Tuan,nak tanya boleh ?".Tahan Marina pada Tuan Faizal setelah lelaki itu menghampiri di mejanya.
"Nak tanya apa Marina ?".Soal Tuan Faizal Kepada Marina.
"Tuan ada sakit jantung tak ?".Tanya Marina dengan riak wajah yang suspen itu.
"Eh,awak dah gila ke ? 3 bulan lepas saya pergi check doktor rekod kesihatan saya baik".Jawab Tuan Faizal dengan penuh yakin tapi ada nada sangsi dengan pembantu peribadinya itu.
"Saya harap kalau Tuan masuk bilik nanti,Tuan tak kena heartattack lah ye ? Dan saya harap Tuan fikirlah masak-masak keputusan apa yang patut Tuan buat".Jelas Marina kepada Tuan Faizal.Ada sesuatu yang tersirat yang cuba disampaikan oleh Marina tapi sayang tidak difahami Tuan Faizal.
"Awak ni mangarut lah Marina,banyak sangat tengok drama lah ni".
Marah-marah sayang Tuan Faizal kepada Marina.Marina hanya membuat riak wajah risau.
Sebaik sahaja Tuan Faizal membuka pintu bilik pejabatnya itu,alangkah
terkejutnya Tuan Faizal apabila berjambak-jambak bunga memenuhi ruang di atas mejanya.Dia terpinga-pinga melihat keadaan itu,sebelum ini dia pernah menerima sejambak bunga daripada peminat tapi bukan sebanyak yang ada di hadapan matanya ini.Terus dia menuju ke mejanya dan membuat panggilan.
"Marina,masuk bilik saya sekejap".Arah Tuan Faizal.Selepas beberapa minit Marina masuk dengan riak risau akan keadaan majikannya yang melihat taman bunga jadian di dalam biliknya ini.
"Ye Tuan".Jawab Marina sebaik sahaja dia berada di hadapan majikannya itu.
"Siapa yang buat ni ? siapa yang bagi ni ?".Soal Tuan Faizal bertalu-talu
"Saya rasa Tuan tak patut tanya,sebab Tuan dah boleh teka siapa yang bagi ?".Jawab Marina yang begitu takut nak menghadapi situasi ini.
"Awak call dia,cakap saya nak jumpa dia sekejap lagi dekat rumah".
Arah Tuan Faizal kepada Marina.Marina terus keluar dari bilik tersebut.
"Apa gila lah budak ni,adoii masak aku kalau tak buat sesuatu ni ?".
Gumam Tuan Faizal bersendirian.
~~~~~~~~~~~~~~
Hanum dan Puan Hasnah yang ralit menonton TV itu,tiba-tiba menerima kepulangan Pak Ahmad yang baru selesai dengan kerjanya.
"Ayah pergi mana tadi ?".Soal Hanum kepada ayahnya yang kelihatan agak letih kerana cuaca yang agak terik di luar sana.
"Ayah baru lepas jumpa Tuan DSP".Jawab Pak Ahmad ringkas.
"Kenapa jumpa dia,ayah kan dah tak kerja ?".Soal Hanum yang kurang berpuas hati dengan perjumpaan ayahnya itu.
"Tapi ayah masih ada tugasan secara peribadi dengan Unit Tindakan Khas.Jadi apa-apa kecemasan dia akan panggil Unit Tindakan Khas".
Jelas Pak Ahmad dengan anak perempuanya itu.
"Apa yang kecemasan sangat,sampai dia panggil ayah untuk bertugas ?".Soal Hanum yang masih tidak berpuas hati.
"Lagi beberapa bulan ayah kena duduk dekat bandar Johor,jadi lepas majlis nikah kamu nanti ayah terus nak buat persiapan lah untuk menetap di bandar Johor nanti".Ujar Pak Ahmad yang mengejutkan isteri dan anak gadisnya itu.
"Laa,kenapa pulak,abang kan dah pencen..tapi kena kerja macam abang masih berkhidmat lagi pulak ?".Ucap Puan Hasnah yang hanya menyepi dari tadi.
"Alaa,dah nama pun berkhidmat untuk negara,apa-apa kecemasan saya kena pergi jugak..lagipun saya ni bosan duduk rumah..bukan ada buat apa-apa pun".Jawab Pak Ahmad bersahaja.
"Haa,Hanum..adik kamu balik bila ? ada dia bagitau tak bila nak balik ?".
Tanya Pak Ahmad kepada anaknya itu.
"Dah ayah,dia kata lagi 3 hari nak majlis baru dia boleh balik".Jawab Hanum.
"Ha yelah,janji dia dapat balik".Ujar Pak Ahmad.
~~~~~~~~~~~~~~
Hadi yang sedang duduk di halaman rumah sewanya itu,tiba-tiba mendapat akal.Dia terus mengeluarkan telefon Iphone 7 plus dari kocek seluarnya dan mendail sebuah nombor.
Tut ! Tut ! Tut.
"Hello assalammualaikum,Hanum..apa khabar ? sihat ke ?".Soal Hadi kepada pemanggilnya iaitu Hanum bakal isterinya.
"Sihat alhamdulillah,awak sihat ke ?".Jawab Hanum dengan pertanyaan Hadi.
"Alhamdulillah saya sihat je.Awak balik bila ? majlis kita dah nak dekat ni ?".Tanya Hanum kepada Hadi.
"Lagi 2 minggu saya balik kampung.Sebab saya tak dapat nak balik awal lagi".Nyata Hadi dengan pertanyaan Hanum itu.
"Oh,okay lah tu..Nanti dah sampai kampung bagitau lah ye".Ujar Hanum kepada bakal suaminya itu.
"Okay lah awak,nanti saya call lagi ye..assalammualaikum".Ucap Hadi terus mematikan panggilannya.
Hanum mengelun dengan harapan yang diberi oleh Hadi itu,sepanjang mereka bertunang Hadi akan buat panggilan atas perkara tertentu sahaja.Dia tahu Hadi memberi dia harapan supaya di tidak rasa bosan dengan lelaki itu.Tapi sedangkan,lelaki itu yang menunjukkan riak bosan kepadanya.
~~~~~~~~~~~~~~
Tuan Faizal kini berada di rumah agam milinya.Dia membeli rumah itu dengan harga Billion.Dia berkenan dengan rumah itu.Dia sedang menanti kedatangan Iman Khalida kerana gadis itu betul-betul buat dirinya tidak selesa.Dia menunggu gadis itu di kolam belakang rumahnya.
"Assalammualaikum,Tuan...".Salam diberi dan nama Tuan Faizal dipanggil dengan leret oleh Iman yang sudah tercegat di belakang lelaki itu.
"Haa,sampai pun..Iman kenapa awak buat semua ni ?".Tanya Tuan Faizal tanpa berkias-kias lagi.
"Haa,buat apa Tuan ?".Soal Iman berpura-pura tidak tahu.
"Awak jangan buang masa saya lagi Iman..saya takda masa nak layan kerja gila awak tu ".Luah Tuan Faizal.
"Alaa,saya cuma nak jujur dengan Tuan je yang saya suka dekat Tuan".Luah Iman Khalida.
"Iman...awak tak boleh nak ada perasaan pada saya..saya tak cukup layak untuk awak.Saya memang akur dengan keberanian awak tapi tak semestinya saya boleh terima cinta awak Iman.Jangan buat saya rasa serba salah dengan awak Iman.Awak yang taruh harapan dengan saya".Luah Tuan Faizal panjang lebar.
Air mata Iman bergenang dekat kelopak mata dan sedang bertahan untuk tidak jatuh berderai.
"Sebagai balasan dengan apa yang awak dah buat untuk saya beberapa harini,saya akan bagi awak hadiah..tapi awak ada choice nak gift apa..saya akan belikan untuk awak".Ucap Tuan Faizal dengan senyuman yang disangka dapat menyejukkan hati gadis itu.
"Ohh,jadi sebagai bayaran untuk cinta saya yang Tuan tolak tu,Tuan akan bagi je apa yang saya nak..Ohh yelah orang macam Tuan ni sentiasa berfikiran rendah,yang semua benda dalam hidup ni boleh dijual beli.Mungkin Tuan boleh beli kereta,rumah,aksesori,dan lain-lain untuk saya,tapi Tuan kena ingat yang Cinta tidak boleh dibeli,saya ikhlas Tuan..tapi kalau Tuan tak ikhlas jangan jadikan saya murahan.
Saya nak jadi sesuatu yang mahal hingga tidak ternilai,tetapi jangan Tuan sesekali jadikan saya sesuatu yang murah hingga tiada nilai".
Kata-kata Iman yang terakhir itu betul-betul menyedarkan Tuan Faizal dengan kata-katanya yang telah menyayat hati gadis itu.Tuan Faizal meraup mukanya sehingga kebelakang kepala.Dia amat tertekan sekarang ini.Hatinya sayu,dia buntu,apa yang perlu dilakukan kini.
"Iman,maafkan saya.Saya takda niat nak maksudkan macam tu.Saya tertekan dengan kerenah awak Iman".Luah Tuan Faizal sambil menarik dagu Iman supaya memandang wajahnya yang sayu itu."Saya akan cuba untuk awak,tapi saya tak janji".Ucap Tuan Faizal sambil menyeka air mata Iman yang sudah jatuh berguguran dipipinya.
Iman berjaya !.Dia rasa inilah hari paling bahagia buatnya.
"Saya ikhlas nak bagi awak hadiah,awak bagitau awak nak apa ?".
Tawaran diberi oleh Tuan Faizal kepada gadis comel didepannya.
"Kalau betul awak nak bagi hadiah,saya nak hadiah awak.Saya nak kahwin dengan awak.Boleh ?".Soal Iman bersahaja kepada lelaki itu.
Tuan Faizal hanya mampu tersenyum dengan permintaan Iman itu,dia tersenyum seperti ada sesuatu yang mencuit hatinya.Iman ! Iman !.
Share this novel