BAB 5

Adventure Completed 1114

“Ya kapten,” balasnya dengan kuat.

“Betul tetapi saya tak mahu tergagap-gagap, yakinkan diri kamu,” kata kapten.

“Baik kapten,” katanya dengan tegas.

“Kamu yang berada di sebelah Max Alexander itu, apakah warna bintang Pistol?” tanyanya lagi. Semua tercari-cari siapakah Max Alexander itu. Aku terkejut. ‘Adakah yang dimaksudkannya itu aku?’ tanya hatiku. Rakan yang baru aku kenal sebentar tadi memandang ke arahku. Aku turut berbuat demikian. Kami bertentang mata.

“Warna biru, kapten,” balas Tody. Semua memandang ke arahku.

“Untuk pengetahuan kamu semua, Max Alexander merupakan peserta yang telah mendapat markah tertinggi dalam kuiz itu. Berapa itu rahsia,” kapten tersenyum ke arahku. Aku membalas senyumannya. Aku tidak sangka bahawa aku telah mendapat markah tertinggi dalam kuiz itu. Tody memegang tanganku dan berkata tahniah. Tiba-tiba, aku lihat ada seorang pelajar lelaki memandang ke arahku dengan pandangan yang tidak puas hati. ‘Tolonglah, aku tak mahu kejadian yang sama berulang,’ keluh hatiku. Tiba-tiba, kapten bertanya lagi,

“Apakah jarak bintang pistol dari bumi?” seraya tersenyum. Semua peserta diam. Tiba-tiba

“Max?” katanya.

“25000 tahun cahaya, kapten,” balasku dengan yakin.

“Bagus,” katanya sambil menepuk tangan. Yang lain juga turut berbuat demikian. Tiba-tiba Ketua Heli masuk dan berkata bahawa ISSOT akan berlepas.

“Baiklah kamu semua, bertahan, jangan muntah atau terkentut. Hahaha. Jangan risau, ISSOT ini merupakan kapal angkasa yang paling canggih jadi impaknya tidak begitu dirasai,” kata kapten lalu keluar daripada ruangan kami. Lantas kami bersandar di kerusi kami dan bersiap-sedia untuk berlepas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience