H10

Crime Series 45700

"Ye.. saya ingat.. jangan-jangan awak yang dah lupa.."
Ezhar menyambung gelak sambil telefon bimbit samsung S10 edge masih melekat di telinganya.

"Tak tahu la bila nak balik, rasa nya saya takkan balik terus kot, lagipun siapa yang akan jaga Atok dan Wan saya."

Tawa Ezhar kembali bersambung.

"Har bercakap dengan siapa tu Fika?"

Hajah Salhah bertanya sambil matanya melirik Ezhar yang melabuhkan sebelah punggungnya di tepi pagar kayu beranda rumah.


Dafika yang sedang bersila dilantai ruang tamu sambil melipat baju, hanya mengangkat kedua bahu dengan soalan Hajah Salhah.

"Takkan Fika tak tahu? Kan ke dia rapat dengan Fika?"
Soal Hajah Salhah lagi.


Aku rapat pun, bukan aku PA Ezhar nak tahu dengan siapa lelaki tu berkawan.

"Rasanya dengan Harwana kot. Kawan adik dia."

Dafika sekadar meneka, namun dia dapat rasakan Ezhar sedang berborak telefon dengan wanita itu.


Pintu hadapan yang terbuka luas menampakan aksi Ezhar yang dah macam ulat naik daun. Gedik!

Sah tengah bercakap dengan Harwana!

"Kalau Wana yang pernah datang dengan Reen dulu, Wan ingat.. Cantik budak tu, sopan je. Cakap pun lemah lembut."


Ye Wan.. Harwana tu memang cantik, lemah lembut, baik.


Tambah sikit lagi..

Dia tu terpelajar, kerja sebagai peguam. Mak bapak orang senang. Keluarga Ezhar semua suka kan Harwana.


Bebel Dafika didalam hati. Rasa nak tebar-tebar je baju yang dia tengah lipat ni macam mamak tebar roti canai!

Dah lah kat tangan Dafika sekarang ni adalah baju T-shirt milik Ezhar. Makin sakit rasa hati dia!

Ggrr...

"Wan tak tidur lagi?"


Serentak mata Hajah Salhah dan Dafika diangkat memandang kepada Ezhar.

Lelaki itu berjalan masuk lantas mengambil tempat di sofa bersebelahan Karsyad.

"Belum ngantuk lagi, Atok, lepas balik surau tadi terus je tidur. Penat katanya"

Jawab Hajah Salhah terang.

"Budak ni yang tak tidur lagi apahal? Esok sekolah tak?"

Ezhar menolak bahu Karsyad yang sedang menonton rancangan di televisyen, sehingga anak itu terandah sedikit ketepi.

"Esok hari sabtu la.. mana sekolah.."

Terang Karsyad sambil mengosok tepi bahunya yang sedikit perit. Bola mata hitamnya. meleret kebucu kelopak saat dia menjeling Ezhar.

"Tak sekolah pun nak tidur lewat la?"

Soal Ezhar lagi, sengaja.

"Arsyad tunggu mama habis lipat kain, baru masuk bilik"

Jelas Karsyad lagi, sambil melirik kearah ibunya, minta simpati.

"Kenapa taknak masuk bilik sendiri? Takut? Nanti dah sunat, kau masih nak tidur dengan mama kau jugak ke? Kau tak malu ke? Mama kau tu perempuan."


Karsyad tunduk bila disoal bertalu oleh Ezhar. Muncung dibibirnya sudah sedepa.

"Dah la Har.... jangan sakat lagi budak tu.. Arsyad tengok je la TV, nanti mama Arsyad dah siap lipat baju, Arsyad masuk tidur ye.."

Hajah Salhah memujuk Karsyad sambil matanya silih berganti dengan Ezhar.


Dafika yang hanya mendengar turut menarik hujung bibirnya tinggi. Dalam hati dan menyumpah bergeleng-geleng!

Tak habis-habis Ezhar nak menyakat anak dia!

"Har... lama Har berborak telefon.. dengan siapa?"

Pancing Hajah Salhah setelah lama mereka berdiam diri.

"Dengan Wana.."

Jawab Ezhar mendatar sambil mata tak lepas memandang televisyen. Cerita Terminator 2.

Sesekali matanya menoleh Karsyad yang dah tersengguk-sengguk nak tidur. Mungkin cerita kat depan ni tak masuk kat fikiran budak tu..


Dafika pula sekali lagi mencebik dengan jawapan Ezhar. Betul lah sangkaan dia.

"Wana tu kawan Reen kan? Mana Har kenal? Macam rapat je?"

Soal Hajah Salhah lagi.

"Dia kawan Har, kita orang rapat sejak kecil sebab satu sekolah sampai tingkatan 4. Tapi lepas tu terputus bila Har pindah ke sini."


Oooo... kawan sejak kecil...

Dafika menghela nafas panjang. Hatinya cemburu.

"Yang kau mengeluh, apahal?"


Opss!

Dafika gigit bibir bawahnya. Renungan tajam Ezhar padanya dilarikan.

"Kau mengeluh sebab kena lipat baju aku?"

Ezhar menyua gelak dihujung ayatnya sambil mata kembali mengarah kepada kaca televisyen.


Huh!

Bibir Dafika masih muncung, Kalau Wan takde.. mahunya dia lempar semua baju dan seluar Ezhar kat muka lelaki tu.

Bukan setakat baju dan seluar Ezhar yang Dafika lipat, malahan boxer a.k.a seluar kecil lelaki itu pun Dafika yang basuh, sidai dan lipat.

Ggrrr...

"Wan.. Fika nak cakap sikit boleh"

Akhirnya Dafika bersuara setelah agak lama mereka mendiamkan diri.


Hajah Salhah menoleh kearah Dafika.
"Apa dia?"

"Pak Jamal nak sewakan rumah dia yang dekat dengan kedai makan Wan tu. Fika dah tanya harga rumah tu. Tak mahal pun, rasanya Fika boleh bayar. Fika rasa Fika nak pindah dekat situ dengan Karsyad"

"Tak payah!"

Belum sempat Hajah Salhah menjawab kata-kata Dafika, Ezhar bersuara dulu. Namun matanya tetap kearah televisyen.

"Nak buat apa Fika pindah.. Dah taknak duduk dengan Wan lagi ke."

Ujar Hajah Salhah pula dengan nada lembut. Sikit kecewa jika betul Dafika nak pindah keluar.

"Eh.. bukan Wan.. Fika cuma nak berdikari, lagipun dah lama benar Fika menumpang kat sini."

"Ah! alasan nak berdikari, padahal kau takut Ezreen mengata kau kan?"

Tembak Ezhar menyebabkan Dafika dan Hajah Salhah serentak memandangnya kearahnya.

"Reen cakap apa kat Fika?"

Soal Hajah Salhah lantas wajah tuanya dikerutkan lagi.

"Eh. takde apa lah Wan. Har tu buat cerita je. Takde kena mengena langsung dengan Reen.. Fika cuma terfikir untuk berdikari. Sampai bila Fika nak duduk sini. Nanti Karsyad dah besar."

Terang Dafika lagi, ekor mata memandang Ezhar yang sudah merenung kearahnya.


Dafika taknak kalah..Dia membalas tajam pandangan Ezhar tanda amaran supaya watak Ezreen tak masuk dalam perbincangan mereka.

Walau apa pun Dafika sedar, Ezreen tetap cucu Hajah Salhah. Tak patut kalau Dafika menuduh lebih-lebih.

"Fika... tak payah lah pindah, nanti Wan sunyi. Sekarang ni sekurang-kurangnya Wan ada Fika, teman berborak. Wan pun ada Karsyad teman main. Kalau Fika dengan Karsyad takde, rumah ni tak riuh."

Pujuk Hajah Salhah lagi.

"Kau keluar dari sini, nahas lah. Aku akan bakar rumah sewa kau."

Sekali lagi Ezhar mengarah.

"Har.."
Dafika mendicit sedikit dengan arahan tak masuk akal oleh jantan bernama Ezhar Iqbal itu.

"Kenapa? kau rasa aku tak berani buat? Kalau kau tak percaya, Kau pindah la."

Amaran Ezhar makin tegas.

"Har.. Wan rasa sebab perangai Har ni lah yang buat Fika takut. Tengok lah. Bercakap tu kasar sangat. Agaknya Fika tak selesa sebab Har."

"Eh. Eh. kenapa salah Har pulak. Har memang macam ni sejak dulu. Fika kenal lah perangai Har."

Ezhar membela diri ketika neneknya menyalahkan dia.

"Kalau tahu Fika tu kenal dengan Har sejak dulu, cuba lah berlembut sikit dengan dia.."

Cadang Hajah Salhah lagi.

"Ah! tak pandai lah Har nak berlembut. Har bukan pondan"


Hajah Salhah tergelak dengan kenyataan cucunya.
"Bila masa pulak Wan cakap Har pondan, Wan suruh bercakap lembut, jangan kasar-kasar sangat."


Ezhar tarik muka, tak puas hati dengan arahan neneknya.

Tanpa sedar tangannya menepuk punggung Karsyad yang entah bila sudah tertidur berbantalkan peha dia.

"Wan rasa elok kamu berdua ni kahwin je lah. Baru Har boleh berlembut dengan Fika."

"Huk! Huk!"

Dafika tersedak ketika membetulkan ruang peti suaranya yang tiba-tiba tersangkut tadi.

Kenyataan Hajah Salhah menyebabkan nafas Dafika terhenti sesaat.

"Kalau Har kahwin dengan Fika sekalipun kenapa Har yang mesti berlembut? Fika tu yang kena hormat dengan Har."

Cepat je Ezhar membalas kata-kata neneknya.

"Ewah... Awak ingat saya ni hamba awak ke nak hormat awak je?"

Dafika yang dari tadi hanya mendiamkan diri, kini bersuara. Geram dengan sikap Ezhar yang tak pernah mengalah.

"Mesti lah kau kena hormat aku, aku kan suami kau. Takkan kau nak bercakap kasar dengan suami kau?"

"Ooo.. kalau jadi isteri tak boleh cakap kasar dengan suami? Tapi suami boleh pulak cakap kasar dengan isteri? Macam tu?"

Soal Dafika kembali. Amarahnya sikit tinggi.

"Kau isteri, kau kena ingat yang syurga kau bawah tapak kaki aku."

Ezhar terus membalas lantang.

"Awak ingat syurga saya je ke? awak tahu tak kalau awak pun tak betul ajaran, awak boleh bawak saya ke neraka."

"Sekejap.... Wan tadi cuma cadang je suruh korang berkahwin, Yang sampai masuk bab syurga neraka ni kenapa? Ke betul korang berdua ni ada hati nak dirikan rumah tangga."


Sentap!

Masing-masing diam bila Hajah Salhah memotong perbincangan mereka.

"Wan tak larang pun kalau korang berdua ada hati nak kahwin. Tapi buat dengan cara elok. Dan lepas kahwin jaga rumah tangga tangga tu biar kekal selamanya. Taknak gaduh-gaduh macam sekarang ni"

Hajah Salhah terus memberi nasihat seolah-olah kata putus sudah ditentukan.


Ezhar tak berani memandang Hajah Salhah, bergitu juga Dafika.

Kalau letak ais kat pipi Dafika, sah cepat je cair sebab dia rasa pipinya dah panas tika ini.


Ezhar pula, kalau tak sebab Karsyad masih tidur di pehanya. Memang dia dah keluar ke beranda sambil menarik racun tar ( rokok ) agar jantungnya kembali tenang.


Ruang sunyi sebentar bila Ezhar dan Dafika melayan perasaan sendiri.

Perasaan apa? Hanya mereka berdua yang tahu.


Mata Ezhar terus mengarah pada filem terminator di skrin kaca televisyen manakala Dafika meneruskan kerja melipat kain dilantai ruang tamu.


Hajah Salhah geleng kepala melihat aksi beku mereka berdua.

Tadi bukan main hebat lagi berdebat!

"Wan nak masuk tidur dulu, korang berdua jangan lewat tidur. Takut kena tangkap basah nanti."

Sekali lagi Hajah Salhah mengenakan Ezhar dan Dafika. Sengaja


Dafika tidak memandang Hajah Salhah, tangannya makin laju mengambil kain didalam bakul untuk dilipat.

Padahal jantungnya masa ni, Masyaallah. Rasa nak terkeluar dari tubuh!


Hajah Salhah bangun dan berlalu ke biliknya.


Makin lah tak selesa Dafika rasakan bila dia berdua sahaja dengan Ezhar.

Kalau Karsyad tak tidur tak lah rasa macam ni. Haish..


Rancangan Terminator yang bermain di kaca televisyen, terus ditatap oleh Ezhar.

Dafika pula hanya tunduk meneruskan kerjanya.

"Aku nak tidur."

Lama mereka berdiam, akhirnya Ezhar bersuara.


Dafika masih tunduk meneruskan kerjanya. Kata-kata Ezhar tadi buat-buat tak dengar kat telinga dia.

"Fika.. aku kata aku nak tidur, kau dengar tak?"


Dafika angkat wajah.
"Tidur lah.."

Soalan Ezhar dijawab sepatah. Pelik, nak tidur pun bagi tahu aku ke? Sejak bila?

"Macamana aku nak bangun, anak kau ni."

Jari terlunjuk Ezhar mengarah kepada Karsyad yang masih lena di pehanya.


Dafika pandang tepat kearah anaknya.

Allah... Malu nya!

Pantas dia bangun dan menghampiri Ezhar.

Karsyad cuba dikejut namun anak itu hanya mengeliat sebentar, sebelum menyambung tidurnya kembali.
Haish! budak ni!

"Aku angkat dia"

Ujar Ezhar tegas, seraya mencepung Karsyad yang masih lena.


Dafika tak terkata apa, terkoncoh-koncoh tubuhnya mengejar Ezhar yang sudah membawa Karsyad menuju ke biliknya.


Pintu kamar, Dafika buka sebelum Ezhar masuk dan meletakan perlahan Karsyad diatas tilam.

Bergulung anak itu menyambung lena ketika badanya merasa tilam empuk

"Arsyad dah besar, kau tak boleh bawa dia tidur sama lagi. Baik kau ajar dia tidur sendiri. Kan ada bilik kosong satu lagi kat rumah ni."

Ezhar bersuara seusai meletakan Karsyad. Kakinya melangkah kebelakang memberi ruang untuk Dafika menghampiri anaknya.


Dafika tak menjawab, selimut diambil dan menutup separuh tubuh anaknya.

Memang dia terfikir untuk biarkan Karsyad sendiri. Tapi ni kan rumah Hajah Salhah, Sudah lah dia menumpang bilik ni takde bayar apa-apa. Takkan Dafika suka-suka nak mintak bilik lain untuk anak dia pulak.

Sebab tu lah dia harus pindah dari sini.

"Fika.."

Panggil Ezhar ketika dia sudah berdiri di muka pintu.


Wanita itu menoleh kearahnya.

"Aku taknak kau pindah dari sini, kalau kau keluar jugak, siap kau!"

Ezhar memberi amaran.


Nafas Dafika hela sebentar.
"Sampai bila Har.. saya takde mengena dalam keluarga ni. Walau apa pun saya tetap kena keluar dari sini."


Langkah yang diatur untuk keluar dari bilik, Ezhar hentikan. Pandangan sayu Dafika ditatap.

"Aku akan benarkan kau keluar kalau kau dah ada suami baru. Selagi kau sorang-sorang, selagi tu aku nak kau duduk kat sini. Hal Reen biar aku yang uruskan. Ini je cara aku nak balas budi kau jaga Atok dan Wan selama aku kat penjara."


Dafika tidak membalas. Tubuh Ezhar dipandang seketika.



"Kau duduk sini, kau akan lebih selamat Fika.."

Nasihat Ezhar lagi ketika melihat Dafika terus mendiamkan diri tanpa jawapan

Sebentar kemudian langkahnya diatur keluar dari bilik tanpa menoleh kembali kepada wanita itu.


Sesaat figura Ezhar hilang dari pandangan, Dafika sekali lagi menarik dalam nafas sebelum dihembus pendek.

Sukarnya hati dia untuk mengakur keputusan Ezhar sebentar tadi, sesukar jiwa dia yang sebenarnya ingin selalu bersama lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience