Rate

KKA 2 : Minta duit

Family Completed 255200

Athifa mengangkat tubuh Zahar dari kerusi roda dan didudukkan ke katil. Tercungap-cungap gadis itu dibuatnya. Masakan tidak, dengan kudrat yang tidak seberapa, dia mengangkat Zahar seorang diri. Memang dia sudah biasa, tetapi, masih sahaja dia tidak mampu. Namun, mahu atau tidak, Athifa harus buat semua itu.

Senyuman lelaki itu saat mereka sampai di rumah membuatkan hati Athifa lega. "Dah sampai dah rumah, abah. Lagi best duduk rumah kan?" Soal Athifa dengan suara yang ceria.

Zahar mengangguk tanda setuju dengan kata-kata anak bongsunya itu. Jelas terpancar wajah gembira lelaki itu.

"Hujung minggu ni, kakak dengan abang kau nak balik sini. Nanti kau cari apa yang patut dekat pasar. Ibu nak masak. Duit yang diorang bagi pada kau ada lagi kan? Guna duit tu." Pesan Mak Yan sambil membuka tudung sarungnya dan diletak ke bahu kerusi.

Athifa menoleh pada Mak Yan. "Duit tu dah habis dah ibu. Fa guna bayar teksi tadi." Jawab Athifa. Serba salah dibuatnya. Masakan tidak, duit yang diberikan oleh abang dan kakaknya bukan banyak mana pun. Hanya cukup untuk dia membeli keperluan dirinya sendiri. Duit itu pun diberikan atas sebab dia menjaga Zahar. Yalah, dia tidak dibenarkan untuk keluar bekerja. Jadi, Athifa hanya mengharapkan duit dari kakak dan abangnya sahaja tika ini.

Mak Yan mendengus kasar. "Ibu pun tak cukup duit. Nak masak apa untuk diorang nanti?" Berkerut dahi tua itu memikirkan makanan yang mahu dihidangkan pada anak menantunya nanti.

"Ibu cubalah minta pada along atau kak ngah," Athifa memberi cadangan.
Pantas sahaja Mak Yan menggeleng. "Tak mahulah ibu. Segan ibu."

Athifa garu kepala yang tidak gatal. "Kenapa nak segan? Diorangkan anak ibu. Lagipun, kita nak beli barang untuk diorang juga," balas Athifa pelik dengan sikap Mak Yan.

"Kau tak faham." Bidas Mak Yan.
Setiap kali perkara itu dibincangkan pasti Mak Yan akan mengulangi ayat yang sama pada Athifa.

Apa yang aku tak faham? Bisik hati kecil gadis itu. Berkerut alis matanya saat ini cuba menghadam kata-kata Mak Yan. Sekali lagi kepala yang tidak gatal digaru.
"Biarlah Fa yang minta," kata Athifa menawarkan dirinya untuk meminta duit pada Zahidi abang sulungnya.

Mak Yan cebik bibir. Namun, dia tidak membantah.

Kemudian, Athifa bangun dari duduknya dan mencapai telefon bimbit pemberian dari kakaknya Aisya.

Nombor Zahidi didail. Beberapa detik dia menanti lelaki itu menjawab panggilan.

"Hello," kedengaran suara garau abang sulungnya dihujung talian.

"Along sibuk ke? Boleh cakap?" Soal Athifa.
"Cepat sikit. Kejap lagi along ada meeting." Balas Zahidi. Suaranya seakan tergesa-gesa.
"Aaa... Fa nak duit. Nak beli barang dapur. Hujung minggu ni semua orang balikkan?". Tanpa berbasa basi, Athifa terus menyatakan hajatnya.

Beberapa detik Zahidi diam. Kemudian, dia bersuara. "Kau minta dekat kak ngah dulu. Along tak gaji lagi," ujarnya bersahaja.

"Eeemm.. okaylah. Along balikkan hujung minggu ni?" Soal Athifa inginkan kepastian.
"Insya-Allah," jawab Zahidi ringkas.

"Okaylah, along. Assalamualaikum," panggilan ditamatkan.

Mak Yan yang turut menunggu jawapan dari anak bongsunya itu, terus bertanya, "Along cakap apa?" Soal Mak Yan.

"Along suruh minta dekat kak ngah,"
Lantas tanpa menunggu, nombor telefon Ashira pula didail dengan pantas. Dan seperti biasa dia menanti panggilannya dijawab.

Mak Yan juga menanti dengan penuh sabar. Sekali sekala muka Zahar direnung. Suaminya itu juga turut menunggu jawapan dari anak keduanya pula.

"Assalamualaikum, dik. Abah macam mana? Abah dah balik ke?" Belum sempat Athifa bercakap, kakaknya itu terlebih dahulu menyoal tentang keadaan ayah mereka.

"Abah okay. Dah ada dekat rumah ni." Jawabnya. "Kak ngah balikkan hujung minggu ni?" Sambung Athifa.

"Balik. Sekali dengan anak-anak. Kenapa?"

"Nak duit. Fa nak beli barang dapur nak masak. Sebab semua orang balik hujung minggu ni. Barang dapur banyak dah habis," ceritanya.

"Kak ngah tak cukup duitlah. Dah minta dekat along?"

Athifa diam. Wajah Mak Yan dipandang sekejap.

Patutlah ibu tak nak minta duit pada anak-anak dia. Detik hati kecil Athifa.
"Adik dah minta pada along dah. Dia belum gaji lagi. Tu yang adik minta pada kak ngah," jelas Athifa masih bersabar.

"Takpalah. Tak payahlah masak beria sangat. Apa yang ada je. Lagipun, kak ngah tak tidur sana. Singgah kejap je. Lepas tu nak bawa budak-budak ke Cameron. Dah lama janji dengan diorang," kata Ashira.
Athifa tarik nafas dalam. Entah kenapa dia merasa sakit hati. Tetapi, dipendamkan sahaja rasa itu.

"Okaylah kalau kak ngah cakap macam tu," Sudahnya, Athifa malas mahu meminta lagi.

Panggilan ditamatkan.

Seperti biasa, Mak Yan menunggu jawapan.
Athifa menggeleng sambil bibirnya melengkung masam tanda permintaan mereka tidak dapat ditunaikan. "Kak ngah tak cukup duit," ujar Athifa ringkas. Tidak mahu Mak Yan berkecil hati, dia menyembunyikan tentang percutian Ashira.

Patutlah ibu segan nak minta. Macam-macam alasan! Bentaknya di dalam hati. Dia merasa sebal. Disebabkan itu, dia malas mahu meminta pada Aisya dan Zamri. Bimbang hatinya bertambah sakit nanti.

Tiba-tiba, Zahar mencuit lengan Athifa. Lantas gadis itu terus menoleh pada Zahar. "Kenapa, bah?" Soalnya.

Terkial-kial Zahar mengambil bekas yang ada dihujung kepalanya. Di dalam bekas itu diletakkan semua barang-barang penting Zahar seperti kad pengenalan, duit pemberian orang dan dokumen-dokumen penting yang lain.

Setelah memegang apa yang dia mahukan, Zahar menyerahkan sekeping note lima puluh ringgit pada anak bongsunya itu.
Athifa tersenyum pahit sambil dia menggeleng perlahan. "Abah simpanlah duit abah ni. Nanti nak beli pampers abah, nak pergi bawa abah berubat lagi." Athifa menolak pemberian lelaki itu. Sungguh, dia tidak sampai hati mahu mengambil duit Zahar.

Bersungguh Zahar memaksa anak gadisnya itu untuk mengambil duit pemberiannya. Dia tayang muka marah. Saat melihat wajah garang Zahar, Athifa mengekek ketawa sambil menggeleng pantas.

"Tak payahlah, bang. Awak simpan je duit awak tu. Nanti nak beli barang awak takda duit dah," Mak Yan mencelah. Dia juga tidak sampai hati mahu menggunakan duit suaminya.

Zahar tetap berdegil. Berkali-kali dia memaksa Athifa agar mengambil duit yang dihulurkan. Gadis itu jadi serba salah. Melihat akan riak bersungguh-sungguh Zahar, Athifa tidak sampai hati untuk menolak.

"Okaylah. Fa ambil. Nanti Fa ganti," janji Athifa. Namun, cepat sahaja Zahar menggeleng tanda tidak mahu duit itu dibayar semula.

"Kalau macam tu, bolehlah hari-hari Fa minta duit abah," sengaja gadis itu berseloroh.

Zahar mengangguk pantas. Sungguh, dia tidak kisah untuk memberi duit pada anak bongsunya itu.

"Takdalah. Fa gurau je. Tak sampai hati nak guna duit abah." Ujar Athifa sambil menahan sebak di dada.

Mak Yan tersenyum nipis saat melihat gelagat suami dan anak bongsu mereka itu.

DENGAN berbekalkan note lima puluh ringgit, Athifah menaiki motor cabuknya pergi ke pasar seorang diri. Matanya mengelingas ke sana sini mencari bahan-bahan untuk masak dihujung minggu nanti.

"Fa!" Bahunya ditepuk seseorang dari belakang. Terangkat bahu Athifa dek kerana terkejut di sergah begitu.

"Ya Allah. Kau ni buat aku terkejut!" Marah Athifa. Dada di gosok laju sambil bibirnya mengetap geram.

"Alaaa.. Sorrylah! Aku excited tengok kau!" Balas Khatijah sahabat baik Athifa.
Athifa menggeleng geram. Kemudian, dia terus memegang beberapa biji lobak merah dan dibelek-belek.

"Abah kau macam mana? Dah okay? Malam nanti, aku ajak bapak aku melawat abah kau," sambung Kathijah lagi.

"Alhamdulillah. Dah okay. Cuma berjahitlah dahi dia." Jawab Athifa. Matanya masih tertumpu pada sayur- sayuran yang ada di depan mata.

"Kau beli macam-macam ni mesti adik beradik kau nak balik hujung minggu ni?" Tebak Kathijah. Bukan dia tidak tahu. Jika Athifa ke pasar, pasti sahaja dia akan membeli barang untuk adik beradiknya yang akan pulang nanti.

"Iya," jawab Athifa acuh tak acuh.
Khatijah mencebik. Sungguh dia tidak suka adik beradik Athifa yang meletak seluruh tanggungjawab menjaga ibu dan ayah mereka pada bahu sahabatnya itu. Sehinggakan semua cita-cita Athifa, terpaksa dikuburkan. Mentanglah Athifa anak bongsu.

"Eh, kau tahu tak, anak Pakcik Rafael si Haq dengan Hadreal tu dah balik dari oversea tau," Khatijah memula cerita.

Athifah tidak ambil pusing dengan apa yang diperkatakan oleh sahabatnya itu. Dia lebih menumpukan perhatiannya pada barang yang nak dibeli. Bimbang ada yang tertinggal. Dia tidak mahu berulang alik ke pasar. Membazir waktu dan minyak motor.

"Masa aku lalu depan rumah diorang tadi, sempat aku melirik mataku ini. Owh.. Kereta menjalar gituh!" Bersungguh Khatijah menyambung ceritanya beserta dengan gaya yang tergedik-gedik.

Athifa ketawa kecil. Geli hati melihat gelagat sahabatnya itu. "Kalau kereta dia menjalar, apa kaitan dengan kau?" Sengaja Athifa mengusik dengan soalan sebegitu.

Khatijah cebik bibir menahan geram. "Apa kaitan dengan aku? Aku nak try jejaka dua orang tu. Tak dapat abang, adik pun jadilah!" Khatijah melepas tawanya dengan kuat.

Athifa terkejut lalu mulut sahabatnya itu ditekup dengan telapak tangannya. "Coverlah sikit ketawa tu. Tak senonohlah kau ni!" Athifa turut menahan tawa saat melihat muka Khatijah terkulat-kulat memandang padanya.

"Tangan kau bau ikan! Busuklah, Faaaa...," Rengek Khatijah dengan manja. Berkali-kali hidungnya disapu dengan bajunya cuba menghilangkan bau hanyir yang melekat di wajah.

Mengekek Athifa ketawa saat ini. "Sorrylah. Aku lupa tadi aku pegang ikan,"

Wajah Khatijah merona merah sambil dia menahan tekak yang terasa mual dek kerana bau yang masih belum hilang itu.

"Dahlah aku nak balik. Ibu sorang-sorang dekat rumah dengan abah." Cepat-cepat Athifa membayar sayuran yang di ambil tadi. Disumbatkan ke dalam plastik yang sudah penuh ditangan.

"Eh, nanti kau free kita lepak tempat biasa," ujar Khatijah.

"Tengoklah kalau ibu bagi 'me time' dekat aku. Nanti aku bagi tahu kau," balas Athifa. Setelah itu, dia terus berlalu pergi meninggalkan Khatijah sendiri.

"Susah betul nak lepak dengan budak Fa ni. Macam mak ada anak sepuluh!" Bebel Khatijah tidak puas hati. Dalam masa yang sama, dia kesian melihat nasib sahabatnya itu.

Athifa antara pelajar cemerlang di sekolah. Layak untuk menyambung pelajarannya ke bidang yang lebih tinggi. Tapi, disebabkan pujukan adik beradik yang lain, segalanya gadis itu korbankan demi menjaga Zahar dan Mak Yan.

Khatijah menggeleng perlahan saat mengenang nasib Athifah.

selamat membaca!!

Share this novel

Siti Rohani Idris
2022-09-29 13:48:18 

duit tak ada tp nak g cuti kat Cameron. CA na tu


NovelPlus Premium

The best ads free experience