bab 30

Romance Series 423079

“Arhh…..” Ayriz mengerang kesakitan. Kereta yang tadi sudah hilang entah ke mana. Fariz segera mendapatkan Ayriz.

“Ayriz… yayang, yayang okay? Allahuakbar kepala awak darah…” jujur bagaikan ingin gugur jantung Fariz ketika itu.

“Si… siapa yang tolak…” Ayriz menggagahkan diri bangun untuk melihat seorang lagi yang menolaknya tadi. Ramai orang sudah berkumpul ke arah orang itu. Ayriz mengecilkan mata untuk meneliti wajah orang itu. Alangkah terkejutnya dia apabila orang itu orang yang sangat dia kenali. Lantas Ayriz bangun tanpa fikir tentang dirinya dan berlari mendapatkan si dia.

“Isac!!!!! bangun Isac bangunnn!!!! Tolong!!! Fariz, sesiapa call ambulans cepat!!!!! Isac…. bangun Isac… jangan tinggal aku bangun….” panggil Ayriz dengan esakkan. Sungguh dia tidak sangka lelaki itu yang menyelamatkannya. Fariz terdiam ketika itu. Melihat Ayriz dan Isac keadaan begitu membuatkan dirinya bercelaru. Adakah betul Ayriz sudah ada hati dengan lelaki itu?

“Arhh!!!!!!! Bodoh! Macam mana ada orang pula dekat situ! Aku dah perhati betul betul tadi. Tak guna! Rosak plan aku!” bengang Wawa apabila plannya ingin melanggar Ayriz tidak berjaya. Nampaknya dia harus cari tempat bersembunyi terlebih dahulu. Dia pasti akan datang kembali.

“A…. ada apa awak nak jumpa saya? Saya ada buat salah lagi ke? Pasal duit tu……”

“Ada aku suruh kau bercakap? Minum air tu.” arah Lim sambil memandang luar. Entah mengapa Isac memberi arahan untuk menjaga perempuan itu. Mel menundukkan kepala dan mengikut arahan lelaki itu. Takut juga dia ingin menatap wajah lelaki di hadapannya.

“Aku ni kan tak paham asal aku kena jaga kau ni.”

“Jaga? Sa… saya tak suruh pun.”

“Memanglah kau tak suruh masalahnya bos aku yang suruh. Ingat aku rajin nak jaga kau, ini sebab aku tak nak kena tetak je dengan bos aku tu. Semua sebab perempuan tu.” sejak awal lagi memang Lim tidak puas hati dengan Ayriz. Sejak kehadiran Ayriz semua yang Isac buat semua mengetumakan perempuan itu.

“Ayriz?”

“Ye la perempuan mana lagi…”

“Isac mana?” soal Mel inginkan kepastian. Lim yang berada di hadapannya merenung tajam dan membuatkan Mel menunduk kembali.

“Dah kau call dia cakap perempuan gila tu nak bunuh Ayriz… kau rasa dia kat mana?” jawapan Lim membuatkan Mel tersenyum.

“Kqu senyum senyum apahal? Kena sampuk?”

“Isac suka dekat Ayriz.”

“Hah?”

“Bos awak suka dekat Ayriz. Saya boleh nampak walaupun dia tak tunjuk.”

“Perempuan tu janda.”

“So kenapa? Hello dia pun tak nak jadi macam tu lah… Ingat kuasa talak di tangan lelaki.” Jawab Mel dengan tidak puas hati. Hilang rasa takutnya tadi.

“Eh yang kau emo apahal. Tu leher kau tu dah okay? Patut orang pandang aku macam aku bunuh orang, kau tayang leher lebam kau. Nanti orang ingat aku yang buat.”

“Memang awak nak bunuh saya hari tu kan…” selamba sahaja Mel menjawab sambil menjeling.

‘Eh minah ni dia boleh putar belit pula aku cakap.’

“Diamlah. Kau minum je.”

“Ma… Isac akan selamat kan ma? Dia tak apa apa kan?” soal Ayriz yang masih lagi gusar di luar wad. Kesemua ahli keluarga Ayriz berada di situ. Mereka juga terkejut dengan khabar itu.

“Adik… sayang mama. Isac tak apa apa. Percaya cakap mama okay.” mamanya cuba menenangkan anak perempuan dia. Belakang badan Ayriz diusap lembut. Mereka semua masih tertanya tanya siapakan lelaki yang bernama Isac itu.

“Patutnya adik dalam tu ma… Kenapa dia datang? Kenapa….” soal Ayriz lagi dalam esakkan.

“Ayriz… jangan macam ni. Saya tahu Isac kuat dekat dalam tu. Awak doa banyak banyak okay.” kata Fariz yang juga ingin menenangkan Ayriz. Meskipun sedikit perit namun dia harus menolak tepi perasaannya ketika itu.

Selang berapa minit pintu wad dibuka. Ayriz terus bangun mendapatkan doktor.

“Doktor macam mana keadaan dia?” tanya papa Ayriz.

“Boleh saya tahu kamu semua ni siapa?”

“Kenalan pesakit. Macam mana dengan dia doktor?” tenang papa Ayriz menjawab.

“Pesakit sekarang dalam keadaan lemah… dia kekurangan darah jadi kami memerlukan darah yang sesuai dengannya.”

“Dia darah apa doktor?”

“Dia darah O.”

“Biar saya dermakan doktor. Darah saya sesuai.” jawab Ayriz laju tanpa meminta pendapat orang yang berada di situ.

“Tapi awak masih dalam keadaan lemah. Kami tak mahu mengambil sebarang risiko.”

“Kalau macam tu amik sahaja darah saya. Darah saya juga sesuai.” kata papanya pula. Ayriz memandang papanya seperti tidak percaya.

“Kalau macam tu sila ikut saya.”

“Terima kasih pa….” ucap Ayriz sambil memeluk papanya. Papanya hanya tersenyum dan mengangguk.

“Doktor boleh kami tengok pesakit?”

“Maaf… pesakit tidak boleh diganggu. Selepas proses darah baru boleh tengok.”

“Terima kasih doktor. Kami faham.” jawab mamanya.

“Rasanya yang lain bolehlah balik dulu. Baby pun baliklah dulu rest.” arah abang Am lembut.

“Tak nak. Baby nak tunggu Isac.”

“Tapi baby kena rest. Baby pun effect tadi.”

“Baby tak nak….. Baby nak tunggu Isac. Mama tolonglah… Adik nak stay sini.”

“Tapi…”

“Tak apa ma… biar je Ayriz tunggu sini.” bantah Fariz. Semua pun tahu sikap Ayriz bagaimana.

“Baby apa apa bagitahula keadaan kawan baby macam mana. Andy, Ayie kau stay sini dengan Fariz dengan mama. Yang lain balik dulu.” mereka mengangguk mengiakan kata kata Am.

Ayie dan Andy memandang ke arah Fariz menginginkan penjelasan namun Fariz hanya membuat riak biasa.

“Hello Jack. Ha asal kau call aku? Hah apa? Dekat mana? Kejap lagi aku sampai.”

“Kenapa?“ soal Mel apabila melihat Lim seperti tidak tentu arah.

“Isac accident.”

“Hah? Dekat mana?“

“Kau ni banyak tanyalah. Dah jom ikut aku!” arah Lim sambil mengambil beg tangan Mel. Mel seperti hilang arah dan keliru ketika itu namun dia turut belari mendapatkan Lim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience