BAB 11

Romance Completed 19731

Masuk hari ke tiga pernikahan kami,aku sudah mula bekerja di kedai Mak Teh.Begitu juga dengan Harris.Tak ada maknanya nak cuti lama-lama.Bukannya mampu nak pergi honeymoon pun.Kalau selalunya aku excercise saja tapi hari ini aku pergi bersama Harris.Mak Teh buka kedai pukul 9.00 pagi.Begitu juga dengan CC Jalur Lebar.Sebab itulah aku selalu terserempak dengan Harris setiap kali nak pergi kerja.

”Wow!,.loving couple sudah mari.Macam mana semalam? Best? Aku dengar semalam,orang belum solat Isya,. korang katil dah runtuh,.” terbuntang mataku.Ameera dah mengekek ketawa.Ni mesti kerja Shimah.Dia memang rapat dengan Ameera dan Afiqah.

”Kamakamau bomolehmeh dimiamam temetakmak? Amakumu semekehmeh kemekangmang!” (Kau boleh diam tak? Aku sekeh kang!) sambil bercakap aku terus berjalan ke dapur.Aku senyum pada Mak Teh bila kami berselisih.

”Amadama amakumu kemesahmah!,.ceta ar Za!,.” (Ada aku kesah!) aku berhenti dan mengadap Ameera.Dalam dok buat ayat ‘ada aku kesah’ dia suruh aku cerita jugak.Entah apa-apalah budak ni.

”Hanya dua ayat ja yang mampu aku cakap.’Syok giler’ and full stop.Dah!,.aku nak buat kerja.Jangan kacau!!” aku sengaja mereka-rekakan cerita.Padahal semalam tak jadi apa-apa pun.Bila katil dah runtuh,aku tidur di bilik Shimah.Harris pula tidur di ruang tamu dengan Hashim.Pagi ni dah masing-masing nak datang kerja.Harris kata kalau ada rezeki hujung bulan baru nak beli katil baru.Malam ni tidur ja atas tilam nipis tu dulu.

”Fuyooo!!,.syok gilerrr tu!!,.tak sabarlah nak nikah kalau macam ni.Oh,.mama,saya mahu kahwin.Kahwin dengan siapa,.dengan siapa saja!” Ameera dah mula buat ayat gedik dia.Siap nyanyi-nyanyi lagi.

Aku malas nak layan Ameera dah.Tanpa disuruh aku buat kerja aku macam biasa.Tolong Mak Teh siang ayam,ikan,sayur,kupas bawang dan cuci sekali.Pinggan mangkuk dan gelas pun kerja aku juga untuk mencucinya.Bila tak ada pelanggan untuk dilayan baru Ameera akan menolong aku sambil kami berbual.

Waktu pagi macam ni selalunya pelanggan akan makan nasi lemak bungkus yang sudah diletakkan di atas setiap meja dan kuih muih yang diletakkan oleh orang-orang kampung.Pagi-pagi macam ni jarang pelanggan nak order nasi goreng,mee goreng atau sebagainya.Kalau ada pun Mak Teh yang akan masakkan.Aku ambil shift untuk time makan tengahari ja sebab Mak Teh sibuk melayan pelanggan yang nak makan nasi berlauk.Pak Teh pula jaga bahagian kaunter dan tolong kerja-kerja berat.Contohnya pergi beli barang dapur dengan Mak Teh dan angkat barang-barang berat.

”Kau agak,hari ni Izzuan datang tak?” Ameera tanya aku ketika dia datang menolong aku mencuci gelas.Aku pandang wajahnya sambil menjungkitkan kening padanya.

”Kenapa tanya? Kau rindu dia ke?” aku bertanya Ameera kembali.Ameera bulatkan matanya dan pantas tangannya menampar bahu aku.

”Aku tanya jer!,.cuba kau bayangkan kalau dia datang hari ni dan mengayat kau macam selalu,.” mendengar saja kata-kata Ameera tiba-tiba saja aku dapat satu akal.Aku terus lemparkan senyuman.

”Kaukan pernah suruh aku test abang Harris.Apa kata kalau hari ni aku test dia? Kau tolong aku,bolehh?” aku kenyitkan mata pada Ameera.Akhirnya dari wajah serius tadi kini wajah Ameera bertukar ceria.Lebar pulak senyumannya.Kalau bab nak menguji orang ni,aku tau sangat,Ameera ni memang boleh diharap.Terasa ada tanduk pula yang dah tumbuh dikepala kami.Harap-harap Ameera tak keterlaluan sangatlah nanti.Kalau tak, teruk pulak aku nak memujuk cik abang aku tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience