Selesai bersarapan, aku dan Emir bergerak ke Bukit Bendera. Tempat pertama yang aku ingin jejaki tatkala mendengar nama Pulau Pinang. Aku tidak sabar untuk menjejakan kaki ke atas. Emir hanya ketawa kecil melihat tingah lakuku.
Memandangkan sekarang musim cuti sekolah, maka banyaklah pengunjung yang berduyun datang ke Bukit Bendera. Untuk mengelakkan bersesak dengan orang ramai, kami berdua akhirnya mengambil keputusan untuk bergerak lebih awal. Seawal jam 7.30 pagi kami berdua Emir sudah terpacak di kaunter untuk membeli tiket.
Antara tips yang aku pernah aku baca, kalau hendak menikmati pemandangan yang indah sepanjang menaiki Bukit Bendera, paling penting duduk di bahagian paling hujung kereta kabel. Jangan di tengah ataupun di hadapan. Tak best. Sebab bila duduk dengan hujung sekali, kita akan dapat menikmati pemandangan Pulau Pinang sambil menaiki Bukit Bendera menggunakan kereta kabel.
Apabila tiba giliran kami berdua, aku menarik tangan Emir untuk duduk di bahagian hujung. Emir hanya mengikuti sahaja. Kami berdua mengambil tempat duduk lalu tanganku mengeluarkan telefon untuk merakam video.
"Cantikkan?" Emir meluahkan rasa kagumnya. Aku mengangguk, menyetujui kata Emir. Kagum melihat keindahan ciptaan Allah yang terbentang luas.
Sampai sahaja ke atas, aku dan Emir berpegangan jalan, menikmati keindahan kawasan di Bukit Bendera. Suasana pagi yang tidak berkabus membenarkan kami berdua menikmati keindahan kawasan Pulau Pinang dan juga kelihatan Jambatan Pulau Pinang. Aku tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar di kawasan bergantungan dengan kunci.
"Tak nak tulis lepas tu kunci kat pagar tu jugak ke?" tanya Emir di sebelah aku yang sedang leka memerhati pagar yang dibanjiri dengan pelbagai mangga dan berbagai-bagai ucapan yang tertulis ke atasnya.
Aku menoleh ke arahnya. " Eh?"
"Macam tu." Jari telunjuk Emir lurus ke arah sepasang kekasih yang sedang mengunci mangga di pagar. Sambil itu mereka berdua tersenyum bahagia.
Bunyi macam menarik tapi aku tak berminat.
"Kenapa? Abang berminat nak buat ke?" soalku ke arahnya.
"Mana tahu sayang nak tulis, 'I love Emir Hafiz forever till jannah' ke? Boleh jugak jadi saksi cinta kita kan?" Emir angkat kening berkali-kali.
Aku juling mata ke atas. Pipi Emir aku cubit dengan kuat. Emir mengaduh kesakitan lalu tangannya menepuk-nepuk tanganku. Tak boleh layan sangat sengal Emir ni.
"Ppa ni sayang. Sakit tau. Tak sayang suami ke?" Emir muncung mulut.
Aku tersengih. "Sayanglah. Siapa cakap tak sayang?"
"Habis tu selama ni abang tak pernah dengar pun sayang cakap I love you kat abang?" Emir pincing mata.
Aku hampir tercekik. Alamak!
Aku ingatkan Emir selama ini tak perasan akan aku yang tidak pernah melafazkan perkataan keramat tersebut kepadanya. Bukanlah aku tidak mahu, tetapi aku segan bercampur malu. Tidak tahu bagaimana untuk menuturkan perkataan tersebut dan selalunya aku wrong timing.
I love you.
Tiga perkataan yang nampak simple tapi bagi aku sangat bermakna. Aku sayang akan Emir dan aku cintakan lelaki yang seorang ini. Walaupun pada mulanya aku bukannya sukakan Emir pun, lebih-lebih lagi dia merupakan pelajar yang bermasalah.
Mana ada guru yang boleh jatuh cinta dengan murid yang bermasalah. Boleh semak dada sakit jantung memikirkannya. Tapi akulah kot insan bertuah tu. Terkahwin dengan anak murid yang bermasalah.
Applause for me.
"Sweetheart," suara Emir meleret, berbisik di telingaku.
"Hemm?" Aku kerut dahi. Kenapa masa ni jugak keluar suara kelambu Emir?
"I love you till jannah."
"Love you to the moon and the back." Bersama ucapan tersebut secepat kilat sepantas ninja aku kucup pipi Emir. Nasib baiklah kawasan kami agak terlindung.
Seperti lipas kudung juga aku tinggalkan Emir yang jelas terpinga-pinga apabila aku mengucapkan perkataan tersebut. Aku tergelak kecil apabila mukanya kelihatan merah sedikit. Dari hujung mataku, aku lihat dia tersenyum manis. Kelihatan lesung pipinya terbentuk elok, menjadikan Emir semakin kacak.
Perjalanan kami diteruskan ke Fort Cornwallis dan Padang Kota. Di Fort Cornwallis kami sempat mengambil gambar dekat dengan meriam dan tugu Francis Light.
Misi food hunting kami berdua Emir bermula tatkala keluar sahaja dari Fort Corwallis. Mee sotong yang merupakan salah satu tarikan utama di Penang. Nasi kandar dan pasembor turut tidak terlepas dari pandangan kami berdua Emir. Sepanjang di Padang Kota misi kami berdua hanyalah makan dan makan.
Kami berdua sempat bergambar dengan tugu Transformer, Optimus Prime dan Bumblebee sebelum mencari surau untuk menunaikan solat. Kemudian kami berdua Emir bergerak menuju destinasi seterusnya, Queensbay Mall atau QB Mall. Mall yang popular dalam kalangan pelajar USM selain daripada Gurney Drive.
Tetapi masih lagi tidak dapat mengalahkan populariti Kompleks Bukit Jambul dalam kalangan pelajar USM, menurut kawanku.
Balik sahaja daripada QB Mall, aku terus merebahkan diri ke atas katil. Penat menguasai diriku. Emir sudah menghilang di sebalik tandas. Dari tadinya mukanya berkerut menahan untuk membuang hajat.
Aku melelapkan mata. Tidak mampu menahan perasaan mengantuk yang menjengah. Mujurlah isyak sudah diselesaikan lebih awal sebelum balik. Kalau tidak mahu terbabas isyak aku dan Emir nanti.
"..Yang..." Sayup-sayup kedengaran seseorang.
"Sayang.. bangun," panggilan itu semakin jelas di telingaku. Semakin dekat sehingga aku terasa ada nafas bagaikan dihembus-hembus di telingaku. Aku mengerutkan mataku, menahan perasaan geli.
Aku beralih ke tepi, melarikan diri daripada perasaan geli di telinga. Namun bagaikan ada bongkah besar yang menghalang. Aku merengus. Geram kerana ada yang menghalang aku untuk bergerak.
Baru sahaja aku bercadang untuk membuka mata, terasa ada sesuatu yang hinggap di bibirku. Aku yang berkira-kira untuk memarahi gerangan makhluk Allah yang mengacau lenaku, terus terbuka luas mata. Terkejut dengan serangan hendap yang hendak dilakukan.
"Sayang dah bangun?" wajah Emir yang tersenyum menggoda di depan menyambut pandangan mataku. aku pejam celik mata beberapa kali. Agak tergamam dengan kedudukan Emir yang sangat rapat di depanku.
"Pukul berapa sekarang?"
"Pukul 11.30 malam," jawap Emir sambil merapatkan lagi kedudukan kami berdua yang sedia rapat. Tangannya sudah kejap memelukku. Sebelah tangannya lagi sudah mengusap wajahku.
"Alamak!"
Aku serta merta bangun. Emir yang sedang memelukku terkejut apabila melihat aku terjerit kecil.
"Kenapa sayang?" suaranya bagaikan sedikit risau.
"Saya tak mandi lagi."
"What?" Emir melopong.
Aku tersengih-sengih memandang Emir. Emir tarik nafas panjang. Rambutnya diramas perlahan. Mungkin tidak menyangka ayat itu yang keluar dari mulutku.
"Saya mandi dulu." Aku berlalu ke arah pintu tandas. Belumpun sempat kakiku melangkah, Emir terlebih dahulu memelukku.
"I will be missing you."
Err? Aku nak ke tandas je pun, nak mandi. Bukannya aku pergi berperang ke Iraq sana, mengikuti misi keamanan kot sampai nak bermissing dengan aku. Tak pun ada pintu Doraemon di sebalik pintu tandas, yang bakal membawaku ke pelusuk dunia, meninggalkan Emir berhoneymoon seorang diri di Pulau Pinang ini.
"Abang, saya nak ke tandas je pun, okey."
Emir mengeluh.
"Nak romantik dengan sayang aje pun." Emir tarik muncung Donald Duck.
Aku buat rolled eye.
"Nak romantika de amour pun logiklah sikit. Ni nak ke tandas je pun nak bermissing bagai," aku membebel sambil tarik hidung Emir.
Emir hanya ketawa kecil. " You and your nagging. Dah, pergi mandi. Busuk."
Aku pincing mata memandang Emir. Terus sahaja aku menyiku perut Emir.
"Mana ada busuk," kataku sambil melangkah masuk ke dalam tandas. Dia hanya tergeleng-geleng sahaja.
Selesai mandi aku mencari kelibat Emir. Tiada. Aku garu kepala. Dia merajuk ke tadi? Macam tak rasanya. Apabila kepalaku tertoleh ke arah balkoni yang terbuka, barulah aku melihat Emir yang sedang khusuk menikmati keindahan malam.
Tiba-tiba mindaku timbul dengan idea nakal. Perlahan-lahan aku melangkah kea rah Emir. Perlahan-lahan sehingga hanyalah bunyi angin malam yang berbunyi ketika ini. Apabila mendekati Emir pantas aku memeluknya dari arah belakang.
"Abang!"
Emir tersentak. Laju sahaja kepalanya berpusing ke arah belakang. Aku bagi senyuman paling comel sambil kelip-kelip mata, muka tidak bersalah.
"Ya Allah sayang!" Emir tarik nafas panjang.
"Nakal tau. Nasib baik abang tak sakit jantung," bebel Emir sambil menarik aku dalam pelukannya. Dagunya diletakkan di atas kepalaku. Sesaat ada kucupan yang singgah di rambutku.
"Wanginya isteri abang," Puji Emir.
Aku tersengih. "Mestilah." Aku tarik erat tangan Emir, bersama-sama menikmati angin malam yang bertiup dan mengkagumi keindahan ciptaan Allah di dada langit.
Hari kedua kami diteruskan ke The Top Komtar dan tarikan utamnya adalah Rainbow Skywalk. Laluan jambatan yang dibina menggunakan kaca. Aku sedikit gayat dan hanya mampu berpaut pada Emir yang kelihatan sangat relaks, sambil menikmati keindahan bandaraya Pulau Pinang daripada tempat paling tinggi ini. Sudahnya Emir tidak henti-henti mengusik kerana akulah yang mencadangkan untuk pergi ke tempat ini. Beria-ia aku mengatakan aku tidak takut, sudahnya pada lengan Emir jugaklah aku berpaut semasa berjalan di atas Rainbow Skywalk ini.
Tempat seterusnya adalah semestinya tempat yang paling utama dilawati jika berkunjung ke Pulau Pinang. Art Street. Sampai sahaja aku di sana, kami berdua Emir menggunakan basikal untuk mengelilingi kawasan yang mempunyai lukisan yang dilukis pada dinding. Aku dan Emir amat teruja dan tidak melepaskan peluang untuk menangkap beberapa keping gambar di sambil berswafoto. Kadang-kala aku meminta tolong beberapa orang untuk menangkap gambar kami berdua.
Kami berdua singgah solat sebentar di Masjid Kapitan Keling sebelum meneruskan pengembaraan di Art Street. Di sekitar Art sreet juga terdapat beberapa gerai makanan kecil dan aku tidak melepaskan peluang untuk mencuba. Rugi kalau tidak menikmati sepenuhnya pengalaman di Pulau Pinang ini.
Langkah kami berdua panjang sehingga dapat melawati jeti feri Pulau Pinang dan juga beberapa buah muzium.
Sebelah malam pula aku mengajak Emir ke pasar Malam Batu Feringgi, yang tidak beberapa jauh daripada hotel tempat kami berdua menginap.
"Tak habis lagi makan?"
Aku angkat kening sebelah.
"Banyak dah tu sayang makan," sambungnya lagi apabila melihat mulutku dari tidak habis mengunyah makanan. Habis satu sambung satu lagi.
"Takde banyak mana pun. Sikit ajelah."
"Sikit ke tu?" Emir memuncungkan mulutnya kea rah plastik plastik yang dibawa oleh aku sepanjang menyelusuri pasar malam.
"Eleh, abang pun sama. Tu," panjang muncungku kea rah beg-beg plastic yang dijinjit oleh Emir. dia tersengih.
"Ini bukan makanan. Abang beli cenderahati nak bawa balik."
Aku tersengih. Sejak tadi kami berdua sibuk memborong cenderahati untuk dibawa balik dan diberikan kepada ahli keluarga dan sanak saudara. Paling utama kami berdua mempunyai misi membawa balik jeruk Pak Ali, jeruk popular yang menjadi pesanan utama sebelum berangkat ke Pulau Pinang.
Nasi Tujuh Benua. Dek kerana nasi yang pernah diperkenalkan oleh salah guru yang bertugas di tempatku, maka aku seret Emir untuk mencuba nasi berkenaan. Nasi yang mengandungi tujuh jenis nasi, antaranya nasi lemak, nasi hujan panas dan nasi putih menyebabkan aku sanggup ke Bayan Lepas untuk menikmati nasi ini.
Hari ketiga food hunting Nasi Tujuh Benua dan Emir hanya pasrah sambil menggelengkan kepalanya. Layankan sahaja perangai isterinya yang food hunting sambil berbulan madu ini.
"Dah kenyang ke?
"Dah," aku senyum lebar selebarnya. Puas apabila merasa sendiri Nasi Tujuh Benua.
Emir hanya tersenyum sambil mengusap kepalaku dengan penuh kasih sayang.
"Jom, kita ke destinasi seterusnya," ajak Emir dan aku hanya mengangguk.
Ketika meneruskan perjalanan, kami berdua melepasi kawasan Universiti Sains Malaysia. Antara shortcut yang boleh digunakan adalah masuk dari pintu masuk Bukit Gambir dan keluar melalui pintu masuk Sungai Dua. Kebiasaannya jalan ini diambil kerana memendekkan masa daripada berpusing daripadamenggunakan satu lagi jalan yang lain. Dalam masa yang sama aku pandang wajah Emir yang beriak biasa.
Satu persoalan yang selalu muncul dalam mindaku selepas Emir menamatkan persekolahannya. Dia nak sambung belajar ke?
Bagaikan perasan aku memandang wajahnya lama, Emir berpaling ke arahku sambil angkat kening sebelah.
"Kenapa?"
Aku tunduk sebentar sebelum memandang wajah Emir. pipiku digaru.
"Lepas habis STPM abang rancang nak sambung study tak?" Berhati-hati aku bertanya.
Emir pandang aku lama, sebelum terbit senyum manisnya. Dia menarik tangan aku lalu digenggam erat.
"Tak. Abang nak kerja, nak sara sayang dengan Emir junior. Lagipun abang memang tak minat study pun. Masuk Form 6 pun kena paksa dengan abah dengan ummi."
Aku gigit bibir.
"Tak menyesal ke?"
"Why should I ? Abang jumpa dah matlamat hidup abang. I found the best present in my whole life, why should I bother any others thing? Lagipun sambung study akan jauhkan abang daripada sayang and I hate that very much."
Aku serba salah.
"Tapi..."
Emir kenyit mata. "Kita dah sampai. Jom."
Bersama kata-kata itu, aku mematikan ayat yang ingin keluar dari mulutku. Sedar akan Emir tidak ingin memanjangkan hal tersebut lebih lanjut.
Hal tersebut aku tolak tepi terlebih dahulu. Pada dasarnya, jika dilihat dari posisi aku sebagai guru, Emir merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan tidak mempunyai masalah dalam pembelajaran. Malah markah peperiksaannya boleh dikira sebagai bertentangan dengan perangai badboy yang hobinya keluar masuk bilik PKHEM itu. Sebagai guru aku ingin melihat Emir lebih berjaya pada masa hadapan, sekurang-kurangnya menjejakkan kaki ke menara gading.
Namun, jauh dari sudut hatiku, aku tidak ingin melepaskan Emir pergi jauh dariku. Ada benarnya pada ayat Emir tadi. I hate to be far away from you. Terasa macam nak ikat Emir dekat dengan aku selalu. Lagipun apabila berjauhan besar cabarannya, jika Emir berjaya melanjutkan pelajarannya jauh dari Sarawak.
"Sayang, jom main banana boat!" Suara ajakan Emir yang menarik aku kembali ke alam nyata. Aku pandang wajah teruja Emir yang sedang menarik tanganku kea rah satu benda panjang berwarna kuning yang sedang tersadai di atas air.
Aku terngadah. Benda apa panjang tu?
"Apa tu bang?" aku bertanya. Risau akan benda panjang tersebut.
Emir senyum. "Banana boat sayang."
"Tak bahaya ke?" Aku was-was. Membayangkan benda tersebut tiba-tiba terbalik di tengah laut. Sudahlah aku tak pandai berenang. Uiii seram bak hang.
"Tak. Kita pakai jaket keselamatan ni. Dah, jom."
Tanpa menunggu sepatah kata dariku, Emir terus menyarungkan jaket keselematan di badanku dan menarik aku ke arah banana boat yang sudah sedia menanti. Aku layankan sahaja Emir yang teruja. Habis sahaja berpusing-pusing dengan banana boat aku ingatkan habis jugalah keterujaan Emir.
Namun tidak!
Kali ini disambung dengan parasailing pulak. Aku facepalm dalam minda. Aku yang tidak berani, hanya tumpang bahagia melihat Emir yang begitu seronok dengan aktiviti di pantai Batu Ferringhi ini. Dia seronok menikmati angin pantai. Nampak sahaja kelibatku dia melambai-lambai dengan kuat. Dalam diam aku tergelak. Nampak jugak sisi lain Emir, yang teruja seperti kana-kanak riang ini.
"Seronok?"
Emir berpaling dengan wajah yang puas hati sambil mengangguk kepala. Kami berdua duduk di kawasan yang agak terlindung daripada panas sambil makan makanan yang ringan. Aku tergelak. Bahagia melihat lelaki ini seronok.
Tidak lama kemudian Emir menarik aku untuk bermandi manda. Aku pada mulanya menolak kerana tidak ingin lebih basah sepatutnya daripada aktiviti banana boat tadi, terpaksa akur apabila Emir mengeluarkan muncung Donald Ducknya. Lelaki bernama Emir apabila merajuk payah untuk dipujuk, ditambah pula dengan aku yang tidak pandai memujuk.
Kombinasi tidak mantap itu.
Puas menikmati suasana matahari terbenam di pantai kami berdua akhirnya balik ke hotel untuk membersihkan diri. Penat menguasai diriku, namun kepuasan terasa berbaloi. Bercuti berdua bersama Emir.
Ketika aku keluar dari pintu tandas Emir sudah sedia menanti. Aku kerut dahi. Tak sabar nak mandi kea tau nak buang hajat. Namun apabila melihat ada bungkusan di tangannya aku kehairanan.
"Ada apa abang?"
Emir senyum sambil menyerahkan bungkusan itu kepadaku. " Abang nak sayang pakai ni boleh tak?"
Aku belek isi kandungan dalam bungkusan yang diserahkan oleh Emir. Mataku dikecilkan melihat telatah Emir yang bagaikan menyembunyikan sesuatu dariku. Mencari sesuatu atau klu untuk menebak sebab Emir berbuat demikian.
"Ada apa ni bang?"
Emir tayang senyum boyishnya. Jantungku berdetak kencang terutama apabila Emir tayang senyum boyishnya yang nampak lesung pipit itu.
"Rahsia." Jari telunjuk Emir diletakkan di tengah-tengah bibirnya sambil mengenyit mata. Aku hampir sahaja hilang fungsi jantungku apabila dihadiahkan dengan muka yang nakal itu.
Auummmm!
"Baik."
Badanku berpaling semula ke belakang, masuk ke dalam tandas untuk menukar pakaian. Hampir sahaja mataku melotot apabila baju tersebut disarungkan ke tubuhku. Gaun separas betis biru berlengan tiga suku ini muat-muat di badanku. Eh, Emir ni nak ajak aku ke mana?
Gila nak pakai macam ni keluar? Aku garu kepala.
"Sayang keluar nanti tutup mata tau." Arahan Emir seterusnya dari balik pintu. Aku garu kepala kali kedua.
Keluar saja dari pintu tandas dada Emir sudah sedia terhidang di mataku. Tanpa sempat berkata, Emir terlebih dahulu menutup mataku dengan sehelai kain. Bila ditanya jawapan mudahnya hanyalah,'surprise' bersama dengan kucupan di dahi.
Aku ikutkan sahaja rancangannya, walaupun di dalam hatiku sudah berdebar-debar dengan pelabagai andaian yang bermian di mindaku ketika ini. Aku membontoti langkah Emir yang menuntun aku sehingga ke satu tempat. Aku didudukkan. Sofa. Dan mujurlah Emir tidak menarik aku untuk diajak keluar dengan berpakaian seperti ini. Kalau tidak siaplah Emir aku parangkan nanti.
Bila pergi, Emir dalam keadaan sempurna, bila balik Emir tempang sebelah. Mahu terkejut semua orang nanti. Lamunan aku terhenti apabila aku dengan bunyi ketang ketung yang dihasilkan oleh Emir. Entah apa kejutan yang hendak dilakukan oleh suami aku ini.
Tidak lama kemudian, bunyi ketang ketung digantikan dengan bunyi keting keting. Aku garu kepala. Otakku gagal mentafsir akan bunyi-bunyi yang dihasilkan. Emir nak buat apa ni? Aku tertanya-tanya. Kemudian, barulah senyap.
"Sayang," panggil Emir lembut lalu mengarahkan aku untuk membuka ikatan kain yang menutup mataku.
Sebaik sahaja mataku terbuka aku tergamam. Terkejut bercampur terharu. Di mataku terhidang dengan candle light dinner. Walapun tidaklah semewah seperti yang di dalam restoren, hanya bertemankan chicken chop yang diletakkan di atas pinggan plastik, gelas hotel dan lilin bulat kecil. Aku cukup terharu.
Baru sahaja aku angkat kepala, aku dihidangkan dengan kejutan kali kedua. Emir yang segak dengan baju kemeja biru laut dipadankan dengan jeans hitam. Rambutnya disikat kemas. Aku tergamam, lebih-lebih lagi dengan senyuman sengetnya bersama dengan sebuah gitar.
"Abang dapat gitar dari mana?"
Emir buat rolled eye. "Boleh pulak soalan tu keluar? Takde rasa terharu ke, nak menangis ke?"
Aku tergelak kecil. Senyuman paling manis aku hadiahkan untuk Emir. " Terima kasih abang. Tak tahu nak cakap apa bila nampak ni. Seriously I love it very much."
Mahu sahaja aku peluk Emir ketika ini, meluahkan perasaan dan rasa terima kasihku.
"Rasa nak peluk abang aje," tambahku lagi.
Lebar senyuman Emir. "Tunggu satu lagi surprise baru peluk abang."
Eh? Ada lagi ke?
Bagaikan tahu akan dalam fikiranku, Emir tergelak. "Just wait for this special performance. Khas daripada untuk sayang. Terimalah, Your Are The Reason for the only and only one my lovely wife. "
Aku angguk laju-laju. Tidak sabar mendengar Emir menyanyi live depan mata, untuk diriku sendiri. Dengan perasaan teruja aku bertepuk tangan.
Petikan gitar mulai berkumandang. Suara Emir yang mengalunkan lagi You Are The Reason mula kedengaran. Setiap bait patah lirik lagu kedengaran begitu mendalam untuk kami berdua. Mata Emir tidak lepas-lepas memandangku sambil tangannya lincah memetik not not lagu.
I'm climb every mountain
And swim every ocean
Just to be with ou
And fix what I've broken
Oh 'cause I need you to see
That you are the reason
Emir meluahkan perasaannya. Aku turut sama menyanyi bersama Emir, walaupun suaraku boleh mengalahkan katak puru menyanyi. Dalam masa yang sama pipiku menghangat dek penangan romantic Emir.
Habis sahaja Emir menyanyi aku terus peluk Emir lalu menghadiahkan ciuman di kedua-dua belah pipi kira dan kanannya. Emir memelukku erat. Lama berpelukan Emir mengajak aku makan.
Sambil menikmati chicken chop kami berbual-bual tentang banyak perkara. Sisi romantik Emir sememangnya boleh membuatkan aku cair, tercabut skru di sendi-sendi. Kalau hendak dibandingkan dengan perangai naga jantannya dulu, mesti aku rasa tak percaya ada sisi lain lelaki di hadapan aku ini.
Kalau diingatkan balik memang tak hendak aku bersuamikan orang yang lebih muda daripada aku, lebih-lebih lagi student aku. Namun siapa dapat menyangka, terkahwin juga aku dengan student aku sendiri, berkat makbul doa kawan-kawan aku lagi.
Aku senyum sendiri.
"Sayang, jom menari."
"Menari?" Aku terngadah sendiri. Menari? Mana aku pernah belajar menari. Nak menari pun boleh mematahkan pinggang aku.
"Ye sayang. Menari." Emir ulang semula katanya.
"Tapi saya mana pandai menari," kataku gusar.
Emir ketawa kecil. "Tak payah menari betul. Abang pun bukan pandai sangat. Kita ikut je rentak lagu."
Akhirnya aku mengangguk. Emir memasang lagu daripada telefonnya menggunakan speaker. Entah speaker dari mana pulak dia rembat. Sudahlah gitar tadi masih menjadi tanda tanya. Lagu romantik yang slow sahaja rentaknya mula mengisi ruang bilik kami berdua.
Emir menarik aku dalam pelukannya dan kami berdua hanya menari menngikut rentak lagu. Slow dance, orang cakap. Aku melentokkan kepalaku, menikmati lagu yang menjadi latar belakang candle light dinner kami berdua. Kakiku mengikuti langkah Emir yang perlahan.
Kami berdua hanya diam. Savoring every moments of it.
"Sometimes abang rasa macam mimpi pulak bila dapat peluk sayang macam ni."
Aku angkat kepala memandang Emir. "Kenapa?"
"Sebab tiap kali abang nak dekat mesti sayang tunjuk muka garanglah, muka tak puas hatilah."
Aku tergelak. Yelah masa tu fasa aku-tak-terima-kenyataan-badboy-sekolah-jadi-laki-aku, lepas tu barulah fasa aku-nak-ikat-Emir-ketat-ketat-dengan-aku, contohnya seperti sekarang.
"Pada abanglah siapa yang suka kahwin paksa. Sesiapa pun tak suka," beritahuku.
"Tapi abang suka." Aku terlopong. What?
"Habis tu yang beria-ria muka marah masa kahwin aritu?" Aku jeling Emir.
Dia tersengih sambil garu pipinya.
"Tu sebenarnya nak cover excited abang dapat kahwin dengan sayang. Takkan nak tunjuk betapa happynya abang dapat kahwin dengan sayang. Gila tak suka dapat kahwin dengan wanita yang abang suka."
Aku terbeliak. Kalau rahangku boleh tertanggal, nescaya sudah sampai ke lantai apabila mendengar kenyataan rasmi Emir. Biaq betik kau. Patutlah pun macam tak bagi kerjasama sangat hari tu. Rupa-rupanya ada udang di sebalik mi jawa.
Haru sungguh kalau diingatkan balik. Tapi nak buat macam mana sudah ditetapkan di Loh Mahfuz Emir sudah tertulis sebagai suamiku. Nak ubah tang mana?
Apabila lagu berganti dengan lagu Marry Me, Emir turut menyanyi. Lagu yang rancak dan menyebabkan kami berdua Emir menari dengan rentak sendiri. Sampai sahaja bahagian kedua 'I'll saya will you marry me', Emir tiba-tiba melutut sambil memegang kedua-dua belah jari-jemariku.
Aku tergamam. Tidak menyangkan akan ada scene sebegini dalam rancangan Emir.
"Abang mungkin bukan manusia yang sempurna untuk sayang, tapi abang berusaha untuk sempurnakan hidup sayang. Abang tahu dulu, abang student yang tak baik, tapi sayang selalu di sisi abang, then I fell in love with you. It is love at many sight then I fall hard."
Aku teguk air liur mendengar ucapan Emir. Mataku mula berkaca-kaca, menahan air mata yang terasa ingin keluar sekarang itu juga. Emir pandang dalam-dalam wajahku. Bibirnya mengukirkan senyuman manis untuk aku. Aku turut membalas senyumannya.
"I love all about you. Your smile, your weaknesses, your strength and anything about you. Abang tahu, abang tak pernah lamar sayang untuk jadi kekasih abang, tunang abang atau isteri abang, but tonight, I want to propose you."
Air mataku sudah mengalir. Tidak dapat lagi menahan rasa yang melimpah limpah di dalam diriku.
"Sudi tak Nuralthea jadi isteri Emir Hafiz sampai ke jannah?"
"Sudi." Aku angguk laju-laju. Air mataku sudah merembes dengan hebatnya apabila mendengar lamaran Emir untuk menjadi isterinya sehingga ke syurga.
Emir tersenyum bahagia sambil mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Seutas rantai silver.
"Abang tahu sayang tak dapat pakai emas, so abang beli rantai silver ni untuk sayang," kata Emir sambil memakaikan rantai tersebut ke leherku.
Aku peluk erat Emir sambil menangis. Menangis disebabkan rasa terharu dengan Emir.
"Saya takda apa-apa nak bagi dengan abang." Agak kecewa kerana aku tidak pernah memberikan apa-apa untuk Emir.
Emir panggung kedua-dua belah pipiku. Tangannya mengusap pipiku dengan penuh kasih sayang.
"Your existence is already enough for me. Sayang jadi isteri abang and that was the most biggest present that I ever had," ucap Emir.
"l love you to the moon and back," ucapku lalu memeluk erat Emir. Dia ketawa girang. Aku bahagia. Dan kami berdua kembali menyambung slow dance kami berdua sambik diiring oleh lagu yang romantik.
***********************************************
Psssstt...
Saya rasa inilah adalah chapter paling panjang daripada semua chapter yang saya buat. Asalnya nak buat dua part tapi akan panjangkan lagi bab so saya go on kan sekalilah..?(^?^)?
Sedar tak sedar cerita Emir ni dah nk sampai ke penghujungnya. Tunggu dengan sabar untuk epilog nanti.Y(^_^)Y
Share this novel