BAB 7

Romance Series 25069

Selepas sahaja Erdina beredar daripada rumah keluarga aku,aku terus bertanya kepada khalif. "Awak siapa Erdina yang datang tadi!?" Aku memandang ke arah Khalif dengan wajah yang bengis.

"Ohh...dia EX-GIRLFRIEND abang...dia sepupu abang tapi dulu abang bercinta dengan sepupu sendiri...sebab dia je yang paling rapat dengan abang,abang dah nak masuk minang dia...tapi lepas je abang tau yang dia curang dekat abang dengan lelaki lain,abang terus batalkan pertunangan tu,sampai lah abang jumpa dengan sayang." Aku merenung ke wajah nya dengan ada sedikit rasa bersalah.

"Dah lah...tak perlulah kita bercakap pasal Erdina tu...sekarang ni abang nak mulakan hidup baru dengan sayang!" Dia berkata sambil memegang bahuku dengan erat.Aku hanya memandang ke wajah nya,tidak ada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut aku ini. "Ok lah...kita kena bergerak sekarang,kalau pasal breakfast...takpe...kita breakfast kat luar je,sekarang ni pon baru pukul 6.45 so kita ada masa lagi...kalau tak sempat nak breakfast dekat pekan boleh je kita breakfast dulu dekat kafe yang ada dekat Universiti tu,ok?" Aku hanya menganggukkan kepala dan terus menuju ke pintu kereta.Ketika aku hendak membuka pintu kereta,Khalif terus menuju ke arah aku dan membuka kan pintu kereta tersebut untuk aku.

"Terimakasih..." Aku memandang wajah Khalif lalu aku terus memasuki ke dalam kereta putihnya itu.Ketika didalam perjalanan,aku hanya termenung jauh didalam kereta tersebut.Aku masih terbayang-bayangkan hal yang baru saja berlaku tadi. "Sayang kita breakfast dekat kafe lah yer...abang rasa dah tak sempat lah..." "saya ok jer..." Aku memandang wajah suamiku itu dengan senyuman yang lebar.

"Betul ni?" Suami aku bertanya kepada aku untuk kepastian, "Yer.." Aku membalas pertanyaan suamiku tadi...ketika kami sudah sampai di Universiti,aku dan suami aku terus menuju ke kafe yang ada dekat Universiti itu untuk bersarapan.Ketika kami sedang menikmati sarapan itu,tiba-tiba sahaja Fatin dan Fatimah menegur aku dari belakang. "ASSALAMMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHHIWABARAKATUH!!!" Aku terperanjat dan aku memalingkan pandangan aku ke belakang. "Oi awak ni takleh ke ha bagi salam perlahan-lahan!?" Aku mencuit pipi Fatin, "A...aduh! sakitlah,kau ni Ayu kenapa suka sangat cuit aku hah!?" Fatin berkata.

"Dah sape suruh awak terperanjatkan saya!?" Aku berkata. "KORANG NI DAH LAH ASYIK-ASYIK BERGADUH JER!" Kali ini Fatimah pula yang mencuit pinggang aku kemudian Fatimah mencuit pinggang Fatin pula. "Haa..rasakan.." Fatimah memandang muka aku dan Fatin lalu tersenyum sambil menjelirkan lidah nya kepada aku dan Fatin. "Ish korang ni...." Fatin berhenti berkata sesuatu buat seketika,dia seperti terkaku melihat ke arah sesuatu. "Awak kenapa Fatin..awak ok tak?" Aku bertanya.

"Weh..kenapa Pensyarah Khalif pon makan dengan kau...kau ada something ke dengan dia..?" Fatin melihat ke arah suamiku yang sedang duduk berhadapan dengan aku. "Alamak...aku lupa pulak pasal suami aku ni...dah lah dia Pensyarah dekat sini..." Aku berbisik di dalam hati, "Eh taklah Fatin...Pensyarah Khalif ni saja je duduk dengan aku sebab nak berbincang pasal projek tuh" Aku berkata dengan wajah yang cemas. "Ohh takdelah aku ingat kan kau dengan Pensyarah Khalif ada benda..." Fatin berkata sambil tersengih macam kerang busuk. "Haa...Fatin dan Fatimah sembang apa tu dengan Ayu???" Suamiku bertanya sambil memandang muka Fatin dan Fatimah, "Ohh takdelah Encik Khalif..saja jer tanya dengan Ayu..kenapa dia duduk berduaan dengan Encik Khalif." Fatin berkata lalu tersengih. "Lah...sebenarnya Ayu ni adalah...

BERSAMBUNG

Maaf yer kalau lambat...laptop saya ada masalah jadi papa saya belikan saya komputer baru untuk menulis novel ni...dan ini adalah BAB 7 YAYYYY!!! XD

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience