Bab 53

Romance Series 80702

JAKARTA 9:00 P.M

SUASANA malam di balkoni apartment mewah itu kelihatan asap rokok yang berkepul-kepul di tiup oleh Aditya. Fikirannya terlalu berat memikirkan tentang Bellinda. Kemana wanita itu melarikan diri ? sudah beberapa bulan dia menghilang tanpa jejak.

"Repotin(menyusahkan) aja kamu ini..Gak(tak) becus(pandai) ngurusin itu anak !"

Satu suara yang datang dan menampar gegendang telinganya menambahkan lagi kekusutan yang ada.

"Apa sih papa ini salahin aku terus terusan, bukan ngebantuin(bantu), malah nambah kekusutan yang ada di kepalaku". Balas aditya menjeling sinis ke arah ayahnya.

"Ya, iyalah. Wajarlah papa bilang begitu. Kamu itu ya terlalu kasar sama dia. Papa ngak(tak) nyuruh kamu pukulin(pukul) dia. Cukup simpan doang di hutan sana."

kurung sahaja tidak memadai bagi Aditya. Sikap melawan Bellinda terlalu mencabar kesabarannya walaupun mereka hanya bergaduh mulut. Itu tidak puas baginya jika tidak ditangankan wanita itu untuk diam.

"Bagaimanapun kamu harus dapatin(dapatkan) dia (Bellinda) ! gara-gara kamu, rencana kita berantakkan ! Pengacara(Peguam) Juragan Dimas itu kayaknya bahaya untuk di urusin. Kita harus hati-hati. Kamu harus cepat ! kamu harus bawa dia pulang sebelum tiba ulang tahun kelahirannya yang ke 35 tahun hadapan dan harus menikah dengannya kalau kamu ngak mahu kita hidup miskin !".

Besi penghadang balkoni itu di tepuk kuat oleh ayahnya menyebabkan tubuh Aditya terhenjut sedikit kerana terkejut.

Dia tak boleh berdiam diri. Masa sudah suntuk. Dia harus lakukan sesuatu agar Bellinda kembali berada di tangannya.

Bapa Aditya yang bernama Pramukas adalah bekas pekerja Juragan Dimas seorang hartawan di Indonesia yang bekerja sebagai tukang kebun. Bila mengetahui tentang harta pusaka yang bakal jatuh kepada satu-satunya cucu Juragan Dimas itu, Pramukas menjadi seorang yang tamak dan buta hati perut. Perancangan demi perancangan di lakukan sehingga dialah dalang kematian Herman iaitu bapa kepada Bellinda.

Kemanakah kuah jika tidak tumpah ke nasi bila sifatnya yang rakus dengan kekayaan itu di corak rapi oleh si ayah. Tiada belas kasihan asalkan matlamat mereka tercapai.

ENJIN kereta di matikan, Rizal membuka tali pinggang kaledarnya dan memandang Hawa yang berada di tempat duduk sebelah.

"I nak hantar barang ke dalam kejap. You nak masuk dulu tak ?".

Hawa menggeleng.

"Tak apa biy, i tunggu dekat dalam kereta je. Pergi la hantar barang mama dulu. Nanti takut mama tunggu pulak nak pakai." Kata Hawa dan tersenyum manis ke arah Rizal.

"Okaylah kalau macam tu. Sekejap eh."

Rizal bergerak keluar dan membuka bonet belakang kereta. Mengambil barangan dapur yang di pesan oleh ibunya tadi perlu dia hantar sebelum menghantar Hawa pulang ke rumahnya di kampung.

****

Tuk ! tuk !

Hawa memandang ke cermin tingkap melihat Rizal yang mengetuk-ngetuk cermin keretanya itu.

Tingkap di turunkan. "Kenapa biy ?"

"Tolong i angkat kejap barang. Banyak pulak. I nak kena angkat tong gas yang dah habis dekat dapur sana. You letak dekat meja depan tu je pun tak apa. Boleh tak honey ?"

"Sure..sure". Dengan segera Hawa keluar dan mengambil barangan yang ada di bonet belakang. Barang yang di beli oleh orang meniaga memang banyak. Bakeri milik ibu Rizal memang yang paling terlaris.

Fuh..boleh tahan penat juga dia berulang alik kemeja depan ni untuk mengangkat barang yang bnyak itu.

"Eh, eh... ada babu baru la dekat sini."

What ?! Suara yang tidak ada adab itu di cari di belakangnya yang semakin hampir ke arahnya.

Shera !

Hawa melihat ada senyuman sinis dan mengejek yang terlakar di bibir shera. Sungguh panas hatinya kini melihat riak wajah sombong gadis itu.

"Kenapa kau cakap macam tu ? Tak ada siapa nak jadi babu dekat sini. Aku cuma tolong angkat barang je. Bukan di bayar atau di bagi gaji. Babu ke tu ?." Tanya Hawa.

Keningnya di garu kecil dan dia tergelak sinis.

"Huh ! Whatever lah. Tepi sikit, kau tu menghalang laluan aku."

Sakit mata Hawa melihat gaya tangan Shera yang sedang menghalaunya dari berdiri di situ.

"Rania...Rania..." Laung Shera memanggil Rania ke arah dalam rumah tersebut.

Setelah 5 minit di tunggu, kelibat Rania masih tidak kelihatan.

"Kau buat apa berdiri dekat sini lagi ? Rania mesti tak nak keluar sebab ada kau kat sini. Pergilah sana. Tak tahu malu betul." Kata Shera mengibas-kibas kipas di tangannya kepanasan.

"Kau kot yang tak tahu malu."

Suara yang timbul dari dalam itu menggapai pandangan serentak dari mereka berdua. Kelihatan Rania yang berjalan ke muka pintu.

"Rania ! i miss you ." Shera yang ingin memeluk Rania itu terus di hentikan dengan isyarat tangan dari Rania.

Hawa tercengang.

Shera terpaku.

"Rania. kau tak suka ke jumpa aku ?. How are you ? sorry la aku tak dapat nak lawat kau dekat hospital sana. Aku busy. sikit." Shera tersengih janggal.

Rania yang mendengarkan alasan Shera itu naik jelak mendengarnya.

"Seminggu lebih aku di hospital tu takkan kau tak ada masa langsung nak datang ? kawan-kawan yang lain pun sama. Kau tu busy buat apa je ?" Pertanyaan dari Rania itu terasa mendidih di telinganya Shera.

"Kau baliklah. Aku tak nak jumpa siapa-siapa pun sekarang ni." Kata Rania

"Kau marah aku ke Rania ? Aku memang busy kot. Kau kenapa nak merajuk ?".

Rania tergelak sinis.

"Busy apa kalau dekat story ig kau tu ke mall je memanjang. Busy la konon !".

Shera terpempam. Tiada modal lagi untuk dia berdalih.

"Aku rasa dah tak perlu kot aku nak ada kawan yang hipokrit."

"Rania !". Laung Shera kemarahan menerima kata-kata perlian menusuk kalbunya itu.
Rania hanya buat tidak acuh dan memandang ke arah lain.

"Kau...ergh !". Laju langkahnya memusingkan badannya dan bergerak pergi dari rumah Rania itu dengan perasaan yang sebal.

"Yang kau ni tak sudi nak masuk rumah aku ke ? dari tadi duduk luar ni. Masuk !"

Terhenjut badan Hawa bila di tegur sebegitu oleh Rania.

"ye..ye Kak Rania. kejap nak buka kasut."

Ish dia ni..nak ajak orang masuk rumah ke nak marah ?

Rizal yang berselindung di balik dapur sana hanya tersenyum. Nampaknya Rania sudah mula menerima kehadiran Hawa secara berlapang dada cuma egonya masih tidak turun. sungguh dia bersyukur dengan progress hubungan ini.

"WAH... Cantiknya susunan bunga ni. Pandai Cik Jihan hias."

Pujian dari Syifa itu menerbitkan senyuman mekar di bibirnya Nurjihan. Bukanlah terlalu pakar dalam hiasan rumah terutamanya untuk hias bunga plastik di dalam pasu ini. Cuma matanya yang terlebih suka melihat kecantikkan warna.

"Hehe, tak adalah pandai mana. Ni pun Jihan belajar dekat you tube je Kak Syifa."
Kata Nurjihan sambil tangan dan matanya membelek pasu besar di hadapannya itu.

"Kak Syifa, ada idea tak nak masak apa harini. Jihan dah buntu ni fikir menu apa nak masak." Tanya Nurjihan sambil kepalanya di garu perlahan.

Tergelak Syifa mendengarkan pertanyaan itu.

"Chef dah tak ada idea nak masak rupanya..hahah."

"Jangan la begitu Kak Syifa. Jihan ni bukan chef hotel pun. Kadang-kadang tu risau jugak ulang-ulang menu sama takut Tuan Syed naik jemu pulak."

Paha Nurjihan di tepuk sekali oleh Syifa.

"Ish, Cik Jihan ni, kalau dah kata air tangan Cik Jihan...Tuan Syed takkan jemu. Percayalah cakap saya. Stakat ini Tuan Syed tak pernah complain pun. Kalau saya masak dulu ye dia complain bila menu sama dalam 2 ke 3 kali 1 bulan tu sebelum kedatangan Cik Jihan dalam rumah ni."

"Ye ye.. je Kak Syifa ni. Entah betul tidak nak jaga hati Jihan je ni kan ?"

"Eh tak ada jaga hati bagai ek. Semua yang saya sampaikan ni betul tau Cik Jihan."

"Berita tengah hari ini kami akan akhiri dengan suasana majlis pertunangan dari dua orang ahli perniagaan terkenal yang berlangsung secara gilang gemilang yang di bawakan secara langsung dari dewan Garden Bella Cyberjaya untuk tatapan anda. Tahniah kami ucapkan. sekian hormat assalamualaikum."

Suara lantunan pembaca berita di televisyen itu kedengaran lantang dan menghentikan perbualan antara Nurjihan dan Syifa yang sama-sama tertarik pada berita yang disiar di kaca tv itu.

Nurjihan terpaku bila mana matanya tertancap pada wajah seorang lelaki yang menjadi tumpuan kamera yang di zoom in itu sedang berada di sebelah seorang perempuan.

"Eh, itu kan Tuan Syed." Kata Syifa yang jelas terkejut dengan berita tersebut.

Terkebil-kebil pandangan mata Nurjihan kini bila dia kenal dengan perempuan tersebut.

"Puteri Qisya ?" Kata Nurjihan perlahan.

Tit !

Siaran tv di matikan secara tiba-tiba. Mereka memandang ke arah kanan sana yang melihatkan Benjamin meletakkan alat kawalan jauh tv itu. Matanya yang redup itu memandang tepat ke arah Nurjihan.

"Ben, saya tengah tengok tu. Kenapa awak tutup.".
Tanya Nurjihan yang kini matanya jelas berkaca berusaha menahan setitik air jernih itu dari jatuh.

"Tak perlu tengok. Berita tu tak penting pun Cik Nurjihan." Benjamin tertunduk ke lantai. Jelas rasa bersalah.

"Betulkan yang dalam tv tu tuan Syed ? dia bertunang ke atau jadi tetamu dekat majlis tu ?"

Pertanyaan yang sudah tahu jawapan itu di tanya lagi oleh Nurjihan. Dia inginkan kepastian dan berharap matanya yang melihat itu hanya menipu.

"Maafkan saya Cik Nurjihan. Bukan kuasa saya untuk menghalang. Maafkan saya." Terus Benjamin beredar pergi dari ruang tamu tersebut. Dia juga tidak menyangka lelaki itu senekad ini.

"Sabar Cik Jihan. Kita tunggu Tuan Syed balik baru kita tanya." Bahu Nurjihan di gosok lembut oleh Syifa menenangkan keadaan Nurjihan yang kesedihan itu.

Apa lagi jenis petir yang akan melanda di dalam Villa Rose ini. Di sangkakan pelangi sudah muncul dan akan berkekalan, kini mendung kembali menjengah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience