Bab 10 : Misi Pertama Selesai

Adventure Completed 1375

BAB 10 - MISI PERTAMA SELESAI

“Betul ke kita nak pergi ni, abang?” ragu Shasya Edrina.

Tanpa ‘honeymoon’, tiba-tiba sahaja suaminya memberitahu bahawa mereka akan tinggal di pangsapuri bersama-sama dengan rakan-rakan mereka.

“Ye, sayang. Abang nak minta maaf sebab buat keputusan ni tanpa berbincang dengan sayang dulu. Selepas kita balik nanti, abang akan bawa sayang jalan-jalan ye?” ujar Ismail Razak.

Dia berasa bersalah kerana tidak berkesempatan untuk berterus-terang dengan isterinya tentang alam aneh itu kerana sibuk dengan majlis perkahwinan mereka termasuklah mengemas. Dia berharap, Shasya Edrina mendapat semula ingatannya sebelum mereka masuk ke alam aneh itu.

“Baiklah kalau begitu,” mengalah Shasya Edrina sebelum masuk ke dalam kereta.

Ismail Razak menutup bonet kereta lalu masuk ke dalam kereta di bahagian pemandu. Dia memandang isterinya yang sedang memakai tali pinggang keselamatan. Sedari dirinya diperhati, Shasya Edrina menatap wajah suaminya.

“Kenapa ni, abang?” soal Shasya Edrina.

“Abang harap sayang maafkan abang,” tangan kanan isterinya dikucup lama.

“Kenapa pula abang nak minta maaf?” pelik Shasya Edrina.

“Maafkan abang sebab gagal melindungi sayang sepanjang 5 tahun ni,”

Geli hati Shasya Edrina mendengar luahan suaminya.

“Apa abang katakan ni? Kita pun baru berjumpa bulan lepas, kan? Lagipun, tiada apa-apa yang buruk berlaku pada ayang pun. Abang tak perlu berasa bersalah. Allah yang tentukan semuanya,” pujuk Shasya Edrina.

Pipi suaminya diusap lembut sambil mengukir senyuman yang manis. Ismail Razak membalas dengan senyuman.

**********

Kereta Honda Civic terletak kemas di ruang tempat letak kereta. Ismail Razak dan Shasya Edrina keluar dari perut kereta.

“Ed!” kedengaran namanya dipanggil lantas kepalanya menoleh mencari gerangan yang memanggil namanya itu.

Kelihatan dua orang gadis yang sebaya dengannya sedang berlari ke arahnya.

“Dush!”

Tubuh Shasya Edrina dipeluk erat oleh gadis-gadis itu.

“Err…Syaza dan Ima, kan?” perlahan suara Shasya Edrina.

Kedua-dua gadis itu serentak mengangkat wajah mereka untuk memandang Shasya Edrina.

“Ed dah ingat kami ke?” soal Nur Halimah.

Gelengan kepala Shasya Edrina menyebabkan raut wajah kedua-dua gadis itu berubah.

“Nanti Ed ingatlah tu, Syaza, Ima. Jangan buat muka sedih. Nanti Ed pun sedih juga,” kata Ismail Razak selepas mengeluarkan bagasi yang berada di dalam bonet belakang kereta.

Siti Syazanah dan Nur Halimah menyedari riak muka Shasya Edrina yang turut sedih. Mereka berdua mengukir senyuman manis sebelum menarik tangan gadis itu menuju ke lif.

“Maaf, Ed. Bukan salah Ed. Tapi, salah kami sebab memaksa,” ujar Siti Syazanah.

“Tak apa. Ed pun harap Ed dapat ingat korang semua,” balas Shasya Edrina sambil tersenyum.

“Oh. Sampai pun pengantin baru kita ni. Lama kami tunggu tau,” usik Tengku Ehsan apabila melihat kelibat Shasya Edrina bersama-sama dengan isterinya dan Siti Syazanah.

“Tak suruh tunggu pun,” balas Shasya Edrina.

“Wow! Perangai Ed dah kembali,” terkejut Nik Akhil.

“Akil! Izan! Korang jangan kacau Ed tu. Dia dah jadi isteri saya tau,” pesan Ismail Razak yang baru muncul di hadapan lif.

“Kami bergurau je, Raz. Janganlah marah,” kata Tengku Ehsan.

“Dahlah. Lif pun dah sampai. Mari kita masuk sekarang,” ajak Siti Syazanah untuk meleraikan mereka.

Mereka berenam masuk ke dalam lif.

“Sampai pukul berapa tadi, Akil, Izan?” soal Ismail Razak.

“Lepas Subuh, terus bertolak. Dalam pukul 6.30 juga kami sampai,” jawab Nik Akhil.

“Kami pun bertolak lepas Subuh. Bila kami sampai, kami tengok Akil dan Syaza dah sampai sini. Tak pasti pula pukul berapa masa tu,” kata Tengku Ehsan.

“Dalam pukul 6.40 pagi juga kami sampai,” celah Nur Halimah.

“Semangat ye korang. Kita janji nak berjumpa pukul 8 pagi. Sekarang pun belum pukul 7 pagi lagi,” geli hati Ismail Razak.

“Cakap orang. Dia pun sama awal juga,” serentak mereka ketawa mendengar kata-kata Tengku Ehsan.

“Risau jalan jem je,” balas Ismail Razak.

“Ting!” lif terbuka di tingkat 10.

“Tepat pukul 7 pagi kita sampai,” bersuara Nur Halimah sambil memandang jam tangannya.

“Tak apa ke kita datang pagi-pagi ni, Akil?” risau Ismail Razak.

“Jangan risau, Raz. Akil dah beritahu penghuni di rumah tu. Mereka pun sudah siap mengemas semuanya,” balas Nik Akhil.

Mereka berdiri di hadapan pintu rumah bernombor 2-10-3. Nik Akhil mengetuk pintu rumah tersebut. Pintu rumah dibuka dari dalam.

“Assalamualaikum. Kami merupakan penghuni baru rumah ini,” kata Nik Akhil.

“Waalaikummussalam. Masuklah. Kami baru saja selesai mengemas barang-barang kami. Rumah pun kami sudah kemas,” pelawa Khairul, abang kepada Khairi dan Khalish.

Nik Akhil, Ismail Razak dan Tengku Ehsan bersalaman dengan penghuni lelaki manakala Siti Syazanah, Shasya Edrina dan Nur Halimah bersalaman dengan penghuni perempuan yang sedang mendukung anak perempuan mereka.

“Siapa nama kalian?” soal salah seorang penghuni perempuan dengan mesra.

“Nama saya Nik Akhil Mokhtar,”

“Saya Tengku Ehsan,”

“Saya pula Ismail Razak,”

Pandangan mereka mula dialihkan pada Siti Syazanah, Shasya Edrina dan Nur Halimah pula.

“Nama saya Siti Syazanah,”

“Nama saya Shasya Edrina,”

“Dan saya pula Nur Halimah,”

Kemudian, giliran penghuni asal pula yang memperkenalkan diri masing-masing.

“Nama abang, Khairul dan ini isteri abang, Nurul Izwani. Itu anak lelaki kami, Khizwan berumur 4 tahun dan si kecil ni pula Hazwani, umur 2 tahun,” ujar Khairul sambil menunjuk ke arah isteri dan anak-anaknya yang berada di sisinya.

“Nama abang pula Hakim. Ini isteri abang, Sofea. Yang pakai topi tu anak lelaki kami, Hafiz 4 tahun dan yang didukung ni, Shafiya, 2 tahun,” kata Hakim yang memiliki parut pada wajahnya.

Sempat dia mengucup pipi anak gadisnya yang berada di pangkuan isterinya.

“Panggil abang, Rahim je. Ini isteri abang, Airina. Putera kami, Rizal dan puteri kami, Airisa. Mereka sama umur dengan yang lain,” mesra Rahimi memperkenalkan keluarga.

“Korang ni dah kahwin ke?” tanya Sofea apabila ternampak cincin pada jari manis ketiga-tiga gadis di hadapannya.

“Ha’ah, kak Sofea. Kami berenam dah kahwin. Suami saya, Akil. Raz pula baru berkahwin dengan Ed 4 hari yang lepas. Manakala, Ima isteri Izan,” terang Siti Syuzanah sambil menunding seorang demi seorang.

Bimbang dia jika mereka salah faham dengan hubungan mereka.

Tersenyum penghuni asal mendengar penerangan Siti Syazanah.

“Kami harap kalian akan mendapat sesuatu daripada rumah ini,” kata Sofea.

“Maksud Kak Sofea?” pelik Siti Syazanah.

Penghuni asal hanya mengukir senyuman pada bibir mereka, membiarkan soalan Siti Syazanah tidak dijawab. Selepas itu, tinggal mereka berenam di dalam rumah itu. Penghuni asal sudah pulang ke rumah masing-masing seusai mereka bersarapan bersama-sama.

“Raz, kami nak pinjam Ed kejap,” pinta Siti Syazanah sambil memandang Ismail Razak.

Ketika itu, mereka berada di ruang tamu. Ismail Razak yang memahami sebab Siti Syazanah dan Nur Halimah berbuat demikian adalah untuk memulihkan ingatan isterinya. Selepas mendapat kebenaran, ketiga-tiga gadis itu masuk ke dalam bilik kedua.

“Harap Ed tak mengambil masa yang lama untuk ingat semula,” bersuara Tengku Ehsan.

“Pandailah mereka nak pulihkan ingatan Ed tu,” balas Nik Akhil.

Ismail Razak hanya senyum.

“Argh!” terkejut sang jejaka apabila mendengar jeritan Shasya Edrina.

Mata terus dikalihkan pada pintu bilik kedua. Pintu tersebut dibuka dari dalam. Muncul Shasya Edrina dengan wajah yang terkejut beserta mata yang bulat.

Di sisinya, Siti Syazanah dan Nur Halimah sudah mengalirkan air mata sambil tersenyum. Kemudian, Shasya Edrina pula mengalirkan air matanya.

“Misi pertama, selesai,” serentak sang jejaka.

Tidak sangka mereka hanya memerlukan masa yang sangat singkat untuk memulihkan ingatan Shasya Edrina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience