Merentas Desa

Humor Series 496

Hari ini, hari yang paling ditunggu Rifqi, iaitu hari merentas desa telah pun tiba. Disebabkan dia ialah seorang atlet sekolah yang menjadi pujaan ramai, jadi dia berazam untuk tidak tumpas ditangan Raid yang telah berjaya mendapat tempat pertama tahun lepas. Sesuatu yang sungguh tidak disangka! Raid tu diam-diam ubi berisi rupanya.Nampaknya kau belum lagi kenal dirinya yang sebenar, Ki. Kata je kawan baik. Hatinya berdesis.

Maklumlah, Rifqi ialah atlet pasukan Hang Lekir (Biru) manakala Raid pula merupakan peserta dari pasukan Hang Tuah (merah). Aaaa...lupa pula nak cakap pasal Fa’izin. Dia pula pasukan Hang Jebat (Hijau). Tak sangka pula tiga kawan ni boleh menjadi lawan. Apatah lagi dalam hal-hal macam ni. Terutama sekali apabila sesuatu yang memerlukan mereka untuk menguji kekuatan dan fizikal.

“Wei, Red. Tahun ni aku takkan biarkan kau kalahkan aku macam tahun lepas.” Jerit Rifqi sambil menggenggam penumbuk dan mengangkatnya tinggi ke udara. Fa’izin hanya tersenyum sinis mendengar apa yang dikatakan Rifqi.

“Apa-apa jelah. Tahun lepas tu tuah je. Lagipun tahun ni aku nak jalan je.” Raid membetulkan seluarnya. Yelah, Raid ni nampak je lesu, lemah dan tak bermaya tapi jangan pandang sebelah mata je tau.

“Kau jangan nak mengada-ngada. Tahun ni aku tak kira. Nak tak nak kau kena juga lari. Compete dengan aku. Kita tengok siapa hebat.” Rifqi berkeras supaya Raid bersetuju untuk berlumba dengannya.

“Siapa suruh kau kira.” Jawab Raid dengan sinis sambil mengangkat lengan bajunya hingga ke bahu. Fa’izin pula hanya menyeringai.

Bunyi tembakan yang dilepaskan ke udara membuatkan semua pelajar yang sedang bersedia berlari dan memulakan perjalanan mereka. Warna merah, biru , kuning dan hijau berselerakan. Rifqi yang sedang mencangkung di sebelah Raid hanya melihat budak-budak tingkatan satu dilepaskan. Haa, macam kambing biri-biri terlepas dari kandang. Raid tersengih. Nampaknya kehadiran Rifqi di sisinya langsung dia tidak perasan. Rifqi memandang Raid dengan sebelah kening terangkat tinggi. Hujung bibirnya terungkit tinggi. Mentol akhirnya menyala.

Rifqi merapatkan mulutnya ke telinga Raid dan meniup perlahan. Angin yang bertiup membuatkan Raid tersedar dari lamunan. Dengan segera dia mengibsa-ngibas telinga yang dirasakan berangin. Tawa Rifqi terburai. Beberapa junior di sekeliling juga turut terkekek-kekek ketawakan Raid.

“Yang kau mengelamun tu kenapa? Tak pasal-pasal jadi bahan budak-budak tu.” Katanya berselang dengan tawa. Raid tidak memberi respons. Dia hanya menggosok-gosok telinganya untuk menghilangkan rasa geli tadi.

“Tak lah. Aku tengok budak-budak tu lari. Macam kambing terlepas kandang.” Sambil buat muka blurr. Rifqi menggeleng.

“Form 3 dah lepas. Lepas ni turn kita pulak. Kau better get ready.” Bahunya diterkam kuat oleh Rifqi. Nadanya seakan-akan mencabar.

“Apa-apa yolah.”

BANG! BANG!

    Bunyi tembakan dilepaskan. Rifqi yang berada paling hadapan garisan mula memecut meninggalkan kumpulan yang lain. Dia mendahului semua pelajar tingkatan empat yang lain. Selepas 5 minit berlari, tiada sesiapa yang mengekorinya dari belakang. Senyumannya makin melebar. Hah, kejayaan milik aku!

    “Jangan harap.” 

    Tiba-tiba suara dingin dan penuh semangat menerjah gegendang telinganya seperti menyangkal kenyataan yang difikirkannya tadi. Kepalanya laju menoleh ke kiri. Eh? Semuanya bagaikan slow motion apabila Faiz berlari mmemotong Rifqi yang masih terkejut dengan kehadirannya. Jelas tertampal senyuman puas hati di mukanya.

    “Taik hidung masin kau Faiz. Aku takkan biarkan!” pedal minyak ditekan dan meluru laju ke arah  Faiz yang sedang leka. Kali ini gilirannya tersenyum. Kau leka.

    “Sayonara.” Sepatah dia berkata sambil meninggalkan Faiz di belakangnya. Rifqi kembali mendahului. Orang yang ditinggalkannya terkedu. Ki, kau ingat kau sorang je boleh buat? Mulut melirik ke atas sedikit. Dia memecut dengan menggunakan kelajuan penuh.

Dan ketika mereka berdua saling bersaing. Tak sampai 100 meter di belakang mereka kelihatan remaja kacukkan jepun melayu itu sedang berlari dengan kelajuan biasa. Telinganya yang disumbat earphone berjaya menghilangkan penatnya sedikit ketika berlari. Lagu A 7 Days Wonder bermain di telinganya. Volume tahap maksima langsung tidak mengganggu  Raid daripada menyanyikan lagu dendangan band rock Ling Tosite Sigure.

Raid yang masih lagi dengan kelajuan sama mula merapatkan jarak antara dia dengan dua lagi pesaing dari Hang Jebat dan Hang Lekir yang sedang sibuk berlari sambil menjerit sesama sendiri. Haa...apa yang dorang ni buat? Gaduh sampai tak perasan aku? Lantaklah. Dia berlari memotong Hang Jebat dan hang Lekir yang sedang hangat bertengkar.

“Jumpa kat garisan penamat.” Tuturnya tanpa sebarang perasaan. Rifqi dan Faiz tercengang apabila seorang ahli Hang Tuah melepasi mereka.

“Raid!”

Raid yang menjarakkana dirinya daripada ahli Hang Jebat dan Hang Lekir terus berlari tanpa berhenti. Sebelum sampai mp3 ni kena simpan. Kalau tak, habis kena rampas. Dan fikirannya terus melayang ke alamnya sendiri. Lagu dalam mp3 bersilih ganti. Kali ini lagu Kishi Kaisei Story oleh The Oral Cigarettes pula dimainkan. Lariannya diteruskan tanpa memperlahankan tempo mengikut rentak lagu yang dimainkan. Sedang dia leka dengan dunianya sendiri, dua orang dari pasukan Hang Jebat dan Hang Lekir sedang main kejar-kejar untuk melepasi Raid. Telinganya yang masih tersumbat langsung tidak mendengar apa-apa kecuali lagu yang dimainkan.

“Haaaa!” jerit Faiz dan Rifqi sambil berlari sepantas kilat. Kelihatan debu berterbangan di belakang mereka. Macam lembu gila naik minyak.

Aku takkan kalah! Jerit hati Rifqi.

Jangan harap! Faiz berdesis dengan geram.

Dia berlari tanpa menoleh kiri kanan. Hanya beberapa saat lepas Rifqi dan Faiz melepasinya baru dia tersedar. Hah? Lantaklah. Malas aku nak compete.Raid hanya menjadi tukang pemerhati dari belakang. Bayangan dua pelajar itu terus menghilang. Go Ki! Go Faiz! Kalau Ki menang aku belanja diri aku milo ais. Kalau Faiz pulak aku makan nasi goreng kampung cili burung lebih. Raid yang bosan membuat bet dengan diri sendiri.

Seratus meter sebelum ke garisan penamat, pasukan Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Jebat dan Hang Tuah sedang menanti kedatangan pelajar tingkatan empat yang pertama melintasi garisan penamat. Kapten setiap rumah sukan mula dibasahi peluh. Mereka hanya mampu berharap yang ahli kumpulan  mereka akan tiba dulu.

Jam ditangan mula berdetik, peluh membasahi pelajar. Semua bau masam, bacin semua ada. Ada yang pengsan, ada yang muntah, tidur dan juga kena rasuk. Haa, gurau. Di khemah Persatuan Bulan Sabit Merah, Umairah menunggu ketibaan pelajar pertama di garisan penamat dengan teruja. Tahun lepas Raid juara. Tahun ni siapalah agaknya? Dia tersenyum sendirian.

    “Wei, Umairah. Kenapa awak tak ikut lari?” Kawannya, Sze Hui  soal sambil mengibas-ngibas kipas. Bahang di bawah khemah semakin terasa. Mahu terbakat kulit orang yang ada bawah khemah tu.

    “Malas.” Jawabnya, selamba.

Tak sampai 50 meter dari garisan penamat, samar-samar kelihatan pelajar dari rumah Hang Jebat dan Hang Lekir sedang bersaing sengit dengan kelajuan penuh. Kedua-dua mereka menunujukkan wajah yang tidak mahu mengalah.

Hah, tak wujud istilah mengalah dalam kamus hidup aku! Kedua-dua perlari itu berdesis.

Pasukah Hang Jebat dan Hang Lekir mula bersorak kuat. Cheer dan chant dari rumah sukan masing-masing membuatkan jiwa kedua-dua pelari itu hangus terbakar dengan semangat. 

    Aku yang akan lepas dulu!

Namun malang tidak berbau apabila Faiz tergelincir dek kerana padang yang berlumpur. Faiz jatuh tersembam menyembah bumi. Rifqi pula hanya mampu melihat dengan mata yang terbuka luas tertumpa kepada Faiz yang mukanya telah pun penuh dengan lumpur. Walaupun otaknnya kata berhenti tetapi fizikalnya masih lari.

“Dik, tengok depan!” Jerit Kapten pasukan Hang Lekir dengan lantang. Tak semena-mena sebelah kaki Rifqi terjolopok ke dalam longkang yang tidak tertutup. Pelajar yang berada di tengah padang terkedu. Sunyi. Senyap. Hanya bunyi angin sahaja yang kedengaran.

    “Umairah, jom!” Sze Hui menarik lengan  Umairah dan terus berlari ke arah kedua-dua peserta tersebut. Faiz yang tidak cedera hanya dipenuhi lumpur. Manakala Rifqi pula terseluih kaki kirinya.

Suasana sunyi sepi kembai menjadi riuh rendah. Kali ini datangnya dari kumpulan Hang Tuah. Raid yang sedang berjoging dengan riak wajah selamba mula memasuki ruang pandangan dan terus menuju ke garisan penamat.  Corak di wajahnya berubah apabila dia terlihat Faiz yang masih lagi bergelumang dalam lumpur. Faiz yang cuba untuk berdiri kembali terjatuh ke dalam lumpur. Arahnya bertukar kepada Faiz. Tangan Faiz diangkat perlahan sambil membantu Faiz untuk berdiri dengan betul. Raid tersenyum kosong.

    “Kau boleh menang kalau kau tak tolong aku.” Katanya perlahan. Beberapa peserta tingkatan empat yang lain telah pun tiba di garisan penamat. 

    “Aku bukannya kejam macam kau selalu cakap.” 

Faiz dan Raid menuju ke arah Rifqi yang masih lagi sebelah kakinya di dalam longkang. Rifqi menunduk malu. Manalah tak malu, kemain semangat lagi lari tinggalkan orang lain. Last-last diri sendiri yang dapat nombor last. Telinganya kemerah-merahan. Belum sempat Faiz dan Raid memapah Rifqi, tawanya pecah. Rifqi ketawa sakan. Tangannya memegang  perut untuk menghilang rasa senak. Kedua-dua dahi sahabatnya berkerut seribu. Aik, dah sakit macam ni pun boleh gelak lagi? Wajah pelik bertukar senang. Senyuman mula terukir di bibir mereka.

    “Macam slow motion,” katanya di antara tawanya yang masih galak. “Bila tengok muka Faiz terjatuh tadi sebijik gorilla.” Dia mash lagi ketawa berdekah-dekah. Pelajar di padang turut ketawa. Faiz sempat menumbuk perlahan bahu Rifqi. Bodoh, dah sakit boleh gelak lagi. Dari tersenyum, mereka berdua terus menyeringai macam kucing dalam cerita Alice in Wonderland. Rifqi yang masih lagi tidak putus-putus ketawa menutup mukanya dengan tapak tangan.

    “Malunya aku.” Raid dan Faiz tersenyum segaris melihat Rifqi yang masih lagi ketawa.

    “Dah, dah lah ketawa tu.” Umairah mencelah. Beberapa orang dari PBSM membantu Rifqi keluar dari longkang.

    “Kau ok tak?” wajah Umairah yang risay dipandangnya. Rifqi mengangkat ibu jarinya tanda respons. Umairah menggeleng kepala. Dah sakit macam ni pun boleh bergurau lagi.

“Red, Faiz baik kau tulis nama. Nanti tak dapat pingat.” Umairah berkata sambil berlalu pergi mengikut ahli PBSM yang sedang memapah Rifqi ke bawah khemah. Dia sempat menoleh.

“Tulis nama Ki sekali.”

Jawapannya hanya senyuman kecil daripada dua remaja lelaki tersebut dan mereka bergerak ke khemah di hadapan garisan penamat.

“Cikgu, kat mana nak tulis nama?” Pen ditangan sudah sedia untuk menulis nama. Hmm, tempat ke 12. 12 pun 12 lah. Asalkan dapat pingat. Belum sempat dia menulis nama Cikgu Maisarah sempat menghalang.

“Eh, stop. Hang Tuah, Hang Lekir dengan Hang Jebat tadi tulis nama kat sini.” Sambil menunjukkan slot kosong nombor satu, dua dan tiga. “Kamu sendirilah bincang siapa nombor satu, dua dengan tiga.” Faiz memandang cikgu bertubuh genit itu tanpa perasaan.

“Kenapa?” Raid yang berada di sebelah turut tertanya-tanya.

“Sebab jarak antara kamu bertiga dengan peserta nombor empat adalah lima minit. Tadi juri dah bincang untuk bagi awak bertiga tempat.” Jelasnya penjang lebar. Mulut Raid dan Faiz hanya terlopong. Suara Raid memecahkan suasana sunyi.

“Tulis nama aku dekat nombor tiga.” Kata Raid terus menuju ke khemah Hang Tuah. Faiz hanya termenung di kertas yang terdapat kotak kosong dari nombor satu hingga tiga. Lamunannya terhenti apabila bahunya dicuit. Dia menoleh.

“Oi, apasal muka kau penuh dengan lumpur? Kau nak jadi Mud Man ke?” tanya Siva dengan sedaya upaya cuba menahan gelaknya daripada terabur. “By the way, have you done writing your name?”

“Kejap.” Faiz menulis nama Raid di kotak nombor tiga dan namanya di tempat nombor dua. Pen di tangan bertukar. Enrique yang baru sahaja tiba di khemah pendaftaran dari tercungap macam orang tak cukup oksigen terus ketawa macam orang gila.

“Bahahahaha, muka kau macam pakai make up!”

“Diamlah, sepet.”

“Eii, racist.” Balas Enrique tanpa berhenti ketawa.

“Hmph, mana ada racist.” Faiz menuju ke khemah Hang Lekir.

Di bawah khemah setiap rumah sukan mula bingit dengan sorakan masaing-masing. Raid kepalanya di sekel kapten Hang Tuah, Faiz dijulang oleh pasukan dan Rifqi pula hanya tersengih.

“Kapt. Sorry. Tadi aku...” ayatnya dibiarkan tergantung. Tengkuknya yang teras berat diurutnya dengan perlahan. Kapten Hang Lekir tersenyum.

“You’ve done your best. Now, go there and rest. Nanti tak boleh jalan, orang lain pulak yang susah.” Navinder Singh, kapten Hang Lekir menyuruh Rifqi berehat di bawah khemah.

Setelah hampir setengah jam menunggu peserta terakhir tingkatan lima tiba di garisan penamat, tamatlah aktiviti merentas desa. Tiba pula giliran acara penyampaian hadiah. Dari tingkatan satu hingga tingkatan 3, setiap nama pemenang disebut dan di beri pingat. Antara pelajar yang sedang gembira menerima pingat, hanya seorang sahaja yang berduka atas apa yang menimpanya.  Rifqi hanya mampu mendengar nama pemenang disebut. Perasaan kecewa langsung tidak dapat disorokkan. Dia hanya memeluk lututnya dan termenung memandang kakinya yang berbalut dengan kain apa tah namanya. Memanglah nama aku tak ada. Aku tak tulis tadi. Ah....siot.

“Baiklah, tempat ketiga bagi tingkatan empat jatuh kepada rumah Hang Tuah!” jerit pengerusi majlis, Puan Aminah dengan bertenaga.

“Dipersilakan Raid...” Puan Aminah mendekatkan senarai nama pemenang ke mukanya. “Apa kebende yang budak ni tulis.” suara Puan Aminah yang tertanya-tanya di mikrofon membuatkan semua pelajar ketawa.  Raid yang telah terdengar namanya dipanggil tampil ke hadapan dengan muka yang sama ketika dia muncul di garisan penamat. Kapten Hang Tuah memayungi Raid dari panas dan sorakan daripada kumpulan membuatkan dia tersenyum segaris.

“Oh, kamu ke Raid?” 

Angguk.

“Tahniah!” Pingat gangsa yang berada di tangan pengetua disarungkan melepasi kepalanya. Sekali lagi Hang Tuah bersorakan. Selang dua khemah dari rumah Hang Tuah, Umairah turut bersorak mengikut chant rumah Hang Tuah.

“Woi, kau Lekiu lah.” Marah seorang senior. Namun ia masih membuatkan Umairah tersenyum bahagia. Hebatlah kau Raid. Tu sebab aku minat kau dari form 1 lagi.

“Eh?” Perkataan yang terpacul keluar dari mulut Rifqi menunjukkan yang dia langsung tak percaya dengan kemenangan Raid. Mungkin sebab dia tulis nama tadi. Dia cuba memujuk hatinya yang sedang berduka lara.

“Tempat kedua jatuh kepada....Hang Jebat!” sorakan dan tepukan yang bingit sekali lagi menggamatkan keadaan yang sudah tersedia bising.

“Amirul Fa’izin sila tampil ke hadapan untuk menyarungkan pingat.” Pengetua yang berada di sebelah pengerusi majlis menunggu dengan seutas pingat perak di tangannya.

Faiz yang berada di tengah khemah menuju dengan wajah tenang. Semakin bingit sorakan dan tepukan dari rumah Hang Jebat diberikan kepada hero yang telah menambahkan markah untuk pasukan. Sekali lagi Rifqi cuba memujuk hatinya. Kan aku cakap sebab dorang tulis nama. Desisnya walaupun sebenar hati kecil berharap yang mereka akan menulis namanya sekali. Buat apa nak tolong tulis nama sekali? Kan dorang rival.

“Tahniah, Amirul Fa’izin. Kini tiba pula giliran pemegang pingat emas bagi tingkatan empat. Hmm, siapa agaknya?” Sengaja pengerusi majlis menyelitkan unsur suspens.

“Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu atau Hang Tuah?” sorakan menjadi semakin liar.

“Dijemput juara bagi tingkatan empat, Rifqi dari Hang Jebat!” Pengerusi majlis mengumum dengan semangat yang berkobar-kobar. Eh?

“Adik, boleh bangun tak?” suara Navinder mengejutkan Rifqi dari lamunannya. Senyuman Navinder melebar ke telinga. Matanya dikelip beberapa kali. Beberapa ahli kumpulan Hang Lekir dan Navinder memapah Rifqi hingga ke depan.

“Tahniah, Rifqi.” Encik Zainuddin menyarungkan pingat emas ke leher. Terasa bening hangat meleleh ke pipinya. Haa, kan dah keluar air mata jantan aku. Tangannya dilarikan ke matanya untuk mengelap air mata yang tertumpah. Sorakan menjadi gamat dan meriah. Rifqi kembali tersenyum. Thanks guys. Thanks a bunch. Seriously. I owe both of you something.

Di hujung paling belakang khemah Hang Tuah dan Hang Jebat, Raid dan Rifqi hanya mampu tersenyum. Mereka menyandarkan belakang mereka ke tiang khemah yang longgar.

“Happy betul dia.” Tutur Raid tersenyum sedikit.

“Good for him.” Faiz balas. 

Sorakan yang kuat berubah menjadi huru-hara. Tiang khemah yang disandar Faiz dan Raid runtuh. Ahh, mampus. Kelihatan muka pengerusi majlis berwap.

“Kan saya dah cakap, jangan sandar dekat tiang khemah!” 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience