BAB 4

Romance Completed 11420

“Tidurlah…esok kita balik rumah daddy.”

Usai berkata-kata, Elman terus mengambil bantal dan comforter lalu dibawa menuju ke sofa yang terletak di hujung katil Najla. Dia segera berbaring membelakangkan Najla. Dadanya bergetar hebat. Takut, sakit hati, benci, simpati semuanya bercampur-aduk. Dia tidak pasti dengan perasaannya kini.

“Abang…”

Panggilan lembut Najla terasa dekat di cuping telinganya. Elman pantas berpaling.

“Nak salam….”

Elman angkat kening sebelah. Pelik dengan permintaan si isteri namun tangannya tetap juga dihulurkan kepada Najla. Najla mencium tangan suaminya penuh kasih. Satu senyuman dihadiahkan kepada Elman sebaik sahaja mata mereka bertaut. Keprihatinan Elman menyuntik semangat baru di dalam sanubarinya.

Dia yakin Elman akan menjaga dia dengan baik selepas ini walaupun lelaki itulah yang bertanggungjawab membuatkan hidup dia merana hingga ke saat ini. Demi anak yang dikandungnya ini, dia akan cuba juga mencari kebahagiaan dalam perkahwinan yang bukan atas kerelaan suaminya itu.

“Abang tak mahu tidur atas tilam?” Tanyanya lembut.

Kasihan melihat Elman tidur di atas sofa. Isteri yang baik tidak akan membiarkan suaminya tidur di atas tempat yang tidak selesa. Tapi mampukah Najla menjadi isteri yang baik kalau sebelum berkahwin lagi dia sudah mengandung?

“You need the space, not me. Lagipun…belakang kau tu sakit. Mesti kau nak tidur dalam keadaan selesa, betul tak?”

Najla pandang tilamnya yang bersaiz king itu. Muat saja kalau Elman nak tidur sama tapi dia tahu suaminya itu tidak bersedia untuk duduk rapat-rapat dengannya. Tak mengapalah. Najla akan terus bersabar. Semoga satu hari nanti, hati Elman akan terbuka untuk menerimanya sebagai isteri.

Najla tunduk. Dahi suaminya dikucup penuh kasih. Terkejut Elman dengan aksi spontannya tadi. Dia pun terkejut sebenarnya. Sebab terharu dengan ayat Elman, terus dia lupa yang suaminya ini masih membenci dirinya. Penerimaan Elman ke atas dirinya tadi hanyalah kerana simpati semata-mata setelah melihat kesan lebam di belakang badannya, bukan kerana kasihkan dia.

Najla tahu tu. Kalau tidak, masakan muka Elman bengis macam singa sewaktu dia masuk ke dalam bilik tadi. Dia tahu, Elman masih belum dapat menerima dirinya. Lembut Elman bersebab. Lepas ini, entah apalah nasib rumahtangga mereka. Najla ketap bibir.

“Selamat malam bang.” Ucap Najla akhirnya.

Tanpa bertangguh, Elman terus berpusing membelakangkan Najla. Comforter ditarik separas pinggang. Dalam kepayahan dia cuba juga melelapkan mata…..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience