24

Romance Completed 132664

Badrul menoleh ke arah Hana di tempat penumpang. Tertidur sudah gadis itu kepenatan setelah balik dari hospital. Fikiran Badrul menerawang lagi ke arah jalan.

Berat benar dugaan yang terpaksa ditanggung adik bongsunya itu. Patutlah sering kali Hana mengadu asyik deman dan tak bermaya, rupa-rupanya dalam diam sel-sel kanser sedang merebak dalam tubuh Hana.

Tersentak Badrul ketika dikhabarkan oleh doktor yang merawat Hana. Menurut pemeriksaan doktor, hati dan limpa Hana telah membengkak ke saiz tidak normal, menguatkan lagi pendapat bahawa kemungkinan Hana menghidap kanser limfoma atau leukemia.

Badrul terfikir-fikir cara bagi memaklumkan berita itu kepada mama dan ayah mereka. Pasti orang tuanya lah yang paling risau jika mendapat tahu keadaan Hana sekarang.

.

Suasana di rumah Hana sunyi sepi. Hanya sesekali kedengaran Hana teresak kecil. Sambil duduk di kerusi sofa, jari jemari Hana ligat menaip sesuatu di Macbook miliknya.

Badrul yang sedang mengangkat barang-barang Hana keluar dari rumah juga tidak bertanya lanjut. Mahu memberikan Hana ruang yang diperlukan. Jujur hatinya terkesan. Melihat Hana tidak berhenti menangis dari tadi.

"Dikna. Angah dah siap angkat barang, adik nak duduk sini lagi ke?" tanya Badrul.

"Nantilah adik sambung. Jom." Hana lekas bangun dari kerusi.

Melihat seisi rumah itu sebelum angkat kaki, hati Hana dipalit sebak sekali lagi. Rumah pemberian Hazim sewaktu mereka masih belum berkahwin.

Sampaikan Hana sanggup berpindah keluar dari rumah sewa yang diduduki bersama Tasha. Macam-macam kenangan di rumah itu yang tidak akan Hana lupakan. Mungkin dia tidak akan kembali lagi ke situ buat suatu jangka masa yang panjang.

Yang penting dia harus lekas meninggalkan kediaman itu sebelum ada yang mencarinya. Hana sudah tidak sanggup menerima tohmahan orang ramai, biarlah kali ini dia mengundur diri.

.

"Mulai hari ni, Hana akan tinggal dengan kita." terang Badrul berhati-hati.

Wajah Azizah dan Halim yang masih tertanya-tanya membuatkan Badrul rasa serba salah. Hana pula hanya diam menunduk di sebelah mamanya.

Hana membuat isyarat mata kepada Badrul, sambil memeluk si ibu.

"Kenapa ni angah?" Halim bersuara.

Pelik juga apabila melihat Badrul tiba di rumah dengan Hana. Banyak juga barang Hana yang dipunggah sekali. Macam lari dari rumah.

"Sebenarnya, macam ni mama ayah."

"Tadi angah teman Dikna pergi hospital untuk check up. Doktor tu bagitahu kami result blood test yang Dikna buat dua minggu lepas."

"Blood test? bila pulak Hana buat?" terkejut Azizah mendengar cerita Badrul.

"Dua minggu lepas." terang Badrul. Dia juga baru tahu.

"Sorry tak bagitahu mama." Hana cepat-cepat bersuara, makin erat dia memeluk Azizah takut dimarahi.

"Kenapa dengan blood test tu?" serius Halim menunggu penjelasan Badrul.

"Doktor cakap ada sel kanser dalam darah adik. Tapi belum tahu tahap mana. Kena ambil sample tulang sum sum adik."

"Allahuakbar adik..." ucap Azizah tidak percaya.

Halim terdiam. Akhirnya dia mengangguk. Sebagai seorang ayah, dia sering bersikap tenang.

"Hana takut..." Hana merengek.

"Kenapa tak bagitahu mama... ya Allah.." Azizah menggosok belakang Hana, matanya berair juga melihat Hana menangis.

Azizah juga tidak berkata apa. Patutlah dia berasa tidak sedap hati sejak Hana menghidap demam panjang hari itu. Ternyata firasat ibunya kuat.

Penyakit kanser bukanlah asing dalam sejarah keluarga Azizah. Arwah nenek Hana juga meninggal disebabkan kanser limfoma. Memang dia sedia maklum akan kemungkinan penyakit itu disebabkan bawaan genetik.

.
.

Selesai menjenguk Hana yang sudah lena, Azizah berlalu ke ruang tamu. Sudah beberapa hari Hana kembali tinggal di rumah. Itulah rutin terkini Azizah.

Menjaga anak bongsu yang kini memerlukan perhatian sepenuhnya. Tidak banyak yang diceritakan Hana, cuma kadang-kadang dia mengadu keletihan.

Halim dan Badrul masih membincangkan tentang kondisi Hana. Keputusan harus dibuat segera. Tahap kanser Hana harus dikenal pasti agar rawatan lanjut dapat dibuat.

"Macam mana bang?" Azizah bertanya dengan tenang.

"Awak dah pujuk Hana?"

Azizah mengangguk.

"Awak rasa macam mana?" Halim meminta pandangan Azizah pula. Saban hari berbicara tentang Hana, takut-takut pendapat Azizah berubah pula.

"Saya ikut je, bang. Kita usahakanlah macam-macam mana sekali pun. Kesian anak kita." Azizah akur.

Berbincang dengan saudara-mara terdekat pun sudah. Ada yang setuju, malah tak kurang juga yang menegah. Kata orang, proses pengambilan sumsum tulang boleh menyebabkan kelumpuhan. Azizah tidak pula tidak mudah percaya dengan mitos sebegitu.

"Inshaallah, Allah akan tolong kita. Apa-apa kita bincang dengan doktor tu nanti." nasihat Halim.

Badrul di sisi juga mengangguk. Akan diusahakan sebaik mungkin demi kesembuhan Hana.

.
.

Azleen merenung meja sebelahnya yang kini kosong. Teringat minggu lepas apabila Hana datang mengemas semua barang-barangnya sebelum gadis itu meletak jawatan.

Kesal juga apabila mengenangkan persahabatan mereka terputus dengan begitu sahaja. Azleen menjeling ke arah Qistina melalui cermin bilik manager dia itu.

Tidak percaya Qistina yang mendedahkan cerita tentang Hana dan Hazim kepadanya. Tahulah dia kenapa selama ini Qistina selalu tidak puas hati melayan Hana.

Azleen membuang jauh-jauh fikiran tentang Hana. Benda sudah terjadi, yang penting kerjanya harus diteruskan seperti biasa. Walaupun agak terasa kehilangan seorang sahabat yang selama ini rapat dengannya.

Di bilik CEO pula Hazim membaca berkali-kali email perletakan jawatan yang dihantar Hana.

Seluruh pejabat tahu akan kejadian yang telah berlaku. Hazim juga sudah lali mendengar ayahnya marah-marah.

Belum masuk bab dia dan Mona bergaduh. Boleh tunggang terbalik rumah. Oleh kerana tidak tahan, Hazim bingkas bangun untuk mencari isterinya. Lantaklah apa pun jadi.

"Where the fuck are you, Hana!!" Hazim menyumpah-ranah apabila Hana langsung tidak dapat dihubungi.

Menjerit-jerit dia sambil menghentak stereng. Habis menjerit Hazim mengeluh pula.

"I'm sorry sayang. I'm so sorry.. Tunggu abang, sayang.. Abang datang. " bisik Hazim sendiri.

Kali ini biar dia sendiri ke apartment Hana untuk menjejakinya. Sudah bersedia dicaci maki oleh Hana setelah lama berdiam diri.

Pedal minyak ditekan lagi supaya kereta yang dipandu bergerak lebih laju. Mujur suasana jalan agak lengang tengah hari itu. Hazim mahu cepat sampai.

Dalam tidak sabar Hazim memecut, tiba-tiba muncul sebuah kereta yang memasuki lorong yang sama dipandunya.

Hazim sempat menekan brek, namun keadaan kereta di sebelahnya sudah begitu dekat. Tidak lama kemudian suatu bunyi dentuman kuat kedengaran. Bunyi terakhir sebelum pandangan Hazim gelap serta-merta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience