"OUH sorry saya ingatkan adik saya tadi."
Kak Mek tersilap orang. Benarlah ia bukan Nurjihan. Sudah di anggap seperti adik Nurjihan itu. Sejak Mak Eton berhenti kerja, Kak Mek rindu bayangan gadis itu.
Karlisa yang menerima respond Kak Mek itu menggangguk.
"Pelanduk dua serupa mungkin?".
Kak Mek menggeleng laju.
"Nope. Tak serupa pun. Saya yang silap tengok. Sorry miss?."
Karlisa berlalu pergi.
Pergh kekwat ! Pertanyaan itu tidak di jawab. Kak Mek hanya memandang Karlisa yang berlalu keluar bersama beberapa orang pengawal peribadi di kiri dan kanannya.
Sebaliknya ..
Sorry Kak Mek. Kita berjumpa dalam keadaan yang salah. Nurjihan kegusaran meninggalkan Kak Mek di belakang itu.
LANGIT yang di penuhi taburan bintang itu di tatap lama. Indah permandangan di sini. Kini dia sedar kehidupannya banyak berubah sejak dia berjumpa dengan Tuan Syed Iqwal. Sungguh dia terhutang budi kepada lelaki itu. Lelaki yang sanggup membawa dia keluar dari kehidupan yang menyedihkan dahulu.
Buaian itu di pandang sayu. Tenang keadaan di taman perumahan di sini. Lebih selamat. Nurjihan suka untuk menghabiskan masanya di sini untuk tenangkan fikiran di waktu malam yang dingin ini.
Fikirannya buntu bila teringatkan hal siang tadi. Menjadi Karlisa akan membuatkan ramai tidak menyukai dirinya. Perwatakan Karlisa kadang menjerat dirinya menceburi dunia perniagaan yang penuh saingan, cabaran dan taktik kotor.
Dia rasa bersalah bila terjumpa dengan insan yang dia kenal tetapi tidak boleh mendekat. Moga mereka faham dan perlahan-lahan semua ini bakal berakhir.
Di hujung taman itu ada sebuah kereta yang mempunyai penumpang di dalamnya.
"Macam mana Tuan Syed, dah nak gerak ke?." Benjamin mengerling Tuan Syed Iqwal di balik cermin pandang belakang.
"Yes balik sekarang." Arah Tuan Syed Iqwal.
Rupanya dari kejauhan Nurjihan di perhatikan oleh Tuan Syed Iqwal. Gadis itu sentiasa di kawal ketat olehnya.
TERGESA-GESA Nurjihan berlari ke arah kelasnya. Tepat jam 8 pagi dia sampai dah berlari naik ke tingkat 2. Masalah betul bila kelas kat atas hari ini.
Dengan termengah-mengah dia sampai di depan pintu dan kelihatan Dr. Haider telah sampai. Pintu kelas di ketuk.
"Assalamualaikum Dr, maaf saya lambat sikit je." Tangannya membuat simbol kecil dan tunjukkan kepada Dr.Haider.
Dr. Haider melihat jam di tangan, sebelah keningnya terangkat.
"Well saya tak terima student yang lambat masuk dalam kelas saya. Saya anggap yang dia tak berminat untuk berada dalam kelas ni." Kata-kata dari Dr.Haider itu mengundang riaksi terkejut dari semua orang.
Nurjihan melihat semula jam pada tangannya. Baru pukul 8.03 pagi. Shit ! lambat 3 minit pun berkira dia ni.
"Dr, saya cuma lambat 3 minit je. Takkan la tak boleh Dr?". Nurjihan cuba berjual beli.
Jari telunjuk Dr.Haider di goyangkan tanda tidak boleh.
Hawa yang berada di dalam kelas meraup rambutnya. Strict sangat Dr.Haider ni, kalah Dr.Husni.
Telefon di keluarkan dan dia menaip sesuatu.
Nurjihan mendengarkan isyarat notifikasi pada telefonnya.
"kau lepak je dekat cafe. habis kelas aku join kau."
memandang Dr.Haider sekilas lalu dia pergi dari kelas itu.
Kelibat Nurjihan di hantar pergi sehingga tiada lagi bayangnya berjalan di luar kelas. Bukan sikapnya Dr. Haider itu tiada toleransi, tetapi jika dengan Nurjihan....
Dia memang sengaja.
****
Nasi lemak di suapkan penuh mulut. Nurjihan makan seorang diri dengan penuh rasa amarah.
"Eiii nasib aku fikir aku student je aku beralah. Apa malapetaka 3 minit pun nak berkira? Dr.Husni pun rileks je stakat 10 minit baru dia bising." Bebel Nurjihan seorang diri.
Ni semua Tuan Syed punya pasal. Sebabkan jadi Karlisa semalam dia bermimpi dirinya di baling dengan telur busuk di sebabkan ramai orang marah kepada Karlisa. Tapi apa yang Karlisa dah buat? sehingga mengingau dan terjaga pada pukul 4 pagi dan selepas itu dia tidak boleh tidur semula dan akhirnya tup tup .. tertidur semula pada pukul 6 pagi. Subuh pun kemana !
"Wah nasi lemak sedap ni." Tegur Hawa yang datang dari belakang mengejutkannya.
"Haa sedap sangat. Dah takda, untuk kau dah habis !". Perli Nurjihan kepada Hawa.
Ketawa Hawa mendengarkan itu.
"Aik, marah dekat Dr.Haider..aku pulak yang kena."
Mujurlah kelas Dr.Haider tadi hanya 1 jam. Tidak la terasa begitu lama menunggu Hawa.
"Yela memang ikutkan salah aku. Aku yang lambat. So, terima jela". Nurjihan malas memikirkan.
"Ye aku tahu setakat 3 minit je lambat. Tapi aku tak puas hati la, Kau tahu tak yang Amran pun lambat tau. Lepas kau blah dia datang. Dr.Haider bagi je dia masuk." Balas Hawa.
Terkejut Nurjihan mendengarkan khabar dari Hawa itu.
"Seriously?, apasal aku tak boleh masuk tapi si Amran tu boleh pulak?."
Hawa menjongketkan kedua-dua bahunya.
"Aku syak la kan..dia memang saja nak cari pasal dengan kau la Jihan."
"Aku pun agak macam tu jugak." Berkerut-kerut dahinya menahan rasa di hati.
"Nah tugasan Dr. Haider bagi harini." Hawa mengeluarkan sekeping nota dan letakkan di atas meja.
Tersenyum Nurjihan sambil memeluk Hawa.
"Thanks Hawa...kau memang terbaik."
Untungla dia punya sahabat seperti Hawa itu sentiasa ada untuk Nurjihan.
DERINGAN telefon di atas meja itu di biarkan bergetar. Nurjihan malas angkat. Dia rasa sangat letih. Biarlah dia berehat sekejap. Niatnya mahu lari sekejap dari tugasan Tuan Syed Iqwal itu.
Roti canai di kedai mamak ni bila makan waktu petang-petang macam ni, memang nikmat !
Telefonnya bergetar lagi isyarat ada panggilan masuk.
Panggilan dari Benjamin tidak di angkat. Sejak bermimpi buruk malam tadi, dia jadi tiada semangat untuk meneruskan penyamarannya sebagai Karlisa.
Selesai membuat pembayaran di kaunter kedai mamak itu Nurjihan menghidupkan motorsikalnya. Itu la... ada kereta tak nak guna. Moto yang selalu buat hal ni la yang suka kau pakai kan Jihan.
Dalam sibuk dia ingin menghidupkan motorsikalnya, tiba-tiba dia di kelilingi oleh beberapa orang lelaki.
Ah, sudah dia agak mereka ini siapa.
"Err, korang...saya nak balik hantar moto ni sekejap je. lepas tu saya pergi Villa Rose ye?". Nurjihan cuba berbasa basi dengan mereka.
Tanpa balasan Nurjihan di cekup dan kedua-dua lengannya di angkat dan di kunci oleh mereka. Kakinya kini melayang-layang minta untuk di lepaskan.
Ergh ! memang tak boleh bawak bincang bodyguard Tuan Syed ni.
Setelah di paksa masuk ke dalam kereta milik Tuan Syed Iqwal Nurjihan membuat muka bosan melihat Benjamin yang duduk di hadapan.
"Tuan Syed ni tak boleh ke bagi aku bernafas kejap?". Nurjihan mengomel sendiri perlahan.
"Kalau Cik Nurjihan kerap buat perangai macam ni...saya tak pasti lepas ni Cik Nurjihan boleh bernafas dengan lancar ke tak." Jawab Benjamin bila mendengarkan rungutan dari Nurjihan tadi.
Erk ! Nurjihan kemam bibirnya.. Telinga Benjamin memang tajam pendengarannya. Benarkah Tuan Syed Iqwal seperti itu. Benjamin ni acah je buat takut ceh !
***
NURJIHAN berdiri kaku saat ini bila di belakangi Tuan Syed Iqwal di bilik itu. Dia kecut perut.
"Tuan Syed, Cik Nurjihan dah sampai. Saya keluar dulu." Perlahan-lahan Benjamin berundur untuk meninggalkan mereka di bilik itu.
Alaaa Benjamin ni tinggal-tinggal aku pulak.
Salah dirinya. Cuba mengelat dari kerjanya. Nampaknya dia tidak mengenali Tuan Syed Iqwal sepenuhnya.
"Kenapa awak buat perangai?". Tuan Syed Iqwal memulakan pertanyaannya tanpa memandang Nurjihan.
Nurjihan menikus.
"Maaf Tuan Syed. Saya....saya cuma nak berehat sekejap." Balas Nurjihan.
Sepi. Tiada Balasan dari Tuan Syed Iqwal.
Aduh ...
"Awak rasa susah ke nak jadi Karlisa?."
Terpanggung kepala Nurjihan memandang hadapan. Tuan Syed masih terlindung di balik kerusi yang bersaiz king itu.
"Erm...ermm..." Nurjihan tiada alasan.
"Awak nak balik semula ke gaya hidup awak yang dulu? hari-hari di kejar along." Tanya Tuan Syed Iqwal.
Nurjihan bergerak perlahan mendekati Tuan Syed Iqwal.
"Saya tahu saya salah. Saya yang tak berani ambil risiko jadi Karlisa. Saya takut."
Nurjihan berterus-terang.
"Awak tahu kan yang Benjamin escort awak 24 jam? apa yang awak takutkan? Alasan itu tak valid bagi saya Jihan."
Balasan Tuan Syed Iqwal itu mendera perasaannya yang berbelah bahagi.
Langkah Nurjihan semakin maju ke hadapan Tuan Syed Iqwal dan dia duduk melutut di hadapan kerusi roda itu.
Kepala dan tangannya di letakkan ke atas riba Tuan Syed Iqwal.
"Saya minta maaf Tuan Syed. Saya janji saya takkan ulang lagi."
Tuan Syed Iqwal terpujuk jua dengan tingkah Nurjihan. Di belai rambut gadis itu perlahan.
"Promise?".
Nurjihan mengganguk. Tetap dalam ribaan Tuan Syed Iqwal.
"Saya nak makan. I'm really hungry. Lama sangat tunggu awak." Ujar Tuan Syed Iqwal.
Terkedu Nurjihan. Masakan dia lupa yang Tuan Syed Iqwal tak akan makan kalau Nurjihan yang tak sediakan? patut la ketat semacam muka harini.
Nurjihan mengutuk diri sendiri. Apa nasib kau harini Jihan? Kau sendiri leka !
"Ye baik-baik.. saya turun siapkan makan sekarang."
Laju langkahnya di atur turun ke dapur.
"Cik Jihan...kenapa ni demam ke?." Tegur Syifa sambil tangannya memeriksa suhu badan Nurjihan.
"Eh, tak la Kak Syifa. Jihan okay je. Cuma letih sikit". Bohong Nurjihan.
"Cik Jihan kalau tak sihat ke apa bagitahu la kat Ben atau Tuan Syed. Jangan diam aje.. Kesian Tuan Syed dia tak makan lagi tunggu Cik Jihan. Tengok sekarang dah pukul berapa dah ni."
Sup yang baru di tutup itu di biarkan sebentar.
Nurjihan tahu. Memang salah dia. Dia yang berjanji dan telah mengikat kontrak, maka dia tak harus melanggarnya.
"Ehem, sudah-sudah la tu termenung Cik Nurjihan. Tuan Syed nampak okay sikit dah mood dia tu." Tegur Benjamin sambil meletakkan gelas di atas meja itu.
"Tuan Syed marah sangat ke tadi?." Tanya Nurjihan.
Benjamin menggaru-garu keningnya.
"Agak la...Masa saya cuba banyak kali untuk contact Cik Nurjihan..dia mengamuk." Balas Benjamin.
Terkejut Nurjihan. Takkan la Tuan Syed seperti itu.
Flashback satu jam yang lalu :
Prang !!
Pasu buatan Itali itu di hempas ke lantai. Semua pengawal termasuk Syifa kecut perut mendengarkan bunyi pecahan pasu yang bertaburan ke lantai.
"Aku tak kira. Korang cari Jihan kat mana pun dia ada. Jangan balik selagi korang tak bawak dia balik sekali !." Amarah keras dari Tuan Syed Iqwal.
Benjamin yang turut berada di situ tidak putus-putus usahanya cuba membuat panggilan masuk kepada Nurjihan.
Sakit hatinya mengenangkan sikap Nurjihan yang cuba lari darinya. Masakan Nurjihan juga sama seperti orang lain yang dulu penting dalam hidupnya akan pergi tinggalkan dia? Hidup atau mati dia takkan biarkan sehingga kontrak mereka tamat.
"Ben, biar betul Tuan Syed macam tu perangai dia bila marah?". Tanya Nurjihan.
Benjamin mengganguk.
"Jangan di sangka-sangka Cik Nurjihan. Tuan Syed tu boleh jadi sebaik-baik manusia dan juga boleh jadi sejahat-jahat manusia. Terpulang kepada cara Cik Nurjihan layan dia."
Menggigil tangan Nurjihan. Benarkah? Tadi itu Tuan Syed begitu mudah memaafkan dia macam mana pulak?
Share this novel