NAMPAKNYA, cukuplah 30 hari dalam hidupnya menjadi isteri orang segala suka dan duka dapat dia rasakan selama 30 hari ini. Begnya juga sudah siap dikemaskan selepas subuh tadi.
Syakira cantik mengenakan blause putih labuh dan rambutnya pula dilepaskan berombak sana sini. Dia berdiri di hadapan cermin dan mencalitkan sedikit lipstik pada bibir mugilnya.
Pup! - Cermin kaca itu dikucup oleh Syakira sebagai tanda kenangannya selama 30 hari ini hidup bersama seorang lelaki bernama Naufal Adrian. Jelas kelihatan lipstik merah itu terlekat pada hujung cermin itu.
Syakira mengemam bibirnya supaya warna merah itu dapat disebatikan kembali. Minyak wangi kegemaranya disemburkan ke seluruh badan sebelum di simpankan ke dalam beg tangannya kembali.
Langsung tiada setitis air mata pun yang jatuh dari tubir matanya kerana dia sudah lama siap bersedia untuk kembali memegang status janda.
"Okay Syakira. Kau dah bersedia!" Pesannya pada diri sendiri.
Dia melangkah keluar dari kamar itu sambil tangan kanannya menarik bagasi roda berwarna hitam itu secara perlahan-lahan.
Di ruang tamu jelas terpampang wajah suaminya dengan pandangan yang kosong. Syakira cuba untuk tersenyum ke arah suaminya cuba untuk ceriakan kembali keadaan.
"Okay, saya dah bersedia nak keluar dari rumah awak dan paling penting keluar dari hidup awak. Tolong halalkan makan minum saya selama ini." Kata Syakira sambil tersenyum indah. Jelas kelihatan baris giginya yang putih suci. Bibirnya yang berwarna merah terang itu mencantikkan lagi wajahnya.
"Syakira. Maafkan saya." Ucap Naufal Adrian seperti sedang berbisik. Mata Syakira direnung dengan penuh rasa bersalah.
Pipi Naufal Adrian dipegang perlahan oleh Syakira lalu Syakira mengangguk mengerti. Ada segaris senyuman di bibirnya.
"Tak apa, saya faham." Balas Syakira dengan bibir mekar senyuman.
"Saya lakukan ini sebab saya sayangkan Alysaa." Kata Naufal Adrian masih lagi bernada berbisik. Naufal Adrian masih lagi diburu oleh rasa bersalah.
"Saya..."
"Shh.." Jari Syakira tepat diletakkan pada bibir Naufal Adrian supaya mengunci kata-katanya.
"Tak payah cakap lagi, saya faham. Saya langsung tak marahkan awak. Malah, saya nak ucapkan terima kasih dekat awak kerana telah mengindahkan 30 hari saya. Sekurang-kurangnya, rindu saya untuk menjadi seorang isteri terubat juga akhirnya. Mana tahu, ada rezeki kita bersatu lagi? Saya harap masa tu awak dah cintakkan saya dengan sepenuh hati seperti mana awak cintakkan Alysaa." Ucap Syakira dengan mata mula berkaca. Dia cuba untuk menahan agar tidak menangis kerana dia dah berjanji tidak akan menangis pada hari terakhirnya sebagai seorang isteri.
Naufal Adrian mengangguk faham, setulus senyuman di hadiahkan pada Syakira.
Kelmarin, selepas sahaja Syakira terkantoi menonton VCD privasi Naufal Adrian, terus Naufal Adrian memberitahu kepadanya dengan tenang sekali tanpa secalit kemarahan pun pada wajah lelaki tersebut. Kini, barulah Syakira tahu perkara yang sebenarnya. Kenapa Naufal Adrian tak boleh terima wanita lain dalam hidupnya, selain Alysaa. Kerana perempuan itu adalah cinta pertamanya tetapi malang sekali Alysaa sudah lama meninggal dunia kira-kira lima tahu yang lalu namun, Naufal Adrian masih setia.
"Are you ready?" Tanya Naufal Adrian sebelum dia melafazkan cerai.
Syakira menutup kelopak matanya lantas, menarik nafas sedalam-dalamnya lalu dihembuskannya keluar. Kini, dia mula membuka kelopak matanya kembali.
"Yes, i am ready." Balasnya dengan senyuman.
"Untuk kali terakhir saya sebagai suami awak, saya akan.." Ucap Naufal Adrian dengan senyuman seraya mendekatkan bibirnya dengan bibir Syakira tanpa amaran.
Syakira tergamam setelah menlihat tingkah laku lelaki itu yang mula untuk mencium bibirnya.
"Wait, what?"
Pup!
Syakira terdiam setelah bibirnya dikucup dengan ghairahnya oleh Naufal Adrian yang sudah memejamkan matanya rapat. Syakira yang tidak terkata itu turut memejamkan matanya dan menikmati sahaja ciuman terakhir mereka sebagai suami isteri selama 30 hari itu.
Setelah seminit berlalu akhirnya ciuman itu terlerai dari mulut mereka berdua. Masing-masing mengembuskan nafas kepenatan.
Mereka berdua saling berpandangan antara satu sama lain. Syakira tersenyum puas. Akhirnya, dapat juga dia menerima ciuman oleh lelaki itu pada saat akhir perkahwinan mereka.
"Are you ready?"
"Yes, now 100% im fucking ready! Say it now!" Balas Syakira sambil ketawa kecil. Tidak pernah seumur hidupnya, dia terasa puas sebegini. Syakira memejamkan matanya lantas, dia tersenyum.
"Nur Syakira binti Awang, dengan ini aku lafazkan cerai talak satu!" Ucap Naufal Adrian dengan lancar.
Syakira membuka kembali kelopak matanya namun bibirnya masih lagi mengukirkan senyuman.
"All done?" Tanya Syakira sambil ketawa.
"Yes, 100% done." Ucap Naufal Adrian perlahan.
"Thanks, sebab awak telah indahkan 30 hari saya." Kata Syakira dengan bibir mekar senyuman.
"Sama, sama. Maafkan saya Syakira. I am not the right one." Hanya itu yang mampu di balas oleh Naufal Adrian.
"Oneday, maybe?" Kata Syakira seraya mengenyitkan sebelah matanya.
Naufal Adrian hanya mampu tunduk dan tersenyum.
"Saya dah nak pergi ni. Thanks." Kata Syakira seraya sudah mula menarik beg rodanya.
Naufal menganggukkan kepalanya. Dia tolong membukakan pintu rumahnya.
Usai sahaja Syakira menyarungkan kasut tumit tinggi lima inci, terus dia keluar dari rumah itu dengan penuh bergaya.
Dia menoleh ke arah tepi untuk memandang wajah Naufal Adrian buat kali terakhir dan Syakira memberikan senyuman sesaat. Senyuman Syakira di balas mesra.
Setelah beberapa saat, dia kembali meneruskan berjalan keluar dari rumah kondominium itu.
Dumm...
Setelah Syakira mendengar bunyi daun pintu di tutup perlahan oleh Naufal Adrian, terus langkahnya terhenti. Cermin mata hitam yang disangkutkan pada dadanya di ambil lalu di sarungkan pada bahagia mata. Headphone yang diletakkan di atas bagasi roda tadi diletakkan di telinganya lalu dia memasang lagu Bob Marley yang bertajuk No Women, No Cry. Maka, berkumandanglah lagu itu di hujung telingannya dan dia kembali berjalan pergi dari situ dengan senyuman puas tanpa menoleh memandang ke arah belakang lagi buat selama-lamanya.
TAMAT.
Share this novel