Serena masih mengusapkan kakinya.Kelibat Zeke akhirnya muncul bersama seorang wanita yang berpakaian seperti doktor.Wanita itu tidak terkejut dengan kehadiran Serena,mungkin Zeke telah menceritakan segalanya tentang dia.Wanita itu menghampiri Serena dengan wajah seriusnya.Kaki Serena diteliti lalu wanita tersebut mengeluarkan kit kecemasan yang dibawanya .Kaki Serena dirawat dengan menggunakan barang-barang yang terdapat dalam kit tersebut.Akhirnya kaki Serena siap dibalut.
“Kaki kamu hanya terseliuh,jadi kamu akan pulih dengan segera ,saya juga akan beri ubat tahan sakit untuk kamu”,ujar Wanita tersebut lalu menghulurkan tangan kepada Serena untuk bersalam.
“Saya Ellen Rose,sepupu dan kawan baik Zeke”,Serena mencapai tangan tersebut dan mereka berjabat tangan.
“Saya Serena”,ujar Serena.
“Kamu mesti teman spesial Zeke,sebab Zeke jarang bawa balik wanita ke sini,eh,bukan jarang tapi tak pernah sejak sekian lamanya”,Ellen cuba mencari tahu hubungan Zeke dan Serena.
“Kawan baru bertemu sahaja,Ellen”,sampuk Zeke.
“oh,jadi kamu bawa balik wanita yang baru kamu jumpa,hebat sungguh kamu Serena,mampu buat Zeke percaya kepada kamu sepenuhnya”,Ellen memandang Serena sambil tersenyum.Entah mengapa Serena merasakan seperti wanita itu sedang cemburu dengannya walaupun cuba untuk disorokkan dengan sebaik yang mungkin.
“Kami kawan,saya menganggap Zeke sebagai kawan sebab dia dah bantu saya”,Serena bersuara setelah lama berdiam.Zeke memandang Serena dengan wajah yang terkejut.
“Betulkan Zeke”,Serena tersenyum ke arah Zeke.Lelaki itu juga mengiyakan.
“Oh,kalau macam itu baiklah.Kawan Zeke kawan saya juga”,ujar Ellen.Akhirnya Ellen meminta diri untuk pulang ke biliknya.Tanpa berkata banyak dia pergi meninggalkan Serena dan Zeke.
Serena dapat membaca riak wajah wanita itu.Ellen sedang cemburu dengannya.Adakah Ellen menyimpan perasaan terhadap Zeke?.Dia berharap wanita itu tidak menyimpan dendam terhadapnya atas kesalahfahaman tersebut.Zeke melabuhkan punggungnya disebelah Serena.
“Bagaimana dengan kaki kamu sekarang?”,tanya Zeke kepada Serena .
“Semakin baik setelah dirawat oleh Ellen.Kalau tidak keberatan boleh saya tahu ini tempat apa?”,Serena begitu teruja untuk mengetahuinya.Zeke terdiam sebentar seperti berfikir sama ada ingin memberitahu serena atau tidak.
“Ini rumah agam yang didirikan oleh keluarga saya.Rumah ini dijadikan sebagai asrama khas dan pusat belajar untuk golongan elit dan bangsawan setelah keluarga saya berpindah keluar dari sini.Bapa saya yang mengubah rumah ini kerana tidak mahu ditinggalkan kosong begitu saja.Hanya saya yang tidak ikut berpindah kerana bapa saya suruh saya menguruskan rumah ini.Pada mulanya rumah agam ini tidaklah sebesar sekarang”,Terang Zeke panjang lebar.
“Jadi Ellen itu pelajar di sini?”,tanya Serena lagi.Zeke ketawa sebaik mendengar pertanyaan Serena.
“Tidak mungkin saya akan membiarkan pelajar merawat kaki kamu,Serena.Ellen merupakan salah seorang tenaga pengajar dan perawat di sini kerana keahliannya dalam bidang perubatan”,Serena mengangguk faham.
“Apa tujuan bilik ini pula?”,
“Ini antara salah satu sumber kewangan pusat ini.Saya dan pelajar di sini membuat tembikar dan beberapa kraftangan lain lalu dijual untuk menyara keperluan di sini”,
“Menarik juga”,ujar Serena,dia tertarik untuk melawat rumah tersebut.Zeke mengerutkan dahinya.
“Apa yang menarik?.Rumah ini biasa-biasa sahaja sama seperti asrama lain”,
“Bagi saya tempat ini lain daripada yang lain”,Zeke mengalah ,dia tidak mahu menafikan kata-kata wanita itu.Serena dan Zeke menghabiskan masa dengan berborak berkaitan banyak perkara.Tanpa mereka sedar siang sudah ingin melabuhkan tirainya.
Sorry jika sya lambat update,..sya masih study,jadi agak sibuk :)...
Share this novel