TH2 - 4

Drama Series 113650

Awal-awal pagi lagi sudah dengar keriuhan dari suara kanak-kanak pasangan kembar lelaki dan perempuan yang sedang bersiap-siap untuk ke tadika. Suzana yang sudah siap dibedakkan oleh Stella berlari anak mencari ayahnya. Tiba pula giliran Haris yang sememangnya banyak berceloteh itu datang menghampiri ibunya.

"Mummy, mummy, mummy,"

"Yes sayang, what do you want?" soal Stella apabila Haris sudah menarik-narik hujung baju tshirt berwarna maroon yang dikenakannya. Dia menunduk sedikit melihat anak lelakinya.

"Where is my otomen? I can't find wit..." luah Haris mencebikkan bibirnya. Stella tersentak sedikit dan segera mengalihkan pandangan ke arah lain. Kalaulah anaknya itu yang bapa dia yang pergi sorokkan permainan figura animasi jepun Ultraman itu, memang tak menang tangan Stella nak memujuk.

Alkisahnya si Haris ni suka sangat bawa mainan bila pergi ke tadika. Awal-awal itu Harraz benarkan saja. Tapi sejak dah dekat 3 kali mainannya itu hilang kemudian bila ayahnya balik rumah saja merengek, menangis-nangis nak mainan baru, terpaksalah Harraz menyorokkan semua permainan Haris tiap kali anak-anaknya itu mahu ke tadika. Kemudian dia berpesan kepada Stella bahawa jangan sesekali berikan mainan yang dia sudah sorokkan kepada Haris.

Itulah Harraz. Dalam lembutnya, ada juga sifat tegas di dalam diri. Dan Stella sudah cukup kenal dan tahu bagaimana tegas suaminya di dalam sesuatu perkara.

"I don't know. Semalam Haris yang mainkan? Why ask mummy? Mummy pun tak tahu Haris campak mana," jawab Stella ataupun lebih tepat sedang menipu anaknya. Haris semakin tercebik hendak menangis. Ha sudah. Inilah yang Stella tidak mahukan jika Harraz menyorokkan permainan anaknya.

"Mummy... nak otomen...hukhuk... mana otomen..." tangis Haris sambil memukul-mukul betis ibunya. Wajahnya yang baru dibedakkan tadi mula cair apabila air matanya turun mengalir ke pipi. Stella mengeluh perlahan sambil memicit pelipis dahinya. Haris makin galak meraung menarik-narik kain seluar palazo miliknya. Tiba-tiba saja Harraz muncul di muka pintu.

Stella yang perasan akan kehadiran suaminya, segera memberi isyarat mata. Menyuruh Harraz masuk ke dalam bilik dan memujuk Haris. Bukannya Stella tak mahu pujuk, tapi ini semua idea Harraz. Jadi, biar bapaknya aje yang selesaikan. Kah!

Saat Harraz masuk saja ke dalam bilik sambil berlakon sedikit tanya mengapa, Haris terus melulu memeluk kaki ayahnya dan merengak mengatakan ultraman nya hilang. Stella melangkah menghampiri ke arah Harraz. Jelingan tajam diberikan pada encik suami.

"Abang pujuk eh? Ni semua idea abang. Sayang tahu sayang datang balik dia dah diam!" bisik Stella sambil menunding jarinya pada Harraz. Ketawa Harraz dibuatnya melihat wajah garang isterinya itu. Dibiarkan Stella keluar daripada bilik lalu pandangannya dialihkan pada Haris yang masih menangis.

Menyesal tak menyesal jugalah, tapi memang Harraz katakan yang hendak memujuk Haris lah paling susah sekali nak dibandingkan dengan Suzana. Hairan dibuatnya, siapa adik sebenarnya ni? Perangai macam tertukar pun ada.

Akhirnya keriuhan di pagi hari itu berakhir apabila kesemuanya sama-sama keluar dari rumah dan menuju ke basement. Harraz menoleh ke arah Stella yang sedang memimpin Suzana menghampiri kereta Myvi hitamnya. Ingat lagi tak kereta Stella yang bawa pergi ke tempat perdagangan itu? Hah, sebenarnya kereta tu ada aje. Harraz suruh Han ambil bawa simpan dekat rumah Han. Maklumlah, masa tu kepala otak Harraz kan biul sikit. Eh terkutuk pula.

"Sayang, biar abang jelah yang hantar budak-budak. Sayang duduk je kat rumah eh?" pelawa Harraz sambil mendekati Stella. Kebetulan memang kereta mereka berdua parkir sebelah-sebelah. Stella menggeleng perlahan sambil tersenyum.

"Tak payahlah, bang. Biar jelah sayang yang hantar. Lagipun, jalan ke tadika dengan office kan bertentangan. Jauh. Nanti abang lambat masuk office pula," balas Stella mencebikkan sedikit bibirnya. Harraz berkerut dahi sedikit.

"Lah, kalau abang lambat masuk pun kenapa? Abang boss. Suka hati abanglah nak masuk pukul berapa?"

"Ya tahu awak boss tapi kenalah juga tunjuk sikap berdisiplin awak tu. Barulah orang nak ikut telunjuk awak. Kalau disiplin pun zero, anak buah apatah lagi. Kan?" terjongket kening Stella apabila tak semena-mena sudah membuka nasihatnya pada Harraz.

"Tak apalah biar sayang je hantar. Nanti lepas hantar dia orang sayang nak singgah supermarket. Nak beli lauk. Nanti tak ada lauk, abang juga yang lapar," sambung Stella lagi sambil memeluk lengan suaminya. Suaranya pun sengaja dilunakkan kepada Harraz. Harraz tersenyum dan menggeleng kepalanya perlahan.

"Haih yelah yelah. Tapi sayang hati-hati, ya? Ada apa-apa jadi terus call abang. Haih kenapalah hari ni bukan off day? Tidak aku dah bismillah makan lauk kat depan aku ni," gumam Harraz yang kurang didengari oleh Stella.

"Apa, bang? Tak dengarlah," soal Stella polos.

"E-eh eh tak ada apa! Tak ada apa! A-abang kata, abang teringin nak makan lauk kari hari ni," tergagap-gagap Harraz menjawab. Stella berdiam diri buat seketika sebelum terangguk faham dan tersenyum kepadanya.

"Oh, abang nak makan kari. Okay, nanti sayang masakkan untuk abang, eh?" kaat Stella mendapat anggukan laju dari Harraz. Stella tertawa kecil sebelum menghulur tangan untuk menyalam suaminya. Pasangan kembar yang dari tadi memerhati drama mak ayah mereka pun turut terloncat-loncat ingin menyalam tangan Harraz sebelum bertolak ke tadika.

"Bye daddy! I love you!" laung Suzana yang duduk di bahagian depan bersebelahan pemandu. Haris yang duduk di belakang juga turut melambai-lambai ke arah Harraz memandangkan cermin tingkap di bahagian tempat duduknya dibuka penuh oleh Stella.

"I love you too!" laung Harraz yang masih tercegat di kereta audi Mercedes miliknya. Katanya mahu melihat isteri dan anak-anak jalan terlebih dahulu sebelum dirinya. Setelah melihat bayangan kereta Myvi Stella sudah tidak kelihatan, barulah dia pula masuk ke dalam kereta. Beg bimbit dan juga bekal makanan yang disediakan oleh Stella diletakkan di bahagian tempat duduk di sebelahnya.

CEO tak CEO, kalau bini dah tapaukan bekal untuk kau, tak ada makna dah nak makan dekat luar. Masakan isteri lagi sedap. Walaupun hanya sekadar telur goreng mata kicap.

***

Seusai membeli lauk, sayur-sayuran dan juga beberapa barang keperluan harian, Stella melangkah sambil menolak troli keluar daripada pasaraya besar tersebut menuju ke parkir kereta. Bonet kereta dibuka lalu segala barang-barang yang berada di dalam troli yang digunakannya tadi dimasukkan ke dalam bonet.

Walaupun ada saja manusia-manusia yang selamba meninggalkan troli di tempat parkir kereta tanpa meletakkan di tempat yang sepatutnya, namun Stella bukan sikap sebegitu. Biarlah orang nak kata dia terlalu baik sangat ke apa, janji dia dapat memudahkan kerja orang.

Setelah memastikan semuanya sudah selesai, Stella terus masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Sementara itu, sempat dia membalas mesej Harraz melalui aplikasi WhatsApp. Risau betul encik suami si Puan Stella ni ya? Bini pergi supermarket pun disuruh hantar selfie. Katanya rindu. Mengada betul!

Namun, Stella ikutkan saja. Kadang-kadang rasa manis pun ada bila Harraz sibuk minta swafoto darinya. Nampaklah bahawa suaminya itu peduli tentang dirinya. Stella menutup telefonnya dan letak di tepi. Tali pinggang keledar dipakai kemudian dia terus membuat reverse untuk keluar dari kotak parkir kereta. Setelah itu, keretanya cermat meluncur keluar dari kawasan pasaraya besar tersebut untuk terus pulang ke rumah.

Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba saja Stella merasakan ada yang tidak kena pada keretanya. Namun, dia hanya membuat tidak tahu dan meneruskan pemanduan. Mungkin kerana keretanya ini sudah lama tidak diservis ataupun kerana dia sudah jarang membawa kereta, jadi berasa kekok sedikit.

"Eh, apahal makin berat semacam kereta aku ni? Tak ada minyak ke?" soalnya seorang diri kehairanan. Matanya mengerling melihat ikon simbol minyak. Masih penuh. Tetapi keretanya ini tiba-tiba saja terasa berat dan semakin perlahan. Kerana musykil dan hairan dengan apa yang berlaku, Stella mengambil jalan untuk terus berhenti di tepi jalan bagi memeriksa apa yang patut.

"Ya Allah, tayar pancit pula! Aduhai, time-time macam nilah kau nak pancit. Aku nak balik nak masak lauk laki aku nak makan ni!" keluh Stella saat melihat tayar depan keretanya sudah pancit. Dia meraup wajah melepaskan keluhan kasar. Sudahlah waktu sekarang matahari sudah tegak di atas kepala, tayar keretanya pula buat hal. Sekarang ni apa patut dia buat? Nak tukar tayar sendiri? Memang dia tak retilah.

Dalam dia kehulur kehilir memikirkan cara untuk menghadap masalahnya itu, secara tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti di hadapannya. Stella hanya diam dan memandang sekali lagi keretanya. Langsung tidak mahu ambil tahu siapa yang tiba-tiba berhenti di depannya. Dia sudah mengambil telefon untuk menelefon Harraz. Walaupun tadi sempat berdebat dengan diri sendiri tak mahu hubungi suaminya, bimbang jika suaminya itu sedang ada mesyuarat atau sebagainya.

"Assalamualaikum," sapa seseorang membuatkan Stella menoleh. Serta merta terhenti niatnya untuk menghubungi Harraz. Seorang lelaki berpakaian formal sedang berdiri menghadapnya. Stella tidak menjawab sebaliknya hanya memberikan senyuman kecil dan menunduk sedikit. Lelaki itu turut tersengih dan berdehem kecil.

"Rosak ke?" soalnya menunding ke arah kereta milik Stella. "Tayar pancit," jawab Stella pendek dan menundukkan lagi wajahnya. Dia mengundur beberapa langkah ke belakang apabila lelaki tersebut tiba-tiba melangkah mendekati keretanya.

"Pancit teruk juga ni. Ada tayar spare tak kat belakang? Kalau ada saya boleh tukarkan," pelawanya pada Stella. Sempat juga matanya memandang segenap wajah putih bersih gebu milik Stella itu. Khairil tersenyum sedikit kemudian cepat-cepat menyembunyikan senyumannya. Ya, Khairil lah lelaki tersebut. Secara kebetulan, dia lalu disini ternampak akan sosok Stella sedang berdiri di tengah panas, makanya dia berhenti untuk tahu mengapa.

"Sekejap, saya tengok," kata Stella dan melangkah ke belakang. Khairil mengangguk dan terus menyebak rambutnya. Bibirnya sekali lagi membentuk senyuman senget. Keuntungan dalam kebetulan ni. Hari itu mampu usya dari jauh saja. Sekarang, dekat. Seorang pula tu.

"Encik," panggil Stella yang berada di belakang. Terus hilang senyuman Khairil. Dia mengawal riak wajahnya lalu melangkah mendekati Stella. Ternyata ada sebuah tayar spare di bonet kereta Stella. Nasib baiklah tak tertindan dengan barang dapur yang dibeli oleh wanita itu tadi.

Tanpa banyak bunyi, Khairil terus membantu menukarkan tayar tersebut. Hendak bercakap pun, wanita itu sedang ralit bercakap di telefon. Tercebik bibir Khairil apabila mendengar perkataan 'abang' daripada bibir wanita itu. Tahulah dia siapa yang Stella sedang bercakap.

"Okay abang. Ya, jangan risau. Sayang tak apa-apa pun. Okay bye. I love you too. Assalamualaikum," Stella terus mematikan panggilan. Khairil yang sudah siap menukarkan tayar menghampirinya dengan wajah sedikit kelat.

"Ehem, you ni isteri Tuan Harraz kan?" soal Khairil memeranjatkan Stella sedikit. Terkejut dia. Tiba-tiba saja muncul di belakang. Sudahlah dekat. Memang tak reti jaga jarak agaknya lelaki ni? Stella mengangguk perlahan.

"Ma-macam mana encik boleh kenal saya?"

Khairil tersenyum sinis. "Siapa je tak kenal isteri Tuan Harraz ni? Dahlah cantik, baik, manis orangnya. Sama padan pula tu dengan Tuan Harraz yang kacak lagi bergaya, nak pula pernah jadi 'young billionaire'. Come on lah, rasanya hampir semua orang kenal," jelas Khairil membuatkan Stella menundukkan wajahnya.

"Lagipun, I business partner dia. Of course I tahu. Hari tu I ada datang majlis kenduri tahlil dekat rumah mertua you tu."

"Oh ya ke? Tak perasan pula," balas Stella membuatkan Khairil hampir tergigit lidahnya sendiri. Wah, bukan main selamba nampak isteri si Harraz ni. Khairil tergelak kecil.

"Manalah nak perasan, asyik pandang encik suami aje. Sekeliling pun dah tak tahu apa jadi," perli Khairil membuatkan Stella tersenyum senget sedikit. Keningnya terjongket.

"Baguslah kalau pandang suami. Lagi erat hubungan suami isteri daripada pandang lelaki lain, buat renggang hubungan suami isteri," Stella memulang buah paku keras kepada Khairil. Dia melangkah semula mendekati keretanya. Khairil mengetap bibir dan tergelak sinis sebelum turut menghampiri ke arah Stella yang sedang mengambil sesuatu di dalam kereta.

"Erat ke hubungan suami isteri tu kalau bagi isteri pun pakai kereta biasa-biasa saja sedangkan dia mampu bagi lebih daripada tu?" masih tidak berputus asa, Khairil cuba menggoyahkan Stella. Stella berdiri tegak memandangnya sedikit tajam.

"Erat mana hubungan pasangan suami isteri itu bukanlah diukur dari segi harta atau nafkah yang diberikan, Encik. Tetapi dari segi kesetiaan dan kejujuran dalam perhubungan. Lagipun, kereta ni bukan Harraz yang belikan. Ni kereta saya beli sendiri. Sebelum saya berkahwin dengan dia lagi kereta ni dah ada dengan saya. Encik tengah nak hina saya isteri CEO pakai kereta buruk ke?"

Khairil diam. Stella berdehem sedikit dan menghulurkan seberapa wang kepada Khairil.

"Nah, terima kasih sebab tolong. Ni je yang saya mampu bagi," kata Stella masih menghulur. Khairil memandang lama wang tersebut sebelum menggeleng perlahan. Dia menguntum senyuman nipis buat Stella.

"No need, I ikhlas," tolaknya. Stella mengerutkan dahi sebelum perlahan-lahan menurunkan hulurannya dan mengangguk faham. Kalau orang dah tak mahu, nak kata apa lagi, kan? Dia membuka pintu kereta dan masuk ke dalam. Khairil terus ke tepi bagi memberi laluan kepada Stella. Dia menghantar pandangan tajam pada kereta Myvi hitam yang sudah meluncur laju di jalan raya itu.

Tergeleng-geleng kepala dibuatnya. Ternyata berani mencabar juga isteri CEO itu. Khairil tersenyum sinis.

Bersambung...

Share this novel

Asmah
2021-05-25 18:55:52 

jgn nak lebih2 isteri ceo tu


NovelPlus Premium

The best ads free experience