Sawah padi yang terbentang luas menghiasi pandangan mata, padi yang semakin berisi mula menunduk kebawah mengikut resam dan tabiatnya, semakin berisi semakin menunjuk. Warna emas kelihatan bersinar bila dibias cahaya sang suria yang berada di antara waktu puncaknya. Orang kampung mula datang berduyun-duyun, melintasi jalan yang berturap sehingga ke jalan bertanah merah. Kenderaan kelihatan penuh di kiri dan kanan bahu jalan. Ada kereta, motosikal dan tak kurang juga ada yang datang dengan mengayuh basikal. Tanpa menghiraukan terik mentari yang semakin garang di atas sana. Menunjukkan bertapa kuatnya perpaduan yang terjalin antara mereka.
“Dara! Nak ke mana tu, dah nak balik ke?” soal wanita yang sebaya dengannya.
“Nak balik dah, ni nak kena balik dah. Nak hantarkan kuih yang orang pesan.” Balas Dara dengan ramah.
“Risa mana? Kamu balik seorang saja?” tanyanya lagi.
“Risa ada di dalam lagi. Ada dengan Yati, dia dengan yang lain sedang potong daging, nanti mereka balik sekali lah.” Jelas Dara menerangkan perihal anaknya yang masih ada di dalam rumah tuan rumah yang akan kenduri besar esok harinya.
“Oh! Ya ka. Ni nak balik dengan apa?” wanita itu berpaling melihat pada kenderaan yang bersusun di bahu jalan.
“Aku dah biasa berjalan kaki, tadi pun aku datang jalan kaki. Balik pun jalan kaki juga la.” kain yang tersangkut di bahu diribas-ribas agar terasa angin. Peluh mula bercucuran keluar di setiap liang roma. Tak sanggup dia nak berlama-lama berbual di dalam keadaan begitu.
“Marilah aku hantarkan. Jauh kau nak berjalan tu.”
“Tak payah. Kau pun baru saja sampai, nanti mereka pakat cari, susah pula. tukang masak tak ada.” Dara menolak pelawaan itu dengan gelak tawa “Dah la, aku balik dulu.” Sambungnya lagi selepas menolak sedikit sahabatnya menjauh. Gurau senda di bawah terik mentari.
Sepakat para penduduk kampung datang untuk membantu, di luar rumah khemah sudah pun didirikan.
“Umi. Anas nak pergi tolong orang pasang khemah dulu.” Datang sorang muda menyapa uminya yang sedang duduk bersama kaum wanita, sama-sama membantu untuk menyiapkan rencahan masakan untuk kenduri esok.
“Pergi lah, sudah nanti datang balik sini. Jangan balik pula. Hantarkan Risa balik dulu.” Pesan Hayati kepada anak teruna sulungnya.
Darisa yang sedang memotong daging berhenti. “Tak apa umi, Risa boleh balik sendiri.” Dia menolak untuk dihantar pulang oleh Anas. Sempat dia berpaling melihat jejaka yang sedang berdiri di hadapannya. Anas langsung tak menunjukkan sebarang riaksi kepadanya.
“Kenapa pula tak mahu, Umi dah janji dengan ibu kamu tadi. Kalau jadi apa-apa ke kamu, macam mana?” Hayati berbicara dengan nada risau, gadis polos di hadapannya diperhatikan dalam-dalam.
“Nanti Anas datang balik, lepas tu. Anas hantarkan Risa balik dulu, baru Anas datang balik ambil umi pula.” Anas menjelaskan agar hal itu tak buatkan uminya terus risau dengan Darisa.
“Macam tu lah, kamu pergi cepat. Nanti lambat pula Darisa balik.” Suruh Hayati.
“Umi, Risa kan boleh balik dengan Nur?” soal Darisa tetap tak puas hati dengan keputusan yang telah dibuat oleh dua beranak itu tanpa sempat dia bertanya dengan lebih lanjut.
“Nak tunggu Nur. Entah dia nak datang ke tak nanti. Takutnya dia tak datang, umi pula dah balik. Kamu pula kena balik sorang-sorang. Lebih baik kamu balik dengan Anas, baru umi senang hati.” jelas Hayati.
“Hah ah, betul tu Yati. Sekarang ni kan. Bukan nak katalah. Kampung kita ni. Orang luar asyik keluar masuk. Entah dari mana datangnya, kita pun tak tahu orang tu baik ke tidak. Bukanlah nak bagi kau takut Yati,” sampuk seorang wanita yang duduk di belakang mereka.
“Ha! Betul tu Jah, baik beringat sebelum kena. Melati tu, rumah dia kan tepi jalan. Dia kan selalu duduk di pelantar depan rumah dia tu, ambil angin. Lepas tu ada orang entah la siapa. Orang luar juga rasanya, datang nak bertanya jalan. Katanya dah sesat sampai masuk ke dalam kampung kita ni. Tapi bukan tu, orang tu orang jahat. Rantai yang melati pakai tu,diragutnya… tak cukup dengan tu. Dia tolak pula Melati tu sampai jatuh,” bersungguh wanita itu menceritakannya.
“Sampai macam tu sekali. Orang zaman sekarang. Haissh. Nak mudah saja. Susah sikit mencuri, meragut..”
“Takutlah Yati dengar, habis tu Melati macam mana? “ soal Hayati kerisauan, Darisa yang ada di sebelahnya diperhatikan dengan pandangan rasa kasih. Fikirannya mula terbayang-bayang kalaulah perkara itu berlaku pada gadis itu, walaupun tubuh Darisa tak disaluti seutas barang kemas pun.
“Melati anak dia bawa pergi klinik, habis leher ni.” wanita itu menunjuk lehernya. “Merah berbirat, tulang tangan retak. Lepas tu anak dia bawa pergi balai polis, buat laporan. Itu yang polis masuk kampung kita dua hari lepas tu.” terangnya.
“Mujurlah Melati selamat, dia tu pun bukannya sihat sangat. Baru keluar hospital kan bulan lepas, jatuh bilik air.” Sampuk wanita yang lain.
“Hah! Betul lah tu. kesian dia, sekarang ni nak keluar pun dah tak berani. Terperuk sajalah dalam rumah. Rantai hilang, dapat sakit pula.” Mereka mula mengeluh dan menggelengkan kepala. Masing-masing takut jika hal itu terkena pada diri masing-masing.
“Kejap lagi habis masak ni, nak singgah rumah Melati. Nak pergi ziarah dia,”
“Kalau macam tu, kita pergi sekali lah.” Sahut yang lain.
“Kak yati, nanti naik dengan saya. Kita pergi sekali naik motor sama-sama.”
“Kalau dah Jah kata nak bagi tumpang boleh la, Kak Yati tumpang sama.”
“Kira jadilah ya, balik nanti.”
“Jadi-jadi!” sahut mereka.
“Dengar tak tu Risa, bahaya kalau nak balik seorang. Nanti balik saja dengan Anas. Biar Anas hantarkan sampai ke depan rumah. ” Hayati mengatakan dengan tegas tapi masih juga ada kelembutan di dalam bicaranya. Kelembutan seorang ibu, kepada anak gadisnya.
“Risaunya kamu Yati dengan anak Dara. Kamu buat budak Risa ni dah macam anak kamu,” usik mereka. Darisa yang sedang melihat dan mendengar nasihat dari Hayati terus menjatuhkan wajahnya ke bawah, sambung membuat kerja yang tak terusik kerana tersampuk dengan berita yang hangat diceritakan oleh makcik-makcik seangakatan dengan ibunya.
“Manalah aku tak risau, Risa ni dah macam anak aku. Dia kan bakal menantu aku. Cuma diorang ni tak habis belajar lagi. Kalau Anas dan Risa da habis belajar. Aku masuk minang terus Risa, biar semua orang tak sempat nak ambil dia jadi menantu,” terang Hayati dengan rasa bangga. Lalu ikut ketawa dengan kumpulan gotong royong itu.
“Amboi, tak sabar dah kak nak bermenantu.” Tawa mesra saling bersahut dari seorang ke seorang. “Kak Yati ni, kami semua dah tahu... yang Risa ni, bakal menantu Kak Yati, siapa lagi yang berani nak kacau. Kehulu kehilir dia dengan Kak Yati, sampaikan kami ni keliru. Risa atau Nur anak Kak Yati, betul-betulnya.” Kumpulan itu sepakat mengeyakan apa yang baru dikatakan oleh wanita yang dipanggil Jah itu. masing-masing mengangguk mengenai hal itu. Tidak dapat di sangkal lagi kebenaran dari kata tersebut. Hayati memang sering bersama dengan Darisa dari bersama dengan anaknya Annur.
“Jauh benar perginya. Sampaikan tak kenal mana satu menantu, mana satu anak. Kalau Nur, dia tak datang ke sini, dia tak suka bergaul ramai-ramai macam ni. Dia tu lagi suka terperuk di rumah. Alang-alang nak duduk rumah sangat, biar ajalah dia jaga adik dia Aniq tu. Senang, kak pula boleh keluar dengan Risa. Betul tak Risa?” Hayati mencuit bahu Darisa yang asyik tunduk sejak tadi. Gadis muda itu membalas dengan anggukkan kecil buat Hayati.
“Serasi betul mak mentua dengan menantu...” puji mereka.
Anas yang sedang mendengar bualan dari khemah tempat kaum-kaum ibu berborak itu sudah merah mukanya. Sesekali dia curi-curi pandang melihat ke arah si gadis yang duduk ayu bersama dengan golongan itu. Kecantikan Darisa tak ada bandingannya. Senyumannya saja sudah mencuit hatinya. Itu belum lagi keperibadiannya yang sopan dan lembut.
“Anas angkat!” tersentak lamunan Anas, dia yang tersedar kembali cepat mengangkat tiang khemah seperti yang disuruh. Setelah selesai sekali lagi yang melihat Darisa sekadar sekilas lalu. Dua saat mereka saling bertatapan mata. Begegar tulang rusuk, terasa sesak nafasnya. Cantik! Dia sungguh cantik, sejak kecik dia cantik. Puji Anas jauh di dalam sanubarinya.
“Kau berangan apa Anas, bukannya sekali panggil kau tadi,” Keluh pemuda yang ikut bersama mendirikan khemah dengan Anas dan beberapa orang yang lain.
“Tak ada apalah, aku tak dengar tadi. Tak perasan.” Dalih Anas untuk menutup hal itu dari mereka semua. Dia ikut ketawa bersama dengan yang lain agar tak ketahuan sampai ke akhir. Setelah selesai, Anas kembali menghampiri khemah para wanita.
“Umi, dah siap.” Sopan dia menyapa uminya yang sedang berbual dengan ibu-ibu yang lain.
“Dah? Risa kamu balik lah dengan Anas dulu. Anas, umi nak singgah rumah mak cik Melati. Kamu bawa balik Risa dulu.” Suruh Hayati lalu bangun dari duduknya.
“Umi nak pergi rumah mak cik Melati dengan siapa?”
“Jangan risaulah Anas, tahulah mak cik ni nak bawa umi kamu. Risau sungguh lah dia dengan umi dia.” Usik para ibu yang ada di dalam kelompok itu.
“Itulah kita nak ke mana, dengan siapa yang dia sibukkan. Nanti kamu balik bagi tahu abi kamu, umi balik lambat sikit. Ni yang lebih penting, Risa ni. Hantar dia balik rumah dulu apa-apa pun. Kalau nak kemana- mana pun.” Hayati memegang kedua-dua bahu Darisa dengan lembut. “Hantar Risa dulu, dengar tak.” Pesan Hayati.
“Ya, umi. Anas tahu.” Anas yang berdiri tegak itu membalas.
“Jangan sekadar cakap tahu saja, umi bagi tanggung jawab besar ni.” gertak Hayati. “Risa sudah tu, tinggalkan saja semua tu. Pergi balik dulu dengan Anas. Nanti lambat-lambat. Lama pula ibu kamu tunggu.” Hayati berpaling melihat anaknya yang mengangguk padanya.
“Anas hantarkan Rina balik dulu, umi. Assalamualaikum.” Balas Anas lalu berlalu pergi.
Darisa memakai kasutnya dan berjalan ke arah pili air yang ada berdekatan dengan bendang, tangannya yang berbau hanyir darah lembu dibasuh sebersih mungkin. Tak jauh dari tempatnya membasuh tangan Anas setia menanti Darisa. Dari jauh dia melihat gelagat Darisa.
“Tunggu siapa?” Badli turut melihat ke arah pandangan Anas. “Kau ni, terang-terang tengok anak dara orang,”
“Mana ada aku tengok, kau tu yang tengok.” Muka Badli ditolak menjauh agar berpaling ke arah lain. “Aku tunggu Risa, nak hantar dia balik.” Anas menjelaskan hal itu kepada Badli.
“Oh, tunggu dia. Aku tengok kau ni, dah macam si suami tunggu isteri nak ajak balik sama-sama,” usik Badli.
“Banyak lah kau punya merepek, isteri apanya. Kita belajar pun tak habis lagi. Berangan nak kahwin pula kau ni.”
“Aku cakap kau, bukan aku. Semua orang tah tahu, kau dengan dia memang rapat. Sebab tu tak ada siapa yang berani dekat dengan Darisa. Tu cari nahas namanya.” Sengih Badli, sambil melihat Darisa yang sedang meminta diri dari kumpulan para ibu-ibu di bawah khemah sana.
“Kau jangan macam-macam. Dengar orang-orang nanti.” Anas berpaling melihat sekeliling, mujurlah hanya mereka berdua yang sebaya yang lain semuanya baya ayah-ayah mereka. Takut juga kalau ada kenalan dari sekolah tersesat di situ dan mendengar perbualan mereka berdua. Mau kecoh satu sekolah mengenai hubungan dia dan Darisa.
“Benda dah jelas, kenapa nak sembunyi lagi. benda baik, tak elok sorok.” Keluh Badli. Darisa yang sedang berjalan menghampiri mereka berdua diperhatikan. “Melepas aku ni. Kalau kau menolak, aku sedia terima.” Bisik Badli.
“Kau ni. Aku nak balik. Melayan kau, esok pun belum tentu habis. Loyar buruk tak habis-habis.” Anas melangkah, kemudian dia berhenti dan berpaling. Geram dia melihat Badli tersengih-segih mengusik Darisa. “Bila masa pula kau dah pergi sana ni. Kalau tengok perempuan cantik, kau bukan main.” Anas sekadar bergumam. Bila Badli dan Darisa ada di hadapannya bibirnya kembang melebar.
“Abang sajalah yang hantar, abang Anas dia ada kerja nak buat. Abang free sekarang ni.” sungguh lidah tak bertulang, sampaikan Anas meloya mendengar bicara Badli barusan.
“Kau ni, buaya sesat ke? Abang…abang. Sejak bila kau naik pangkat jadi abang dia, setahu aku Risa ni anak tunggal. Risa ada abang ke?” soal Anas pada Darisa.
“Tak ada.” Darisa menggeleng.
“Dasar jeles, aku baru nak mengayat. Kau dah potong. Apa punya kawan lah kau ni,” rungut Badli. “Eh, tak abang melawak saja.” Badli berpaling semula melihat pada Darisa yang sedang berpaling, melarikan tawanya dari dilihat oleh mereka berdua.
“Mari Risa, abang hantar balik. Jangan layan dia, otak dia tak betul.” Anas melangkah pergi.
“Risa balik dulu,” ucap Darisa seraya berjalan melintasi Badli.
“Ewah, dia boleh pula guna abang, time aku tak boleh. Dengki lah tu, takut orang try buah hati dia. Tunggu aku bagitahu kawan-kawan sekolah.” Ugut Badli.
“Berani kau cuba cakap,” Anas berpaling dan acah-acah mengertak Badli. “Kau nak aku cerita dekat mak kau ke, yang kau bukannya pergi sekolah untuk belajar..”
“Ooiih..oiih!” Badli berlari dan menekup mulut Anas. “Kau ni, kawan jenis apa kau ni. Berani nak buka aib kawan sendiri.”
“Pfftt.. tuih! Tangan kau, busuk. Kau pegang apa tadi..” Anas meludah di tanah. Kali ni memang dia benar-benar rasa loya.
“Busuk? Mengada lah kau ni. Mana ada busuk,” Badli mencium tangannya. Wajahnya terus berkerut. Tak mengerti kenapa tangannya berbau hanyir bergitu.
“Pengotor lah kau ni.” Anas berlari membasuh mukanya di baldi yang terisi dengan air tadahan yang bersih. Setelah siap mencuci dia melihat Badli yang sedang ketawa berdekah-dekah padanya. “Mari Risa, kita balik dulu. Kau pergi basuh tangan kau, berulat nanti baru tahu.”Anas menujuk ke arah pili.
Badli akur lalu berjalan pergi, ni semua gara-gara dia yang tergesa-gesa nak menyakat pasangan itu sampai terlupa membasuh tangannya dahulu. Tapi melihat wajah Anas yang pucat tadi cukup buatkannya puas, dapat mengenakan sahabatnya itu.
“Abang…” Darisa menghulurkan sapu tangannya buat Anas.
“Eh, tak apa.. abang ada,” Anas mencari tuala good morning yang diselitkan di poket belakang seluarnya. Tangan meraba-raba mencari kain putih kecil itu. “Mana pergi tadi ada abang…”
“Jatuh agaknya, abang ambillah. Buat lap muka abang.” Darisa menyuakan sapu tangannya.
Anas melihat tangan putih Darisa yang diangkat tinggi padanya berserta dengan senyuman manis dari pemiliknya. Angin yang bertiup meniup anak rambut yang dipotong kemas betul-betul di atas garisan keningnya yang semula jadi terbentuk indah. Sesekali kelopak mata itu bergerak-gerak saat angin bertiup. Wajah yang tak mempunyai sebarang cela.
“Terima kasih, Risa.” Sapu tangan yang ada di tangan Darisa diambil dan dibawa ke wajahnya. Harum mewangi, seperti ini bauan yang sama dengan pemiliknya. Wangian bunga melur lembut menyerbu indera bau Anas. Terasa lemas. Sampaikan keringatnya kembali bertambah.
“Abang, kenapa muka abang merah?” soal Darisa risau.
“Tak ada apa, mungkin sebab cuaca. Jadi muka abang jadi panas.” Anas cepat-cepat berpaling. Motosikalnya yang di pakir di bawah pohon mangga di tolak keluar dari semak kawasan berumput.
“Naiklah Risa,” pelawa Anas. Setelah motornya dihidupkan.
“Tapi, Risa pakai kain. Boleh Risa naik dan duduk sebelah saja?” Malu-malu Darisa bertanyakan hal itu pada Anas.
“Risa malu dengan abang? kita kan dah kenal dari kecil. Naiklah ikut selesa Risa.” Anas menyuakan tangannya untuk menyambut Darisa naik ke motosikalnya.
Kenal dari kecil? Tapi kita dah besar, bukannya kecil lagi. Darisa mengemam bibirnya ke dalam. Tangan Anas dibiarkan tanpa disambut. “Risa nak naik.” Beritahu Darisa, agar Anas sedia.
“Ya, naiklah.” Anas yang termalu kerana tangannya tak disambut kini, memegang handle motosikal dengan lebih kuat. Tak terasa Darisa naik duduk di belakangnya. “Dah?” soalnya.
“Dah,” lembut saja balas Darisa di belakang.
“Risa naik tak berasa, kalau Nur yang naik. Mau begegar motor ni. Pegang kuat-kuat. Abang nak jalan dah ni.” Sengih Anas, kain yang ada di tangannya di simpan di dalam poket baju.
“Ya, Risa dah pengang ni. Abang dah boleh jalan.”
“Pegang?” Anas menunduk melihat pinggangnya yang tak dipegang. Dia berpaling ke belakang.
Tersentak Darisa, tubuhnya senget menjauhi Anas yang berada dekat dengannya. Anas ketawa. Tawanya semakin lama semakin kuat, buatkan Darisa terpinga-pinga. “Baiklah, kalau Risa dah sedia.” Akui Anas dan perlahan-lahan memandu pergi. Darisa yang ada di belakang kuat berpaut pada besi dan memegang pelapik tempat duduk agar tak terjatuh mahupun mendekat dengan Anas yang ada di hadapannya.
Dengan lafaz bismillah... Waney publish cengkaman cinta.. Waney akan publish setiap hari kecuali sabtu dan ahad.. Setiap pukul 6petang ya. Terima kasih yang teramat sangat kepada anja semua yang support waney dan sudi menanti waney muncul kembali.. Harap tak jemu dengan karya waney.. Mohon maaf jika ada terkurang. Tqtqtq.. Sayang korang semua..
Share this novel
Jemput baca novel sy yg berjudul cinta yang tak didendangkan, jgn lupa support dan komen yaa. Terima kasih.
Wani sampuk bukan sambuk