1

Romance Completed 10597

PRANG!

"Ya Allah! Pecah lagi pasu bunga mahal aku ini! Emilia! Mana kau, hah budak jahanam! Nanti kau. Aku dapat kau karang, nahas kau. Aku cincang-cincang. Aku lumat-lumat badan kerempeng kau tu! Menyusahkan aku saja tahunya!"

Tengkingan yang melengking-lengking itu semakin mengengsotkan tubuh kerdil penuh parut cucuhan api itu, ke ceruk dinding yang di halangi mesin basuh serta bakul baju bak gunung itu.

Sambil bercekak pinggang. Wanita berkebaya bunga merah besar. Berantai setebal tali feri itu memekik tanpa menggunakan speaker. Laju dia menyingsing lengan kebaya sambil melangkah. Dia membebel lagi. Merah padam mukanya.

"Mana kau, hah anak sial! Hidup kalau tak menyusahkan aku. Kau memang tak sah. Dasar anak pungut, betullah!" Melengking suara wanita itu dengan pandangan meliar ke sana dan ke sini.

"Emilia! Keluar kau, budak cacat! Aku kata keluar. Baik kau keluar. Dulu masa bapak kau ada kau bolehlah selamat ya. Sekarang kau tengoklah nasib kau nanti. Emilia! Kau keluar. Jangan sampai aku dapatkan kau. Lagi nahas aku kerjakan! Tak padan lembam. Lagi mahu tunjuk keras kepala kau ya? Sial!"

"Tak... tak... tak... em... emi... tak salah. Tak salah... tak salah... emi... em... taknak sakit. Sakit... sakit... em... emi nak sorok... sorok..." Ujarnya yang berulang-ulang.

"Mana kau hah? Aku tahu kau menyorok dari aku. Aku dapat kau, nahas kau. Nahas! Emi!!!"

Bagai nak runtuh rumah itu penangan jeritan wanita berkebaya. Tiap kali dia berjalan. Bergerak-gerak lemak kiri dan kanan perutnya.

Dia ke ruang tamu tiada. Habis semua bangku kusyen dia selak, kut-kut Emilia ada pun tak ada juga. Dia menapak pula belakang almari. Sawang adalah!

Makin berangin. Makin berasap telinga. Tercegat sebentar mengesat peluh merenik-renik di dahi dan muka menggunakan lengan baju saja. Laju putaran kipas di siling.

Begitulah laju degup jantungnya.

Sementara itu, Emilia yang berada di dapur berdekatan pintu dapur. Tidak menyedari, ada sepasang mata tajam yang terkejip-kejip melihat keadaan dirinya di tika itu.

"Hai lah Emilia. Tak betul, tak betul kau pun body solid. Geram sungguh aku. Dapat tak juga dapat, dapat..." Terkesat-kesat mulutnya.

"Aduh! Duh!" Bebelnya yang semakin tidak tentu hala saat gadis yang masih dalam ketakutan itu tanpa sengaja terselak kain gaun lusuh paras lututnya itu semakin ke atas dalam posisi duduk kedua belah kakinya menghala arah pintu.

Dek kerana nak ke dalamkan lagi susuk tubuh kerempengnya itu belakang peti mesin basuh yang setengah mati dia tolak ke depan untuk meluaskan ruangan sempit itu.

Menggigil-gigil dia di situ. Airmata usah ditanya sudah berapa koyan. Mukanya bukan saja basah dek peluh kerana dapur tu panas. Malahan airmata sengsaranya juga.

"Em... emi ... tak salahlah. Tak salahlah. Tak salahlah. Em... emi tak ... tak... tak... sengaja... tak sengaja... tak sengaja... tolak... tolak...tolak..." Ujarnya yang terketar-ketar.

Dia sudahlah memang terpaksa bercakap ulang-ulang. Tatkala dia semakin takut. Makinlah banyak ulangan sebutan ayat-ayat.

Wanita yang berperwatakan seperti mak-mak datin itu. Dengan langkah luasnya sudah pun sampai di bahagian dapur.

Tangan tak lepas-lepas nak mencekak pinggang. Dada berombak-ombak. Muka merah-padam mengenangkan pasu import yang bersepai itu. Hidung pula kembang-kempis menahan api amarah.

"Emilia... marilah sayang. Keluarlah sayang... mama tak marah-marah dah..." Pujuk wanita berkebaya itu lagi dengan senyuman penuh maknanya.

Peti ais dibuka. Tempat ais yang menempatkan ais pop kegemaran Emilia sengaja dia tarik kuat. Umpan. Emilia dari balik peti mesin basuh sememangnya dengar.

Jarak peti ais dengan pintu tak lah jauh mana pun.

"E...mi... tengok ni, mama pegang apa? E...mi... keluarlah sayang. Mama ada ice cream baru. Nak tak? Nak tak?" Soal wanita berkebaya itu seraya menggoyang-goyangkan ais pop.

Sehingga kaki sejuk dek ketulan ais yang melekang. Emilia pula di ceruk dinding kejap-kejap rasa nak bangun. Kejap-kejap dia tergeleng-geleng.

Manakala si pengintip dekat luar. Memanglah kenyang tengok 'free show' Emilia. Kini dia semakin tidak tertahan. Laju tangannya berada di 'situ' sambil terpejam-pejam mata. Syahdunya sambil dia membayangi tubuh Emilia.

"Emi..." Kesabaran wanita kebaya bernama Datin Arfah semakin goyah dengan kedegilan gadis lembam itu semakin terhakis.

'Ish! Mana pulak dia lari ni?' Soalnya dengan mata terus terpanah ke luar. Ais pop dari keras makin cair. Karang dia sedut juga aispop itu. Sudahlah hatinya panas membara.

"E...milia... taknak ke ais pop ni? Sedap ni... ehmm... mama nak makan ni... kalau e..." Tidak sempat dia membuka langkah.

Emilia setelah bersusah-payah membawa tubuhnya keluar dari celah sempit itu. Sudah tercegat dengan tangan pula tersimpul-simpul hujung blaus koyaknya.

Wajah sememehnya sememangnya meloyakan tekak Datin Arfah saat melangkah. Namun bila bayangan pasu bunga import yang bersepai dekat laman depan rumahnya, dia bayangi. Amarahnya naik semula. Mendidih-didih dengan wajah sedang terteleng-teleng merenungnya.

"Ha... ada pun. Aku ingatkan tadi dah melingkup tang mana entah... o... rupa-rupanya kamu menyorok? Hmm..." Sinis hantaran kata-kata Datin Arfah. Ais pop memang dia masih pegang dalam menapak.

Emilia pula kian menyengih bila bola matanya ikut sama goyangan ais pop yang separuh cair dan tak sejuk dah itu. Tanpa memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang bakal mendatang.

"Sakit... sakit... sa... sa... sa... sa... sakit. Sakit!" Keluh Emilia yang langsung tak menyangka ais pop dia ingini terbang melayang ke luar. Rambut dia pula dicengkam dengan kuat lalu tanpa ada sekelumit perasaan simpati.

Datin Arfah menarik rambut beserta tubuh berbaju lusuh itu, agar keluar dari ceruk dinding dan mengikuti dia ke laman depan.

Berdarah lagi ibu jari kaki Emilia akibat tarikan tidak semena-mena. Dengan dia pula tidak sempat nak memandang apa yang ada di bawah lalu terempuh.

Apa yang dirempuh memang tidak tahu apakah ia. Namun yang pasti ia pasti tajam atau menggerutu. Jika tidak, ibu jari kaki Emilia tidak berdarah.

Ais pop itu pula jatuh kelepuk atas muka sang pengintip yang di ketika itu sudah selesai melakukan 'tugasan'.

"Aik, ais pop melayang? Rezeki ni... rezeki..." Ujarnya tanpa membaca bismilah dan membasuh tangan bercecair itu, ais pop terus digigit.

"Kau tengok! Tengok!" Tengking Datin Arfah menunduk-nundukkan kepala Emilia secara henyakkan berkali-kali. Supaya si gadis yang tidak berupaya nak melawan itu memandang ke arah serakkan pecahan pasu bunga berukiran naga itu.

"Kau nak ganti ke? Kau tahu tak berapa harganya tu? Kau mampu kau bayar balik. Bayar!!!" Terjerit-pekik Datin Arfah lagi. Kepala Emilia diduku-duku.

Namun gadis itu hanya mampu mengulangi perkataan sakit sahaja tanpa ingin melawan mahu pun lari.

"Ampun... ampun... ampun..." Emilia cuba merayu. Namun Datin Arfah semakin menggila setelah tubuh itu dia tolak ke lantai.

Di sepak-sepaknya pada perut. Terpekup-pekup tangan Emilia yang semakin tidak dapat menahan kesakitan. Ditabuh dengan berkali-kali.

"Emi sakit... Emi sakit... Emi sakit... ma...ma... mam...a ... ampun... ampun... ampun..." Rayuannya berkali di temani tangisan serta lelehan air hidung.

Datin Arfah tercegat semula. Berpeluh-peluh dalam mengah. Tetapi rasa sakit hatinya masih lagi umpama bara dalam unggun api. Masih panas menjulang.

Kali ini, dia capai pecahan seramik itu lalu diangkat dengan tinggi dan mahu menikam tangan yang dari tadi menghalangi dia untuk menampar muka lugu itu.

"Assalamualaikum! Arfah! Arfah! Assalamualaikum!" Satu sapaan salam membejatkan niat buruk yang satu itu. Serpih dilontarkan ke lantai sambil tangan mengelap-gelap muka. Membetul-betulkan rambut. Lengan baju diturunkan.

"Assalamualaikum! Arfah oo Arfah!"

"Takde orang kut," celah si suaminya pula. Wanita yang agak kepanasan itu, terkibas-kibas hujung selendangnya pada muka bermekapnya.

"Pergi! Menyampah aku tengok muka sememeh kau tu. Nasib baik depan tu ada orang. Kalau tak, lagi nahas kau, aku kerjakan. Pergilah! Jangan terhegeh-hegeh. Ni... ni kutip!" Arah Datin Arfah menunjal lagi kepala Emilia yang nak mencium lantai itu.

Dengan niat gadis lembam itu nampak akan serpihan pasu seramik negara China yang dia minta kawannya itu belikan sewaktu mereka melancong ke negara yang di gelar 'Laluan Sutera' itu.

Sempat lagi kaki menghempap jari Emilia yang sedang mengutip serpih-serpih itu. Bukan saja memijak malah dilenyek-lenyek.

"Sakit... sakit... sakit... ma... ma... ma... ma... ba... pak... bapak emi... emi... sakit... sakit... sakit..." Rintih anak malang namun berbau haruman kasturi syurga itu.

"Bapak! Bapak!" Ejek Datin Arfah tersenyum-senyum lalu mengangkat kakinya. Berjalan sambil terbetul-betul letak kebayanya.

Puih!

Dia meludah pula. Nasiblah tangan tadinya dipijak dengan pantas, Emilia angkat lalu mengutip kembali serpih-serpih seramik kemudian dia menindannya.

"Emi... Emi..." Satu suara memanggil dari arah belakang. Emilia terkesat-kesat mata untuk menjelaskan pandangan yang dikaburi airmata.

"Emi... mari sini sekejap," arah si lelaki yang tadinya mengintip Emilia di hadapan muka pintu dapur.

"Tak mau... tak mau... emi... emi... sakit... sakit... sakit..." Jawab Emilia laju menggeleng. Dia seakan mengecami lelaki itu.

"Ish! Budak cacat ni. Degil pula dia ya. Nanti. Nanti!" Sanggahnya lalu berdiri. Dan busut dalam seluarnya masih tinggi. Sebab itu, dia mencari Emilia.

"Tak nak... tak nak... emi... emi... emi... sakit... sakit... tak ... tak ... tak!!!"

Hmph! Hmph!

"Diamlah budak gila! Tak padan dengan oku. Sakit apa kejadahnya. Sedap lagi adalah!" Ancamnya yang sedang menarik tubuh itu agar mengikutinya.

Dan tangan lagi sebelah pekup mulut agar Emilia tidak membuat bising dengan jeritan berulangannya itu. Bingit!

Setelah sampai di belakang dapur. Port biasa mereka tujui berdua ia merupakan sebuah bangsal lama milik Datin Arfah, yang dah lama tidak di gunakan lagi.

Menendang pintu. Tubuh gadis lembam itu bergulingan. Mulut pula masih mengulangi perkataan yang sama. Lelaki yang sudah menurunkan zip, menyeringai miang.

Buat sekian kalinya, gadis yang langsung tidak tahu apa-apa itu menyepikan diri. Merelakan diri setelah dipujuk, dibelai rambut dengan teddy bear pulangannya.

"Haa... sakit balik... sakit balik... situ... jangan... jangan... sakit ..." Namun rintihan serta raungannya tidak ada sesiapa pun yang mendengarnya. Apatah lagi, mahu membantu.

Kalau Emilia berdegil sangat dengan memekaknya. Lelaki itu tahulah apa ubatnya. Bercucuran airmata Emilia dengan tubuh terinjak-injak atas bawah itu.

Sementara Datin Arfah pula di ruang tamunya itu, semakin manis mukanya. Maklumlah yang datang itu membawa berita gembira.

Kemudian wajah Lela anak kandungnya dengan arwah suami lamanya dalam bayangan.

"Niat kami macam itu, Datin Arfah oi... tapi itulah, yang anak kami berkenan sangat tu kami nak bagitahu pun susah jugak ni..." Ujar Puan Sri Rogayah sambil mengerling Tan Sri Osman. Minta pertolongan.

"Maksudnya bagaimana tu, Gayah? Kalau boleh janganlah kona-kona ..." Pinta Datin Arfah termalu alah.

"Begini Arfah... Abang Man sebenarnya nak cakap... yang anak kami berdua tu, sebenarnya dah lama berkenankan dengan anak Arfah dengan arwah Ali tu... si Emi... bukannya dengan ..." Jawab Tan Sri Osman namun dia tidak jadi mahu menyambung bicara, pabila Datin Arfah sudah tersedak-sedak.

Uhuk! Uhuk!

Bersembur-sembur air sirap kordial ke muka Puan Sri Rogayah. Puan Sri Rogayah tersengih simpul. Tapi tangan laju meraup muka yang basah serta ada bau sirap.

"Apa? Budak tu? Si lembam tu?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience