BAB 13

Humor Completed 16829

Aliya membuka matanya perlahan-lahan. Pandangan yang kabur beransur menjadi terang. Aku kat mana ni ? Aliya cuba menarik tangannya tetapi terhalang apabila ada ‘sesuatu’ yang berat menimpanya.

“Haziq.. Haziq.. Bangunlah..” Aliya mengejutkan Haziq yang rupanya terlena di sisinya. Haziq tersedar, lalu mengesat matanya. Kemudian, mata Haziq terbuka luas.

“Kau dah sedar ke ? Alhamdulillah.. Kau okay tak ni ? Ada mana-mana yang terluka tak ?” soal Haziq prihatin sambil membelek wajah dan tangan isterinya. Aliya menggeleng perlahan.

“Tangan aku ni je kebas, ada kepala batu hempap rupanya..” Aliya mengenakan Haziq yang dirasakan comel tika itu. Wajah gelabah Haziq itulah yang dirinduinya. Haziq tersengih, tangannya pantas mencubit pipi Aliya. Geram.

“Apa jadi semalam? Aku tak sedar apa-apa pun.. Yang aku tahu, Farizul nak kelar leher aku semalam..” Haziq pantas menggeleng.

“Tak sempat nak kelar pun.. Tiba-tiba polis datang.. Rupa-rupanya Sue ikut kau lepas kau lari keluar macam tu.. Sue risau apa-apa jadi kat kau, tu yang dia ikut. Bila dia nampak kejadian semalam tu, dia terus call polis.. Nasib baik Sue ada, kalau tak… Farizul pun dah selamat kena hantar kat hospital mental. Dia tu ada masalah mental yang agak teruk tu..” Haziq menceritakan perkara yang sebenar kepada Aliya. Isterinya itu dilihat mengangguk perlahan. Suasana jadi hening pula apabila masing-masing tidak tahu mahu bercakap tentang apa.

Tangan Haziq menyentuh leher Aliya. Betapa dia berharap kelaran Farizul semalam tidak terkena urat Aliya. Aliya pula memberanikan dirinya untuk menyentuh bibir dan kepala Haziq yang berplaster serta berbalut.

“Aku mintak maaf..” ucap Aliya ikhlas. Tangannya mengusap kepala Haziq seperti seorang ibu yang sedang membelai anaknya. “Kalau kita tak kahwin, kalau aku tak jatuh cinta dengan kau, mesti kau takkan jadi macam ni..”

“Shh..” Haziq menarik tangan Aliya yang membelainya tadi lalu mencium tangan Aliya. Haziq menyambung kata-katanya, “Aku yang patut minta maaf.. Kalau aku percaya yang kau tak ada apa-apa hubungan dengan Farizul, mesti kau takkan lalui semua ni..” Romantis sekali suara Haziq di pendengaran Aliya. Aliya tersenyum.

“Kappo-boo.. Nak tanya something boleh tak ?” soal Haziq dengan mata yang bercahaya tiba-tiba. Aliya jadi hairan. Tetiba panggil aku Kappo-boo semula dengan mata macam tu, dah kenapa?

“Boleh tak?” Haziq bertanya lagi dengan wajah comelnya.

“Hmm, tanyalah..”

“Sejak bila sayang suka kat abang?” Gulp! Semerta Aliya menelan liurnya. Terasa suhu badannya sedang mencecah tahap kepanasan yang paling panas. Pipinya terasa membahang tiba-tiba. Bukan sahaja soalan itu yang membuatkan dia terasa segan, bahkan gelaran itu juga!

“Alaa, janganlah buat muka comel tu.. Abang tanya betul-betul ni..”

“Err.. Hmm.. Entah..” Jawab Aliya iya tak iya. Sememangnya dia sendiri tidak sedar bila rasa itu bertamu. Tahu-tahu sahaja dia sudah rindukan segalanya tentang Haziq. Suaminya itu mencebik. Dia berdiri dan duduk di atas katil.

“Ehh, kenapa ni ?” soal Aliya takut-takut. Haziq tersengih nakal. Dia memberi isyarat supaya Aliya bergerak sedikit ke tepi dan memberinya sedikit ruang. Dalam rasa gelabah, Aliya memberi ruang juga. Terselit rasa seronok pula tiba-tiba.

Haziq membetulkan baringnya di atas katil, lalu dia menarik Aliya supaya berbaring dengannya. Sengaja pula dia menarik tangan kanan Aliya supaya melingkari pinggangnya, seolah-olah Aliya sedang memeluknya. Aliya pula terdiam kaku. Aku dengan dia, baring atas katil kecil kat hospital ni?

“Sebenarnya, abang dah sukakan sayang sejak kita kat kolej lagi. Waktu kita gaduh-gaduh tu, abang dah mula sukakan sayang. Sampaikan abang tak mampu nak cintakan orang lain lagi.. Sebab tu la abang tak ada girlfriend atau calon isteri langsung.. Sebab abang tunggu sayang.. Itulah rahsia terbesar abang setakat ni..” Automatik wajah Aliya terangkat, memandang Haziq. Benarkah apa yang Haziq katakan? Haziq mengangguk perlahan.

“Bila ibu suruh abang cari isteri, dan Sue cadangkan nama sayang, abang rasa happy sebenarnya. Mula-mula tu memanglah abang risau.. Takut jugak sebab sayang kan benci kat abang.. Tapi waktu kereta abang tercium kereta sayang tu, abang dah tak nak fikir dah. Sebab tu abang terus propose time tu jugak. Nasib baik sayang terima, kalau tak buat malu je..” Haziq tergelak mengingati peristiwa itu. Aliya yang mengingatinya turut tergelak sama. Orang lain dilamar di tempat yang istimewa, tetapi mereka berdua? Pelik betul..

“Sekarang ni, apa yang abang tahu.. Abang cuma nak bahagia dengan sayang.. Itu aje..” Haziq mengakhiri kata-katanya dengan ciuman di dahi Aliya. Hati perempuan Aliya tersentuh. Sungguh dia tidak menyangka Haziq mencintainya sejak dulu lagi.

“Abang.. Lia.. Macam mana kalau Lia bukan isteri yang sempurna untuk abang?” Akhirnya, Aliya turut menggelar dirinya sebagai ‘Lia-abang’. Hilang sudah gelaran ‘aku-kau’ di antara mereka berdua.

“Abang tak perlukan isteri yang sempurna.. Abang perlukan isteri yang sempurnakan hidup abang..” jawab Haziq. Aliya tersenyum. Tangannya mengeratkan lagi pelukan tersebut. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Rasanya sekarang merupakan sesi Q&A antara mereka suami isteri.

“Err.. Malam tu kan.. Malam yang abang.. Erm, abang..” Malu pula Aliya mahu melontarkan soalannya. Tetapi dah terlanjur mulutnya bertanya, nak buat macam mana.

“Malam yang mana? Yang abang kiss sayang tu ke?” Waahhh, mamat ni memang tak cover langsung! Malunyaaa! Aliya menjerit di dalam hatinya. Haziq pula yang tersipu-sipu malu. Dia masih ingat lagi yang dia katakan dia benci Aliya.

“Sorry sayang.. Malam tu abang cakap abang benci sayang sebab abang ingat sayang tak faham perasaan abang.. Merajuk, eh? Sorry..” Haziq cuba untuk memujuk isterinya. Aliya mengangguk tanda mengerti.

“Tak apalah.. Lia tak kisah pun..”

“Abang sayang Kappo-boo abang..” ucap Haziq. Aliya tersenyum seraya menjawab, “Lia pun sayang abang..”

“Ehem ehem.. Katil yang kamu beli kat rumah tak cukup besar, ke? Sampaikan kamu berdua kena kongsi katil kecik kat hospital ni?” Entah bila Latifah muncul, tiba-tiba sahaja dia menegur pasangan suami isteri yang baru hendak beromantik bagai tu. Haziq dan Aliya cepat-cepat bangun dari baring mereka. Jelas di wajah mereka rasa cuak dan malu, terutamanya Aliya.

‘Macam manalah anak dia tak tau nak cover line, kalau ibu dia pun sama je perangai.. Cakap tak tapis!’ omel Aliya di dalam hati.

Latifah meletakkan sejambak bunga di atas meja kecil di sebelah katil. Dia duduk di atas kerusi, tempat Haziq duduk sebentar tadi. Latifah mengangkat keningnya berkali-kali.

“Cepat-cepatlah bagi ibu cucu.. Ibu dah tak sabar ni.. Ixora pun nak berkawan dengan sepupu dia jugak..” kata Latifah sebelum dia berdiri dan menghilang di sebalik pintu. Terburai tawa Haziq semerta. Ibu ibu, tak reti nak cover betul ! Hahaha.. Dahlah muncul tiba-tiba, lepas tu hilang je..

Haziq menoleh, memandang wajah Aliya yang mulai memerah. “Haa.. Nak apa pulak ni ? Jangan nak macam-macam ehh.. Tak ada terkam-menerkam kat sini.. Orang.. Orang tengah bendera merah ni..” Kalut Aliya apabila Haziq beriak nakal. Haziq mendekatkan wajahnya dengan Aliya.

“Jangan nak tipu abanglah.. Sayang dah habis, kan? Abang tahulah..”

“Wahhh, pervertnya abang ni!! Macam mana abang boleh tahu, haaa?” Aliya terjerit kecil sambil memukul Haziq lembut. Sekali lagi Haziq tergelak.

“Eleh.. Abang membesar dalam keluarga perempuan tau.. Adik-adik abang semua perempuan.. Campur dengan ibu lagi.. Mestilah abang expert hal-hal perempuan ni !” Aliya terdiam sejenak, otaknya memikirkan sesuatu. Serentak dengan itu, dia bersuara.

“Cakap expert hal perempuan, tapi perasaan orang pun dia tak faham..” Ada nada rajuk di situ. Haziq jadi tergamam. Betul apa yang Aliya katakan. Entahlah, sebelum ini, bila berkaItan dengan Aliya, dia sendiri tidak pasti. Tapi sekarang, dia yakin dan pasti yang cinta Aliya Raihana hanya miliknya seorang.

“Abang minta maaf.. Tapi sekarang abang dah tahu yang Kappo-boo abang ni sayang abang sorang je!” usik Haziq tanpa pernah melupakan gelaran Kappo-boo. Aliya yang terasa geram pantas memukul Haziq sebelum tangannya ditarik oleh Haziq lalu dipeluknya tubuh Aliya yang tercinta.

“Abang sayang Kappo-boo abang ni ! Eh, salah ! Saaaayang baby-boo abang !” bisik Haziq di telinga Aliya. Senyuman Aliya memekar, terasa bahagia dengan hidupnya kini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience