BAB 9

Romance Completed 16902

Aku mengapit adikku, Veronica sewaktu dia sedang melangkah ke arah pelamin. Ramai tetamu dengan fokusnya melihat ke arah kami. Aku juga terlihat Roy yang sedang memandang ke arahku dengan mulutnya yang terkumat kamit. Mungkin dia tidak menyukai aku menjadi tatapan orang lain.

Setelah majlis persandingan habis, aku dan beberapa rakan wanitaku sedang berseronok mengambil gambar bersama-sama dengan adikku. Kami mengambil sesi foto di atas pelamin sebagai kenang-kenangan. Ini adalah hari yang sangat menyeronokkan bagiku kerana aku seolah-olah bebas untuk menikmati hari bahagiaku berbanding hari sebelumnya.

Tiba-tiba bahuku dicuit oleh seseorang dan rupanya orang itu adalah suamiku.

"Kita balik sekarang. Aku malas nak tunggu lama-lama kat sini. Majlis adik kau dah habiskan? Jadi aku nak kita gerak sekarang." Ujarnya dengan riak kosong. Aku mula mengerutkan dahi. Baru satu jam setengah aku berada di sini tidak mungkin seawal itu dia mahu mengajakku pulang. Lagipun aku merancang untuk pulang pada waktu malam kerana aku harus membantu adikku untuk mengemas kawasan tersebut.

"Abang, tak bolehke kita balik pukul 8 macamtu lagipun kita boleh join makan malam dengan diorang sekali. Kalau boleh Luna nak luangkan masa lebih sikit dengan adik Luna." Ujar Luna. Roy seolah-olah naik darah apabila mendengar kata-kata isterinya yang enggan mendengar arahannya.

"Dah pandai kau melawan aku sekarang ya? Ada aku suruh kau ingkar arahan aku? Takda kan? Kalau aku suruh kau balik, tu maknanya kau wajib balik dengan aku sekarang. Jom kita pergi sekarang!!" Ujarnya dengan menaikkan sedikit suaranya. Luna memerhati sekeliling agar orang lain tidak perasan akan suara suaminya. Hati Luna mula tidak berasa puas hati akan sikap suaminya. Dia seharusnya tidak boleh lemah untuk terus dikongkong oleh suaminya dan juga tidak mahu mengecewakan adiknya kerana meninggalkan majlisnya terlalu awal. Dia harus melakukan sesuatu untuk menghalang suaminya daripada membawanya pulang awal.

"Luna tak kira Luna nak juga balik malam ni. Abang tau kan kita jarang balik sini. Lagipun Luna nak luangkan masa lebih sikit dengan family Luna. Takkanlah nak balik awal mestilah diorang fikir bukan-bukan pasal kita kan? Abang kena faham yang Luna masih ada keluarga untuk disayangi." Ujar Luna dengan seberani-beraninya melawan kata suaminya. Dia seolah-olah tidak takut pada suaminya. Roy tersenyum sinis.

"Aku tak sangka bila kita pergi kat sini kau dah pandai ingkar arahan aku lepastu lawan cakap aku. Dekat rumah kau langsung tak berani nak cakap macamni dengan aku bila dekat sini dah pandai kau tunjuk perangai ya. Memang betulkan sangkaan aku yang kau sebenarnya nak lari dari aku? Aku tak kira kita balik sekarang. Pedulikan keluarga bangang kau yang tak habis-habis nak menyusahkan orang!!" Roy segera mencengkam kuat lenganku dan mengheretku ke arah kereta.
Dengan kekuatan yang aku ada aku segera menepis tanganku dengan kuat darinya lalu berlari menuju ke dalam rumah.

"Luna!!!" Suara Roy yang kedengaran sedang menjerit namaku dari jauh. Orang lain di sekelilingnya turut terkejut mendengar suara jeritannya. Aku langsung tidak mengambil peduli lalu masuk kedalam bilik adikku dengan segera dan pantas menguncinya.

Aku bersandar pada permukaan pintu sambil memegang dadaku untuk menenangkan hatiku. Aku sudah tidak tahan lagi hidup berkeadaan begini bersama dengannya. Segala kebebasanku dikunci olehnya. Sebelum aku berkahwin dengannya hidupku sering bahagia dan bebas melakukan apa-apa sahaja. Sekarang hidupku sudah berubah kerana dikuasai sepenuhnya oleh Roy. Aku juga cukup terkesan kerana dia sering menghina keluargaku membuatku makin kelu terhadap dirinya.

Aku merasakan pintuku diketuk kuat oleh seseorang dan pantas aku menjauhinya.

"Luna!! Buka pintu ni!!! Sebelum aku pecah pintu ni baik kau keluar!!!" Roy mengetuk pintu tersebut dan hampir roboh dibuatnya. Aku segera menekup telingaku dengan kuat.

"Abang Roy? Abang buat apa ni kenapa tengking kak Luna macamtu? Abang Roy dengan kak Luna bergaduh ke?" Kedenagaran suara adikku di situ.

"Ehh!! Kau diam boleh tak?!! Kalau tak gara-gara kau memang taknya aku nak bawa Luna pergi kat tempat bodoh macamni!! Ibu kau dengan kau sama je buat aku sakit hati!!" Tengking Roy dengan kuat membuatkan Veronica terkejut mendengar kata-kata abang iparnya. Jadi selama ini abang iparnya membenci keluarga mereka.

"Roy, ibu tak sangka kamu ada perasaan benci pada kami. Ibu faham yang kamu tak suka kalau ibu selalu suruh Luna datang dekat sini. Kamu takde hak nak halang Luna sebab Luna keluarga kami dan kami juga berhak ke atasnya juga. Ibu sangat kecewa dengan perangai kamu seorang menantu!!" Ujar ibu Luna secara tiba-tiba sambil dengan nada kecewanya. Roy tersenyum sinis.

"Aku peduli apa. Bagi aku korang tu cuma bawa bala sahaja pada rumah tangga aku. Aku cuma nak Luna bukannya nak sangat layan dengan korang ni. Untuk pengetahuan korang aku memang dah lama benci dengan korang sebab korang tak habis-habis nak ajak Luna pergi itu pergi ini dan aku paling pantang sekali kalau isteri aku jejak keluar daripada rumah!!! Kalau ada sepupu lelaki korang dekat dengan bini aku bukannya nak halang pun makin korang seronok tengok diorang adalah seolah-olah korang tak ambil peduli hati dan perasaan suami dia!!!" Ujar Roy dengan mengeluarkan amarahnya.

"Ibu minta maaf tapi dari segi perbicaraan kamu ini ibu dapat jangka yang kamu adalah seorang cemburu buta dan kuat mengongkong isteri kamu. Kalau ibu tahu kamu perangai macamni awal-awal lagi ibu takkan terima kamu demi masa depan Luna." Ujar ibu Luna menahan sabarnya. Roy yang mendengar terus menggelegak darahnya. Matanya mula bertukar berwarna merah dan urat hijau muncul di dahinya. Dia seolah-olah tidak dapat mengawal emosinya lalu pintu tersebut ditendang dengan kuat lalu roboh dibuatnya. Kekuatannya seolah-olah meningkat dengan maksima.

"Ehh Roy kau buat apa tu?!!" Celah Lucas sejarah tiba-tiba apabila dia terdengar bunyi sesuatu roboh dari luar

Roy terkejut melihat isterinya yang sedang pengsan tidak sedarkan diri lalu dia mencempung tubuh isterinya untuk menuju ke arah kereta. Ibu Luna segera menghalang pergerakannya.

"Kau jangan nak bawa anak aku pergi mana-mana! Aku nak dia tinggal dekat sini sebab dia tak layak dengan engkau!!!" Ujar ibu Luna yang cuba mengambil Luna dari Roy. Lucas dan Veronica segera menghentikan ibunya. Roy segera menolak ibu Luna dengan kuat akibat gagal mengawal emosi. Lucas sempat mencapai ibu mertuanya daripada jatuh.

"Kau apahal ni?!!! Kau dah gila ke tolak ibu mertua kau sendiri!!!" Tengking Lucas dengan kuat.

"Aku harap dia mati..." Ujar Roy tanpa riak perasaan lalu membawa isterinya ke dalam kereta. Lucas terkejut dengan pertuturan rakannya. Roy sememangnya tidak berubah dari dulu lagi dengan sikap panas barannya.

****

Roy mencempung isterinya ke dalam hospital. Dia mengugut jururawat untuk memberi rawatan pada isterinya dengan segera.

Roy juga segera ikut mengikut langkah jururawat di situ untuk memasuki ke dalam wad. Jururawat menghalang Roy untuk masuk ke dalam tetapi disebabkan Roy memarahi jururawat tersebut dengan teruk lalu jururawat tersebut tidak dapat berbuat apa-apa lalu membenarkannya untuk masuk. Sepatutnya keluarga pesakit harus menunggu di luar wad agar tidak menganggu mereka daripada membuat pemeriksaan.

Salah seorang jururawat melaporkan isu tersebut kepada pengarah mereka akibat sikap degil seseorang keluarga mangsa. Roy melihat jururawat yang sedang memasang gas oksigen pada mulut isterinya sambil menunggu doktor untuk memeriksanya.

"Eh lambat betul doktor korang ni!! Mana baruah tu ha?!! Apahal lambat sangat nak check isteri aku?" Tengking Roy ke arah jururawat di situ. Kadangkala mereka agak benci dengan sikap Roy yang tidak tahu tahu menahan sabar.

Seorang doktor lelaki memasuki wad tersebut dan terkejut melihat wajah Roy yang merah itu. Roy juga terkejut melihat doktor tersebut dan rupanya lelaki.

"Maaf, keluarga tak dibenarkan dekat sini dan sila tunggu di luar untuk peraturan yang telah ditetapkan. Encik kena tunggu di luar." Ujar doktor tersebut.

"Ehh kau siapa nak halau aku, aku ni suami dia suka hati akulah nak tunggu luar ke dalam?!! Mana doktor perempuan?!! Apahal kau yang terhegeh-hegeh nak check bini aku ni?!! Aku tak kira aku nak doktor perempuan sekarang juga!!" Roy dengan seberaninya berkata begitu. Doktor tersebut kelihatan sedang mengeluh perlahan dan ini adalah kali pertama dia berdepan dengan orang bersikap degil sebegini. Dia cuba menahan sabar dengan orang begini.

"Maaf, tiada doktor perempuan buat masa ini kerana hanya aku sahaja yang akan menjalankan tugas ini. Kau nak bini kau mati awal ke?" Doktor lelaki itu mula berbahasa kau aku dan personalitinya tiba-tiba sahaja berubah. Roy menayangkan senyuman sinis.

"Kau ingat aku tak tahu yang engkau cuba nak apa-apakan isteri aku? Entah boleh percaya ke tidak dengan doktor jenis engkau ni?" Kata Roy dengan sinis.

"Maaf, untuk pengetahuan engkau aku langsung tak luak dengan bini engkau. Bidadari aku lagi cantik dekat rumah aku. Kalau kau semata-mata nak buat perangai bodoh kat sini baik kau keluar dengan bini kau lepastu cari hospital lain. Jangan nak menyusahkan kami di sini.." Ujar doktor itu dengan seoktafnya.

Roy segera mengeluarkan pistolnya dari poketnya lalu dihalakan kepada doktor tersebut kerana mencabar kesabarannya. Apa yang Roy terkejut sekali doktor itu juga mengeluarkan pistolnya dari kod putihnya. Masing-masing melayani egonya sendiri. Jururawat sekeliling terkejut dengan tindakan mereka.

"Sebelum kau masuk kubur, aku nak tau siapa engkau sebenarnya.." Ujar Roy dengan mendatar.

"Nama aku Hades Maxwell dan aku paling pantang dicabar oleh orang lain. Kau belum tahu siapa aku sebenarnya. Ingat nama ni bila kau dah sampai kat neraka nanti." Ujar Hades lalu menayangkan senyuman psiko. Roy juga tersenyum kerana suka akan cabaran yang diberi olehnya.

This guy look amazing..

Disebabkan kurang sambutan dekat Wattpad. Jadi author akan buat keputusan untuk post chap dekat sini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience