DIA 45

Romance Completed 131781

“Kau tak payah nak cakap macam tu. Kau cakaplah seribu kali sekali pun, aku tetap takkan terima kau sebagai isteri aku.” Kata Hazzar yakin.

Hanis mengangguk.

“Samalah macam Hanis. Abang halaulah Hanis sejuta kali sekali, buang Hanis seribu kali, Hanis tetap akan tunggu sini dengan abang.” Ujar Hanis.

Hazzar mengeluh kemudian cuba bangun tetapi dihalang oleh Hanis. Tangan Hazzar Hanis ambil dan diletakkan di belakang lehernya. Hazzar menepis dan terus mengerutkan dahinya.

“Aku tak cacat, aku tak lumpuh. Aku boleh bangun sendiri lah!” Marahnya.

Hanis menghelakan nafas panjang kemudian bangun dan mengundur beberapa langkah ke belakang. Hazzar menjeling ke arahnya kemudian bangun dan berjalan perlahan ke arah sofa. Hanis mengikutinya kemudian mendekati Hazzar dan duduk di sebelahnya.

Hanis melihat kesan tumbuk di bibir Hazzar lalu menyentuhnya. Hazzar mendecit dan terus memalingkan mukanya ke arah Hanis.

“Sorry. Sakit ke?”

Hazzar mengeluh.

“Kau nak rasa? Aku boleh tolong tumbukkan, itu pun kalau kau tak kisahlah.” Kata Hazzar dengan nada marah.

“Tunggu sini saya ambik ais.” Pamit Hanis kemudian bangun dan tiba-tiba sahaja Hazzar menarik tangannya dan Hanis kembali duduk.

Rambut Hanis diselitkan di belakang telinga. Hanis mengerutkan dahi hairan memang Hazzar.

“Nazrul cekik kau ke apa?” Soal Hazzar tetapi matanya masih tertutup pada leher Hanis.

Hanis terdiam. Tidak membalas apa-apa. Anak mata Hazzar naik memandang ke arah Hanis.

“Aku tanya kau kan? Dia cekik kau ke?” Apabila mendengar suara Hazzar kian meningkat, laju Hanis mengangguk kepalanya. Hazzar mengeluh kemudian menyentuh leher Hanis. Hanis tiada apa-apa reaksi.

“Tak sakit ke?”

“Sikit je.” Hanis kembali bangun dan menuju ke arah dapur.

Diam-diam Hazzar melangkah ke arah dapur dan berhenti memandang Hanis. Tangan Hanis naik memegang leher sendiri dan langsung tidak menyedari bahawa Hazzar sedang memerhatikannya.

“Ish… Ini awak cakap sayang Naz? Awak cekik saya… Apatah lagi kalau saya ikut awak.” Hanis mengeluh.

“Habis tu kenapa masih nak tinggal dengan aku?” Soal Hazzar tiba-tiba.

Hanis dengan wajah terkejut terus menoleh ke belakang. Tang sejak bila dia ada dekat situ?

“Kenapa abang masih nak tanya Hanis soalan tu hah?” Soal Hanis balik.

“Aku tanya kau, kau tanya aku balik? Saja je nak tanya kau, yelah aku ni kan pukul kau apa semua. Satu je aku tak pernah buat dan aku yakin aku memang tak pernah buat dekat kau.” Katanya.

Hanis mencebik dengan keningnya yang bersambung.

“Apa dia?”

“Sentuh kau, tidur sekatil dengan kau. Itu je yang aku tak pernah buat dekat kau, betul tak apa yang aku cakap?”

Teragak-agak Hanis hendak mengangguk dan mengiyakan kata-kata Hazzar.

“Kau pakai jelah ais tu. Letak dekat leher kau.” Ujar Hazzar kemudian naik ke biliknya. Hanis terhenti seketika. Dia kembali menoleh ke belakang dan kembali memandang ke hadapan.

Langkah Nazrul terhenti. Dia kembali menoleh ke arah rumah Hazzar dan Hanis.

“Kalau aku nak kau, jadi aku takkan lepaskan peluang ni.” Kata Nazrul kemudian kembali masuk ke dalam perkarangan rumah mereka.

Nazrul memadamkan segala lampu di dalam rumah itu kemudian tersenyum senget. Hanis yang duduk di meja makan terus berhenti meletakkan ais pada lehernya dan mula melihat sekeliling. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Hazzar yang sedang sedap baring di atas katil terus bangun apabila lampu rumah tiba-tiba terpadam. Hazzar terus berdiri dan melangkah keluar dari bilik dan hendak mencari Hanis di bawah.

“Takkan laki aku main tutup lampu pulak.” Ujar Hanis dengan nada hairan.

“Hanis?” Panggil Hazzar.

Hanis menoleh ke arah tangga dan baru dia hendak mendekati Hazzar, ada seseorang menariknya ke belakang. Hanis menjerit kuat. Hazzar yang mendengarnya terus berlari mendapatkan Hanis. Lelaki itu menariknya ke arah dapur dan tanpa sengaja dia terlanggar kerusi dan kedua-dua mereka terjatuh. Kepala Hanis terhantuk pada meja.

“Hanis? Hanis?” Ujar lelaki tu dengan nada risau. Pipi Hanis ditepuk beberapa kali.

Dalam gelap, Hazzar boleh nampak sekujur tubuh tang sedang terbaring di atas lantai dam seorang lagi sedang duduk. Laju Hazzar mendekati mereka dan menumbuk lelaki itu. Tiba-tiba lampu kembali terbuka. Mata Hazzar membulat apabila melihat Nazrul yang sedang memegang kepala Hanis.

“Kau ni memang!”

Hazzar bangun dan terus menarik Nazrul dan menumbuknya beberapa kali. Kepala Nazrul juga turut dihantuk pada dinding sehingga berdarah. Hanis mula panik, takut-takut ada yang mati dekat sini. Hanis cuba bangun dengan dirinya yang terhoyong-hayang.

Hanis mendapatkan Hazzar kemudian menariknya tetapi Hazzar menepis kuat sehinggakan dia terjatuh. Hanis menjerit apabila bahagian perutnya berasa sakit.

“A—Abang…” Panggil Hanis.

Hazzar berhenti dan menoleh ke arah Hanis. Sekali lagi matanya membulat apabila ada darah yang keluar dari celah kangkang Hanis. Hazzar mendecit. Dengan keadaan dia tidak tahu apa yang sedang terjadi, segera dia mencempung tubuh Hanis dan membawanya keluar dan diletakkan ke dalam kereta.

Nazrul pula terkaku memikirkan apa yang sedang terjadi pada Hanis. Satu perkataan muncul di mindanya tetapi Nazrul cuba menafikannya.

“Takkan Hanis… Mengandung pulak?” Ujarnya kemudian bangun dan berlari keluar dari situ.

Hanis yang menahan sakit di perutnya begitu juga kepalanya langsung tudak dapat berbicara apa-apa. Dia mengetap bibirnya menahan sakit.

“Hanis kau tahan! Kita dah nak sampai ke hospital.” Kata Hazzar.

Perlahan-lahan Hanis berhenti bergerak dan pengsan di sebelahnya. Hazzar semakin panik. Dia menekan minyak dan kereta semakin laju meluncur. Lampu merah pun dia langgar.

Hazzar berjalan ke hulu ke hilir, bingung kepalanya memikirkan tentang keadaan Hanis di dalam bilik ICU memikirkan tentang keadaan Hanis. Bonda, ayah dan Jannah meliau mencari Hazzar kemudian mendekatinya.

“Hazz? Hanis macam mana?” Soal ayah.

Hazzar bangun apabila melihat mereka bertiga.

“Hazz… Tak tahu, dah setengah jam doktor tetap belum keluar.” Balas Hazzar.

“Ni macam mana boleh masuk hospital pulak ni?” Soal Jannah pula.

“Tad… Takde apa-apa. Dia terjatuh.” Balas Hazzar. Dia tidak mahu memberi tahu perkara yang sebenar pada mereka bertiga.

Bonda dari tadi hanya menunjukkan mukanya tak kisahnya.

“Jatuh pun nak bawak pergi hospital. Over.” Ujar bonda.

“Awak ni kan! Dekat hospital pun masih nak perli memerli ke!? Sudah-sudahlah tu!” Marah ayah.

Bonda menjeling dan membuat mimik muka selamba.

“Ayah bonda! Kita dekat hospital kan? Tak malu ke orang pandang hah!? Kalau Jann tahu, Jann tak bawaklah bonda sama. Kita sini nak melawat Hanis bukan, bertekak!” Tegur Jannah.

“Hazz… Along ada benda nak tanya dengan kau. Ikut aku kejap.” Arah Jannah kemudian melangkah meninggalkan mereka. Hazzar mengekori belakang Jannah.

“Kau nak cakap fasal apa ni?” Soal Hazzar.

Jannah menoleh dengan wajah seriusnya kemudian mendekati Hazzar. Hazzar mula rasa cuak.

“Baik kau cakap betul-betul dengan aku. Apa yang kau dah buat dekat Hanis sampai dia masuk hospital hahh!?” Soal Jannah sambil menunding jari kepada Hazzar.

Hazzar mengeluh.

“Dia terjatuh. Kan aku dah cakap tadi.” Balas Hazzar, tetapi jawapannya tidak dapat meyakinkan Jannah.

Jannah memandang Hazzar lama sehingga dia mengalah.

“Okay! Sebenarnya tadi, Nazrul serang rumah kami. Dia… Dia nak Hanis. Masa aku bertumbuk dengan dia, aku tak sengaja tertolak, ingat TERTOLAK okay! Lepastu tiba-tiba ada darah keluar dari… Dari…” Mulut Hazzar seolah-olah tersekat.

“Celah kangkang?” Hazzar mengangguk perlahan.

“Hanis mengandung? Kau tak pernah bagitahu pun?” Ujar Jannah hairan.

“Aku sendiri pun tak tahu yang dia mengandung dan anak siapa yang kandungkan.” Ujar Hazzar.

“Hahh!?” Terkejut besar Jannah dibuatnya.

Jannah seolah-olah beku. Satu perkataan pun tidak keluar dari mulutnya tetapi matanya masih menatap wajah Hazzar.

“Kau jangan cakap dengan aku yang kau dengan Hanis tak…”

Hazzar mengangguk. Dia tahu apa yang Jannah maksudkan.

“Kami tak tidur sekatil atau sebilik. Kau bayangkan, kalau dia mengandung, anak siapa pulak tu? Kan?” Ujar Hazzar.

“Jadi kau nak cakap yang Hanis tu curang belakang kau? Tidur dengan jantan lain? Merepek lah Hazz… Aku tak percaya Hanis buat macam tu dekat kau.” Kata Jannah.

“Kau percaya ke tidak aku kisah pun. Ni aku nak tanya kau eh, kalau betul doa mengandung, anak siapa dalam rahim dia tu?” Soal Hazzar.

“Aku tak tahu. Dah-dah, kau jangan nak fikir yang bukan-bukan lagi. Nanti kau tanya sendiri dekat Hanis. Tapi satu je aku mintak dekat kau.”

“Apa dia?”

“Jangan sesekali bagitahu dekat bonda. Huru-hara jadinya nanti. Kau bukan tak kenal bonda kita tu. Kalau bab mengata orang, dia yang pertama. Nombor satu.” Pesan Jannah. Hazzar mengangguk faham.

“Aku pun tak nak bagitahu dekat bonda. Nanti lagi banyak dia marah, kutuk, maki dan macam-macam lagi dekat Hanis tu.” Ujar Hazzar.

Jannah mengecilkan matanya kemudian tersenyum sinis pada Hazzar. Hazzar angkat kening. Apahal dengan kakak aku ni?

“Kau ni dah kenapa? Senyum macam tu.”

“Kau… Nampak macam dah mula sayangkan Hanis Adawiyah tu. Uuu~ dah jatuh hati ke?”Sakat Jannah.

Hazzar menghadiahkan jelingan tajam kepada Jannah.

“Nasib kau kakak tau, kalau tak memang dah kena dengan aku.” terkekeh-kekeh Jannah mengetawakan Hazzar.

Dalam sedar tidak sedar ada seseorang yang sedang curi-curi mendengar perbualan mereka berdua.

“Oo… Tak nak bagitahu bonda ya… Takpe, sekarang bonda dah tahu. Siap kau Hanis! Kau main kayu tiga eh.” Ujar bonda.

Nazrul melangkah masuk ke dalan rumahnya. Kakinya tiba-tiba berhenti dan dia terus melihat sekeliling. Dahinya berkerut.

“Siapa pula yang buka lampu? Aku baru je masuk rumah.” Soalnya hairan.

“I yang buka.” Ujar satu suara.

Nazrul mencari dari mana datangnya suara itu dan matanya berhenti pada satu susuk tubuh wanita yang sedang menuruni tangga dan berhenti di hadapannya. Bercekak pinggang dan mengeluh apabila Syaza berada di hadapannya.

“Kau nak apa lagi? Macam mana kau boleh masuk dalam rumah aku hahh!?” Soal Nazrul dengan anda marah.

“Inikan pernah jadi rumah I jugak. Jadi semestinya I ada kunci rumah ni. I… I ada benda nak bagitahu dekat U.” Balas Syaza kemudian berpeluk tubuh.

“Apa yang kau nak ni? Cakaplah, aku tak ada banyak masa sekarang ni!” Marah Nazrul.

Syaza melangkah perlahan-lahan kemudian terus memeluk Nazrul dengan erat. Nazrul mendecit dan terus menolak Syaza ke belakang.

“Kau kata ada benda nak cakap kan!? Cakap jelah, tak payahlah nak peluk bagai!”

“I… I… I mengandung Naz. Anak U.” Anak mata Nazrul beralih ke arah Syaza. Tangannya diturunkan.

“Kau mengandung? Dan mana kau tahu itu anak aku? Kita dah bercerai lebih lama. Ke kau sengaja nak jadikan aku pak sanggup dekat budak tu!?” Kata Nazrul sambil menunding jadi pada perut Syaza yang sudah sedikit membulat.

“Tak! Ini memang anak U, I dah mengandung, 4 bulan Naz. U ceraikan I lebih kurang sebulan lepas! Sah-sah lah ini anak U.” Ujar Syaza.

Nazrul menggaru hidungnya.

“Jadi sekarang kau nak aku rujuk dengan kau ke? Jangan mimpi. Sekali aku buang, aku tak kutip balik! Aku cuma nakkan Hanis. Hanis Adawiyah.” Terang Nazrul.

“Habis tu? Hanis tu bukan ke U dah buang dulu? Kenapa U nak kutip balik. Same with me! But I most need U then her. I, mengandungkan anak U Naz.”

“Tak sama! Hanis yang aku cinta, kau yang aku buang. Kau jangan risau, andai kata betul budak tu anak aku, jangan risau. Aku takkan lepas tanggungjawab. Tapi aku takkan kahwin dengan kau. Kau carilah mana-mana jantan yang sanggup kahwin dengan kau dalam keadaan macam ni. Yang penting, bukan aku.”

Syaza terkelu.

“Kau pergila lah balik dekat rumah mak bapak kau tu! Duduk sana! Biar diorang yang jaga kau. Tu, suruh bapak kau cari calon suami, eh, pak sanggup kau!” Sambung Nazrul lagi.

“Naz! Papa dah takde Naz… Papa dah pergi tinggalkan kita. Dia tinggalkan I dengan mama. I need U Naz, very-very need U. U sanggup buat apa sahaja asalkan U terima I balik, please bie.” Rayu Syaza.

Nazrul menjerit kuat.

“Kau ni aku nak cakap pekak kau cukup sempurna! Aku dah cakap aku akan jalankan tanggungjawab aku dekat budak tu tapi aku takkan kahwin dengan kau! Faham ke tidak!?” Tengkingnya.

Mata Syaza mula mengumpulkan air mata. Satu-persatu muka gugur. Nazrul mengeluh panjang dan menggigit bibirnya seketika. Dia menarik Syaza ke dalam dakapannya. Syaza menangis di dadanya. Hanis basah.

“Dahlah janganlah nangis. Aku minta maaf, aku tak sengaja tertengking kau. Dah-dah.” Pujuk Nazrul sambil mengusap belakang badan Syaza sehingga dia tenang.

“Kau baliklah. Aku nak rehat.” Baru beberapa langkah, Syaza terus menarik tangan Nazrul.

Nazrul menoleh.

“Kau nak apa lagi?” Tanyanya.

“Ma… Mama tak kasi I balik. Dia kata, dia nak suruh I tinggal dekat tempat lain. Dia marahkan I sebab… Sebab dia sangkakan sebab I dengan U papa meninggal.” Ujar Syaza.

Nazruk berpeluk tubuh.

“Jadi?” soalnya sepatah.

“I… Nak tinggal sini untuk semalam. Esok I keluar cari hotel ke, rumah sewa ke.” Pinta Syaza.

Nazrul mengeluh kemudian memicit dahinya seketika.

“Kau tidurlah sini. Aku tidur dekat luar. Kebetulan ada kerja dekat luar. Okay?” Ujar Nazrul kemudian terus keluar dari rumah itu.

“Tunggu!” Panggil Syaza. Nazrul menoleh dan mengangkat kening.

“U janganlah ganggu rumah tangga Hazzar dengan Hanis lagi. Kasihan dekat diorang, Hanis tu berusaha nak pikat hati si Hazzar. U janganlah tambah masalah dia lagi.” Pesan Syaza.

Nazrul merengus kuat kemudian menoleh ke arah Syaza.

“Kau ni memanglah… Kau duduk rumah ni sebagai tetamu. Jadi, jangan nak ambil tahu tentang kerja aku. Lagipun, aku tak perlukan nasihat dari perempuan macam kau.”

“Habis perempuan macam mana baru U dengar?”

“Macam Hanis!”

“Habis tu kenapa Hanis suruh U jangan ganggu dia U still jugak nak kacau dia!?” Nazrul sudah hilang sabar dan terus menampar pipi Syaza sehingga terjatuh.

Syaza mengerang kesakitan apabila perutnya terasa begitu sakit dan ada darah yang keluar dari celah kangkangnya. Syaza panik manakala Nazrul selamba memandang Syaza tanpa rasa kasihan.

“U! Perut I sakit sangat! U!!” Panggil Syaza.

Nazrul mencangkung di hadapan Syaza yang sedang menahan kesakitan.

“Kau pandai datang dengan muka tak tahu malu, pandai-pandailah kau keluar ambik taksi ke grab pergi hospital ye? Bye.” Dengan selamba dan tanpa sebarang perasaan kasihan atau simpati dia keluar meninggalkan Syaza.

Syaza menundukkan wajahnya sambil menangis menahan sakit dan kecewa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience